Keprihatinan Penduduk Jengka 24 sumbang RM12,000 Untuk Kemboja
JERANTUT – Keprihatinan Penduduk Jengka 24 menyerahkan sumbangan berjumlah RM12, 000 untuk projek pembinaan telaga tiub di Kemboja dan kuasa solar .
Pengerusi Gabungan Masjid Wilayah Jengka, Razak Daud berkata sumbangan itu bagaimanapun masih belum mencukupi bagi memenuhi keperluan penduduk Islam di sana.
“Kita masih membuka kutipan dan menerima sumbangan daripada orang ramai untuk projek ini.
“Orang ramai yang berminat untuk bersama-sama menyumbang kepada umat Islam di Kemboja boleh berbuat demikian sehingga bulan Ogos 2023.
“Semua sumbangan itu akan kami serahkan sendiri kepada penduduk Kemboja pada September ini,” katanya.
Beliau turut memaklumkan pihaknya menyediakan tabung sumbangan khas itu di semua 37 masjid dalam wilayah Jengka.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Tradisi Agong Berbuka Bersama Rakyat Di padang MBK
KUANTAN – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli berbuka puasa di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK1) bersama rakyat yang turut menjadi kelaziman kepada Seri Paduka Baginda pada Sabtu.
Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah ke padang itu pada jam 6.00 petang diiringi oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama-sama anakanda Seri Paduka Baginda Berdua.
Menyambut ketibaan Seri Paduka Baginda Berdua ialah Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Turut menyambut ialah Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf dan Datuk Bandar Kuantan, Datuk Hamdan Hussin.
Al-Sultan Abdullah kemudiannya berkenan mencemar duli melawat ke Bazar Ramadan Mahkota Square yang terletak bersebelahan padang tersebut sambil membeli juadah berbuka.
Manakala Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah berkenan mencemar duli mengagihkan 2 ribu bekas bubur lambuk yang telah dimasak di padang tersebut kepada pengunjung untuk mereka berbuka di padang berkenaan.
Tepat azan Maghrib berkumandang, baginda berdua berkenan berbuka puasa bersama-sama pembesar dan rakyat di padang tersebut.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN – Seramai 247 anak yatim dan asnaf menerima sumbangan pada Majlis Santunan Kasih peringkat DUN Pelangai, Jumaat lalu.
Sumbangan disampaikan ADUN Pelangai, Datuk Seri Johari Harun di perkarangan masjid Simpang Pelangai, dekat Bentong.
“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dan menaikkan semangat kepada semua penerima untuk menyambut kehadiran Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya.
Sementara itu, selepas majlis berkenaan, Johari meluangkan masa melawat tapak pusat haemodialisis di Klinik Kesihatan FELDA Chemomoi, Bentong.
Pusat hemodialisis itu bakal siap sepenuhnya pada hujung bulan September dan boleh beroperasi awal tahun 2024.
“Seperti sedia maklum kawasan Pelangai merupakan kawasan luar bandar, jadi para pesakit yang memerlukan rawatan buah pinggang terpaksa menempuh sekitar sejam perjalanan untuk ke pusat hemodialisis yang terdekat bagi mendapatkan rawatan susulan.
“Sehubungan dengan itu, saya selaku ADUN Pelangai berusaha sekeras mungkin merealisasikan impian penubuhan pusat kesihatan ini untuk memudahkan urusan para pesakit sekitar DUN Pelangai.
“Alhamdulillah hasil kerjasama Pusat Kesihatan Daerah Bentong dan semua kepimpinan terdahulu, Pusat Hemodialisis ini dibina dalam kawasan Klinik Kesihatan FELDA Chemomoi dan bakal dilengkapi dengan kemudahan 10 mesin dialisis serta perkhidmatan secara percuma akan diberikan kepada warga DUN Pelangai bagi mengurangkan beban mereka,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – UMNO Bahagian Jerantut menyampaikan sumbangan segera kepada keluarga mangsa kebakaran di PPMS Bukit Rang, dekat Pulau Tawar di sini.
Kebakaran itu berlaku sekitar jam 3.20 petang tadi.
UMNO Jerantut diwakili AJK UMNO Bahagian Zairol Osman dan Wan Nor Azlan Wan Safri menyampaikan sumbangan itu.
