Program Santai Ngopi Bellanies Tarik 150 Ejen Baharu
TEMERLOH – Kira-kira 150 ejen telah berdaftar menyertai rangkaian jualan produk Bellanies susulan penganjuran program santai “Ngopi” yang berlangsung di Kesuma Cafe di sini, semalam.
Pengasas Bellanies, Rosyatina Wahab berkata, program berkenaan berjalan lancar dengan kehadiran ejen-ejen dari Bentong dan Temerloh yang hadir bagi mendapatkan penerangan lanjut mengenai peluang keagenan serta produk yang ditawarkan.
Menurutnya, program itu turut menjadi platform memperkenalkan ejen-ejen baharu selain mengukuhkan rangkaian jualan sedia ada di sekitar Pahang. “Program santai ini memberi ruang kepada bakal ejen untuk lebih mengenali produk Bellanies serta memahami sistem keagenan yang kami tawarkan.
Sambutan yang diterima amat menggalakkan,” katanya. Beliau turut memaklumkan, bagi kawasan Bentong, orang ramai yang berminat boleh menghubungi wakil ejen dikenali sebagai Kak Nor Cendol, melalui nombor telefon yang telah disediakan dalam hebahan rasmi.
Dalam pada itu, Rosyatina menjelaskan bahawa produk Bellanies mungkin tidak sepopular produk artis yang mudah laris di pasaran, namun ia dihasilkan oleh kilang berpengalaman yang turut memformulasi produk-produk selebriti terkenal.
“Untuk makluman, produk Bellanies dikeluarkan oleh AD Mutiara Idaman Sdn Bhd, sebuah kilang yang turut menghasilkan produk artis. Justeru, orang ramai tidak perlu ragu untuk mencuba kerana kualitinya diyakini,” katanya.
Tambahnya, pihaknya optimis rangkaian ejen Bellanies akan terus berkembang dan memberi peluang kepada lebih ramai usahawan tempatan menjana pendapatan melalui platform keagenan yang disediakan.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Program WANDA Perkasa Wanita Digital, Bellanies Sokong Pembangunan Usahawan Wanita di Pahang
KUANTAN – Program WANDA (Wanita Digital Anggun) yang bakal berlangsung pada 12 Februari 2026 di Sri Manja Boutique Hotel, di sini, dijangka menjadi platform utama dalam memperkasa kemahiran digital serta memperkukuh penglibatan wanita dalam bidang keusahawanan dan pembangunan kerjaya.
Program anjuran kerajaan Pahang itu akan dirasmikan oleh YB. Dato’ Hajah Sabariah binti Saidan, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, dengan pengisian latihan khas yang memberi tumpuan kepada peningkatan kemahiran digital, pembinaan jenama serta pengukuhan perniagaan.
Pengasas Bellanies, Rosyatina Wahab berkata, penyertaan dan sokongan Bellanies dalam program WANDA adalah selari dengan aspirasi syarikat untuk membantu wanita membina keyakinan diri, meningkatkan ilmu serta memperluaskan peluang menjana pendapatan melalui keusahawanan dan platform digital.
“Bellanies melihat WANDA sebagai satu inisiatif strategik untuk melahirkan lebih ramai wanita yang berdaya saing dalam era digital. Kami komited untuk terus menyokong program seperti ini kerana ia bukan sahaja memperkasakan wanita, malah membantu mereka membina masa depan yang lebih stabil dari segi ekonomi,” katanya.
Menurutnya, menerusi program WANDA, peserta akan didedahkan kepada latihan dan bimbingan yang bersesuaian dengan keperluan semasa, termasuk penggunaan platform digital bagi tujuan pemasaran, pembinaan personal branding serta pengurusan perniagaan kecil dan sederhana.
Dalam pada itu, Bellanies turut meneruskan inisiatif mendekati usahawan dan bakal ejen menerusi program Santai Ngopi Bersama Usahawan yang berjalan lancarnya pada 10 Februari 2026 di Kesuma Cafe, Hotel Apsara, Temerloh.
Program santai itu bertujuan memperkenalkan peluang menjadi ejen Bellanies Skin Care, selain memberi penerangan mudah mengenai sistem perniagaan yang fleksibel dan sesuai untuk wanita yang ingin memulakan langkah dalam dunia keusahawanan.
