LIPIS – Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berpuas hati dengan persiapan jentera yang ditunjukkan oleh pasukan Jentera Barisan Nasional (BN) Parlimen Lipis dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.
Kira-kira 3,000 jentera BN yang terdiri daripada Sayap-Sayap dan Parti Komponen BN menyertai Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional Parlimen Lipis.
Abdul Rahman yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar yakin dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh jentera ini, kemenangan BN di Parlimen Lipis dapat dikekalkan dengan menyasarkan majoriti yang lebih besar.
Parlimen Lipis merupakan salah satu kubu kuat Barisan Nasional yang telah menyapu bersih kesemua 3 kerusi Dun dan Parlimen pada PRU-14 yang lalu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
VIENNA, Ibu negara Austria dan salah satu dari sembilan negeri-negeri Austria dan mempunyai penduduk kira-kira sekitar 1.7 juta adalah pusat kebudayaan, ekonomian dan politik.
Vienna terletak di timur Austria dan dekat dengan sempadan Republik Czech, Slovakia dan Hungary. Pada 2001, pusat bandar raya ini telah diwartakan sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia Unesco dan dari segi kualiti hidup.
Selain itu ia turut dikenali sebagai Bandar Muzik kerana legasi muzikalnya, Vienna juga dikatakan sebagai “Bandar Impian” kerana ia merupakan tempat halaman kepada penganalisis psiko pertama dunia, Sigmund Freud.
Bandar Vienna menjadi tarikan pelancong dengan senibina bangunan yang indah.
Bandar ini pada asalnya didiami oleh puak Celt dan Roman sebelum ia bertukar menjadi kota Zaman Pertengahan dan Baroque serta menjadi ibu negara Empayar Austria-Hungary.
Ia menjadi terkenal kerana telah memainkan peranan penting sebagai pusat muzik terkemuka Eropah. Pusat bersejarah Vienna kaya dengan senibina menarik termasuk istana-istana Baroque dan taman-taman.
Muzik merupakan salah satu legasi di Vienna dan ramai tokoh muzik ternama termasuklah Wolfgang Amadeus Mozart, Joseph Haydn, Ludwig van Beethoven, Franz Schubert, Johannes Brahms, Gustav Mahler, Robert Stolz dan Arnold Schoenberg bekerja di sini.
Seorang tokoh muzik, Ludwig van Beethoven mengatakan beliau amat menyukai Vienna sehinggakan beliau ingin mati dan disemadikan di Vienna.
Seni dan budaya antara tradisi lama di Vienna termasuklah teater, opera, muzik klasik dan seni. Burgtheater merupakan salah satu tempat teater terbaik di dunia Jerman bersama Akademietheater. Volkstheater Wein dan Theater in der Josefstadt juga menikmati reputasi terbaik.
Vienna juga merupakan tempat kepada beberapa rumah opera termasuk Theater an der Wein, , Staatsoper, dan Volksoper. Konsert klasik dipersembahkan seperti Wiener Musikverein. Orkestranya pula dikenali serata dunia dengan konsert setahun sekali iaitu “Konsert Hari Tahun Baru”, dan juga Wiener Konzerthaus.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Lelaki tipu pakej perkahwinan ditahan polis Bentong.
BENTONG – Seorang lelaki warga tempatan berusia 28 tahun yang dicari polis kerana terlibat dengan penipuan pakej perkahwinan berjaya ditahan polis pada jam 9.30 malam, semalam.
Lelaki tersebut ditahan di Hentian Plaza Tol Bentong menghala ke barat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Bentong.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar berkata, suspek utama dalam kes itu melibatkan 3 kertsas siasatan yang disiasat di Bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
“Sekiranya didapati bersalah, suspek dihukum penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun.
“Suspek ditahan reman selama 4 hari bermual 29 Oktober hingga 1 November,” katanya melalui kenyataan media.
Zaiham mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama masyarakat dalam kes ini kerana menyalurkan maklumat sehingga suspek berjaya ditahan.
