LAHAD DATU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun mati lemas selepas jatuh ke dalam sungai Bangingod, Tungku dekat sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, dalam kejadian 10.30 pagi itu, mangsa terjatuh ke sungai bersama kakaknya berusia empat tahun.
“Namun kakak mangsa berjaya diselamatkan selepas jeritannya didengari nenek dan ibu saudara mangsa yang sedang memetik cili di belakang rumah.
“Nenek bersama ibu saudara mangsa bergegas ke arah sungai dan menarik cucunya ke tepi sungai, manakala mangsa tidak sempat diselamatkan dan dibawa arus sungai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya kepada Bernama mangsa kemudian ditemui terapung kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian oleh pasukan mencari dan menyelamat.
Sementara itu, Rohan Shah berkata, polis memohon perintah tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah terhadap tiga individu termasuk ibu dan bapa mangsa masing-masing berusia 26 tahun, selama tujuh hari mulai Isnin.
“Turut ditahan reman nenek mangsa berusia 49 tahun bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001 (pindaan 2016) atas kesalahan membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan yang munasabah (cuai),” katanya dan menambah ketika kejadian, kedua ibu bapa mangsa dipercayai bekerja di ladang sawit.
Rohan Shah juga berkata, siasatan kes turut dijalankan di bawah Akta Imigresen 1959/1963 ekoran bapa mangsa yang merupakan warga Indonesia.
Gambar: Bomba Sukarela FELDA Sahabat
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PORT DICKSON – Penduduk sebuah taman perumahan di Lukut di sini mendakwa video mengenai alat senaman bergerak sendiri yang tular baru-baru ini bukan perkara baharu, sebaliknya misteri seumpamanya dialami mereka sejak dua tahun lalu.
Seorang penduduk, Kamarul Hamizam Abd. Karim, 43, berkata, kejadian alat senaman bergerak sendiri yang berlaku di taman permainan berhampiran rumahnya dikatakan berlaku pada tengah malam.
Video berdurasi 19 saat itu tular di media sosial sejak minggu lalu yang memaparkan alat senaman tersebut bergerak sendiri.
Menurut Kamarul Hamizam, video itu dikatakan dikongsi menerusi aplikasi WhatsApp penduduk taman itu sebelum tular di laman Facebook.
“Semalam (kelmarin), salah seorang penduduk merakam video semasa sedang melepak di taman permainan tersebut.
“Namun, pada malam berkenaan, alat senaman itu tidak bergerak seperti dalam video (tular) tersebut,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.
Dakwa Kamarul Hamizam, kejadian misteri itu bukan pertama kali berlaku di kawasan berkenaan kerana sebelum ini, terdapat penduduk yang mengadu pintu rumah mereka pernah diketuk.
“Kebanyakan penduduk yang mengalami gangguan misteri itu tidak mahu ambil pusing kerana bimbang akan menimbulkan rasa ketakutan dalam kalangan keluarga mereka dan orang lain.
“Saya sendiri pernah beberapa kali ternampak kelibat putih terbang pada waktu malam semasa mula-mula berpindah ke sini,” dakwanya.
Seorang lagi penduduk, Shahrul Akmal, 30, pula memberitahu, dia tidak menafikan berasa bimbang dengan kejadian misteri di kawasan tersebut.
“Kadang-kadang apabila mendengar penduduk bercerita mengenai pengalaman (gangguan) mereka, saya ambil pendekatan berdiam diri.
“Saya bimbang anak dan isteri ketakutan sekiranya saya tiada di rumah,” katanya kepada K!ONLINE
Video: Media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MURID SK SIMPAI KINI SUDAH BERGELAR ATLET MSSP DAN SUKMA PAHANG
MUADZAM SHAH : Guru Sekolah Kebangsaan Simpai (SKS), Pekan , Mohamad Sahaimi Zainal yang berasal dari Kampung Ubai, Pekan telah berkhidmat di sekolah itu selama 6 tahun, bertekad untuk melahirkan lebih ramai atlet sukan akuatik untuk mewakili negeri Pahang.