Rosyatina berkata, gabungan program WANDA dan Santai Ngopi Bersama Usahawan dilihat sebagai pendekatan menyeluruh dalam membina ekosistem sokongan kepada wanita, merangkumi pembangunan kemahiran, keyakinan diri serta peluang menjana pendapatan secara mampan.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Ngopi Sambil Jana Rezeki, Bellanies Perkukuh Rangkaian Ejen
TEMERLOH : Program santai ‘ngopi’ anjuran Bellanies yang berlangsung di Kesuma Cafe malam tadi berjalan lancar dengan pengenalan beberapa ejen baharu dari sekitar Bentong, Temerloh, Raub dan Kuala Lumpur.
Pengasas Bellanies, Rosyatina Wahab, berkata program itu bertujuan mengeratkan hubungan antara pengurusan dan ejen selain memberi pendedahan lebih dekat mengenai produk serta peluang keusahawanan kepada komuniti setempat.
Menurutnya, antara ejen yang diperkenalkan termasuk Kak Nor bagi kawasan Bentong, Norhayati Hashim bagi kawasan Raub, Siti Marhaini dan Kakak Mas bagi kawasan Temerloh, selain Datin Norissa yang mewakili Kuala Lumpur.
“Program ini memberi peluang kepada bakal ejen dan pelanggan untuk bertemu secara santai, berkongsi pengalaman serta mendapatkan maklumat terus mengenai produk Bellanies dan peluang menjadi ejen,” katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa stokis utama Bellanies bagi daerah Temerloh kini beroperasi di Bazaar Lurah Semantan melalui pejabat Kelab Usahawan Desa Daerah Temerloh bagi memudahkan urusan pengambilan stok dan sokongan kepada ejen tempatan. Selain itu, Mastura Abdul Malik turut diperkenalkan sebagai antara ejen yang akan memperkukuh rangkaian Bellanies di kawasan sekitar.
Rosyatina berkata, walaupun produk Bellanies bukanlah produk artis yang popular dan terus habis terjual di pasaran, namun kualiti produk tetap diberi keutamaan kerana ia dikeluarkan oleh kilang yang turut memformulasikan produk untuk jenama artis terkenal.
“Produk Bellanies diformulasikan oleh kilang yang sama yang menghasilkan produk-produk artis. Justeru, pengguna tidak perlu bimbang untuk mencuba kerana kualiti dan keselamatan produk sentiasa dititikberatkan,” katanya.
Beliau turut menggalakkan orang ramai untuk mencuba produk Bellanies dan menyertai rangkaian ejen dengan niat mencari rezeki secara sah dan berkat. Dalam pada itu, Rosyatina memaklumkan pihaknya akan meneruskan siri promosi dan pertemuan bersama ejen menerusi Program Wanda yang dijadualkan berlangsung di Kuantan pada 12 Februari ini.
“Program seperti ini penting untuk memperkukuh jaringan ejen, selain membantu memperkenalkan Bellanies kepada lebih ramai pengguna di Pahang dan kawasan sekitarnya,” katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kerajaan sedia RM100,000 bantu persatuan belia dan sukan lesu
JERANTUT – Kerajaan Pahang menyediakan peruntukan sebanyak RM100,000 bagi membantu persatuan belia dan sukan di peringkat daerah dan kampung, termasuk Kampung Orang Asli, yang dikenal pasti lesu serta berdepan masalah pentadbiran untuk kembali aktif.
Fadzli Mohamad Kamal turut serta berlari Program Pahang First Fun Run di sini, semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata, Majlis Daerah Jerantut dan Cameron Highlands antara kawasan yang dikenal pasti mempunyai persatuan belia dan sukan yang kurang aktif.
Menurutnya, situasi itu menuntut persatuan terlibat mengemas kini struktur pentadbiran serta membuka ruang penyertaan lebih luas kepada golongan muda bagi memastikan kelangsungan persatuan.
“Bagi menyokong usaha menghidupkan semula persatuan yang terlibat, kerajaan negeri menyalurkan kira-kira RM100,000 sebagai dana permulaan untuk pelaksanaan aktiviti dan program komuniti.
