HAMPIR 300,000 PENDUDUK PAHANG LENGKAP DUA DOS SUNTIKAN VAKSIN
KUANTAN: Hampir 300,000 daripada 1.68 juta penduduk Pahang sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.
Beradasarkan statistik Jawatankuasa Khas Jaminan Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), seramai 586,710 atau hampir 50.5 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Menurut statistik itu lagi, setakat ini 957,520 atau 81.4 peratus sudah mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera untuk menerima suntikan.
“Jumlah vaksin diterima sehingga 7 Ogos ialah sebanyak 1,035 juta dos dan daripada jumlah itu, sebanyak 886,641 atau 85.6 peratus sudah digunakan,” kata JKJAV.
Di Pahang, sebanyak 69 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dibuka iaitu di hospital, klinik kesihatan dan dewan orang ramai.
Laporan harian bagi 7 Ogos pula, seramai 11,161 orang di Pahang telah menerima dos pertama manakala 2,933 orang menerima dos kedua.
Hari yang sama di Terengganu pula mencatatkan 6,926 orang menerima dos pertama dan 9,233 menerima dos kedua.
Sementara di Kelantan, seramai 7,155 menerima dos pertama dan 1,058 menerima dos kedua.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA – “Kepada yang tidak puas hati, memang saya ditahan untuk bantu siasatan dan saya telah pun memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak berkuasa.”
Demikian pendedahan ringkas pelawak, Tauke (Jambu) atau nama lengkapnya, Zamatul Amri Zakaria yang mengaku ditahan oleh pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan seks, baru-baru ini.
Pengakuan tersebut dilakukan menerusi akaun Instagram Story miliknya yang diulang siar isterinya, Nadia Mohd Effendi, hari ini.
Bagaimanapun, Tauke, 45, menafikan penahanan tersebut adalah berkaitan dengan isu ‘bapak ayam’ dan perkara-perkara seperti yang disebutkan itu.
“Bukan jadi bapa ayam atau pengedar, tiada kaitan aktiviti tersebut,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Tauke yang juga merupakan bekas peserta Raja Lawak musim pertama berkali-kali menafikan dia adalah pelawak terkenal ditahan polis Ahad lalu kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan pemerdagangan manusia untuk tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah.
Berdasarkan laporan media, Ketua Polis daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani memaklumkan, pelawak yang ditahan merupakan seorang lelaki dalam lingkungan 40-an ketika Ops Pintas dilaksanakan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Daerah sekitar pukul 10 pagi, lapor KOSMO online
Dalam serbuan itu, polis merampas sebuah kereta Perodua Axia, beberapa bungkus kondom, sejumlah wang tunai dan empat biji telefon pintar.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA – Satu klip video yang merakamkan suara seram yang didakwa datang daripada teriakkan ‘penanggal’ kini sedang tular di media sosial.
Klip video suara seram itu dikongsikan oleh Mizan Yusof Mizan di Kumpulan Facebook Kelab Cerita Hantu Malaysia (KCHM).
Berdasarkan video pendek tersebut, kedengaran seperti satu suara tangisan yang sangat kuat. Jelas Mizan Yusof, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Melaka dan penduduk mendakwa ‘tangisan’ tersebut adalah bunyi ‘penanggal’.
Namun begitu, rata-rata orang ramai mendakwa ia bukan bunyi makhluk halus seperti yang disangka sebaliknya itu adalah bunyi seekor musang.
Tetapi ada juga yang percaya bahawa bunyi itu memang datangnya dari makhluk tersebut. Fauzi_Sahar berkata, dia seakan namapak satu kelibat makhluk halus tersebut di atas cahaya lampu jalan berkenaan.
“Saya nampak macama ada sesuatu di atas cahaya lampu itu, kalau dizoomkan memang akan nampak seakan-akan sedang mengintai,” jelasnya, lapor KOSMO online
Meskipun begitu, sehingga kini tidak dapat dipastikan kesahihan video tersebut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MARAN : Bas pelancongan Syarikat Elang Wah Sdn Bhd mengambil inisiatif mengubah suai bas dua tingkat menjadi pusat vaksin bagi Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAC) sekali gus membantu melancarkan lagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
Bas terbabit milik syarikat itu kini bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam program MOVAC di Dewan Semai Bakti, Felda Jengka Tiga, di sini, selama dua hari bermula hari ini.
Pengurus syarikat bas pelancongan Elang Wah Sdn Bhd, Abdul Rahman Mohamed berkata kerjasama itu memberi nafas baharu kepada pengusaha bas pelancongan yang kini terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.