Bekas Pengerusi Teknik Sukan Akuatik, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Pahang (MSSP) yang telah mencurahkan keringatnya selama tiga tahun dalam bahagian pentadbiran sukan itu melepaskan jawatan bagi memberi tumpuan serius dalam bidang kejurulatihan sukan terjun dan renang.
Sahaimi melatih anak didiknya di parit di Kampung Simpai.
“Banyak bakat dapat dicungkil ketika mengajar di sekolah ini, sebuah sekolah yang seratus peratus orang Asli yang mempunyai 189 murid yang mempunyai bakat semulajadi dalam sukan terjun dan renang.
“Murid sekolah ini banyak berenang di parit berdekatan dengan sekolah, di parit itulah murid beriadah dan secara tidak langsung mengasah bakat mereka, hampir semua murid termasuk murid pra-sekolah ini boleh berenang,”katanya.
Guru SKS turut mengajar sambil menziarah anak murid masing-masing.
Katanya, ibu bapa turut memberi sokongan yang terbaik, dorongan mereka memberi inspirasi dan meningkatkan semangat beliau untuk terus menggilap bakat murid sekolah itu.
“Setakat ini lebih daripada 30 orang murid di sekolah ini diberi latihan yang betul dan telah membuahkan hasil yang berbaloi dan sebahagian daripada mereka telah mewakili MSSP dan Sukan Malaysia 2020 (SUKMA 2020), tapi temasya sukan itu ditangguhkan kerana serangan wabak Covid-19.
“Saya bertekad untuk menaikkan nama negeri Pahang dalam bidang sukan ini dengan terus mencungkil bakat-bakat baharu di kalangan murid sekolah ini atau sekolah di sekitar yang kurang kemudahan sukan akuatik,”katanya.
Beliau yang telah berkhidmat sebagai guru selama 20 tahun, mempunyai 5 orang anak, mahu sukan akuatik menjadi matlamat utama atau kebitaraan sekolahnya dan kalau boleh mahu mencungkil lebih ramai bakat baharu untuk mewakili negeri Pahang dan Malaysia.
“Selain akademik, kegiatan ko-kurikulum harus bergerak seiring bagi membentuk keperibadian murid dan boleh berdepan keadaan sebenar dengan penuh yakin serta melenyapkan rasa rendah diri terutama murid Orang Asli,”katanya.
Sahaimi berkata, matlamat semua guru mungkin sama untuk memartabatkan pendidikan negara tetapi laluan perjalanan mungkin berbeza tetapi mujur semua guru sekolah itu turut memainkan peranan membantu meningkatkan tahap akademik dan kokurikulum SKS.
Antara guru SKS yang menziarah anak didik sekolah itu
Katanya, hasrat untuk membina sebuah kolam renang yang sesuai untuk anak didiknya berlatih masih terbantut sehingga sekarang, anak didiknya masih terus berlatih berenang dan terjun di parit kampung itu.
Hasrat membina kolam renang di Kampung Simpai dibatalkan.
“Antara anak didik sekolah itu seperti Amirazaman A/L Yalim, kini di Tingkatan 2 telah terpilih untuk mewakili Pahang ke SUKMA, manakala Riduan Filus (Tingkatan 1) turut menjalani latihan ke SUKMA dan atlet pelapis kebangsaan.
Antara anak didiknya yang berjaya dalam sukan akuatik
“Tugas seorang guru bukan sahaja di dalam bilik darjah malah sebagai seorang pemerhati yang baik dapat mengesan bakat anak murid masing-masing untuk dipertingkatkan, lebih-lebih lagi murid yang berada di kawasan luar bandar yang serba serbi kekurangan,”katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Terima Kasih Kepada Penduduk Kampung Bantal, Ulu Tembeling
Video media sosial
YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada penduduk Kampung Bantal yang membantu dan menyelamatkan ketiga-tiga petugas KKM dalam satu kejadian bot karam tengahari tadi.
Penghargaan dan ucapan terima kasih YAB Perdana Menteri itu disampaikan menerusi YB Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr Adham Baba.
