Foto atas : Setakat 4 pagi tadi, jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat kepada 44,860 orang di kesemua 10 daerah, dengan Batu Pahat paling terjejas. (Gambar Bernama)
Jumlah mangsa banjir 3 negeri masih tinggi
PETALING JAYA – Jumlah mangsa banjir di Johor, Pahang, dan Melaka masih tinggi dengan 50,499 orang biarpun berlaku sedikit penurunan berbanding 55,000 mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat jam 8 pagi tadi, sebanyak 311 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka untuk menempatkan mangsa terjejas.
FMT melaporkan, Johor masih mencatatkan jumlah mangsa banjir paling ramai dengan 46,916 orang membabitkan 13,511 keluarga ditempatkan di 284 PPS, menurut Berita Harian.
Di Pahang, seramai 3,029 mangsa membabitkan 860 keluarga ditempatkan di 21 PPS.
Mangsa yang terjejas di negeri itu membabitkan 1,002 lelaki dewasa, 989 perempuan dewasa, 514 kanak-kanak lelaki dan 433 kanak-kanak perempuan.
Di Melaka, enam PPS dibuka dan menempatkan seramai 554 mangsa daripada 150 keluarga.
Sementara itu, banjir di Selangor dan Negeri Sembilan dilaporkan pulih sepenuhnya malam tadi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pegawai khas kepada bekas Ahli Parlimen rebut jawatan Ketua Umno Bahagian Jerantut
JERANTUT – Pegawai Khas bekas Ahli parlimen Jerantut, Adzlan Zakaria (48) akan bertanding merebut jawatan Ketua Umno Bahagian Jerantut kerana mahu memperkukuhkan kekuatan bermula di peringkat akar umbi.
Beliau yang pernah menjadi ahli jawatan kuasa (AJK) pemuda dan AJK Umno Bahagian Jerantut serta pernah memberi perkhidmatan cemerlang kepada bekas Ahli Perlimen Jerantut selama dua penggal, Datuk Ahmad Nazlan Idris ingin mencurahkan perkhidmatan dan pengalaman kepada parti.
Adzlan Zakaria (48) akan bertanding merebut jawatan Ketua Umno Bahagian Jerantut .
“Saya berhasrat agar semua cawangan dalam Parlimen Jerantut melaksanakan tanggungjawab untuk meyakinkan rakyat setempat untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke -16 nanti.
“Oleh itu semua ahli perlu memainkan peranan yang besar bahawa parti keramat ini perlu diterjemahkan dengan sikap setiakawan dan perpaduan dalam kalangan ahli menghadapi cabaran masakini dan membaiki imej yang tercalar semasa PRU ke-15,” katanya.
Beliau yang pernah memegang jawatan naib presiden Persatuan Bolasepak Jerantut dan AJK Persatuan Bolasepak negeri Pahang serta bendahari Persatuan Seni Silat Gayung Laksamana Malaysia.
Katanya, beliau yang melibatkan diri dalam Umno sejak 1994, berharap persaingan dalam pemilihan Umno Bahagian kali ini perlu dipandang dari sudut yang sihat demi meningkatkan kekuatan dan mengukuhkan parti.
“Saya mahu semua cawangan perlu bergerak dari akar umbi dengan menyantuni setiap ahli dan masyarakat setempat untuk berjuang menjadikan satu keluarga besar Umno yang mantap dengan memberi gambaran kepada ahli dan orang ramai bahawa Umno masih releven dan perlu diberi sokongan,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Ketua cawangan Jengka 24 pertahan jawatan AJK Umno Bahagian Jerantut
JERANTUT – Ketua Cawangan Umno dan Ketua Peneroka Jengka 24, Razak Daud bakal mempertahankan jawatan ahli jawatankuasa Umno Bahagian Jerantut dalam pemilihan kali ini.
Beliau yang juga Pengerusi Koperasi Bekas Pekerja ASPA, Pengerusi Masjid Gabungan Wilayah Jengka berharap persaingan semua jawatan dalam Umno Bahagian kali ini berjalan secara sihat dan penuh setiakawan.