“Selain itu, kepentingan penyertaan inklusif melibatkan kaum Cina, India serta komuniti Orang Asli perlu dipergiatkan dalam persatuan belia dan sukan bagi melahirkan generasi muda yang sihat, berdaya tahan dan bersatu padu,” katanya kepada media selepas Program Pahang First Fun Run di sini, semalam.
Fazli berkata, Program Fun Run itu misalnya mencatat hampir 2,000 penyertaan, dengan lebih 80 peratus terdiri daripada golongan belia.
“Ini membuktikan golongan muda dahagakan aktiviti riadah seperti ini, namun sebelum ini kurang penganjuran akibat persatuan yang tidak aktif.
“Pahang mempunyai banyak lokasi berpotensi untuk aktiviti sukan dan rekreasi berasaskan alam semula jadi termasuk Jerantut yang kaya dengan laluan hutan, bukit, gunung serta aktiviti air boleh diketengahkan,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menyarankan persatuan belia dan sukan merangka kalendar aktiviti berterusan, memperkukuh jaringan kerjasama serta memanfaatkan kemudahan sedia ada bagi menarik penyertaan komuniti setempat.
“Antara program yang dirancang ialah Mara Lasak Pahang yang dijadual berlangsung di Chini, melibatkan agensi kerajaan, badan beruniform, komuniti dan pelajar, khusus untuk rakyat Pahang,” katanya.- SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pahang First Fun Run Jerantut Himpun Hampir 2,000 Peserta
JERANTUT – Penganjuran Pahang First Fun Run yang berjaya menghimpunkan hampir 2,000 peserta menjadikan Jerantut antara tumpuan utama aktiviti sukan dan rekreasi di Pahang, sekali gus membuka ruang kepada persatuan belia dan sukan tempatan untuk lebih aktif menganjurkan program berimpak tinggi yang diadakan di Jerantut, semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata, sambutan menggalakkan daripada peserta dalam dan luar daerah, yang majoritinya golongan belia, membuktikan minat terhadap aktiviti larian serta amalan gaya hidup sihat semakin meningkat.
Menurutnya, antara program yang dirancang ialah Mara Lasak Pahang, iaitu acara sukan lasak berpasukan sejauh 14 kilometer dengan bebanan lima kilogram yang dijadualkan berlangsung di Chini.
“Program ini melibatkan penyertaan agensi kerajaan, badan beruniform, komuniti serta pelajar dan dikhususkan untuk rakyat Pahang,” katanya.
Beliau turut berkata Pahang memiliki pelbagai lokasi berasaskan alam semula jadi yang berpotensi dibangunkan sebagai destinasi sukan dan rekreasi, termasuk Jerantut yang kaya dengan laluan hutan, bukit, gunung serta aktiviti air.
Sehubungan itu, beliau menyarankan persatuan belia dan sukan merangka kalendar aktiviti secara berterusan, memperkukuh jaringan kerjasama serta memanfaatkan kemudahan sedia ada bagi menarik penyertaan komuniti setempat. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ANGKASA–BAZNAS perluas peranan koperasi masjid di Bandung Barat
BANDUNG BARAT – ANGKASA memperluas peranan koperasi masjid di peringkat serantau apabila merasmikan penubuhan Koperasi Kariah Masjid Ash-Sholihin Cisarua di sini, semalam, bagi memperkasa ekonomi komuniti berasaskan institusi masjid.
Majlis perasmian disempurnakan Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) dan Naib Presiden International Cooperative Alliance–Asia and Pacific (ICA-AP), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, bersama delegasi Badan Amil Zakat Nasional (BAZNAS) Republik Indonesia.
Penubuhan koperasi itu turut menjadi platform perkongsian pengalaman antara Malaysia dan Indonesia dalam membangunkan koperasi masjid yang mampan, berdaya saing serta berteraskan prinsip syariah.
Ketibaan delegasi ANGKASA disambut Koordinator Program BAZNAS Microfinance Masjid, M. Sholeh; Kepala Bagian Humas BAZNAS RI, Yudhiarma MK, M.Si; Wakil Ketua III BAZNAS Jawa Barat, Ibu Hj. Ruri serta Kepala Kementerian Agama Kabupaten Bandung Barat, H. Mukti.
