10 pelajar anak yatim piatu terima sumbangan Aidilfitri
JERANTUT – Seramai 10 pelajar anak yatim piatu Sekolah Kebangsaan (SK) Jengka 24 menerima sumbangan daripada Kerajaan Pahang.
Ketua Peneroka Jengka 24, Razak Daud berkata, selain itu, seramai 214 murid turut menerima sumbangan duit raya yang disumbang oleh ibubapa SK Jengka 24.
Sementara itu, Razak Daud memberitahu, sepanjang minggu lepas pihaknya sudah mengagihkan sumbangan beg sekolah kepada 19 penerima.
Katanya, semua sumbangan ini adalah bukti keprihatinan kerajaan Pahang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Penyelaras DUN haris Salleh Hamzah (tiga dari kiri) menyampaikan bantuan kepada mangsa rumah terbakar baru-baru ini.
Kerajaan negeri Pahang salur bantuan berjumlah RM260,000
JERANTUT – Pejabat UMNO Bahagian Jerantut menyampaikan bantuan Kerajaan Negeri Pahang berjumlah RM260,200 kepada pemohon dari pelbagai persatuan dan jawatankuasa masyarakat bagi melaksanakan pelbagai program kemsayarakatan.
Penyelaras DUN Pulau Tawar, Haris Salleh Hamzah berkata, sumbangan ini juga melibatkan pesakit kronik sebanyak RM38,000 yang melibatkan 12 orang penerima bantuan.
“Kerajaan negeri melalui penyelaras DUN telah menyalurkan pelbagai sumbangan tanpa mengira kaum, sebaliknya bantuan turut disalurkan kepada mereka yang memerlukan.
“Kerajaan negeri Pahang menggunakan konsep berkongsi rezeki dan sentiasa memberi sumbangan dan sumbangan tanpa melibatkan pertukaran kotak atau bungkusan plastic,”katanya ketika menziarah rumah mangsa rumah terbakar di Kampung Belukar, Damak, hari ini.
Katanya, beliau berterima kasih kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang sentiasa prihatin terhadap keperluan masyarakat khususnya penduduk Jerantut.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pelabur China sumbang duit raya kepada 15 asnaf di Pulau Tawar
JERANTUT-Pelabur China Inner Mongolia Wanchuang Group dari Sungai Ular, Kuantan menyumbang duit raya dan bakul makanan kepada 15 asnaf di Kampung kelahiran Mat Kilau di Kg Kedondong, Pulau Tawar hari ini.
Program tanggungjawab sosial korporat ( CSR) yang julung kali diadakan sebagai tanda terima kasih kepada kerajaan negeri dengan membantu golongan asnaf membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidil Fitri tidak lama lagi.
Pengerusi Kumpulan, Li Ruidong berkata, asnaf terpilih terdiri warga emas, daif dan pesakit terlantar diberi sejumlah wang tunai dan keperluan dapur bagi meringankan beban kewangan di bulan Ramadan.
China Inner Mongolia Wanchuang Group sentiasa berpegang kepada rasa bertanggungjawab kepada maklum balas ekonomi tempatan dan perkembangan sosial melalui pelaburan projek dan badan Kebajikan, katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada asnaf di Kampung Kedondong Pulau Tawar dekat sini hari ini.
Tambahnya, pihak Syarikat sangat menghargai komitmen Kerajaan Pahang pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang mesra pelabur dari negara China.
Kami melabur jutaan ringgit menjalankan perniagaan aktiviti bahan mineral ( pasir salika) kilang di Sungai Ular, Kuantan untuk pasaran tempatan dan eksport, katanya.
Menurutnya, pasir silika ialah mineral industri penting yang digunakan secara meluas dalam pembuatan kaca, seramik dan produk lain.
Sementara itu seorang penerima Mohd Rozi Yaakob,55, bersyukur menerima sumbangan duit raya dan bakul makanan daripada pelabur dari China.
Rezeki tidak pernah salah Alamat dan hadirnya tepat pada waktunya Ketika saya memerlukan lebih banyak duit untuk baju raya lima anak dan isteri, katanya.
Beliau bersyukur Aidil Fitri tahun ini sangat bermakna dia sekeluarga baharu menduduki Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah ( Ru`RASA) yang dianugerahkan Sultan Pahang minggu lepas.
Seorang warga emas Siti @ Kamariah Karia,85, mengakui sumbangan wang tunai dan barang makanan sangat diperlukan pada musim perayaan ini.
Saya akan gunakan duit sumbangan itu beli pakaian baharu manakala bakinya disedekahkan kepada cucu-cucu dan piut yang datang berhari raya, katanya yang tidak seorang diri di rumah peninggalan suami.-SAHIH
-ends-
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG – ADUN Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam meluangkan masa bertemu dengan barisan pimpinan Pemuda UMNO Bahagian Bentong, semalam.
Dia yang juga Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang adalah antara pemimpin yang memulakan perjalanan dalam politik melalui platform Pemuda UMNO.
“Bila bersama Pemuda ni.. semangat naik semacam.