Dalam pada itu, AJK UMNO Jerantut, Razak Daud menasihatkan penduduk sekitar daerah itu lebih berhati-hati dengan keadaan cuaca panas ketika ini.
“Saya dimaklumkan kejadian kebakaran kediaman milik Aida Azmi ini membabitkan ruang bilik tidur dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan pihak bomba,” katanya.
Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan kepada keluarga itu boleh menghubungi AJK UMNO Bahagian Jerantut.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Penduduk kampung Gintong dekat sini meneruskan tradisi Bertahlil setiap kali memasuki minggu terakhir Ramadan.
AJK UMNO Bahagian Jerantut, Razak Daud berkata, usaha itu bukan sahaja dapat merapatkan hubungan antara penduduk tetapi turut melaksanakan amalan gotong-royong dan memberi sumbangan sedekah kepada yang hadir.
“Selain melakukan aktiviti gotong-royong, kita juga menganjurkan program tahlil perdana di masjid kampung kami.
“Antara kawasan yang dilakukan pembersihan adalah tanah perkuburan Islam Kampung Gintong yang sudah berusia lebih 400 tahun.
“Banyak makam keramat yang dikatakan terdapat dalam kawasan tanah perkuburan ini,” katanya.
Razak berkata lebih 400 penduduk menyertai tahlil dan aktiviti gotong-royong yang diadakan pada hari ini.
“Ada ahli keluarga saya juga disemadikan di tanah perkuburan ini,” katanya lagi.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LIPIS – Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah telah berkenan berangkat bagi menunaikan solat fardhu Jumaat di Masjid Sultan Mahmud, Lipis.
baginda Agong tutut bersalaman dengan orang ramai di Masjid Sultan Mahmud, Lipis..
Ahli Parlimen Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, keberangkatan baginda daerah Lipis selama 2 hari adalah bersempena lawatan menyantuni rakyat di sini.
“Sesungguhnya, keberangkatan Tuanku menyantuni rakyat ini akan terus menjadi ingatan kepada rakyat Lipis khasnya dan Pahang amnya,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Program Ceria Ke Sekolah TNB Singgah di SK Janda Baik
KUANTAN – Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui program Ceria Ke Sekolah 2023 mengagihkan bantuan keadaan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Janda Baik, dekat Bentong, hari ini.
Penyampaian sumbangan itu dilakukan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Seri Johari Harun.
Setiap pelajar menerima sepasang pakaian seragam sekolah, alat tulis, beg dan kasut dianggarkan bernilai RM200.
Johari berkata, program itu adalah inisiatif TNB menyantuni masyarakat bagi membantu keluarga yang memerlukan.
“Terima kasih saya ucapkan kepada pihak TNB yang memberi sumbangan kepada murid sekolah luar bandar di tiga daerah dalam negeri Pahang,” katanya.
Turut hadir Pengurus Besar TNB Pahang, Datuk Baderul Sham Saad dan guru besar SK Janda Baik, Arbina Abdul Rahman.
Pada majlis sama, Johari turut menyampaikan Bantuan Wang Ihsan (BWI) banjir kepada 22 ketua isi rumah yang terbabit dalam kejadian banjir baru-baru ini.
“Mereka adalah penduduk yang menetap dalam kawasan dewan undangan negeri (DUN) Ketari.
“Sumbangan BWI ini adalah atas dasar keprihatinan kerajaan negeri diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail,” katanya.
tamat-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Datuk Seri Wan Rosdy menyampaikan sumbangan kepada peserta PKPP di Lipis, hari ini.
PKPP peruntuk RM606,200 bantuan Aidilfitri kepada 886 peserta
LIPIS : Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP) memperuntukkan sejumlah RM606,200 untuk sumbangan bantuan Hari Raya Aidilfitri kepada tujuh rancangan sosial yang memberi manfaat kepada 886 orang peserta.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sumbangan Hari Raya Aidilfitri yang disampaikan merupakan tanda keprihatinan kerajaan Pahang terhadap peserta-peserta rancangan sosial PKPP dalam membantu mereka untuk mengurangkan bebanan perbelanjaan ketika membuat persiapan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri.
“PKPP telah memberi sumbangan seperti ini (Hari Raya Aidilfitri) sejak 2015 sehingga kini, dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM4.86 juta.