Jelasnya, untuk vaksinasi ni seperti yang kita cakap kami juga bergantung kepada pihak kerajaan kalau kita ada 20 biji bas kalau lagi banyak pihak kerajaan bagi kami untuk vaksinasi kita akan keluarkan 20 biji bas la jadi kalau boleh kita nak keluarkan semua bas bas yang kita ada lah jadi kita boleh mengambil balik pekerja pekerja kita yang sebelum ni kita bagi cuti tanpa gaji kita boleh bantu balik ekonomi diaorang itu harapan kami lah
“Kami mempunyai 20 bas pelancongan namun setakat ini hanya satu diubah suai dan dijadikan pusat vaksin,” katanya ketika ditemui di program terbabit, di sini, hari ini.
Katanya, bas terbabit mempunyai tujuh stesen suntikan iaitu tiga di tingkat bawah dan empat di tingkat atas serta mampu menampung sehingga 1,120 penerima vaksin sehari.
“Selain menyediakan kemudahan bas, kami turut menyediakan perkhidmatan petugas kesihatan untuk tujuan vaksinasi dengan kerjasama dengan dua klinik swasta,” katanya.
Abdul Rahman berkata, pihaknya berharap kerajaan dapat memperluaskan kerjasama seperti ini supaya lebih banyak pengusaha industri bas pelancongan mendapat manfaat.
“Akibat pandemik COVID-19, syarikat terjejas teruk dan sebahagian besar pekerja terpaksa diberikan cuti tanpa gaji, namun jika peluang ini diperluaskan, kami boleh memanggil mereka bekerja semula,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib berkata, empat buah bas digunakan untuk program MOVAC di Felda Jengka Tiga, di sini.
“Program dua hari ini membabitkan 1,600 penerima vaksin membabitkan penduduk Felda Jengka Tiga, Felda Jengka Dua, dan Felda Ulu Jempol, di sini,” katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
HATI TETAP SETIA PADA PARTI,SOKONGAN TIDAK BERBELAH PADA PERDANA MENTERI
MARAN : Hati tetap kepada parti tetapi sokongan terbuka terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin demi rakyat dan kesejahteraan pembangunan negara”.
Beliau yang Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata semua pihak memberi fokus membantu kerajaan Covid 19 dan ketidaktentuan ekonomi sejak tahun lalu.
Jelasnya memberi sokongan kepada Perdana Menteri, sama seperti berikan sokongan kepada Perdana Menteri lain sebelum ini dan tidak perlu dipolitikkan.
Menurutnya ,tujuan utama beliau untuk bekerja dan dilantik sebagai ahli Parlimen untuk membantu dan memberikan khidmat kepada rakyat.
“Jadi dalam kita berhadapan dengan Covid-19 dan kesan ekonomi yang tidak menentu, sewajarnya ahli politik tidak terlalu berpolitik sehingga hilang perkiraan kita untuk membantu rakyat.
Beliau ditemui selepas program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) di Dewan Semai Bakti FELDA Jengka 3, Maran Pahang .
Kira-kira 900 penduduk di sekitar FELDA Jengka 3 menerima dos pertama vaksin Covid -19 jenis Pfizer pada program berkenaan.
Ketika diminta mengulas pengumuman Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang meminta semua ahli Parlimen UMNO menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN), Ismail berkata, perkara itu tidak sepatutnya timbul kerana Muhyiddin sudah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah dan Baginda memperkenankan supaya usul undi tidak percaya dijalankan di Parlimen.
Ditanya mengenai adakah beliau sudah menerima surat dari pejabat UMNO susulan pengumuman terbuka beliau menyokong Muhyiddin dan PN, beliau berkata, setakat ini beliau belum menerima apa-apa surat makluman mengenai tindakan bakal dikenakan akibat kenyataan dibuat beliau itu.
“Secara peribadi, saya belum terima (surat) dan saya masih lagi ahli UMNO. Saya nak pemimpin yang buat kerja… tidak ada penyelewengan… saya nak pemimpin yang ikhlas bekerja untuk rakyat, bukan (pemimpin) yang fikirkan masalah sendiri.
Ismail turut memaklumkan tidak timbul isu berlakunya perpecahan dalam UMNO buat masa ini kerana semua ahli parlimen mengambil pendirian berdasarkan situasi semasa demi kepentingan negara dan rakyat.
“Kita tidak ada masalah (perpecahan) jadi sekarang siapa yang nak pecahkan (UMNO)… saya tidak bimbang… saya tidak minat untuk pecahkan parti dan saya setia bersama UMNO”,katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SUNGAI PETANI – Seorang lelaki yang ditemui mati di tepi sebuah kereta berhadapan kedai dobi di Taman Tunku Hamimah di sini pagi tadi disahkan positif Covid-19.