Pihak kepimpinan tertinggi KKM dan semua warga Kementerian Kesihatan juga turut mengucapkan terima kasih kepada penduduk Kampung Bantal.
KKM amat menghargai dan menyanjung tinggi tindakan berani tersebut. Segala kebaikan dan semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh penduduk Kampung Bantal ini harus disuburkan menjadi nilai-nilai murni dalam masyarakat Malaysia.
Pengorbanan ketiga-tiga petugas KKM yang terlibat dalam kejadian itu amatlah tinggi dalam melaksanakan tugas dan amanah mereka pada negara ini. Anda semua adalah wira-wira barisan hadapan negara.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BERA: Kegigihan pihak pengurusan Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang, dekat Triang, menyediakan perkhidmatan penjagaan kepada golongan kurang berkemampuan, terus mendapat perhatian pelbagai pihak.
Terbaru, wakil Asia Pasific Consortium Investment Association (APCIA) tampil menyalurkan sumbangan kepada pihak pengurusan rumah kebajikan itu.
Sumbangan pelbagai barangan keperluan asas itu disampaikan Presiden dan Pengasas APCIA, Datuk Seri Ting Teck Sheng.
Majlis penyampaian sumbangan itu turut dihadiri Pengerusi Kehormat APCIA, Datuk Seri Lau Hua San dan Timbalan Presiden, Halidah Abdul Hamid.
Dalam ucapan ringkas pada majlis itu, Halidah berkata, peranan dan sumbangan pihak pengurusan Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang sangat luar biasa dan perlu dicontohi serta disokong semua pihak.
”Sudah pasti tugas untuk menjaga dan menyediakan kemudahan selesa kepada warga emas bukanlah sesuatu yang mudah.. peranan dimainkan pihak pengurusan rumah kebajikan ini adalah sangat menarik dan membanggakan.
“Kami rasa sangat terharu dengan usaha dilakukan pihak pengurusan rumah kebajikan ini dan terpanggil untuk bersama membantu untuk meringankan bebanan ditanggung dengan menyampaikan sumbangan yang diharapkan dapat membantu sedikit sebanyak penghuni di sini, ” katanya.
Halidah turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang turut membantu dalam memastikan program penyampaian sumbangan berkenaan berjalan lancar.
“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM); wakil dari QMIS Finance Group; Richwood Ventures Berhad; Fatt Hwa Temple Semenyih; Chang Dynasty; GFI Biotech Sdn Bhd yang turut sama dalam program kali ini,” katanya.
Beliau berharap kerjasama dan program bantuan seumpama itu dapat diteruskan pada masa akan datang, selain berharap lebih banyak syarikat korporat tampil menyalurkan bantuan serupa kepada rumah kebajikan yang memerlukan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
RAUB: Sepasang suami isteri maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipercayai hilang kawalan di Kilometer 329 Jalan Raub -Tersang di sini, hari ini.
Mangsa yang maut dalam kejadian itu ialah pemandu kereta jenis Perodua Myvi, Azizan Ismail, 60, dan penumpang hadapan kereta, Che Norzihan Mohd Nor, 51.
gambar hiasan
Ketua Polis daerah, Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, kejadian kira-kira pukul 7.50 pagi berlaku ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari arah Tersang ke Raub.
“Apabila sampai di tempat kejadian sebuah MPV jenis Perodua Alza dari arah Raub dipercayai hilang kawalan selepas tayar sebelah kiri tergelincir di bahu jalan sebelum bertembung dengan kereta dinaiki mangsa.
“Akibat kejadian kedua-dua mangsa yang menaiki kereta jenis Perodua Myvi meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dipetik dari KOSMO! Online.
Tambahnya, pemandu dan seorang penumpang MPV berkenaan patah kaki manakala seorang lagi penumpang yang merupakan seorang jururawat tidak mengalami kecederaan.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raub untuk bedah siasat.
Dalam pada itu, katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut sedang dilakukan.
Katanya, berdasarkan siasatan awal keadaan permukaan jalan adalah rata dan kering dalam keadaan cuaca baik.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MERLIMAU: Ibu kepada dua orang anak berusia 3 dan 4 tahun memohon bantuan orang ramai mengesan anaknya yang telah hilang lebih daripada 48 jam.
Laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Merlimau, Melaka pada 20 Disember 2020.
Ariana Sofea, 3 tahun
Muhammad Zayyan Ziqry, 4 tahun
Anaknya, Ariana Sofea, 3 tahun, berat badan antara 8 hingga 9 kilogram (kg) dan berambut pendek, manakala abangnya, Muhammad Zayyan Ziqry, 4 tahun, berat badan antara 12 hingga 13 kg dan berlesung pipit.
Ibunya, Nurul Asykin Nor Ishak berkata, kali terakhir anaknya dilihat menaiki motokar jenis Honda City, nombor pendaftaran WTW9883.
Lokasi terakhir anaknya berada di Jalan Merlimau Permai 14, Taman Merlimau Permai, Merlimau, Melaka.
Sesiapa terjumpa dengan anaknya sila hubungi Asyikin, 018-7801379, Linda, 012-7590169 atau Haslina, 011-17517639 atau di balai polis berdekatan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA: Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd. (Panasonic) mengesahkan seramai 116 pekerja di kedua-dua kilangnya di Shah Alam dijangkiti COVID-19 dalam ujian saringan baru-baru ini.
Memetik laporan KOSMO! Online, Panasonic dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah melaksanakan ujian saringan terhadap semua 2,137 pekerja dan hanya 116 disahkan positif wabak tersebut.
gambar hiasan
“Pejabat Kesihatan Daerah Petaling menasihatkan Panasonic untuk menghentikan operasi sementara waktu sehingga satu tarikh ditetapkan.
“Susulan nasihat itu, Panasonic memutuskan untuk menutup fasiliti bermula hari ini hingga Rabu bagi membolehkan kerja-kerja pembasmian kuman dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan di Bursa Malaysia hari ini.
Tambahnya, keselamatan dan kesejahteraan pekerja serta komuniti adalah keutamaan mereka dalam mengawal keadaan tersebut.
“Kami telah dan akan terus mematuhi prosedur standard operasi (SOP) COVID-19 secara ketat.
“Ketika ini, semua kerja-kerja pembasmian di premis dan tempat tinggal pekerja dilakukan secara berkala,” jelasnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SELAYANG: Seorang jurugambar terkenal di media sosial didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah meminta gambar bogel daripada seorang pelajar universiti.
Memetik laporan BH Online, Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan menjatuhkan hukuman itu terhadap Hishamudin Hashim, 32, dan memerintahkan tertuduh menjalani tambahan hukuman penjara enam bulan, sekiranya gagal membayar denda.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Hishamudin didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat menghina kesopanan mangsa yang berusia 21 tahun di Selayang Mulia, Batu Caves, Gombak di sini, jam 3.09 petang, 23 November lalu.
Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Terdahulu, tertuduh dalam rayuannya menerus peguam Ariff Amirul Abdul Jani, memohon hukuman ringan atas alasan ia adalah kesalahan pertama selain menghidap penyakit jantung.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Khairunissak Hassni, membantah rayuan itu dan memohon tertuduh dikenakan hukuman berbentuk pengajaran.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PUTRAJAYA: Kadar tarif elektrik untuk pengguna domestik dan industri bagi 2021 akan diumumkan minggu ini, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.
“Kita akan umumkan dalam minggu ini. Tunggu,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis perhimpunan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, di sini hari ini.
Pada Jun lalu, Shamsul Anuar berkata kerajaan memberi jaminan bahawa kepentingan rakyat akan sentiasa menjadi keutamaan dalam menilai semula kadar semasa tarif elektrik.
Bernama melaporkan, Suruhanjaya Tenaga (ST) dijangka mengumumkan tarif baharu bagi tempoh Januari-Jun 2021 pada penghujung tahun ini selepas mendapat persetujuan Kabinet.
Tenaga Nasional Bhd (TNB) pada September lalu dilapor menjangkakan kemungkinan berlaku penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun depan berikutan penyusutan kos pengeluaran arang batu dan dan gas semasa.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!