“Saya bersama barisan pimpinan Pemuda UMNO Bahagian Bentong sembang-sembang dan saling bertukar aspirasi dan inspirasi dalam menggerakkan langkah baharu pergerakan Pemuda selepas ini.
“Sambil-sambil lepak ni, saya ceritakan kisah zaman saya dalam Pemuda dulu.
“Macam-macam saya cerita.. saya kongsikan, mudah-mudahan menjadi pembakar semangat mereka,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Sikap kebersamaan kunci kestabilan kerajaan Pahang
KUALA LUMPUR – Kekuatan UMNO adalah bertunjangkan kesetiaan dan kebersamaan dalam saf perjuangan.
Itu antara pesanan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika berucap pada majlis berbuka puasa di sini, hari ini.
Pesanan Wan Rosdy itu dikongsi ADUN Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam melalui hantaran di Facebook miliknya.
“Alhamdulillah, di dalam ucapan dan amanat YAB Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang banyak menekankan peri penting kebersamaan pemimpin.
“(dan kebersamaan) ahli parti dalam pembentukan parti yang stabil dan seterusnya menjadikan UMNO sebagai parti yang membela rakyat,” katanya.
Majlis berbuka puasa itu dihadiri semua ketua cawangan UMNO Pahang dan barisan pimpinan parti di pelbagai peringkat.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR – Kira-kira 8,000 penjawat awam di Pahang menerima khabar gembira apabila kerajaan bersetuju memberikan bantuan khas Aidilfitri RM1,000 kepada mereka.
Perkara itu diumumkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada Majlis Penyerahan Baucar Moh Balik Beraya Ke Pahang di Stadium Titiwangsa di sini, malam ini.
“Saya akan beritahu kepada Setiausaha Kerajaan Negeri berkenaan perkara itu dan sudah pasti sebelum hari raya (bantuan diterima),” katanya menurut laporan BH Online.
Sementara itu, beliau berkata Kerajaan Pahang membelanjakan RM100 juta menerusi Bantuan Prihatin Pahang sejak ia diperkenalkan pada 2022 sehingga hujung tahun lalu.
Katanya, jumlah berkenaan membabitkan bantuan RM300 dalam bentuk barangan dan wang simpanan kepada bayi yang lahir di Pahang dan bantuan RM100 kepada setiap murid Tahun Satu di negeri berkenaan.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH – Stadium Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) sedia menganjurkan perlawanan Liga Malaysia (Liga M), khususnya Liga Super yang dijadualkan bermula Mei depan.
Yang Dipertua MPT, Suris Mihat berkata setakat ini, segalanya berjalan lancar terutama dari segi kesediaan padang dan lampu limpah bagi memenuhi kriteria ditetapkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).
“Pihak MFL ada melawat ke stadium baru-baru ini bagi melihat kemudahan dan penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi membolehkan Stadium MPT layak menjadi gelanggang untuk Liga M.
“Perbincangan turut diadakan bersama Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) untuk memastikan keadaan padang serta kemudahan lain pada tahap terbaik.
“Oleh itu sebelum perlawanan liga bermula, MPT akan memastikan segalanya mengikut perancangan,” katanya kepada BH Online.
Berdasarkan perancangan, Stadium Darul Makmur akan ditutup bagi tempoh kira-kira enam bulan bagi menaik taraf rumput padang bermula Mei atau Jun depan.
Sebagai alternatif, Stadium MPT menjadi pilihan utama buat skuad kendalian Fandi Ahmad beraksi selaku gelanggang tuan rumah.
Stadium MPT, Temerloh mempunyai kapasiti kira-kira 10,000 penonton.– SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Dr Faridwan (duduk tiga dari kanan) dan Dato’-Dato’ Adat (berdiri belakang tengah) merakam kenangan bersama sebahagian warga emas PJNH sempena Majlis Iftar Perdana di Surau Kampung Tengah, Lenggeng, Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Sayangi ibu bapa! Hormati warga emas! Iftar Perdana bersama Dato’ Penghulu Dagang Lenggeng meriah!
SEBAGAI seorang yang waras kita jangan sekali-kali mengabaikan ibu bapa terutama apabila mereka sudah tua dan uzur yang amat memerlukan perhatian serta kasih sayang khususnya daripada seorang anak.
Dato’ Penghulu Dagang Lenggeng, Negeri Sembilan, Dr Faridwan Abdul Ghafar, berkata sesibuk macam mana sekalipun, seseorang itu harus memberi perhatian yang sempurna kepada ibu bapa kerana mereka sudah banyak berkorban untuk seorang anak.
Justeru itu, menurutnya, sebagai anggota masyarakat kita juga harus menghormati warga emas dan menyantuni mereka seumpama ibu bapa sendiri walaupun tidak mempunyai ikatan persaudaraan dan sebagainya.
Sebahagian warga emas PJNH hadir pada majlis berkenaan menunggu persiapan hidangan berbuka puasa.
Tambahnya, bukan suatu perkara merugikan untuk seseorang itu melayani atau bertanya khabar warga emas ditemui kerana mungkin tindakan itu dapat mengubati hati mereka yang merindui anak atau saudara mara.
