KAHERAH: Kerajaan Arab Saudi menerima kira-kira 558,000 permohonan untuk menunaikan ibadah haji tahun ini.
Proses permohonan itu dibuka 10 hari lalu dan ditutup malam semalam.
Gulf News melaporkan, awal bulan ini, pemerintah Arab Saudi menetapkan hanya 60,000 jemaah dibenarkan menunaikan haji terdiri daripada penduduk tempatan dan warga asing yang menetap di negara itu.
Penetapan itu dibuat ekoran situasi semasa penularan Covid-19 dunia yang masih belum reda, lapor AFP
Jemaah yang dipilih telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, tidak menghidap penyakit kronik dan berusia antara 18 hingga 65 tahun.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA – Perbuatan seorang lelaki mencampak seekor kucing yang telah disumbat ke dalam sebuah beg plastik ke dalam sungai mengundang kecaman hebat di laman sosial.
Menerusi perkongsian di laman Facebook Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah perkampungan di Betong, Sarawak, namun tarikh sebenar kejadian tidak dinyatakan.
Menurut Animal Malaysia, perbuatan tersebut boleh menyebabkan haiwan itu terdedah kepada bahaya dibaham buaya atau mati lemas.
“Masyarakat Betong digesa kenal pasti pelaku dan laporkan kepada pihak berkuasa. Sarawak negeri autonomi mempunyai Enakmen Kebajikan Haiwan 2015 untuk mendakwa penjenayah haiwan.
GAMBAR HIASAN
“Jangan beri peluang kepada penjenayah kezaliman haiwan hidup bebas. Mereka perlu dijejak, ditangkap, didakwa dan dihumban ke penjara,” katanya di laman Facebook hari ini.
Jelas Animal Malaysia, Akta Kebajikan Haiwan 2015, Enakmen Kebajikan Haiwan 2015 (Sabah & Sarawak) perlu pindaan dengan memasukkan hukuman sebatan terhadap penjenayah haiwan.
Sementara itu, rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki tersebut dan menyifatkan perbuatan itu sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan., lapor KOSMO Online.
“Sampai hati buang macam tu je apa salah kucing tu?,” soal Jasmon Jas di ruangan komen.
Pada masa sama, netizen turut mempersoalkan kenapa perakam video tersebut tidak menghalang perbuatan lelaki berkenaan dan seolah-olah turut bersubahat dengan pelaku.
“Yang ambil video tu kenapa tidak halang dan minta kucing tu? Kucing tu tak tau apa2 tapi boleh pula dilakukan macam itu, sedih betul,” kata Aliceson Linda.
Sehingga pukul 6 petang tadi, klip video berdurasi lebih 8,500 kali dan dikongsi lebih 307 kali.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TANGKAPAN DAN RAMPASAN DADAH DI BAWAH AKTA DADAH BERBAHAYA 1952
KUANTAN – Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Pahang berjaya menangkap seorang lelaki warganegara tempatan berumur 45 tahun dan merampas sejumlah dadah dan wang serta sebuah kereta dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM27,375.70 pada petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, sepasukan pegawai dan anggota PPMW3 Kuantan sedang membuat rondaan dalam Op Landai di kawasan Jalan Kemunting, Kuantan telah ternampak sebuah kereta Toyota Vios melanggar sebuah kenderaan lain jenis Mitsubishi yang sedang diparkir di tepi jalan raya.
Semasa hendak mendekati kereta Toyota Vios tersebut, saspek telah cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan.
Pemeriksaan di dalam sebuah beg kecil yang dibawa saspek telah ditemui sejumlah dadah seperti syabu, heroin, pil kuda dan pil eramin serta sejumlah wang.
Tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuantan atas kesalahan Akta Dadah Berbahaya 1952,lapor Polis Kuantan.
PPM Wilayah Tiga komited dalam usaha membendung aktiviti penyeludupan serta mempertingkatkan kawalan keselamatan di persisiran pantai dan perairan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
HAMPIR 70 PERATUS KAWASAN PEDALAMAN ULU TEMBELING CAPAI IMUNITI KELOMPOK
JERANTUT – Penduduk di kawasan pedalaman ulu tembeling, jerantut tidak terpengaruh dengan dakyah anti vaksin apabila program pemberian suntikan vaksin covid 19 mukim ulu tembeling mendapat sambutan menggalakkan.
Pemberian suntikan vaksin covid19 kepada penduduk kampung di ulu tembeling selama tiga hari telah dijalankan membabitkan penduduk kampung bantal, kampung orang asli Sungai Kucing , Kuala Sat, Gusai dan Mat Daling.
Ahli parlimen jerantut, Datuk ahmad nazlan idris berkata, isu anti vaksin boleh dianggap terpencil di kawasan pedalaman ini kerana tidak mempengaruhi mereka.