“Ini jelas membuktikan masyarakat sentiasa membantu pihak polis dalam usaha mencegah jenayah,” katanya.
Sebelum itu, suspek yang bernama Muhammad Lutffi Iaman Mat Abu (28) yang mengusahakan perniagaan pakej perkahwinan menerusi syarikat ‘The Wedding By Fiey’ menyasarkan pasangan yang ingin berkahwin di daerah itu dengan menawarkan set pelamin, baju pengantin, pakej persolekan, jurugambar, khemah dan katering.
“Polis mula mengesan suspek berkenaan setelah menerima aduan dua orang mangsa pada 24 Oktober 2022 (Isnin) lalu dan rugi sebanyak RM20,999.
“Ibu pengantin berusia 57 tahun dan pengantin berusia 28 tahun membuat laporan polis mengenai syarikat tersebut yang memperdayakan orang ramai dengan memaparkan iklan promosi pakej perkahwinan menerusi laman sosial Facebook,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Tipu pakej perkahwinan, suspek lelaki berusia 28 tahun lesap dicari
Foto atas : Suspek, Muhammad Lutffi laman Mat Abu
BENTONG – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong sedang mengesan seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun berikutan kes penipuan pakej perkahwinan dengan melesapkan wang mangsa bernilai RM20,900 di bandar ini.
Suspek yang bernama Muhammad Lutffi Iaman Mat Abu yang mengusahakan perniagaan pakej perkahwinan menerusi syarikat ‘The Wedding By Fiey’menyasarkan pasangan yang ingin berkahwin di daerah ini dengan menawarkan set pelamin, baju pengantin, pakej persolekan, jurugambar, khemah dan katering.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, polis mula mengesan suspek berkenaan setelah menerima aduan dua orang mangsa pada 24 Oktober 2022 (Isnin) lalu, iaitu ibu pengantin berusia 57 tahun dan pengantin berusia 28 tahun mengenai syarikat tersebut yang memperdayakan orang ramai dengan memaparkan iklan promosi pakej perkahwinan menerusi laman sosial Facebook.
“Suspek berkenaan telah mengiklankan syarikat itu dengan menawarkan pelbagai pakej perkahwinan kepada pasangan pengantin di daerah ini.
“Dalam aduan berkenaan, mangsa (ibu) dan anaknya (pengantin) telah bersetuju mengambil pakej perkahwinan yang ditawarkan itu dan berjumpa dengan suspek untuk berunding sekali gus diminta membuat pembayaran penuh atas nama syarikat tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Zaiham, selepas pembayaran dimasukkan ke akaun syarikat tersebut, manakala suspek telah menghilangkan diri dengan kerugian yang ditanggung oleh kedua mangsa berjumlah RM20,900.
Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati syarikat yang menawarkan pakej perkahwinan itu memang wujud dan berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
“Kita juga telah mengenalpasti butik pengantin syarikat tersebut ada di bandar ini dan kini tidak beroperasi lagi berikutan suspek telah menghilangkan diri. Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 420 Akta Kanun Keseksaan,” katanya.
Zaiham juga memohon kerjasama mangsa lain yang telah ditipu oleh suspek berkenaan supaya tampil membuat laporan di IPD Bentong.
Ujarnya, polis juga ingin meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta memberikan maklumat dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC), IPD Bentong menerusi talian 09 2222222 untuk membantu siasatan seterusnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) ditambah sebanyak 8,670 unit lot
BERA – Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) yang ditambah baik dengan memperkenalkan inisiatif lot generasi FELDA Sebanyak 8,670 unit lot generasi FELDA telah dikenal pasti dan 770 unit telah pun dilaksanakan secara undian lot.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengumuman itu tanda kerajaan sentiasa serius dalam menjaga kemaslahatan Keluarga Malaysia termasuklah warga FELDA dan ini dibuktikan dengan pelbagai inisiatif diumumkan saban tahun untuk meningkatkan taraf hidup peneroka Felda.
“Saya juga mengumumkan dana berjumlah RM20 juta yang diperuntukkan menerusi Skim Jaminan Kredit Perumahan kepada pinjaman-pinjaman perumahan dalam kalangan generasi baharu Felda.