M. Sholeh berkata, penubuhan Koperasi Masjid Ash-Sholihin adalah langkah strategik dalam memperkukuh ekonomi kariah dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat setempat. Menurutnya, koperasi masjid bukan sahaja membuka peluang ekonomi, malah berperanan sebagai pusat pembangunan sosial dan kebajikan komuniti.
Sementara itu, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menegaskan, masjid perlu kembali berfungsi sebagai pusat pembangunan ummah, bukan sekadar tempat ibadah, sebaliknya turut menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat.
Beliau berkata, pengalaman ANGKASA dalam membangunkan koperasi masjid di Malaysia membuktikan tadbir urus yang baik serta pengurusan profesional mampu meningkatkan taraf hidup komuniti setempat.
“Pengurusan koperasi masjid yang tersusun mampu menjadi pemangkin kesejahteraan ekonomi dan sosial masyarakat, sekali gus mengembalikan peranan masjid sebagai pusat kegemilangan ummah,” katanya.
Delegasi ANGKASA turut mengadakan lawatan sekitar kawasan bagi mengenal pasti potensi ekonomi komuniti yang boleh dimanfaatkan melalui inisiatif koperasi masjid, selain mengadakan sesi perbincangan mengenai tadbir urus dan penglibatan aktif ahli kariah.
Turut serta dalam lawatan itu ialah Pengurus Besar Kanan Kumpulan Pembangunan Koperasi, Tuan Haji Nor Azmi Abd. Jalil; Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan dan Perniagaan Koperasi Kariah Masjid, Ustaz Mohd Safian Abdul Rahman serta Pengurus Malaysian Business Office, Bahagian Antarabangsa, Hajah Wan Azwati Wan Mohamed. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Program Mobile Spa perkasa wanita desa, JPW Pahang-Bellanies jalin kerjasama strategik
TEMERLOH – Pengasas Bellanies, Rosyatina Wahab, dengan kerjasama strategik bersama Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Pahang, Kelab Usahawan Desa, Dewan Nita Pahang serta sokongan Dewan Perniagaan Melayu Pahang akan menganjurkan Program Mobile Spa bermula 8 Februari ini di Ayu Spa, Temerloh.
Program itu turut mendapat sokongan Pengerusi Kelab Usahawan Desa Temerloh, Mastura Abdul Malik, sebagai antara peneraju inisiatif bagi memperkasa wanita desa, suri rumah, ibu tunggal dan wanita yang belum mempunyai pekerjaan tetap ke arah keusahawanan selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.
Program berkenaan dirancang sebagai inisiatif berterusan yang akan dilaksanakan setiap bulan bagi memperkukuh pemerkasaan ekonomi wanita di peringkat komuniti, khususnya di kawasan luar bandar.
Menurut penganjur, Program Mobile Spa diwujudkan bagi memberi pendedahan dan latihan secara praktikal kepada peserta merangkumi kemahiran rawatan asas spa, pengurusan pelanggan, etika kerja serta penggunaan produk yang selamat dan berkualiti.
Katanya, pendekatan latihan secara langsung itu membolehkan peserta memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dari rumah atau secara bergerak (mobile spa) tanpa memerlukan modal yang besar.
“Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan JPW Pahang dan rakan strategik dalam menyokong agenda pemerkasaan wanita, seiring dengan semangat Malaysia Madani yang menekankan kesejahteraan, peluang ekonomi dan pembangunan insan,” katanya.
Kerjasama strategik antara JPW Pahang, Kelab Usahawan Desa, Dewan Nita Pahang dan pihak industri seperti Bellanies membuktikan komitmen padu pelbagai pihak dalam melahirkan lebih ramai usahawan wanita yang berdaya saing dan mampan.
Tambahnya, program ini bukan sahaja memberi kemahiran teknikal, malah turut menyediakan sokongan jangka panjang melalui jaringan usahawan, bimbingan serta peluang pemasaran kepada peserta.
Golongan wanita yang berminat digalakkan menghubungi pihak penganjur dengan segera kerana penyertaan adalah terhad dan program akan diteruskan secara berkala sebagai platform sokongan kepada wanita yang ingin menjana pendapatan demi kesejahteraan keluarga dan masa depan diri.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Gerakan koperasi perlu terus diperkasa sebagai pemangkin utama pembangunan ekonomi akar umbi bagi memastikan manfaat pertumbuhan ekonomi dapat dirasai secara lebih menyeluruh oleh komuniti setempat.
