PETALING JAYA – Hujan lebat sejak petang tadi menyebabkan lima kawasan di sekitar Kajang mengalami banjir hari ini.
Lima kawasan terbabit terdiri daripada Taman Sungai Jelok, Taman Kantan Permai, Jalan Cheras Batu 13, Kampung Sungai Ramal Baru, dan Jalan Sungai Kantan.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, kejadian di Jalan Cheras Batu 13 merupakan paling teruk terjejas.
“Sebanyak 50 buah rumah terlibat dengan paras air tertinggi direkodkan sehingga satu meter.
“Mangsa membabitkan seorang ibu dan bayi. Mereka telah dibawa ke tempat yang selamat manakala penduduk lain tidak mahu berpindah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Balai Bomba dan Penyelamat dari Bandar Tun Hussein Onn telah ditugaskan ke lokasi kejadian.
“Setakat ini, anggota bomba masih di lokasi kejadian bagi memantau keadaan.
“Sementara, empat lokasi lain yang terjejas tidak membabitkan sebarang mangsa,” jelasnya, lapor KOSMO online.
Tambahnya, pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang, Semenyih dan Bangi telah ditugaskan bagi keempat-empat kejadian tersebut..
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT BAKAL KELUARKAN DURIAN MUSANG KING ORGANIK TERBESAR
JERANTUT : Jerantut bakal menjadi pusat pengeluaran durian Musang King organik terbesar untuk dieksport ke Eropah dan China selain turut meningkatkan produk sektor pertanian serta mampu menjana ekonomi dan pendapatan penduduk setempat.
Projek perladangan tanaman itu bakal ditanam di atas tanah seluas 40 hektar bagi projek perintis Musang King D197 yang akan diusahakan oleh sebuah syarikat perladangan antarabangsa, United Tropical Fruit (UTP).
Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris berkata, kerajaan akan menyediakan tanah seluas 40 hektar di kawasan yang akan dikenal pasti di mukim Tembeling Tengah atau beberapa kawasan tanah milik kerajaan yang akan dicadangkan.
Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris.
“UTP yang telah membuat kajian menyeluruh mengenai klon tanaman ini memilih daerah ini kerana mempunyai kawasan tanah yang sesuai selain tapak lojistik bagi pasaran dan kajian ini termasuk potensi tarikan pelancong berasaskan produk makanan daripada buah tropika berkenaan.
“Saya berharap syarikat UTP akan merealisasikan projek perladangan musang king organik di sini memandangkan ia berpotensi dari segi peluang pekerjaan serta penduduk yang berminat mengusahakan tanaman serta pasaran buah ini menerima manfaat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa dan pelancaran projek perladangan UTP di Bandar Inderapura di sini malam semalam.
Katanya, selain mukim Tembeling Tengah, beberapa kawasan lain tanah milik kerajaan di daerah ini akan dicadangkan dan memerlukan kebenaran kerajaan negeri menerusi permohonan serta rundingan dengan Pejabat Daerah Jerantut.
Turut hadir, iaitu Pengarah Urusan United Tropical Fruit , Dr Raymond Samy dan Pengarah Urusan Durian Fresh Sdn. Bhd., Saiful Fazami.
Katanya, pembukaan ladang durian UTP itu bakal memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk di samping membantu petani atau pengusaha tanaman ini secara berkelompok dengan menggunakan teknologi serta kepakaran syarikat ini untuk menghasilkan produk makanan berasaskan buah ini yang berkualiti.
Pengarah Urusan United Tropical Fruit , Dr Raymond Samy
“Sekiranya projek ini direalisasikan, Jerantut merupakan pengeluar musang king organik yang utama di Pahang yang belum lagi dirintis di tempat lain,” katanya.
Sementara itu, Dr Raymond berkata, UTP merupakan syarikat perladangan antarabangsa beribupejabat di Singapura sehingga ini telah melaksanakan projek buah-buahan organik di negara Thailand, Indonesia dan benua Afrika.
“Sehingga ini cuma kadar 11 peratus sahaja pengeluaran makanan organik berasaskan daripada buah-buahan dan kita ingin memulakan projek musang king organik D197 di daerah ini memandangkan tanah yang sesuai serta pembangunan komuniti, iaitu peluang pekerjaan, latihan dan sebagainya.