“Di bawah skim ini, mereka tidak memerlukan sebarang cagaran bagi membuat pinjaman tertakluk sehingga dana ini habis dimanfaatkan,” katanya sempena Majlis Himpunan Keluarga Felda Teguh Bersama di Padang Awam Felda Mayam, Bera, hari ini.
Kata beliau, selain itu, projek PGBF yang terbengkalai akan disiapkan menerusi inisiatif pembiayaan swasta dengan kos pembangunan berjumlah RM204 juta.
“Saya dimaklumkan projek perumahan ini akan dimulakan pada bulan Disember tahun ini dan dijangka siap untuk diduduki pada bulan Disember 2024.
“Kerajaan turut memberikan peluang kepada generasi baharu untuk melebarkan perniagaan mereka, saya telah mengumumkan penubuhan Tabung Usahawan Belia FELDA dengan dana pusingan RM10 juta,”katanya.
Ismail Sabri Berkata, sejumlah 23 permohonan telah diterima di peringkat Wilayah dan permohonan ini seterusnya akan dibawa ke peringkat ibu pejabat untuk kelulusan.
“Diharap pihak Felda menyegerakan proses ini bagi memastikan manfaat kepada generasi baharu dapat dioptimumkan.
“ Selain itu, Kerajaan turut memperuntukkan sejumlah RM2.6 bilion kepada tiga agensi di bawah Kementterian Pembagunan Luar Bandar (KPLB) iaitu FELDA, FELCRA dan RISDA. Keluarga Malaysia Felda yang saya kasihi,
“Program Pembangunan Peneroka (PPP) yang diperkenalkan bagi meningkatkan serta mempelbagaikan pendapatan peneroka mula membuahkan hasil apabila 8,637 projek telah diluluskan dengan peruntukan RM237 juta,” tambahnya.
Katanya, di Parlimen Bera ini sahaja, sejumlah 184 projek telah diluluskan dengan peruntukan RM8.4 juta manakala di seluruh negara, projek-projek yang dilaksanakan telah berjaya memberikan purata pendapatan bulanan sebanyak RM444 kepada para peneroka terlibat. – SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Datuk Seri Ismail Yaakob di Bera, hari ini.-Foto Bernama
BERA – Warga FELDA sentiasa diberi perhatian khusus oleh Kerajaan sehingga ada yang melabelkan warga FELDA seperti anak emas Kerajaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika label yang diberikan itu membawa maksud kesejahteraan warga FELDA, itu tandanya kerajaan sentiasa serius dalam menjaga kemaslahatan Keluarga Malaysia termasuklah warga FELDA dan ini dibuktikan dengan pelbagai inisiatif kerajaan demi kemakmuran warga FELDA.
“Kerajaan sentiasa serius dalam menjaga kemaslahatan Keluarga Malaysia termasuklah warga FELDA dibuktikan dengan pelbagai inisiatif diumumkan saban tahun untuk meningkatkan taraf hidup peneroka FELDA..
“Pada sambutan Hari Peneroka FELDA 2022 yang diadakan pada bulan Julai lepas, saya sendiri telah mengumumkan pelbagai bentuk inisiatif untuk membantu warga FELDA termasuk generasi baharunya,” katanya.
Beliau berkata demikian sempena Majlis Himpunan Keluarga Felda Teguh Bersama di Padang Awam Felda Mayam, Bera, hari ini.
“Saya telah mengumumkan peruntukan khas RM66,000 bagi setiap tanah rancangan sempena ulang tahun ke-66 FELDA, kerana infrastruktur yang sempurna penting kepada kesejahteraan warganya.
“Hari ini juga kita akan menyerahkan peruntukan dana ini kepada 14 buah tanah rancangan di Parlimen Bera dengan jumlah keseluruhan RM924,000,” katanya.
Beliau berkata, diharapkan peruntukan ini akan digunakan sebaiknya bagi menaik taraf infrastruktur terlibat sekali gus meningkatkan tahap keselamatan selain memberi keceriaan kepada kawasan rancangan.