DATUK AHMAD NAZLAN IDRIS
Katanya, pada hari kedua semalam mendapati hampir 65 hingga 70 peratus penduduk di kawasan ulu tembeling sudah menerima suntikan dan dijangkakan pada hari ini lebih 90 peratus penduduk akan menerima vaksin.
Jelasnya, vaksin tiga kampung termasuk kampung kuncing kampung orang asli, kehadiran mereka sangat menggalakkan dan ucapkan terima kasih kepada saudara di ulu tembeling dah beri kerjasama, ada ditanya beberapa isu samada isu hasutan supaya masyarakat tak ambil vaksin tapi saya melihat di kawasan ulu tembeling ini isu tu boleh dianggap isu terpencil.
AHMAD NAZLAN MENINJAU PROSES PEMBERIAN VAKSIN COVID-19
Beliau berkata, usaha kementerian pembangunan luar bandar mewujudkan imuniti kelompok boleh tercapai berdasarkan sambutan yang ditunjukkan.
Tambahnya, usaha kerajaan melalui kementerian kesihatan malaysia ( kkm) dan kerajaan negeri membawa vaksin ini ke kawasan pedalaman amat baik kerana penduduk menghadapi kesukaran dari segi alat perhubungan dan lokasinya amat jauh dari bandar jerantut.
Sementara itu, ketua kampung bantal, hamdan ali berkata, penduduk kampung berasa bersyukur dan berterima kasih kerana melaksanakan program pemberian suntikan vaksin covid 19 mukim ulu tembeling.
KETUA KAMPUNGBANTAL, HAMDAN ALI
Menurutnya sebelum ini apa yang tahu kemungkinan mengambil vaksin ini di bandar jadi bila dapat berita mengenai penerimaan vaksin ini kplb di kampung bantal, namun beliau berasa bersyukur dapat meringankan orang tua dan seluruh penduduk di ulu tembeling. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BUTTERWORTH: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas hampir 28 tan daging kerbau sejuk beku selepas didapati menggunakan maklumat sijil halal yang mengelirukan.
Produk yang diimport dari India itu di rampas semasa pemeriksaan rutin agensi penguatkuasaan berkenaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini pukul 5.45 petang semalam.
GAMBAR HIASAN
Pengarah Maqis negeri, Noriah Dahlan berkata, pemeriksaan pihaknya mendapati maklumat sijil halal yang dikeluarkan dari negara pengeksport pada produk itu tidak tepat dan berbeza dengan maklumat label pada bungkusannya, lapor Utusan Online.
“Sehubungan itu, produk daging kerbau beku tanpa tulang yang dimuatkan di dalam 1,449 kotak seberat 27,998 kilogram (kg) dan dianggarkan bernilai RM427,691 tersebut disita untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MADRID: John McAfee, pengasas perisian anti virus komputer popular, ditemukan mati, disyaki bunuh diri di sebuah penjara di Barcelona, semalam.
Dailymail melaporkan, kematian McAfee dilaporkan pada hari sama mahkamah bersetuju untuk mengekstradisi beliau ke Amerika Syarikat (AS) berhubung dakwaan mengelak cukai.
Jabatan Kehakiman Catalonia memaklumkan, McAfee, 75, ditemukan mati petang semalam di dalam selnya di Penjara Brians 2, Barcelona, dengan para pegawai mengatakan siasatan awal menunjukkan bunuh diri, lapor Agensi.
Ia berlaku hanya beberapa jam setelah mahkamah Sepanyol meluluskan ekstradisi McAfee ke Amerika Syarikat, di mana dia dikehendaki atas tuduhan jenayah berkaitan cukai yang membawa hukuman penjara hingga 30 tahun
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PUTRAJAYA: Sebanyak 5,841 kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat ke 716,847.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi hari ini dengan 2,072 kes diikuti Negeri Sembilan dengan 781 kes, Sarawak (581); Kuala Lumpur (552); Johor (346); Kedah (271) dan Melaka (247), lapor BH ONLINE.
“Semua negeri mencatatkan pertambahan kes baharu hari ini dan hanya Perlis melaporkan kes baharu satu digit iaitu lima kes,” katanya dalam Facebook, hari ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LEPAS GIAN MAIN ‘PAI KAW’ DALAM SEMAK BELAKANG TOKONG
3 WANITA VIETNAM DAN 7 LELAKI TEMPATAN DITAHAN DALAM SERBUAN
LIPIS: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh menyebabkan sepuluh orang yang gian untuk bermain judi buah “pai kaw’, bermain judi tersebut di kawasan bersemak di belakang Tokong Shek Thien Kong, Kampung Baru Penjom, dekat sini petang semalam.
Mereka yang sedang asyik berjudi di dalam semak, terkejut dan terkedu apabila kegiatan mereka diintai oleh sepasukan polis dari daerah Lipis hasil maklumat orang ramai dan suspek cuba melarikan diri ke kawasan hutan berdekatan belakang tokong itu .