“Kepada yang menang, teruskan menjalankan tanggungajawab parti dan yang kalah teruskan memberi khidmat sokongan dan pandangan yang baik kepada Umno Bahagian dan persaing kali ini memang ‘panas’ tetapi selepas keputusan diketahui nanti, kita sejukkan dengan kasih sayang seperti dalam satu keluarga.
“Ini bukan berlakunya perpecahan, sebaliknya menunjukkan demokrasi dengan semangat yang tinggi dalam Umno, semua mempunyai kelayakan bersaing, kalah menang sudah menjadi lumrah,” katanya.
Beliau yang juga Exco dalam Biro Sosial, Felda Wilayah Jengka dan Pengerusi Masjid Gabungan Wilayah Jengka mahu selepas tamat pemilihan, diharap jentera Umno Bahagian Jerantut terus bergerak dengan aman damai dan lancar.
“Saya berharap dapat memberi khdimat kepada masyarakat dari sudut ekonomi kepada pesawah, pekebun kecil dan orang susah di kampung-kampung tradisi yang mana punca pendapatan mereka tidak stabil.
“Mahu daerah Jerantut menaiktaraf jalan raya, bekalan air, bekalan elektrik di kawasan yang belum selesai,” katanya.
Beliau turut mahu merancang menarik orang muda kembali menyokong Umno khusus kepada yang berusia 18 hingga 26 tahun
“Turut mahu memperkasakan sokongan daripada MCA dan MIC di daerah jerantut dengan mempelawa mereka dalam program yang UMNO jalankan dan begitu sebaliknya, diharap semua perwakilan memilih saya untuk terus memberi khidmat yang terbaik,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas: Azhar (tujuh dari kiri) bersama-sama pelajar Sekolah Tahfiz dan Pengajian Pondok Baba Abdul Qadir, di daerah Khok Pho, Patani, Thailand pada misi penghantaran 263 naskhah Al-Quran, baru-baru ini.
BADIM hantaran al-Quran untuk sekolah tahfiz dan pengajian pondok di Selatan Thai
PERSATUAN Badan Didikan Islam UDA Holdings Berhad (Badim) menghantar 263 naskah al-Quran berkualiti untuk sekolah tahfiz dan pengajian pondok serta masjid di Selatan Thailand pada program yang diadakan selama dua hari, baru-baru ini.
Infak al-Quran diterima oleh Badim hasil kerjasama serta sumbangan infak daripada pelbagai pihak termasuklah Persatuan Kebajikan Amal Syumul (Perkas), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu prihatin sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Sukarelawan Badim menurunkan al-Quran untuk diagihkan kepada sekolah tahfiz dan pengajian pondok.
Timbalan Yang Dipertua Badim, Azhar Yop, berkata infak al-Quran itu diserahkan kepada pengurusan Sekolah Tahfiz dan Pengajian Pondok Baba Abdul Qadir di daerah Khok Pho, Patani dan Masjid Ibadur Rahman, Kampung Kuve, Narathiwat, Thailand.
Menurutnya, kedua-dua lokasi berkenaan terjejas teruk dalam bencana banjir yang berlaku awal Januari 2023 lalu apabila banyak bahan bacaan serta kitab agama dan al-Quran rosak digenangi air banjir.
Tambah Azhar, sebaik menerima berita berkenaan Badim mengerakkan kempen infak al-Quran dengan menguar-uarkan menerusi media sosial dan tidak menjangka mampu mengumpul naskhah al-Quran itu dalam tempoh masa yang singkat sahaja.
Ujar beliau, usaha itu juga diharapkan banyak membantu saudara seagama di negara berkenaan untuk mengembangkan ilmu agama serta dakwah dan tidak terbantut apabila menghadapi masalah kekurangan bahan pembelajaran.
“Sumbangan al-Quran ini bertepatan pula dengan kedatangan bulan Ramadan yang tidak berapa lama lagi dan akan dimanfaatkan pelajar sekolah tahfiz dan pondok serta jemaah masjid untuk beramal.