Peranan koperasi bukan lagi terhad kepada aktiviti berskala kecil, sebaliknya perlu dilonjakkan kepada projek berimpak tinggi yang mampu menjana pendapatan mampan, membuka peluang pekerjaan serta meningkatkan daya saing ekonomi tempatan, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Naib Presiden ANGKASA, Datuk Kamarudin Ismail berkata, penglibatan koperasi dalam projek ekonomi berskala lebih besar akan membantu memperkukuh kedudukan koperasi sebagai instrumen penting dalam pembangunan sosioekonomi rakyat.
Naib Presiden ANGKASA,
Datuk Kamarudin Ismail
Menurutnya, pendekatan itu bukan sahaja memberi pulangan kepada koperasi, malah memberi limpahan manfaat kepada komuniti setempat melalui peluang pekerjaan, peningkatan pendapatan serta pemerkasaan keusahawanan tempatan.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Projek SejaTi MADANI Ternakan Ikan Talapia Dalam Sangkar di Pejabat Koperasi Kampung Paloh Kuala Terengganu Berhad, di sini, semalam.
Katanya, projek ternakan ikan dalam sangkar itu membolehkan koperasi menjana pendapatan secara berterusan melalui jualan hasil ternakan kepada komuniti setempat dengan kualiti terbaik serta harga yang berpatutan.
Beliau yang mewakili Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, berkata projek berkenaan turut mencerminkan komitmen ANGKASA dalam memperkasa pembangunan sosioekonomi komuniti melalui pendekatan koperasi dan keusahawanan berteraskan sektor agromakanan.
Projek SejaTi MADANI ternakan ikan talapia dalam sangkar yang terletak di Kampung Pasir Tebakang, Manir itu merupakan hasil kerjasama Koperasi Kampung Paloh Kuala Terengganu Berhad, selaras dengan aspirasi inisiatif SejaTi MADANI yang memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi rakyat secara inklusif dan mampan.
SejaTi MADANI diperkenalkan sekitar 2024 sebagai inisiatif Kerajaan MADANI bagi memperkasa ekonomi komuniti, khususnya di peringkat kampung dan koperasi, dengan menyediakan dana bantuan antara RM50,000 hingga RM100,000 bagi setiap projek ekonomi tempatan.
Dana itu bertujuan meningkatkan pendapatan serta kesejahteraan rakyat, dan diselaraskan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri.
Sebagai badan puncak gerakan koperasi negara, ANGKASA memainkan peranan penting dalam pelaksanaan serta pemantauan projek-projek di bawah inisiatif tersebut.
Sehingga kini, ANGKASA menerima peruntukan bagi melaksanakan 20 projek koperasi bernilai RM2 juta dengan tahap siap mencecah 80 peratus pada 2025, selain mengemukakan permohonan tambahan RM10 juta bagi melaksanakan 100 projek baharu di seluruh negara.
Pelaksanaan projek itu turut melibatkan kerjasama strategik bersama pelbagai pihak termasuk Koperasi Veteran Tentera, INSKEN, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) serta Institut Koperasi Malaysia (IKMa).
Sementara itu, Pengerusi Koperasi Kampung Paloh Kuala Terengganu Berhad, Haji Wan Zakaria Md Nor berkata, sokongan kerajaan dan ANGKASA memberi keyakinan kepada koperasi untuk terus memainkan peranan aktif dalam menyokong pembangunan ekonomi komuniti.
Menurutnya, pelaksanaan Projek SejaTi MADANI itu diharap dapat menjadi model kepada koperasi lain dalam membangunkan projek ekonomi berdaya maju serta berimpak tinggi.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ANGKASA santuni penubuhan Koperasi Masjid Al Hurriyah di Bogor
BOGOR – Lawatan rasmi delegasi Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) diteruskan ke Bogor, Indonesia, hari ini dengan perasmian penubuhan Koperasi Masjid Al Hurriyah yang terletak di Kampus Institut Pertanian Bogor (IPB) Dramaga.
Penubuhan koperasi itu dilihat sebagai model koperasi masjid berasaskan institusi pendidikan tinggi yang berpotensi besar dalam melahirkan usahawan koperasi berpengetahuan, selain memperkukuh ekosistem ekonomi warga kampus.
