Lori rempuh belakang Perodua Myvi dalam kemalangan di Lipis
Lipis : Sebuah lori jenis Volvo merempuh dan menyeret sebuah kereta dari arah sama dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer (KM) 20, Jalan Lipis – Merapoh pada jam 6.40 petang, pada Jumaat.
Kemalangan berlaku berpunca daripada sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang menghala ke Kelantan dan cuba memotong lori tersebut.
Ketua Polis Daerah Lipis , Superitenden Azli Mohd Noor
Ketua Polis Daerah Lipis , Superitenden Azli Mohd Noor berkata, disebabkan sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan, kereta yang cuba memotong lori itu tiba-tiba masuk semula ke lorong yang sama di hadapan lori itu.
“Disebabkan keadaan begitu pantas dan kedudukan kereta dan lori itu terlalu rapat, lori tersebut tidak sempat membrek dan melanggar kereta itu.
“Kemalangan melibatkan kecederaan ke atas pemandu kereta dan dikejarkan ke Hospital Lipis untuk rawatan lanjut,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.
Keadaan kereta yang terbabit dalam kemalangan di KM 20, Jalan Lipis – Merapoh,.semalam.- IPD Lipis.
Katanya, keadaan jalan lurus, garisan berkembar sebagai pembahagi jalan dan kemalangan itu berlaku di atas jambatan Padang Tengku. Semasa kejadian cuaca baik.
“Kenderaan terbabit telah menghalang lalu lintas dan hanya satu lorong menghala ke Lipis sahaja boleh dilalui, kerja-kerja pengalihan lori dan kereta sedang dijalankan,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Kenderaan milik mangsa yang dilarikan suspek ditemui di kawasan kebun getah di Felda Sungai Lui.-Foto IPD Bera.
Lelaki ditetak, kenderaan dilarikan dalam kes samun di Bera.
BERA : Tiga orang individu bertopeng memecah masuk ke dalam sebuah rumah dan menetak seorang lelaki tempatan berusia 56 tahun di Kemayan, dekat sini pada jam 10.10 pagi, pada Rabu.
Sebuah kenderaan jenis Toyota Fortuner bernombor pendaftaran VHG 2999 berwarna hitam turut dilarikan oleh suspek.
Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superitenden, Kumaran Nyanasagaran berkata, anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Bera telah pergi ke tempat kejadian dan mendapati mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah.
“Mangsa mengalami kecederaan di lengan dan kaki dipercayai akibat ditetak dengan parang dan dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh untuk rawatan.
“Hasil siasalan awal pihak polis mendapati, suspek merupakan tiga orang lelaki bertopeng telah pecah masuk melalui pintu belakang rumah mangsa dan mencederakannya sebelum melarikan kenderaan milik mangsa,” katanya melalui kenyataan, hari ini.
Katanya, suspek dipercayai melarikan diri menaiki kenderaan Perodua Myvi warna kelabu dan kenderaan milik mangsa menghala ke Bahau, Negeri Sembilan.
“Kenderaan mangsa ditemui di dalam kawasan kebun getah, Felda Sungai Lui, Negeri Sembilan. Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
“Orang ramai diminta menyalurkan maklumat dengan segera dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Bera, 09-2507999 atau balai polis berhampiran,” katanya.-END.
Sumber : Berita Harian
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Lori treler terbalik, gula berselerakkan di atas jalan raya dalam kemalangan di KM 43, Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur.-Foto IPD Bentong
Pemandu dan kelindan dipercayai ‘lalok’ terlibat kemalangan
BENTONG : Pemandu dan kelindan lori treler dipercayai laloq ketika menghantar gula ke Triang terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 43, Lebuhraya Karak – Kuala Lumpur dekat sini, pada jam 2.00 pagi, hari ini.
Hasil siasatan awal ujian saringan air kencing terhadap pemandu dan kelindan tersebut didapati positif dadah jenis methamphetamine dan disiasat di bawah Seksyen 15 (1), Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, pemandu dan kelindan yang berusia 32 dan 39 tahun itu cuma mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan dan bahu kanan.
“Pemandu lori treler itu gagal mengawal kenderaannya dipercayai mengalami kegagalan bahagian brek kenderaan itu semasa menuruni bukit dan melanggar penghadang besi arah Kuantan dan kemudiannya penghadang besi kiri jalan.
“Kemalangan berkenaan turut disiasat di bawah Seksyen 45 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Zaiham berkata, kemalangan itu melibatkan kenderaan berat merupakan kali keenam berlaku antara Kilometer 40 hingga 45 di Lebuhraya Karak – Kuala Lumpur sejak awal bulan ini.
“Pengguna jalan raya diminta berhati-hati ketika memandu kenderaan dan menunggang motosikal, manakala semua kenderaan berat perlu diselenggarakan dengan sempuna dan selamat ketika memandu di jalan raya,” katanya.