“Di samping menginfak al-Quran ini, Badim turut menyerahkan wang zakat kepada pondok dan masjid berkenaan yang dalam pembinaan serta pengubahsuaian,” kata Azhar lagi.
Ketua Kegiatan Pelajar & Pentadbiran Umum sekolah tahfiz dan pengajian pondok itu, Ustaz Abdul Rashid Sulaiman yang hadir menerima sumbangan al-Quran berkenaan, berkata 163 naskhah al-Quran akan diagihkan untuk kegunaan di sekolah tahfiz dan pengajian pondok manakala selebihnya diserahkan kepada pengerusi masjid berkenaan, Yunan Yunuh.
Menurut beliau, mereka berasa bertuah apabila mendapat perhatian daripada rakyat Malaysia menerusi NGO yang sanggup melengkapkan kemudahan pembelajaran agama apabila menyumbangkan al-Quran menerusi Badim.
“Kami akan memanfaatkan sumbangan ini dan akan memastikan operasi sekolah tahfiz dan pengajian pondok berterusan seperti sebelumnya supaya dakwah Islamiah terus berkembang bagi melahirkan generasi muda yang berilmu dalam bidang agama,” katanya. –SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Bekas konselor bertanding timbalan ketua bahagian Jerantut
JERANTUT – Berbekal pengalaman memegang jawatan Ketua UMNO Cawangan selama 30 tahun, Mohd Nazri Mahmud (60) bersedia bertanding jawatan timbalan ketua Umno Bahagian Jerantut untuk mengembalikan semula pentadbiran dan kekuatan parti ke arah lebih baik dan tersusun.
Beliau berkelulusan ijazah sarjana muda Kaunseling dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan ijazah sarjana Pendidikan daripada Universiti Malaya (UM) turut beriltizam untuk mengurus pentadbiran Umno Bahagian Jerantut dengan baik.
“Saya bertanding jawatan timbalan ketua bahagian kerana sayang akan parti ini, sudah lama membesar bersama dan berhasrat mengembalikan ‘keceriaan’ parti yang agak muram sejak berlaku tsunami politik 2022
“Saya berhasrat mengadakan pelbagai aktiviti yang lebih padu membantu ahli dan masyarakat setempat khususnya dalam bidang ekonomi, ” katanya.
Beliau yang pernah menjawat berbagai jawatan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Pengerusi Koperasi Kampung Som, Ketua Unit Peladang kampung Pasir Durian dan Pengerusi Tanam Semula Getah Kampung Pasir Durian ingin menggunakan pengalaman itu mengurus pentadbiran.
“Jika diberi kepercayaan, dia ingin menjurus kepada pengurusan pentadbiran Umno bahagian dengan baik lancar dan tersusun dan menggarap kerana pernah memegang jawatan professional perguruan seperti konselor Pendidikan Daerah Jerantut dan Pengerusi Majlis Konselor Kebangsaan.
Katanya, dia sanggup menerima sesiapa sahaja yang bakal menjadi ketua bahagian asalkan Umno Jerantut kembali pulih dan bergerak dengan baik dan lancar.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Ramai bertanding jawatan UMNO, tidak bererti berlaku perpecahan dalam parti
LIPIS – Ramai yang bertanding untuk merebut jawatan dalam Umno sekarang tidak menjejaskan perpecahan berlaku dalam UMNO, namun membukti kesiapsiagaan ahli parti yang bersedia menggalas amanah walaupun berdepan fasa yang mencabar.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Malaysia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, cabaran utama adalah mengembalikan kepercayaan rakyat dan menarik golongan muda untuk bersama parti dan waktu yang sama meraikan semua individu layak menawarkan diri untuk memberi sumbangan dalam parti.
“Kita perlu faham tentang demokrasi dalam UMNO, amalan demokrasi dalam UMNO itu masih subur, buktinya kali ini adalah pertama kali dalam sejarah, pemilihan kali ini menerima pencalonan teramai untuk semua jawatan yang dipertandingkan.