Delegasi ANGKASA diketuai Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) dan Naib Presiden International Cooperative Alliance–Asia and Pacific (ICA-AP), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, yang turut diberikan taklimat mengenai operasi koperasi, struktur pengurusan serta aktiviti ekonomi yang sedang dan bakal dilaksanakan.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah,
Kehadiran delegasi turut disambut Ketua Umum DKM Al Hurriyyah IPB yang diwakili Kepala Bidang Haji dan Umrah Al Hurriyyah IPB, Prof. Dr. Hamim, serta Kepala Lembaga Kepemimpinan dan Pendidikan Eksekutif (LKPE) IPB yang diwakili Dr. Pria Sembada.
Lawatan tapak yang diadakan memberi gambaran jelas mengenai potensi koperasi masjid dalam menyokong keperluan warga kampus dan komuniti setempat, selain menjadi platform pembangunan keusahawanan dalam kalangan mahasiswa.
Dalam ucapannya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berkata, sinergi antara masjid, koperasi dan institusi akademik mampu memperkukuh ekosistem ekonomi berasaskan ilmu serta nilai keusahawanan.
Menurutnya, model koperasi masjid di institusi pendidikan tinggi wajar diperluaskan sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi berteraskan ilmu dan pemerkasaan komuniti.
Program hari keempat lawatan ini sekali gus mengukuhkan komitmen ANGKASA dalam memperluas jaringan koperasi masjid di Indonesia sebagai sebahagian usaha memperkasa gerakan koperasi di peringkat serantau.
Turut serta dalam lawatan itu ialah Pengurus Besar Kanan Kumpulan Pembangunan Koperasi, Tuan Haji Nor Azmi Abd. Jalil; Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan dan Perniagaan Koperasi Kariah Masjid, Ustaz Mohd Safian Abdul Rahman; serta Pengurus Malaysian Business Office, Bahagian Antarabangsa, Hajah Wan Azwati Wan Mohamed. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Daftar agen Rose Coffee serendah RM330, peluang jana pendapatan
TEMERLOH – Peluang untuk menjana pendapatan sampingan kini dibuka kepada orang ramai menerusi program pendaftaran agen dan stokis Rose Coffee dengan modal serendah RM330, sekali gus memberi ruang kepada lebih ramai usahawan kecil untuk memulakan perniagaan dalam industri minuman kopi.
Pengasas Bellanies, Rosyatina Wahab berkata, tawaran istimewa itu bertujuan membantu individu yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan tanpa memerlukan modal yang besar, selain membuka peluang kepada golongan suri rumah, belia dan pekerja untuk menambah pendapatan.
Menurutnya, pakej agen Rose Coffee ditawarkan pada harga RM330 melibatkan 10 pek (poch) dengan harga RM33 setiap satu, manakala pakej stokis pula ditawarkan pada harga RM2,500 melibatkan 100 pek pada harga RM25 setiap satu.
“Pakej ini direka bagi memudahkan sesiapa sahaja untuk bermula sebagai agen atau stokis.
Dengan modal rendah, peserta sudah boleh memasarkan produk dan membina rangkaian pelanggan sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah Rosyatina, selain harga yang berpatutan, peserta yang mendaftar juga akan menerima pelbagai gift istimewa serta baucar menarik sebagai galakan dan sokongan kepada agen dan stokis baharu.
Katanya, pihak pengurusan turut menyediakan bimbingan asas berkaitan pemasaran dan strategi jualan bagi membantu peserta memaksimumkan potensi keuntungan, khususnya melalui platform media sosial dan jualan secara terus kepada pelanggan.
“Matlamat kami adalah untuk melahirkan lebih ramai usahawan mikro yang mampu berdikari serta menjadikan Rose Coffee sebagai sumber pendapatan tambahan yang konsisten,” ujarnya.
Beliau berkata, inisiatif ini juga selari dengan usaha Bellanies dalam memperkasa ekonomi komuniti setempat dengan membuka lebih banyak peluang perniagaan kepada orang ramai.
Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pendaftaran agen dan stokis Rose Coffee boleh menghubungi 019-932 4947 untuk sebarang pertanyaan.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!