“Kita hendaklah berlapang dada dalam menyantuni warga emas ini dan buang perasaan syak wasangka terhadap mereka termasuk yang terdampar tanpa waris, uzur, hidup sebatang kara, dibuang anak dan sebagainya yang kini berlindung di pusat jagaan,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Iftar Perdana 1445H/2024M di Surau Kampung Tengah, Lenggeng, Negeri Sembilan, anjuran bersama Pusat Jagaan Nur Hasanah (PJNH), Beranang, Selangor dan Kelab Sukarelawan Mahmudah, Sungai Purun, Bangi, Selangor, baru-baru ini.
Turut hadir pada majlis itu, Dato’ Dato’ Adat; wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng, iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Lenggeng, Azran Afziz Yazid; Pengerusi PJNH, Mohiadin Bahado; Pengerusi Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia (PJMM), Azman Rasman; pengerusi surau berkenaan, Saffarudin Darwis; penduduk kampung; dan warga emas PJNH.
Dr Faridwan berkata, di samping itu warga emas yang menjadi penghuni pusat jagaan perlu didedahkan dengan aktiviti keilmuan serta ilmiah termasuk menggalakkan untuk membaca setakat mampu bahan-bahan bacaan yang disediakan.
Jelasnya, langkah itu dapat membantu mencergaskan otak dan minda selain meredakan tekanan perasaan dan jangan pula menganggap sudah berusia tidak dapat melakukan apa-apa terutama bagi mengekalkan kesihatan.
“Saya percaya pusat jagaan mungkin sudah melakukan perkara ini dan perlu dipraktikan setiap masa malah mungkin ada tenaga sukarela untuk membantu warga emas melakukan seniman ringan kecergasan dan sebagainya,” katanya.
Sementara itu, Azran Afziz yang berucap mewakili Adun Lenggeng, Mohd Asna Amin, menasihatkan warga emas dan penduduk kampung untuk memperbanyak amalan sepanjang Ramadan di samping mengekalkan ukhuwah dengan melakukan solat sunat tarawih.
“Bagi warga emas yang uzur tunaikanlah amalan sunat setakat termampu supaya dapat terus berada dalam keadaan tenang, buangkan perasaan stres untuk tidak mengangggu kesihatan dan kita sama-sama berdoa semoga ada waris atau saudara mara datang ziarah nanti,” katanya.
Saffarudin pula menzahirkan rasa terharu serta tersentuh hati dapat menganjurkan majlis itu bagi menyantuni warga emas PJNH serta penduduk kampung sebagai satu amalan membantu mereka yang ditimpa musibah pada bulan Ramadan.
“Ini juga membuka peluang kepada kami kariah surau untuk sama-sama membantu PJNH yang beroperasi dengan hanya mengharapkan infak serta sumbangan pelbagai pihak menerusi amalan bersedekah supaya dapat terus membela nasib warga emas yang berlindung di situ,” ujarnya. – SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG – Sebelum waktu berbuka puasa petang semalam, ADUN Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam meluangkan masa menziarahi beberapa rumah penduduk di Kampung Chemomoi, FELDA Chemomoi.
Kali ini dia yang juga Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang meneruskan sesi ziarah dengan tagline ‘Geng Mangkuk Tingkat’.
“Hajat hati nak singgah ziarah semua rumah di Kampung Ampang Simpang Pelangai.
“Tapi waktu terlalu singkat hampir masuk waktu berbuka.
“Sempat singgah juga.. sempat ke beberapa buah rumah, berbuka secawan air depan rumah di Kampung Ampang, semalam.
“Macam biasalah, saya datang dengan sedikit juadah berbuka dalam mangkuk tingkat, barangan asas dan sedikit sumbangan ikhlas daripada saya,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.
Dia turut memaklumkan hujan lebat berlaku di FELDA Chemomoi petang semalam ketika program ziarah itu.
“Hujan rahmat mudah-mudahan,” katanya lagi.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Guru buat gigitan cinta dekat pelajar ‘direhatkan’ mengajar
Guru wanita yang dikatakan bercinta dengan seorang pelajarnya di sebuah sekolah menengah di Sepang, Selangor direhatkan daripada tugas sehingga siasatan berhubung kes itu selesai.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, guru wanita tersebut perlu mematuhi sepenuhnya prosedur siasatan kes itu yang dijalankan pihak polis terlebih dahulu sebelum Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tindakan lanjut.
Menurutnya, kes terbabit kini masih dalam siasatan polis dan pihaknya memberikan komitmen sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
“Ia masih dalam siasatan di peringkat polis, maka sebab itu saya tegaskan berulang kali yang KPM memberikan komitmen sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
“Pada masa sama, kami ketika ini mengambil pendekatan untuk melindungi anak-anak kita sepenuhnya dan guru wanita itu tidak ada langsung cara untuk akses (bertemu) dengan pelajar terbabit kerana kita telah melindunginya,” katanya ketika diminta mengulas perkembangan siasatan kes seorang guru wanita yang didakwa bercinta dengan seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun hingga tular di media sosial.
Sumber : Sengat daily
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!