“Cabaran utama adalah mengembalikan kepercayaan rakyat dan menarik golongan muda untuk bersama parti dan waktu yang sama meraikan semua individu layak menawarkan diri untuk memberi sumbangan dalam parti,” katanya ketika dihubungi..
Katanya, semua ahli perlu menerima hakikat dan mesti bersedia berdepan dengan realiti, oleh itu perlu bersedia menggalas tanggungjawab demi parti yang disayangi ini.
“Mungkin saingan kali ini sengit, bagi saya inilah keindahan dan keistimewaan UMNO yang mana kita sentiasa meraikan hasrat semua pihak dan membuka seluasnya ruang untuk semua bertanding.
“Sangat seronok melihat penglibatan ramai ahli parti bertanding, meriah, bertanding bukanlah bermakna kita bermusuh, lihatlah semua cukup akrab walaupun bertanding sesama sendiri kerana satu sebab, iaitu kami sentiasa meletakkan kepentingan parti lebih utama daripada kepentingan peribadi,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Murad mahu perubahan progresif dengan aspirasi yang baharu dalam Umno Jerantut
Jerantut – Penyandang ketua Umno bahagian Jerantut, Datuk Nazri Ngah tidak mempertahankan jawatan membuka peluang kepada 4 calon untuk bersaing untuk jawatan tersebut pada 18 Mac ini.
Empat orang calon bakal berebut jawatan itu, seorang peguam, Haris Salleh Hamzah yang juga penyandang bendahari Umno Bahagian sebelum, Datuk Mohd Taufek Tan Sri Abd Razak yang juga seorang peguam serta menyandang jawatan kuasa bahagian.
Selain itu, bekas pegawai khas kepada Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris, Adzlan Zakaria dan Ahmad Murad Mat Hashim@Idris turut bertanding jawatan tersebut.
Salah seorang yang menawarkan diri untuk jawatan tersebut, Ahmad Murad Mat Hashim@Idris berusia 51 tahun, anak jati Pulau Mansok, dekat sini, sebelum ini tidak pernah menawarkan diri untuk sebarang jawatan, tetapi memenangi 3 kali perwakilan G7 dan pernah menang dengan undian terbanyak.
Beliau berkelulusan Diploma Elektronik dari Universiti Teknologi Mara (UITM) dan memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan telekomunikasi daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan menjawat jawatan Ketua Projek Infrastruktur 5G Kawasan Timur.
“Saya teruja untuk menawar diri dalam pemilihan kali ini kerana terkesan dengan keadaan rakyat Jerantut menolak Umno/BN berdasarkan kekalahan 4-0 baru-baru ini dan mahu perubahan progresif dengan aspirasi yang baharu.
“Selain itu, mahu menabur bakti untuk menarik kembali sokongan ahli Umno dan penduduk Jerantut kembali menguatkan semula parti ini,” katanya ketika ditemui.
Murad turut mahu memaksimakan semula kerja parti dengan meningkatkan roh orang umno terhadap parti.
“Biar tidak ramai ahli, tetapi walaupun sedikit tetapi berkualiti dan cuba menolak budaya ahli yang cuba merosakkan parti seperti cantas-mencantas.
“Pemutihan ahli parti pun turut akan dilakukan demi masa depan parti yanglebih berwibawa seperti sebelum tsunami yang keruntuhan Umno semasa PRU-15 yang hanya dimenangai 26 kerusi di peringkat persekutuan,” katanya.
Katanya, beliau akan cuba cakna dan faham apa yang ahli mahu serta mahu mendekati semua golongan khususnya golongan muda yang bakal menjadi pengundi yang ramai menjelang PRU ke-16 nanti.
“Sampailah masa untuk membetulkan keadaan Umno Jerantut dan menghormati semua calon lain dan menghargai pandangan ahli senior.