“Projek ini juga mendapat kerjasama sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menerusi bantuan kajian daripada pakar tanaman dan perladangan serta bakal menjadi pusat latihan luar penuntut universiti berkenaan,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PENIAGA PUKUL KEPALA PEMBELI KERANA PERSOAL HARGA MINUMAN
Petaling Jaya: Seorang pembeli wanita dipukul peniaga hanya kerana mempersoalkan harga minuman yang dijual tidak mengikut harga sebenar.
Mangsa dilaporkan dipukul remaja lelaki dengan sayur selepas mereka terbabit dalam pertengkaran. Insiden itu kemudiannya tular di media sosial sejak Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian terbabit dipercayai berlaku di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang, di sini.
Menurutnya, dalam kejadian ini, mangsa berusia 42 tahun dan bekerja sebagai pemandu lori.
“Dalam rakaman itu, mangsa tidak berpuas hati dengan minuman dijual dipremis suspek berusia 17 tahun kerana tidak mengikut harga sebenar ditetapkan pengilang.
“Remaja lelaki terbabit bertindak agresif dan mengeluarkan kata kata kesat serta memukul kepala mangsa dengan sayur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, lapor HM online.
Mohamad Fakhrudin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SHAH ALAM – Niat murni seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) mengawal lalu lintas di hadapan sebuah sekolah menengah di Kota Kemuning di sini dibalas tindakan tidak sewajarnya apabila dikatakan dilanggar sebuah kereta mewah jenis BMW.
Insiden yang dipercayai berlaku pada 5.20 petang semalam itu tular di laman sosial menerusi video berdurasi 32 saat.
Berdasarkan video tersebut anggota RELA itu menahan kereta BMW itu susulan laluan dikatakan dijadikan sehala pada waktu kemuncak bagi menjaga keselamatan pelajar yang pulang ke sekolah.
Malah kedengaran dua suara kanak-kanak di dalam video itu yang menjerit ketika kejadian berlaku.
“Dia (pemandu kereta) terlanggar kaki orang itu (anggota rela) dan oh my goodness! (Oh Tuhanku),” jelasnya.
Beberapa pengguna laman sosial Facebook menyelar tindakan tersebut yang disifatkan keterlaluan, lapor KOSMO! Online.
“Harap pemandu itu dikenakan tindakan dan minta maaf kepada uncle (anggota RELA),” jelas pengguna dengan nama Mona Mohd. Dan.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib ketika dihubungi mengesahkan pihaknya telah menerima laporan daripada anggota RELA tersebut semalam.
“Kedua-dua pihak telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) ini untuk dirakamkan keterangan dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
WANITA 72 TAHUN TANGGAL GELANG MERAH JAMBU, PERGI KLINIK
TIGA LELAKI LAGI TURUT DIKOMPAUN DI KAMPUNG SUNGAI RUAN, RAUB
RAUB: Warga emas yang bersikap degil dan tidak bertanggung jawab serta tidak mengendahkan prosedur operasi standard (SOP) masih berleluasa kerana telah keluar dari tempat kuarantin dan berkumpul tanpa penjarakan fizikal di tempat awam di daerah ini.
Seramai 4 orang dikenakan kompaun (OKK) termasuk seorang wanita berusia 72 tahun dikompaun kerana melanggar SOP yang telah ditetapkan mengikut peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) kerana gagal kuarantin di rumah sendiri setelah memakai gelang warna merah jambu, semalam.
Kelmarin, 3 orang warga emas yang memakai gelang warna merah jambu yang tinggal di sekitar Sungai Ruan telah bersiar-siar dan makan di kedai makan turut dikompaun.
Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Kama Azural Mohamed berkata, seorang OKK warga emas wanita berusia 72 tahun yang tinggal di Kampung Sungai Ruan yang sedang dikuarantin telah menanggalkan gelang warna merah jambu yang dipakainya dan keluar ke klinik untuk mengambil ubat.
“Maklumat itu diperolehi daripada pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Raub, apabila pihak PKD menelefon wanita ini untuk memaklumkannya positif covid-19 dan telah dimaklumkan tidak berada di rumah.
“Pihak polis telah ke rumah OKK dan dimaklumkan oleh penghuni rumah tersebut bahawa OKK telah keluar ke klinik dan terus bergegas ke klinik dan mengaku telah menanggalkan gelang merah jambu yang dipakainya dan keluar rumah,”katanya kepada SAHIH.
Katanya, wanita itu dikenakan kompaun di bawah Sek. 22(b) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 dengan jumlah kompaun RM 5,000 kerana gagal kuarantin di rumah sendiri setelah memakai gelang berwarna merah jambu.