Sumber : Astro Awani
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Anggota pasukan keselamatan mengeluarkan mangsa dari kereta Perodua Viva yang terlibat dalam kemalangan bertembung secara berhadapan dengan kenderaan pelbagai guna jenis Mitsubishi Xpander di laluan Raub- Bentong, pagi tadi. – Gambar ihsan JBPM
Dua lelaki maut kereta bertembung MPV
RAUB: Dua lelaki maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kenderaan di laluan Raub- Bentong berhampiran stesen minyak Five, Jalan Tras, di sini, pagi tadi.
Kejadian tersebut telah meragut nyawa Mohd Kamal Hakim Mohd Raslan yang beralamat di Kampung Genting Penjom, Lipis dan Mohd Zulkifli Nasaruddin yang beralamat di Kampung Baru Lebak, Temerloh.
Ketua Zon 3 Bomba Pahang, Shahrulnizam Nasir berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.15 pagi sebelum tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Raub bergegas ke tempat kejadian dengan menaiki dua buah jentera.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pihak kami mendapati berlaku kejadian kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Viva dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Mitsubishi Xpander yang bertembung secara berhadapan.
“Dua lelaki di dalam kereta Viva telah tersepit dan pihak bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mangsa dari kenderaan yang remuk dengan menggunakan peralatan khas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, dua lelaki berkenaan disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertugas.
Jelasnya lagi, kemalangan itu turut menyebabkan seorang wanita mengalami kecederaan manakala seorang lelaki selamat.
“Mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Raub untuk menerima rawatan manakala dua mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Pasukan bomba seterusnya melaksanakan kerja pembersihan sisa debris jalan raya akibat kemalangan dengan menggunakan satu aliran salur bantu mula,” katanya.
Sumber : Astro Awani
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Hazi Kadir menerangkan kepada murid mengenai manfaat yang diperoleh daripada projek Kolam Aliran Lestari Gemilang yang dilaksanakan sejak awal Januari 2022.
SKPI pelihara ikan dalam longkang
PELABUHAN KLANG – Sekolah Kebangsaan Pulau Indah (SKPI), Jalan Dato’ Haron, Pelabuhan Klang, menjadikan longkang bersebelahan pejabat pentadbiran sebagai projek Kolam Aliran Lestari Gemilang iaitu berkonsepkan pendidikan kepada murid untuk pembelajaran berkaitan habitat dan persekitaran.
Projek yang dicetuskan oleh Guru Besar SKPI, Hazi Kadir dimulakan pada awal Januari tahun 2022 itu dan secara tidak langsung membantu dalam memperkasakan pembelajaran berkaitan bidang sains, teknologi, enginering dan matematik (STEM) apabila murid akan mempelajari ilmu matematik dalam pembabitan kos makanan dan jualan.
Dekor kolam yang menarik menjadi habitat ikan untuk mudah membiak.
“Longkang yang bersaiz 6 meter panjang, lebar dan dalamnya 0.3 meter diubahsuai menjadi kolam ikan dengan dilengkapi binaan air terjun yang menarik bagi mewujudkan suasana seperti sebuah taman.
“Guru serta ibu bapa amat menyokong projek itu dan menjadi sebutan dalam kalangan mereka apabila longkang yang berfungsi sebagai kolam yang berjaya menternak beberapa jenis ikan seperti tilapia merah, tilapia hitam, kaloi merah, kaloi Sabah dan ikan koi,”katanya.
Katanya, longkang berkenaan tetap berfungsi seperti biasa apabila hujan turun ia akan mengalir bagi mengeluarkan air lebihan dan untuk mengelak ikan yang diternak keluar, jaring penyekat kekal dibina dan jika perlu dikeringkan air kerana injap perlepasan boleh dibuka secara manual.
Ikan tilapia merah membiak dengan mudah dalam longkang yang diubah suai menjadi kolam.
“Idea saya juga tercetus selepas membaca kisah seorang remaja di Thailand yang menjadi jutawan dalam perusahaan ternakan ikan hiasan air tawar dan projek ini saya berharap dapat membantu mempersiapkan murid SKPI bagi kehidupan mendatang.
“Bukan suatu mustahil ternakan ikan air tawar akan menjadi pilihan kerjaya yang menguntungkan sepertimana berjaya dicapaikan sesetengah orang dan projek ini sudah pasti mencetuskan idea yang baik kepada murid,” katanya.
Hazi berkata, bagi persepsi dalam kalangan warga sekolah projek kolam berkenaan sesuatu yang luar biasa dan menjadi kebanggaan apabila berfungsi sebagai pusat pembelajaran berkaitan topik pelajaran yang dipelajari murid selain menjadi tumpuan pelawat termasuk dari luar negara.
