JERANTUT – Seorang pemandu lori maut kerana tersepit dalam kemalangan turut membabitkan dua buah kenderaan di Jalan Bandar Lama Jerantut di sini pada jam 3.00 petang, semalam.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Zukri Muhammad berkata, dalam kejadian itu pemandu lori itu disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan.
“Siasatan awal, polis mendapati lori berkenaan dipandu oleh seorang lelaki Melayu dalam perjalanan dari persimpangan lampu isyarat Datuk Bahaman menuju ke Jalan Bandar Lama yang menuruni bukit
“Setiba di tempat kejadian pemandu lori telah gagal mengawal kenderaannya dan melanggar sebuah van yang dipandu oleh lelaki yang sedang melalui Jalan Bandar Lama, “katanya.
Katanya, kemudian lori itu turut merempuh sebuah kereta yang di letakkan di tepi jalan dan turut termasuk sebuah kedai kosong di situ.
“Pemandu lori itu tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu van mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan lanjut di Hospital Jerantut.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG – Status Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pelangai sebagai antara sekolah terbaik dalam daerah Bentong, bukanlah satu rahsia.
Dengan kedudukan ke-enam daripada 17 sekolah menengah di daerah ini, sudah pasti ia mencetuskan rasa bangga dalam kalangan tenaga pengajar dan juga pelajar.
Bagi ADUN Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam, semua kecemerlangan itu adalah hasil kerjasama rapat antara warga SMK Pelangai dan juga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.
“Tahniah diucapkan kepada Tuan Pengetua En Rosli Mujni dan juga ahli jawatankuasa PIBG yang berjaya menjayakan mesyuarat.
“Ketokohan pimpinan En Mohd Halimi Hashim selaku YDP PIBG SMK Seri Pelangai, saya yakin lebih banyak kejayaan dan kecemerlangan dapat dicapai oleh sekolah ini,” katanya.
Amizar yang juga Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang turut meraikan pelajar cemerlang SPM 2023 sekolah itu.
Dia berharap semua pelajar akan memainkan peranan penting dan menjadi generasi pemimpin demi kemakmuran daerah Bentong dan negeri Pahang. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN – Satu sesi libat urus dan mesyuarat sudah dimulakan bagi merencanakan strategi untuk memantapkan lagi gerakan koperasi di Pahang.
Selain memiliki antara koperasi terbaik di Malaysia, Pahang juga dalam proses membeliakan koperasi sedia ada supaya lebih berdaya saing.
Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang, Datuk Amizar Abu Adam berkata, kesepakatan dan kerjasama sedia terjalin antara kerajaan negeri dan Persekutuan akan memudahkan lagi proses ini.
“Kita (Pahang) memiliki 30 koperasi terbaik di Malaysia, dalam masa sama (koperasi) kita juga menjadi negeri kedua terbaik selepas Wilayah Persekutuan dalam gerakan koperasi,” katanya.
Sebelum itu, Amizar mempengerusikan mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Pahang 2024 di Wisma Persekutuan, dekat Jalan Gambut.
Majlis itu dianggotai wakil dari koperasi terbaik di Pahang, agensi kerajaan negeri dan Persekutuan dan ahli akademik.
Selain itu Suruhanjaya Koperasi Malaysia cawangan Pahang menjadi urusetia bagi majlis berkenaan. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG – Kawasan tanah rancangan FELDA sememangnya menjadi ‘lubuk emas’ kepada usahawan kecil yang kreatif dan berdaya tahan.
Dengan struktur penempatan peneroka yang tersusun dengan baik, setiap ruang dan peluang sudah tersedia untuk mereka membentuk demografi perniagaan dengan identiti tersendiri.
Antara kawasan FELDA yang paling mencipta nama adalah gugusan Mempaga dekat bandar Bentong.
Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang, Datuk Amizar Abu Adam adalah antara individu yang sentiasa cakna dan turun padang ke tanah rancangan itu.
Baru-baru ini, Amizar yang juga ADUN Pelangai sempat singgah di FELDA Mempaga untuk menyantuni warga peneroka di situ.
Dia turut mempromosikan gerai yang menjual aneka kudapan bersama air kelapa kepada pengguna jalan raya utama Mempaga dan penduduk setempat.
“Jika ke FELDA Mempaga, (ada) satu gerai yang menghidangkan air kelapa dan aneka goreng seperti pisang goreng dan keropok lekor yang diusahakan Nazri.