Peralatan judi dan wang pertaruhan yang dirampas, semalam.-Foto PDRM
Polis menahan tiga wanita warga Vietnam berusia antara 31 hingga 46 tahun dan tujuh lelaki tempatan berusia antara 38 hingga 73 tahun dalam kegiatan judi tersebut.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, walaupun mereka cuba melarikan diri menghala ke hutan berdekatan, tetapi kesemua mereka berjaya diberkas oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Lipis.
Semua suspek ditahan dalam serbuan oleh pasukan polis Lipis, semalam.
“Ketika serbuan dilakukan pada jam 6.20 petang di kawasan itu, mendapati, beberapa lelaki dan wanita sedang asyik bermain judi dengan menggunakan buah ‘pai kaw’.
“Kesemua suspek diberkas dan mereka diminta menunjukkan kad pengenalan diri masing-masing untuk pemeriksaan lanjut,” katanya kepada media.
Katanya, ketika pemeriksaan, mendapati di atas meja yang digunakan mereka, terdapat 32 buah ‘pai kaw’ bersama bekas, tiga buah dadu dan wang tunai berjumlah RM2,539 yang digunakan sebagai pertaruhan berjudi.
“Polis menahan suspek judi berkenaan serta semua peralatan berjudi termasuk buah ‘pai kaw’ dan beberapa bukti kes tersebut dan mereka akan disiasat di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
“Pegawai mengetuai Ops Dadu juga menjelaskan sebab tangkapan dan rampasan kepada kepada semua suspek dalam bahasa mudah difahami serta menerangkan hak-haknya yang diperuntukan di bawah Seksyen 28A Kanun Prosedur Jenayah (KPJ),” katanya.
Selain itu, kesemua suspek judi masing-masing turut dikompaun RM1,500 kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan penjarakan fizikal serta berkumpul mengikut Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2021.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MPV BARAT DAYA KEJAR LORI CURI SEJAUH 10 KM,SEORANG ANGGOTA POLIS CEDERA.
Barat Daya – 23 Jun 2021, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata berlaku pergelutan dengan anggota Mpv Barat Daya.
Berlaku kejar mengejar antara pihak polis dan suspek sebelum suspek berjaya ditangkap di hadapan Shell Sg Tiram, Bayan Lepas, lapor HM online
Menurut pemilik lori,beliau nampak lori miliknya dilarikan kawasan parkir Pasaraya Giant Bayan Baru namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana kejadian berlaku terlalu pantas, lapor Polis Barat Daya
Suspek berjaya ditahan kerana lori yg dilarikan itu terbabas.
Suspek dibawa ke Hospital Besar Pulau Pinang kerana cedera
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PKD MARAN SIASAT GAMBAR SAMBUTAN HARI BAPA TIMBALAN MENTERI
KUANTAN – Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Maran sedang menyiasat penularan gambar Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib yang dikatakan melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan menyambut Hari Bapa, hujung minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abd Rahman berkata, siasatan itu dilakukan seperti arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pahang, selepas gambar Ahli Parlimen Maran yang dipercayai menyambut Hari Bapa di kediamannya, dekat Maran, tersebar sejak malam kelmarin.
“Gambar itu dirakam oleh jurugambar kementerian beliau (Ismail) dan ia kemudiannya menghantar (gambar berkenaan) melalui kumpulan Whatsapp, hanya untuk simpanan mereka.
“Difahamkan, kehadiran pada majlis itu adalah kakitangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Pejabat Parlimen Maran bagi tujuan penyediaan bungkusan barangan sumbangan bantuan mangsa Covid-19 Parlimen Maran serta perbincangan untuk menggalakkan pendaftaran vaksin bagi kalangan masyarakat Orang Asli di bawah Parlimen Maran,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menganjurkan sebarang bentuk majlis atau perhimpunan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Pada Isnin tular di media sosial gambar Ismail bersama sembilan individu dipercayai mengadakan jamuan meraikan Hari Bapa di kediaman pemimpin UMNO itu.
Gambar tersebut dimuat naik seorang pengguna di laman sosial Facebook bersama keterangan ‘Majlis Sambutan Hari Bapa di kediaman YBTM KPKT’ dengan bertandakan lokasi di Sungai Ling, Maran, Pahang.
Netizen memberikan pelbagai reaksi termasuk mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen Maran itu mengadakan jamuan dengan melibatkan aktiviti kunjung-mengunjung ketika negara sedang bergelut menangani penularan wabak Covid-19.
Bagaimanapun tidak dinyatakan sama ada sembilan individu dalam foto tersebut merupakan ahli keluarga timbalan menteri berkenaan dan bila tarikh jamuan serta foto itu dirakam.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!