“Ramai pelawat yang datang tertarik dengan konsep itu kerana objektif ternakan bertujuan pendidikan dengan memanfaatkan ruang terhad untuk mencari sumber pendapatan amat berkesan.
“Menariknya, projek kolam SKPI ini menjadikan warga sekolah dan masyarakat sekitar menjadi pelanggan utama untuk membeli ikan yang diternak itu,”katanya.
Katanya, bagi mereka yang melalui kawasan kolam ini akan berasa seperti berada dalam dunia yang tersendiri apabila mendengar deruan air terjun serta kicauan 20 burung nuri yang berada dalam sangkar tepi kolam.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Lori treler terbabit dalam kemalangan di Bukit Tinggi.-Foto IPD Bentong.
Kelindan maut, pemandu patah tangan, kemalangan di Bukit Tinggi.
BENTONG – Seorang kelindan lori treler, V. Shunmugam berusia 69 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Bentong, hari ini.
Manakala pemandu berusia 59 tahun patah tangan kerana terbabit dalam kemalangan dipercayai berpunca brek kenderaan itu gagal berfungsi semasa menuruni bukit di Kilometer 43 Lebuhraya Karak menghala ke Bentong dekat Bukit Tinggi, dekat sini pada jam 4.20 petang, semalam.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, siasatan awal polis mendapati kemalangan itu berlaku ketika lori treler tersebut terbabas semasa menuruni bukit.
“Kenderaan tersebut kemudiannya terbabas lalu melanggar penghadang konkrit di selekoh kawasan kejadian.
“Akibat kemalangan tersebut pemandu treler turut mengalami kecederaan patah tangan kiri manakala kelindan yang parah di bahagian kepala dan tangan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Bentong,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.
Zaiham berkata, diharapkan semua pemandu sentiasa berhati-hati mematuhi peraturan jalan raya dan memastikan kenderaan masing-masing dalam keadaan penyelenggaraan yang baik. Kes kemalangan ini akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Anggota bomba bersiap sedia menjalkan operasi SAR.
Pelajar UITM dikhuatiri lemas di Cherating
KUANTAN : Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UITM) Cawangan Dungun dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di Pantai Cherating, dekat sini, kira-kira jam 1.30 petang, hari ini.
Mangsa, Adam Ridhuan Abdul Rejab berusia 18 tahun telah pergi ke pantai itu bersama 19 orang rakannya untuk berkelah dan berehat.
Menurut rakannya, Izzuddin Hizrie Zaki (18) berkata, semasa mereka membuat permainan bulatan di dalam air, tiba – tiba ombak tinggi melanda kumpulan mereka.
“Kumpulan kami berpecah dan seolah-olah mangsa ditarik air dan dihanyutkan ke kawasan yang lebih dalam, kami menyelamatkan diri masing-masing,” katanya.
Katanya, ketika itu dia melihat mangsa dalam keadaan panik dan sekelip mata mangsa hilang dari pandangan.
“Kami kemudian dapatkan bantuan orang sekeliling dan menyusuri pantai untuk mengesan mangsa. Mangsa memakai singlet celoreng hijau dan seluar pendek hitam,” katanya.
Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Polis dari Balai Cherating telah ke lokasi kejadian untuk tindakan dan siasatan lanjut.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalan oleh 8 anggota polis Balai Cherating dan 8 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng. Operasi SAR masih diteruskan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Sebuah kereta melanggar belakang lori treler dalam kemalangan di laluan Central Spine Road (CSR). -Foto IPD Bentong.
Wanita maut, rakan niaganya cedera parah lepas makan durian di Bentong
BENTONG – Seorang wanita warga emas berusia 76 tahun maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta dengan lori treler di laluan Central Spine Road (CSR) dekat sini pada jam 10.35 pagi, hari ini.
Wanita tersebut yang menumpang sebuah kereta dipandu oleh seorang lelaki warga tempatan berusia 72 tahun maut di tempat kejadian akibat tersepit di kereta tersebut setelah melanggar belakang lori treler yang dipandu oleh lelaki warga tempatan berusia 58 tahun.
Kemalangan yang meragut nyawa seorang wanita.-Foto IPD Bentong.
Ketua Polis Daerah, Zaiham Mohd Kahar berkata, kejadian itu berlaku berpunca apabila sebuah lori treler rosak telah berhenti dan di parkir di bahu jalan lokasi kemalangan tersebut.
“Pemandu lori treler terkejut mendengar bunyi dentuman yang kuat di bahagian belakang dan mendapati sebuah kereta merempuh lorinya yang datang darI arah Raub ke Bentong .
“Lori treler itu berhenti di bahu jalan di situ kira-kira 45 minit sebelum kejadian disebabkan rosak,” katanya
Katanya, akibat kemalangan itu, warga emas wanita berkenaan mengelami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan, manakala pemandu berkenaan parah dan mendapatkan rawatan di Hospital Selayang, Kuala Lumpur.