Mangsa, Mohd. Shahir Shafie, 38, dari Taman Baiduri di sini dijumpai dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri di tepi kereta jenis Perodua Kancil oleh pekerja syarikat pembersihan kira-kira pukul 8.50 pagi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abdul Rahman memberitahu, pekerja syarikat pembersihan tersebut dikatakan sedang menyapu sampah di kawasan itu sebelum ternampak mangsa berjalan kaki menuju ke hadapan kedai dobi tersebut.
“Mangsa tiba-tiba rebah di tepi kereta jenis Perodua Kancil dan terus tidak sedarkan diri sebelum pekerja terbabit menghubungi pihak Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) bagi mendapatkan bantuan,” katanya di sini hari ini.
Kata beliau, mangsa disahkan telah meninggal dunia dan mayat lelaki terbabit dibawa ke HSAH untuk tindakan lanjut, lapor KOSMO online
“Hasil ujian saringan mendapati mangsa positif Covid-19 dan bedah siasat dijangka dilakukan pada esok,” ujarnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
DURIAN TOK LITOK DAN BANGKOK TERKENAL DI KAMPUNG BESUL JERANTUT
JERANTUT : Kampung Besul terkenal dengan durian klon Tok Litok dan durian Bangkok kerana raja buah itu merupakan hasil tanaman penduduk Kampung Besul sejak tiga dekad lalu.
Seorang peniaga warga emas, Mariam Wahab, 67, berkata, keistimewaan durian kampung Tok Litok, buah ini mempunyai empat pangsa kecil, isi tebal kekuningan, lemak manis, bijinya ‘kemik’ atau kecil dan tidak melekat di jari ketika makan.
Mariam Wahab, 67, keistimewaan durian kampung Tok Litok, buah ini mempunyai empat pangsa kecil, isi tebal kekuningan, lemak manis, bijinya ‘kemik’ atau kecil dan tidak melekat di jari ketika makan.
“Walaupun saya ada kebun dan juga menjual durian, tetapi saya juga memborong dua baka durian ini daripada pekebun (penduduk) di sini memandangkan pasaran buah ini cukup laris.
“Tidak menyangka durian Tok Litok yang merupakan usaha tanaman pekebun di kampung tersebut menggunakan biji benih memang terkenal di seluruh Pahang sejak 1980-an lagi termasuk durian Bangkok dan kampung,” katanya.
Katanya, sebelum ini dia menjual buah Tok Litok 500 hingga 600 kilogram sehari, kerana mendapat sambutan hangat daripada penduduk daerah ini dan juga penggemar dari daerah lain.
“Tetapi sejak Perintah Kawalamn Pergerakan (PKP) kebetulan bertembung dengan musim durian tahun ini, jualan durian jenis ini tidak sampai 200 kilogram yang dibeli oleh pelanggan termasuklah durian Bangkok dan kampung.
“Lagipun pekebun di sini tidak mampu memasarkan durian ini ke bandar Jerantut kerana ada persaingan dengan peniaga lain termasuk musang king, mereka hanya menjual kepada saya secara borong untuk kemudahan perniagaan di gerai ini,” katanya.
Katanya, seperti juga peniaga buah-buahan di tempat lain turut berdepan kekurangan pelanggan yang singgah untuk membeli di gerainya ekoran penguatkuasaan PKP sejak awal tahun ini.
Mariam yang tinggal di Kampung Besul, dekat ini berniaga di gerai kecil hadapan rumahnya berdekatan jalan raya Kuala Tembeling ke bandar Jerantut menyifatkan dua tahun ini merupakan masa yang cukup perit dilalui oleh peniaga buah-buahan seperti dialaminya.
“Sebelum wabak Covid-19 boleh dikatakan setiap hari pelanggan yang berulang alik dari bandar Jerantut ke Lipis melalui jalan raya ini akan singgah membeli durian, kelapa dan buah-buahan lain setiap kali bermusim.
“Untuk melariskan kedua baka durian ini, saya terpaksa menurunkan harga daripada RM15 ke RM8 sekilogram bagi Tok Litok, manakala Bangkok (daripada RM12 ke RM5 sekilogram termasuk durian kampung hanya RM4 sekilogram,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
IPOH – Tindakan tiga lelaki sengaja mempamerkan pistol tiruan membawa padah apabila kesemua mereka ditahan dalam dua serbuan berasingan di Jalan Kampung Paloh di sini semalam.