Selain itu, dalam kejadian berasingan, tiga lelaki berusia 59, 65 dan 72 tahun yang tinggal di Kampung Sungai Ruan turut dikompaun kerana melanggar SOP yang telah ditetapkan iaitu berkumpul dengan tiada penjarakan fizikal di kawasan umum.
“Ketiga-tiga OKK ini dikompaun di bawah Seksyen 25(a) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.
“Amat mendukacitakan, sewajarnya golongan dewasa dan warga emas ini menunjukkan contoh yang baik kepada golongan muda untuk tidak melanggarkan peraturan yang ditetapkan,”katanya.
Katanya, kegagalan mematuhi SOP menyebabkan penularan wabak ini semakin menakutkan dan akan sukar dibendung atas sikap tidak ambil peduli dengan bilangan wabak menjangkau melebihi 3,000 kes baharu sehari.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BELI KARPET KESEMUANYA DARI IRAN BERHARGA RM10,000
KUALA LUMPUR – Didakwa rentas negeri ke Nilai 3 pada Ahad lalu, selebriti terkenal, Neelofa didakwa membelanjakan RM10,000 di sebuah premis menjual permaidani.
Memetik laporan Utusan, kedai karpet yang dikunjungi Neelofa dan suaminya, PU Riz itu dikenali sebagai Naeem Carpet.
Menurut seorang pekerja kedai bernama Hussein berkata memang selebriti itu datang bersama suaminya dan membeli permaidani di premis mereka dan membeli beberapa karpet termasuk Iran yang berkualiti tinggi.
“Neelofa dengan suami ada datang ke kedai dan membeli beberapa karpet termasuk karpet Iran yang berkualiti tinggi dan karpet jenis lain yang semuanya berharga RM10,000.
“Harga bagi satu karpet Iran ini sahaja ialah RM3,000 dan Neelofa beli dalam dua atau tiga gulung,” katanya.
Dalam pada itu, Hussein berkata susulan tindakan Neelofa telah menyebabkan nama ‘Naeem Carpet’ dikenali di seluruh Malaysia.
“Tapi tindakan dia (Neelofa) telah menimbulkan masalah dan polis telah datang ke kedai pagi semalam untuk ambil keterangan,” katanya,lapor Utusan Online.
Terdahulu, media melaporkan Neelofa dansuami akan dipanggil ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai untuk diambil keterangan dalam masa terdekat.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Zarina Ismail, 47, tampil berkongsi pengalaman menanggung hutang RM200,000 bagi menampung perniagaan dan kehidupan sepanjang empat tahun perkahwinannya dengan buruh warga Bangladesh.
Beliau berkata, selepas status kad kredit beliau mencapai had maksimum, suaminya kini mempergunakan wanita tempatan lain pula dengan taktik sama.
Katanya, selepas berkahwin, beliau dipaksa membuat pinjaman peribadi dan Amanah Ikhtiar Malaysia dengan alasan untuk membuka perniagaan pakaian.
“Kerana termakan pujukan, saya meninggalkan dua anak hasil perkahwinan pertama di kampung untuk memberi fokus kepada perniagaan kami. Suami saya meminta saya menjadi penjamin perniagaannya selepas bernikah.
“Selepas beberapa tahun berniaga, kami berjaya membuka dua cawangan. Bagaimanapun, semua keuntungan tidak dikongsi bersama,” katanya yang mengakui tidak mempunyai simpanan kewangan.
Zarina berkata, sebaliknya keuntungan itu digunakan suaminya untuk membantu rakan senegara masuk ke negara ini dengan cara tidak sah.
Kes kedua
Seorang penjawat awam mendakwa terpaksa menanggung hutang RM100,000 selepas buruh warga Arab yang dikahwininya meninggalkannya sejurus wang diserahkan.
Wanita berusia 35 tahun itu berkata, suaminya mendakwa ingin membuka perniagaan dengan wang berkenaan namun bertindak keluar dari negara ini secara senyap.
“Saya ada membuat laporan polis selepas kejadian itu dan hasil maklumat awam mendapati suami saya pernah kembali ke negara ini dan menggunakan taktik sama terhadap wanita tempatan lain.
“Sasaran suami saya adalah penjawat awam yang mudah membuat pinjaman kewangan atau wanita dari golongan kenamaan,” katanya.