“Gerai ini terletak berhadapan PETRONAS FELDA Mempaga… kami singgah untuk menikmati juadah sambil bertanyakan khabar dengan beberapa pengunjung di sini,” katanya.
Amizar kemudiannya singgah ke program – khusus untuk usahawan cendawan – di FELDA Mempaga 2.
“Ramai usahawan dan pengusaha menyertai kursus itu yang memberikan latihan secara teknikal kepada peserta,” jelasnya.
Dia berharap semua usaha berkenaan akan membuahkan hasil kepada usahawan terbabit dalam meningkatkan pendapatan serta mengharumkan nama Mempaga dan Pahang. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto : Adik mangsa, Fauziah Mat (48), menunjukkan rantai manik yang sering digunakan oleh Rosdan Mat ditemui semalam.
Petunjuk awal lelaki OKU hilang yang masih gagal ditemui setelah rantai manik ditemui pada hari ke-6
LIPIS – Seutas rantai manik yang sering digunakan oleh seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU), Rosdan Mat, berusia 52 tahun dijumpai pada hari keenam kehilangannya oleh kumpulan pencari di sekitar Kampung Redan, Lipis.
Abang ipar kepada lelaki hilang itu, Adnan Mat Isa (52) berkata, manik itu ditemui ketika operasi mencari di di sekitar jalan masuk ke kebun yang terletak berdekatan rumahnya.
“Saya percaya rantai manik itu sering digunakan oleh Rosdan Mat (lelaki hilang itu) untuk diikat pada kayu dan kononnya sebagai ” tali sandang senapang”.
“Penemuan rantai manik itu menjadikan petanda terbaharu dalam usaha mencari mangsa yang masuk hari ketujuh hari ini,” ketika ditemui di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTP) di sini.
Katanya, dia berterima kasih kepada semua agensi kerajaan keselamatan serta penduduk tempatan serta masyarakat orang asli Kampung Temetung yang turut memberi bantuan mencari.
Adnan Mat Isa, 52 tahun (kiri) dan adik mangsa, Fauziah Mat (48) (kanan)
Adik mangsa, Fauziah Mat (48) berkata, kali terakhir abangnya datang ke rumahnya untuk bersarapan kira-kira jam 8.30 pagi pada 26 Jun.
“Semasa suami saya memanggilnya untuk makan tengah hari pada hari yang sama, abang masih tiada di rumah.
“Pada waktu malam, sekali lagi suami saya memanggil abang saya untuk makan malam, abang masih tiada di rumah,” katanya.
Katanya, sudah menjadi lumrah abang kerap merayau dan singgah di rumah adik beradik atau saudara-mara yang tinggal berdekatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lipis, Superitendan Ismail Man berkata, pihak polis menerima laporan daripada adik ipar dan pengadu kepada lelaki yang hilang itu pada jam 9.39 pagi pada 28 Jun setelah usaha awal mencari gagal.
“Sebelum laporan polis dibuat, pengadu bersama saudara-mara dan orang kampung telah mencari abang iparnya di tempat selalu orang hilang (OH) itu pergi serta di sekitar kampung tersebut tetapi gagal dan tidak menjumpai sebarang petunjuk sehingga laporan polis dibuat.
“Pihak polis bersama penduduk kampung terus menjalankan operasi mencari dan menyelamat di sekitar kawasan dipercayai hilang dan masih gagal ditemui. Operasi masih diteruskan,” katanya di sini.
Ismail berkata dimaklumkan Rosdan telah mengalami masalah kesihatan mental sejak berumur 14 tahun.
“Pencarian hari ketujuh ini, pencarian disertai 75 orang daripada polis, Bomba dan penyelamat, Angkatan Petahanan Awam, orang kampung dan masyarakat orang asli dari Kampung Temetong.
“Usaha mencari turut menggunakan khidmat anjing pengesan bomba (K9),” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LIPIS – Majlis Sukan sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Lipis buat julung kalinya menganjurkan Kejohanan Tenpin Bowling di sini mulai hari ini dan esuk.
Sebanyak 25 buah sekolah rendah dengan penyertaan kira-kira 86 peserta lelaki dan perempuan akan berentap di kejohanan itu.
Manakala, tujuh buah sekolah menengah di daerah ini bakal disertai 30 peserta bawah umur 15 dan 18 Lelaki dan perempuan.