“Selepas bersaing untuk perebutan jawatan ini, kawan tetap kawan dan bersama membantu antara satu sama lain dalam mengukuhkan parti,” katanya. – SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PEKAN – Seorang kanak-kanak lelaki yang hilang dihanyutkan arus deras tali air yang ditenggelami banjir di Felcra Sri Makmur, Pekan semalam, ditemui lemas pada jam 12.10 tengahari tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan, Wan Samsul Effendi Wan Mahmud berkata, mayat Muhammad Hafizhan Abd Zaib, 10 tahun, ditemui di dasar air banjir yang melimpah dalam kawasan ladang kelapa sawit.
Mayat Muhammad Hafizhan Abd Zaib, 10 tahun, ditemui di dasar air banjir yang melimpah dalam kawasan ladang kelapa sawit. kira-kira 50 meter daripada lokasi mangsa dilaporkan hilang.
Mayat mangsa ditemui kira-kira 50 meter daripada lokasi mangsa dilaporkan hilang dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Operasi mencari dan menyelamat yang bermula pada jam 8.30 pagi tadi, melibatkan lapan anggota BBP Peramu bersama unit penyelam, sambil dibantu penduduk kampung serta dua anjing pengesan K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lelaki berusia 35 tahun kerana disyaki meminta suapan sebanyak RM1,000 daripada seorang individu, pada Februari.
Lelaki yang merupakan seorang anggota polis berpangkat Sarjan itu telah meminta suapan daripada seorang lelaki lain bagi memastikan anaknya tidak dikenakan sebarang tindakan berhubung kesalahan menggunakan bahan terlarang iaitu ketum selepas kesalahan pertama yang telah dijatuhkan hukuman.
Suspek telah ditahan ketika memberi keterangan di Pejabat SPRM Temerloh, pada Rabu.
Pegawai polis yang bertugas di Bahagian Narkotik di salah sebuah ibu pejabat polis (IPD) di negeri ini telah di bawa ke Mahkamah Majistret Temerloh dan direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 8 Mac 2023 bagi membantu siasatan berkaitan kes terbabit.
Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Mohamed Shah Reza Noor Azman bagi membantu siasatan mengikut peruntukan Seksyen 17(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Suspek yang berpakaian lokap SPRM berwarna jingga tiba di perkarangan mahkamah sekitar pukul 11.40 pagi.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Hujan lebat tidak berhenti-henti sejak semalam di kawasan pedalaman menyebabkan paras air dua batang sungai utama, iaitu Sungai Tembeling dan Sungai Sepia di kawasan Ulu Tembeling turut naik setinggi 105.46 meter
Siren berbunyi pada jam 4.19 pagi, mengejutkan penduduk yang sedang nyenyak tidur dan bergegas bangun dan air Sungai Tembeling sudah melimpah di dataran kedai kopi, jeti bot penambang dan beberapa buah rumah di Kampung Bantal, Ulu Tembeling dekat sini, hari ini.
Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia, melaporkan hujan lebat dijangka berterusan di Pahang membabitkan kawasan pedalaman termasuk Jerantut antara terkesan sejak semalam.
Penduduk Kampung Bantal Seberang, Jamizan Rashid, 44, berkata, tidak menjangka air sudah mula memenuhi dataran kampung pada awal pagi hari ini apabila terdengar siren amaran Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) sehingga mengejutkan penduduk yang sedang nyenyak tidur.
“Tanda penyukat banjir JPS merekodkan paras air setinggi 105.46 meter dan menunjukkan paras air semakin naik memenuhi dataran perniagaan kampung ini pada jam 9.00 pagi hari ini,” katanya ketika dihubungi di Kampung Bantal dekat sini hari ini.
Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah, Kapt. (PA) Muszaidi Musa melaporkan Sungai Tembeling di Kampung Bantal menunjukkan trend semakin menaik, manakala tempat lain masih terkawal.
“Anggota APM sedang bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan dan hujan masih turun pada pagi ini,” katanya..
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Mohd. Zakhwan Ahmad Badarddin berkata, diharapkan penduduk yang tinggal di pinggir sungai kampung tersebut diminta berwaspada dan menjaga keselamatan keluarga terutamanya memantau pergerakan anak-anak supaya jangan bermain air semasa cuti sekolah ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!