Tangkapan ke atas suspek berusia lingkungan 20-an itu dibuat susulan video tular berdurasi 13 saat aksi salah seorang daripada mereka memegang senjata menyerupai pistol di hadapan sebuah rumah.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, tangkapan pertama membabitkan dua lelaki pada pukul 2.30 petang selepas sejam video berkenaan tukar menerusi WhatsApp.
Menurut beliau, semasa ditahan kedua-dua suspek sedang berkeliaran menaiki motosikal sebelum pemeriksaan menemui sepucuk senjata tiruan menyerupai pistol semiautomatik.
“Susulan itu, kita menahan seorang lagi suspek yang juga rakan mereka pada pukul 7 malam bagi membantu siasatan.
“Perbuatan mereka bertiga membuat rakaman video itu telah mendatangkan kegusaran kepada masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Hasil soal siasat, ketiga-tiga suspek mengaku membeli pistol tiruan tersebut serta berkumpul di hadapan sebuah rumah pada Khamis lalu sambil meminum minuman keras.
Tambah Mior Faridalathrash, ketika berkumpul salah seorang daripada tiga lelaki tersebut telah mempamerkan pistol tiruan yang dimiliki dan dirakam oleh rakan yang lain sebelum ditularkan.
“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 36 Akta Senjatapi 1960 kerana memiliki senjata tiruan tanpa lesen yang sah dan boleh dihukum, dengan atau kedua-duanya sekali jika bersalah.
“Sehubungan itu, kita menasihatkan orang ramai agar tidak menularkan sebarang aksi dan perbuatan yang boleh mengganggu keselamatan awam dan mendatangkan kegusaran masyarakat,” ujar beliau. – K! ONLINE
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
AZIZUL BERJAYA KE SUKU AKHIR DALAM ACARA KEIRIN ESUK
TEMERLOH: Datuk Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Sharom berjaya melepasi pusingan kelayakan acara keirin Olimpik 2020, kedua-duanya berada dalam kelompok 24 pelumba terbaik yang diadakan di Velodrom Izu, petang ini.
Pada awalnya,situasi mendebarkan menimpa Shah Firdaus yang terbabit dalam kemalangan semasa saringan kedua, beliau menarik diri untuk perlumbaan ulangan atas nasihat Institut Sukan Negara (ISN).
Semangat patriotik untuk berjuang sangat tinggi, Shah mengharungi pusingan repechage untuk melayakan dirinya dalam acara itu, sekali lagi beliau nyaris terjatuh sebelum meletakkan dirinya di tempat kedua untuk mara ke pusingan berikut esuk.
Sebelum itu Azizul melepasi ke suku akhir dalam saringan ke-4, beliau dikenali sebagai The Pocket Rocketman mara ke pusingan seterusnya setelah berada di tempat pertama dalam saringannya itu.
Wawancara bersama Azizul, beliau memohon rakyat Malaysia mendoakan beliau dan Shah berjaya esuk.
“Mohon tiada apa kesilapan berlaku esuk dan saya akan bincang dengan jurulatih untuk menyusun strategi yang akan digunakan,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JOHOR BAHRU: “Saya tergamam dan terkejut apabila melihat depan mata sendiri sebatang pokok besar tumbang dan menghempap lima buah kenderaan serta motosikal.
Itu reaksi Nurazimah Hussin, 24, yang ketika itu sedang bekerja sebagai juruwang di sebuah kedai yang terkejut apabila melihat pokok besar di hadapan tempat dia bekerja dipanah petir lalu tumbang.
“Ini kali pertama saya melihat kejadian ngeri berlaku depan mata. Rasa macam lihat filem tetapi ini benar-benar berlaku.
“Saya tak tahu nak buat apa-apa selain cuma mampu melihat dan badan saya tiba-tiba menggigil masa itu,” katanya ketika ditemui di pekan Ulu Tiram di sini hari ini.
Terdahulu, kejadian ribut dan petir berserta hujan lebat berlaku kira-kira pukul 3 petang mengakibatkan beberapa jalan mengalami banjir kilat dan pokok tumbang.
Pokok tumbang yang terletak di tengah pekan Ulu Tiram berhampiran hentian bas dan teksi itu mengakibatkan lima buah kereta serta beberapa buah motosikal dihempap oleh pokok.
Namun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan selain sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya bergegas ke tempat kejadian.
Sementara itu, rakan sekerjanya, Nurul Aisyah Razman, 18, turut terkejut apabila mendengar bunyi petir yang amat kuat disusuli dengan bunyi pokok tumbang, lapor KOSMO online
“Ia berlaku sekelip mata dan ketika itu ada beberapa kenderaan di hadapan kedai saya bekerja. Mujur tidak ada orang yang berada didalam kenderaan, kalau tidak, tak tahu apa akan terjadi,” katanya
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!