“Kerajaan turut bersetuju memberi Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada pekebun kecil getah FELDA di seluruh negara sebanyak RM800 sebulan dan dibayar selama empat bulan.
“Ini kerana Kerajaan memahami cabaran dan kepayahan yang dihadapi pekebun kecil getah pada musim tengkujuh. Selain itu, Kerajaan juga meluluskan peruntukan RM1 bilion bagi tujuan penstrukturan semula hutang-hutang FELDA,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Penduduk gembira, Paip HDPE akan dipasang elak berlaku putus bekalan air di kawasan Pulau Tawar
JERANTUT – Penduduk di kawasan Pulau Tawar dan Kampung Bukit Nikmat bersyukur bakal menikmati bekalan air bersih tanpa gangguan apabila bantang paip jenis high-density polyethylene (HDPE) akan menggantikan batang paip lama.
Dimaklumkan, patang paip lama yang dipasang pada tahun 1970an sering pecah dan mengganggu penduduk setempat.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Kampung Kelola, A.Hadi Ibrahim (58) bersyukur akan tindakan penyandang ADUN Pulau Tawar yang cakna dengan masalah yang dialami oleh penduduk di Kawasan ini.
Tangki yang dignakan untuk diisi air ketika terputus bekalan air.
“Apabila berlaku putus bekalan air, pihak PAIP akan datang membekalkan ari yang disisi ke dalam tangki berkapasiti 500 galon untuk kemudahan orang ramai di kawasan terjejas.
“Pemasangan paip baru bakal menyelesaikan kesulitan penduduk setempat yang sering dihantui putus bekalan air terutama ketika hari perayaan,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, dengan berita gembira ini bakal menyelesaikan masalah bekalan air yang kerap terputus sebagai satu perancangan jangka panjang.
Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Nazri Ngah berkata, paip jenis HDPE yang bakal dipasang berketahanan tinggi terhadap kikisan oleh pelbagai bahan kimia yang menyebabkan kemusnahan pada paip.
“Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan kerajaan negeri Pahang prihatin dengan isu yang timbul dan meluluskan kos pemasangan paip jenis ini sebanyak RM 15 juta pada kadar segera.
“Ini menggantikan paip lama yang dipasang pada tahun 1970an sudah begitu lama dan itu menyebabkan paip pecah berlaku mengganggu kehidupan penduduk di situ,” katanya.
Katanya, perancangan jangka pendek pihak Pengurusan Air Pahang (PAIP) PAIP mengisi air dirawat di tangki jenis poly adalah penyelesaian simpanan air yang ringan ketika berlaku putus bekalan untuk menyimpan air minuman untuk tujuan kediaman.
“Begitu juga langkah yang sama diambil di Kampung Perak berdekatan Felda Sungai Tekam turut mengalami kekerapan putus bekalan air, dan tangki jenis yang sama diletakkan dan menelan belanja RM20,000,” katanya ketika ditemui hari ini.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Peniaga burger jalanan maut, sembilan cedera dalam kemalangan di Raub
RAUB – Seorang maut dan sembilan mangsa termasuk kanak-kanak berusia lapan bulan mengalami kecederaan parah dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 342 Jalan Kuala Lumpur – Kota Bahru, berdekatan Kampung Sungai Pasu dekat sini.
Kejadian berlaku apabila berpunca sebuah kereta hilux merempuh sebuah gerai yang menjual burger dan turut melanggar empat buah kenderaan lain pada jam 11.00 malam, semalam.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda Hilux bernombor PPD 7333 yang dipandu oleh seorang lelaki Cina datang dari arah Bandar Raub menghala ke Kuala Lipis.
“Tiba di tempat kejadian, kenderaan tersebut telah hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah gerai burger, beberapa orang pelanggan serta empat buah kenderaan yang diletakkan di bahu jalan berhampiran gerai tersebut.