“Sebanyak RM606,200 dibelanjakan untuk bantuan hari raya kepada 7 rancangan sosial yang memberi manfaat kepada 886 orang peserta tahun ini,” katanya.
Katanya, penyampaian sumbangan ini melibatkan 4 rancangan sosial iaitu Rancangan Penempatan Semula (RPSK) Merapoh, Jerkoh, Peruang dan Rancangan Tanah Pemuda (RTP) Sungai Ular.
“Seramai 463 orang peserta yang akan menerima wang tunai sebanyak RM700 setiap seorang manakala baki 423 orang peserta penerima sumbangan ini secara atas talian.
“Selain itu, PKPP dan anak syarikat iaitu LKPP Corporation Sdn. Bhd. dan PKPP Plantation Sdn. Bhd. turut memberi sumbangan berjumlah RM84,000 kepada 120 orang peserta yang terdiri daripada 3 Rancangan Tanah Pemuda (RTP) iaitu Sri Gemuruh, Sungai Ular dan Kampung Awah,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MENTAKAB : Seorang lelaki yang disyaki mencuri ditemui maut di Sungai Semantan, Kampung Tanjung Kerayong, Mentakab pada jam 12.22 tengahari, hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pegawai operasi melaporkan, tindakan lelaki tersebut terjun ke dalam sungai dipercayai takut diberkas orang ramai yang mengejarnya kira-kira jam 6.00 pagi, hari ini.
“Mangsa yang terjun ke dalam sungai itu ditemui maut oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Angin pada jarak 5 meter dari tempat kejadian mangsa terakhir dilihat pada jam 12.22 tengahari, hari ini.
“Seramai 8 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mentakab telah bergegas ke tempat kejadian setelah menerima panggilan dan melakukan pemantauan serta operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan kejadian.
“Operasi SAR tersebut bermula dengan pencarian di sekitar kawasan kejadian dan dibantu oleh pasukan PPDA , mayat mangsa ditemui diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PAIP Sedia 855 Tangki Statik Atasi Gangguan Bekalan Air Ketika Aidilfitri
KUANTAN – Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) menyediakan 855 tangki statik bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air ketika sambutan Aidilfitri tahun ini.
Tangki statik itu akan ditempatkan di beberapa lokasi yang sudah dikenalpasti sering berlaku masalah tekanan air rendah ketika musim perayaan.
Ketua Pegawai Eksekutif PAIP, Datuk Saiful Zaini Mohd Bokhari, berkata selain proses penempatan tangki statik pihaknya juga sedia menggerakkan 34 lori tangki air untuk mengagihkan bekalan air alternatif ke kawasan terjejas bekalan.
“Pejabat kami di setiap daerah sudah menyediakan pelan kontigensi sebagai langkah awal kemungkinan berlaku masalah gangguan bekalan air.
“Memang kita jangkakan perkara ini (gangguan bekalan air) berlaku kerana setiap kali musim perayaan, permintaan dan penggunaan akan meningkat,” katanya ketika ditemui media selepas majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada anak yatim anjuran PAIP di sini, petang semalam.
Saiful Zaini memaklumkan pihaknya akan mengaktifkan pelan kesiapsiagaan PAIP bermula 17 hingga 30 April ini.
Katanya, sepanjang tempoh itu, pasukan teknikal PAIP di semua peringkat akan bertugas dan dalam keadaan bersiap sedia dengan kemungkinan berlaku gangguan bekalan air.
“Bukanlah bermakna cuti mereka dibekukan, tapi memang ada ‘team’ yang bersedia untuk menjalankan tugas jika laporan (gangguan bekalan air) diterima,” katanya lagi.
Ditanya mengenai antara lokasi yang dijangka berdepan masalah tekanan air rendah, Saiful Zaini berkata, antara kawasan yang sering berlaku masalah seumpama itu adalah gugusan FELDA dan perkampungan tradisional.
“Gangguan ini berlaku kerana ramai orang balik kampung dan permintaan terhadap bekalan air meningkat berkali ganda.
“Ketika ini kadar penggunaan air pada masa yang sama (serentak) adalah tinggi, jadi mungkin akan berlaku masalah (gangguan) kerana permintaan melebihi dari hari biasa,” katanya.
tamat-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!