“Pemandu kereta yang cedera dan mangsa yang meninggal dunia merupakan rakan niaga dan sebelum kejadian dalam perjalanan pulang dari Raub ke Kuala Lumpur selepas makan dan membeli durian.
“Mangsa dihantar ke hospital untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian, manakala kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Katanya, memohon kerjasama orang ramai yang melihat kemalangan tersebut supaya tampil membantu polis trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong untuk membantu siasatan dan semua pengguna jalan itu dinasihatkan sentiasa berwaspada.
Sumber : Utusan Malaysia
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Tenaga pengajar ditipu RM23,514.70 tawaran kad Touch n Go
KUANTAN – Seorang tenaga pengajar vokasional terpedaya dengan iklan penjualan kad TNG NFC murah melalui laman sosial Facebook, semalam.
Mangsa berusia 55 tahun, berurusan dengan suspek kononnya menyamar sebagai ejen jualan kad tersebut.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kejadian penipuan melalui atas talian atau internet semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
Katanya, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Pahang telah menerima laporan polis dari daerah Jerantut berkenaan seorang mangsa telah mengalami kerugian sebanyak RM 23,514.70 kerana mempercayai tawaran TNG NFC Card murah pada 4 Januari 2023.
“Mangsa telah berminat dengan tawaran ‘Family Package’ iaitu empat keping kad TNG NFC bernilai RM32.00 dan telah menekan pautan yang diberikan melalui aplikasi WhatsApp.
“Mangsa telah mengisi maklumat akaun bank seperti username dan password untuk memproses pembayaran tetapi tidak berjaya. Kemudian mangsa mendapati wang dalam akaun telah lesap tanpa pengetahuannya, “katanya katanya melalui kenyatan media, hari ini.
Katanya, orang ramai diingatkan berhati-hati jangan mendedahkan sebarang butir-butir perbankan peribadi kepada pihak ketiga ataupun ke dalam sebarang aplikasi daripada pautan (link) yang meragukan.
“Saya nasihatkan orang ramai supaya tidak muat turun aplikasi yang tidak berkaitan serta jangan dedahkan butiran perbankan kepada pihak ketiga ataupun di dalam sebarang aplikasi daripada pautan yang mencurigakan,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Stuart Wilkin membantu skuad negara membenam cabaran Singapura dalam perlawanan Piala AFF Mitsubishi Electric dengan meledak dua gol buat Harimau Malaya malam tadi.
Sebelum itu Darren Lok memecahkan kebuntuan pada minit ke-35 selepas dia menyempurnakan hantaran lintang daripada Safawi Rasid melalui tandukan kencang melepasi jangkauan Hassan Sunny.
Lima minit berselang selepas separuh masa kedua bermula, giliran Stuart Wilkin yang membuat tendangan kencang dari luar kotak penalti untuk sekali lagi menghukum pasukan pelawat.
Empat minit kemudian dia melakukan pusingan badan yang pantas untuk merembat masuk gol peribadi kedua, dan gol ketiga Harimau Malaya. Bola itu berpunca melalui gerakan Safawi di kiri pintu gol Singapura.
Pada minit ke-85, Faris Ramli berjaya merapatkan jurang gol apabila menjaringkan gol tunggal Singapura, sebelum Sergio Aguero kembali menjarakkannya pada minit ke-88.
Perlawanan malam ini dikendalikan pengadil dari Arab Saudi Mohammed Khled Al-Hoish.
Kemenangan meyakinkan itu meletakkan skuad kebangsaan memperoleh sembilan mata daripada empat perlawanan.
Bagaimanapun keadaan itu tidak mencukupi buat Harimau Malaya berada di tempat teratas kumpulan B apabila kekurangan satu mata berbanding Vietnam yang turut mencatat kemenangan yang berjalan serentak malam tadi.
Vietnam mengalahkan Myanmar 3-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium My Dinh, Hanoi.
Singapura berada di tempat ketiga dengan tujuh mata, diikuti Myanmar (1 mata) dan Laos berada di kedudukan paling bawah juga dengan 1 mata hasil empat perlawanan.
Daripada lima perlawanan terakhir bertemu Singapura, Malaysia hanya berjaya mencatatkan satu kemenangan iaitu pada Piala AFF 2014 dengan keputusan 3-1.
Perlawanan terakhir kedua-dua pasukan menyaksikan Singapura menang 2-1 di laman sendiri hasil persaingan persahabatan antarabangsa yang berlangsung pada Mac lepas.
Sementara itu dalam kumpulan A Thailand berada di tempat teratas mengatasi Indonesia. Kedua-dua pasukan mengumpul 10 mata daripada empat perlawanan. Kemboja berada di tempat ketiga, diikuti Filipina dan Brunei.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!