‘Akibat rempuhan tersebut, seorang penjual burger, Mohamad Ariff Anuar Khan berusia 32 tahun disahkan oleh petugas perubatan meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya, mangsa yang meninggal dunia telah dibawa ke Unit Forensik untuk tujuan bedah siasat, manakala sembilan mangsa lain termasuk isteri dan anak si mati telah mengalami cedera parah telah dikejarkan ke Hospital Raub untuk rawatan selanjutnya.
Katanya, pemandu serta penumpang kenderaan Hilux yang tidak mengalami sebarang kecederaan telah ditahan di Lokap Balai Polis Raub untuk siasatan lanjut.
“Ketika kejadian keadaan jalan gelap, tiada lampu jalan dan permukaan jalan basah. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333 & 334) pindaan 2020,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Helikopter bawa enam kru dipercayai terhempas di Brinchang
PETALING JAYA: Sebuah helikopter dinaiki lima penumpang serta juruterbang dilaporkan terhempas di Brinchang, Cameron Highlands
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 1.15 petang tadi melibatkan helikopter milik syarikat swasta yang membawa lima pegawai perubatan termasuk seorang doktor.
Sumber berkata, helikopter itu dipercayai dalam perjalanan pulang ke Ipoh, Perak dari Lojing, Cameron Highlands.
“Bagaimanapun, status keenam-enam individu tidak dapat dipastikan.
“Pasukan polis dan penyelamat di lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sumber : Utusan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
232,000 Pekebun kecil getah Risda layak terima bantuan musim tengkujuh (BMT)
Foto atas : Datuk Seri Mahdzir Khalid menyampaikan sumbangan di Majlis Pekebun Kecil RISDA Makmur Peringkat Negeri Pahang di kampung Mela, Lipis.
LIPIS – Sejumlah 232 ribu Pekebun Kecil getah berdaftar di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan menerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) tahun ini.
Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, BMT tahun ini akan dibayar kepada pekebun kecil sebanyak RM300 sebulan bagi bulan November dan Disember.
“Sekarang dah siap (senarai penerima), jumlah penerima itu dah ada, cuma kita tunggu peruntukan, kalau peruntukan itu masuk kita bayar, tak terjejaslah, bayaran itu memang berjalan. Insha-Allah kita bayar.
“Untuk tahun ini, itu dasar sedia ada yang kita guna bagi tujuan pembayaran BMT tetapi kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar BMT tahun 2023 daripada RM600 sekarang kepada RM800”.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pekebun Kecil RISDA Makmur Peringkat Negeri Pahang di Dewan Terbuka Kampung Mela di sini hari ini.
Timbalan Menteri I KPLB, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad menyampaikan sumbangan kepada masyarakat Orang Asli dalam Parlimen Lipis.
Turut hadir, Timbalan Menteri I KPLB, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun dan Ketua Pengarah RISDA, Datuk Abdullah Zainal.
Jelas Mahdzir, bayaran BMT tahun ini membabitkan peruntukan berjumlah RM191 juta.
Sementara itu Mahdzir berkata, Program Tanam Semula Getah setakat ini telah mencapai lebih 10 ribu hektar melibatkan 7,180 Pekebun Kecil dengan bayaran berjumlah hampir RM61.6 juta.
Tahun ini katanya RISDA menerima permohonan untuk tanam semula semula getah seluas 18,524 hektar daripada 12,381 pekebun kecil.
“Walaupun sektor getah berdepan dengan pelbagai cabaran, saya percaya peningkatan keluasan penanaman getah ini adalah berikutan peningkatan nilai bantuan kepada RM13,710 bagi Semenanjung Malaysia berbanding RM9,230 sebelum ini yang telah menarik minat ramai pemilik tanah untuk mengusahakan tanaman getah”.
Pada majlis yang sama, Mahdzir turut menyampaikan dividen Program Tanam Semula Komersil (TSK) RISDA peringkat negeri Pahang yang berjumlah lebih RM39 juta.
Dividen tersebut adalah hasil pulangan melalui pengurusan yang cekap oleh RISDA Plantation Sdn Bhd kepada 5,590 orang peserta projek TSK seluruh negeri Pahang.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!