Kes ketiga
Seorang wanita sanggup berhenti kerja sebagai wartawan di sebuah syarikat swasta semata-mata untuk membantu perniagaan suaminya, warga Pakistan, selepas memasuki negara ini sebagai pekerja asing.
Bagaimanapun, wanita berusia 36 tahun itu menanggung kerugian termasuk gagal melunaskan pinjaman peribadi ratusan ribu ringgit apabila perniagaan suaminya ditutup kurang setahun.
Lebih malang, kedua-dua anak hasil perkahwinannya tidak memiliki status warga negara kerana pasport suaminya sudah tamat tempoh, sejak dua tahun lalu.
“Suami saya berusaha untuk memperbaharui pasport menerusi beberapa pihak berkuasa yang ditemuinya namun tidak berhasil. Duit beribu ringgit sudah habis begitu sahaja dan janji tinggal janji,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MELAKA – Seorang pemandu lori dan tiga anak lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol, meliwat dan memukul seorang remaja perempuan yang juga ahli keluarga mereka, sejak tahun lalu.
Bapa mangsa berusia 51, dan tiga abangnya masing-masing berusia 23, 27 dan 29 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan secara berasingan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Nariman Badruddin.
Dalam prosiding tersebut, lelaki yang juga ketua keluarga itu didakwa dengan 33 pertuduhan kerana merogol mangsa yang berusia 17 tahun dua bulan di mana perhubungan tertuduh dengan anaknya itu adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang untuk berkahwin dengannya.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun dan dikenakan sebat tidak kurang 10 sebatan.
Tertuduh juga berdepan satu pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa dan didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Selain itu, lelaki itu turut didakwa telah dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap mangsa dengan menggunakan getah paip.
Oleh demikian, dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.
Sementara itu, ketiga-tiga abang mangsa masing-masing dihadapkan dengan 18 pertuduhan merogol dan turut didakwa atas Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.
Adik-beradik itu juga didakwa atas satu pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dan didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun dan hendaklah dikenakan sebat tidak kurang 10 sebatan.
Kesemua kesalahan itu dilakukan keempat-empat tertuduh di sebuah rumah di Taman Krubong Jaya antara 1 Mac 2020 hingga 1 Februari 2021 lalu.
Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N.Sivashangari membantah sebarang jaminan diberikan disebabkan mangsa adalah darah daging keluarga itu sendiri dan dikhuatiri akan diganggu oleh kesemua tertuduh, lapor KOSMO online.
Nariman bagaimanapun membenarkan bapa mangsa diikat jamin dengan nilai RM8,000 bagi setiap pertuduhan atau jumlah keseluruhan RM280,000, manakala abangnya pula dibenarkan diikat jamin sebanyak RM144,000 setiap orang.
Beliau kemudian menetapkan tarikh 8 Jun ini sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen.
Pada 23 April lalu Kosmo! melaporkan perbuatan jelik seorang bapa dan tiga anak lelakinya menjadikan remaja perempuan berusia 18 tahun sebagai hamba seks selama setahun akhirnya terbongkar selepas polis memberkas keempat-empat suspek.
Tangkapan itu dibuat pada 22 April susulan mangsa membuat laporan mendakwa telah dirogol dan diliwat oleh ayah dan tiga abang kandung secara bergilir-gilir di sebuah rumah di Tanjung Minyak.
Hasil saringan ujian air kencing ke atas kesemua suspek mendapati tiga daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
RAUB: Tiga lelaki degil yang memakai gelang merah jambu dikompaun di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) antara 12.30 tengah hari dan 2.00 petang, di sini, semalam.
Ketiga-tiga Orang Kena Kompaun (OKK) yang berusia 52, 69 dan 73 tahun itu gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan mengikut peraturan PKPD untuk melakukan kuarantin di rumah sendiri.
Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Kama Azural Mohamed berkata, OKK tersebut memberi alasan yang tidak masuk akal untuk keluar rumah setelah dikuarantin kerana dikatakan berasa panas berada di rumah dan ingin bersiar-siar.
“Alasan sebegini adalah sangat tidak munasabah dan menyedihkan kerana angkara tidak bertanggung jawab mereka boleh merebak dan menularkan jangkitan covid-19 kepada umum sekiranya didapati positif.
“Kedegilan tidak wajar begini yang membuat kes wabak Covid-19 meningkat setiap hari dan sukar untuk dikawal,”katanya.
Katanya, dua OKK yang tinggal di Kampung Sungai Klau berusia 69 tahun dan Taman Sungai Klau berusia 52 tahun dikompaun RM2,000 di bawah Perkara 25 (a) atas kesalahan berkumpul dan makan di kedai dalam kawasan PKPD tanpa alasan munasabah
Manakala OKK ketiga, yang tinggal di Kampung Sungai Klau berusia 73 tahun , dikompaun di bawah Perkara 22(b) PPPDPPB dengan jumlah kompaun RM 5,000 kerana gagal melakukan kuarantin di rumah sendiri setelah memakai gelang berwarna merah jambu.
Katanya, kesemua OKK itu telah dikenakan kompaun kerana telah melanggar SOP yang ditetapkan dalam kawasan PKPD dan berharap orang ramai yang mempunyai gejala dan diminta untuk tidak keluar rumah demi keselamatan dan kesejahteraan orang ramai.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Rakyat yang terus alpa dan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan boleh menyebabkan kes jangkitan COVID-19 meruncing dengan unjuran 10,000 kes sehari selepas sambutan Aidilfitri ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu dimaklumkan dalam pembentangan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) yang menganggarkan kes positif harian COVID-19 boleh meningkat sehingga 5,000 dan terus melonjak kepada 10,000 kes seperti berlaku di India.
“Situasi ini boleh berlaku jika tidak ada intervensi dan SOP tidak diikuti lagi oleh rakyat.
“Jika sampai 10,000 kes sehari, kita mungkin jadi seperti India. Kita tidak mahu melihat rakyat mati bergelimpangan dan sebagainya,” katanya selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelajar Sekolah Tahfiz dan Asrama Anak Yatim Angkatan Tentera Malaysia (STAY ATM) di Kem Perdana Sungai Besi, di sini, malam tadi.
Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang.
GAMBAR HIASAN
Ismail Sabri berkata, walaupun sedar kemarahan rakyat apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terpaksa dikuatkuasakan semula antaranya di enam daerah di Selangor mulai esok, dan di Kuala Lumpur berkuat kuasa Sabtu ini, ia adalah tindakan intervensi terbaik bagi melindungi nyawa.
“Kita (kerajaan) tidak mahu dianggap tidak bertanggungjawab jika perkara buruk berlaku kepada rakyat.
“Kita lakukan ini atas kesedaran dan kerana sayangkan rakyat, sebab itu kita jaga sebaik mungkin rakyat,” katanya ketika mengulas tindakan kerajaan memutuskan pelaksanaan PKP di Kuala Lumpur dan Selangor.
Menyentuh pengumuman penutupan bazar Ramadan di enam daerah di Selangor oleh kerajaan negeri berikutan pelaksanaan PKP, Ismail Sabri berkata, pada peringkat Majlis Keselamatan Negara (MKN), pembukaan bazar dibenarkan dengan SOP ketat.
“Kita (MKN) benarkan tetapi pada masa sama memberi kuasa kepada kerajaan negeri untuk tentukan sama ada diteruskan atau ditutup.
“Kerajaan Selangor memutuskan untuk tutup, kita tidak ada apa-apa halangan berhubung keputusan itu,” katanya, lapor BH Online.
Beliau berkata, MKN menetapkan tidak akan menutup semua premis perniagaan termasuk pasar raya, bazar Ramadan mahu pun bazar Aidilfitri dalam satu masa, sebaliknya tindakan akan diambil jika terdapat lokasi dikesan berlaku penularan kes positif COVID-19.
“Penutupan juga dilakukan hanya bagi tempoh dua hingga tiga hari bagi membolehkan pengesanan kontak rapat dan proses sanitasi dilaksanakan,” katanya.
Mengulas rasional kerajaan tidak membenarkan aktiviti makan di restoran di kawasan PKP, Ismail Sabri berkata, ia dibuat atas nasihat KKM memandangkan sukar untuk mengawal penularan COVID-19 kerana ada pelanggan tidak menjaga penjarakan fizikal dan lazimnya pelitup muka dibuka ketika berada dalam restoran.
“Jika kita (misalnya) pergi ke pasar raya, walaupun ada yang tidak menjaga penjarakan fizikal, tetapi kita masih ada satu lagi perlindungan kerana memakai pelitup muka.
“Kadang kala di restoran, sesetengahnya tiada penjarakan, kemudian tidak memakai pelitup muka.
“Ia dikira transmisi secara langsung di antara satu sama lain, sebab itu bila ada pihak meminta supaya dibenarkan makan di restoran, ia sukar dipertimbangkan oleh KKM,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!