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Pembangunan Bakat Murid), Sektor Pembangunan Murid, Lipis, Mohd Firdaus Mohd Nasir berkata, pemenang bakal mewakili MSSD Lipis ke kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Pahang (MSSP) yang bakal diadakan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pemain remaja China rebah ketika perlawanan, meninggal dunia
JAKARTA – Pemain badminton perseorangan lelaki China, Zhang Zhi Jie meninggal dunia selepas rebah ketika perlawanan di Kejohanan Badminton Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia, semalam.
Insiden malang itu berlaku ketika perlawanan antara China menentang Jepun dalam aksi Kumpulan D di GOR Among Raga.
Zhi Jie yang berusia 17 tahun yang sedang berdepan Kazuma Kawano, rebah dalam keadaan tertiarap semasa perlawanan lewat semalam.
Ketika itu kedudukan terikat 11-11.
Pasukan perubatan kejohanan kemudiannya memberikan bantuan kecemasan sebelum pemain remaja itu dikejarkan ke hospital.
Badminton Asia dan Persatuan Bulutangkis Seluruh Indonesia (PBSI) dalam satu kenyataan bersama, berkata Zhi Jie disahkan meninggal dunia pada jam 11.20 malam waktu tempatan.
“Pemain perseorangan China, Zhang Zhi Jie pengsan di dalam gelanggang ketika perlawanan petang semalam sebelum dikejarkan ke hospital dan meninggal dunia pada jam 11.20 malam waktu tempatan.
“Zhi Jie sedang bermain perlawanan peringkat kumpulan menentang Jepun ketika dia pengsan.
“Dia kemudiannya dirawat oleh doktor kejohanan dan pasukan perubatan sebelum dibawa ke hospital dalam tempoh kurang dua minit dengan ambulans yang disediakan,” kata kenyataan itu.
Dalam kenyataan sama, Badminton Asia, PBSI dan jawatankuasa penganjur kejohanan mengucapkan takziah kepada ibu bapa Zhi Jie, keluarga dan Persatuan Badminton China (CBA).
“Dunia badminton kehilangan seorang pemain yang berbakat,” katanya.
Kejohanan Badminton Remaja Asia berlangsung di GOR Among Raga, Yogyakarta dari 28 Jun hingga 2 Julai bagi acara berpasukan campuran.
Kejohanan itu akan diteruskan bagi acara individu yang dijadual bermula dari 3 hingga 7 Julai.
Sumber : Buletin TV3
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Mini karnival alam sekitar didik masyarakat sayangi bumi
BENTONG – Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar perlu dijadikan tanggungjawab semua pihak.
Justeru itu, program berkaitan alam sekitar harus diperbanyakkan.
Ini kerana tahap kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga alam sekitar masih di tahap sederhana.
Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang, Datuk Amizar Abu Adam berkata inisiatif kerajaan Pahang melalui penganjuran mini karnival alam sekitar adalah bukti jelas tahap keprihatinan kerajaan negeri.
“Program bertemakan ‘cintai alam sekitar’ dilaksanakan Majlis Perbandaran Bentong adalah inisiatif yang bagus.
“Kesungguhan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Bentong, Datuk Rose Samsul Abdul Razak dan pasukannya sangat mengagumkan.
“Mini karnival ini menekankan kepentingan memelihara alam sekitar serta memperkasakan semua sumber asli antaranya sungai dan hutan yang dapat membantu sosio kehidupan masyarakat Bentong,” katanya
Amizar berharap mini karnival itu diteruskan pada masa akan datang.
Katanya, kerajaan Pahang akan membantu dalam menjayakan program serupa di lokasi lain selepas ini. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN – Penganjuran Program Madani Rakyat di Dataran MBK hujung minggu depan membuka peluang kepada masyarakat memahami aspirasi Kerajaan Perpaduan.
Melalui program itu, semua agensi kerajaan dapat memberi penerangan dan penjelasan secara terus kepada pengunjung.
Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang, Datuk Amizar Abu Adam berkata, program itu juga perlu dimanfaatkan pengunjung untuk mendapat maklumat berkaitan perkhidmatan disediakan kepada mereka.
“Pelbagai aktiviti bakal dijalankan dalam program ini antaranya pameran, latihan, persembahan, pertandingan dan juga ceramah agama yang sudah tentu dapat impak kepada pengunjung.
“Selain itu, pengunjung terutamanya generasi muda dapat mencari peluang pekerjaan dan perniagaan ditawarkan institusi pengajian tinggi, kolej vokasional dan bermacam lagi,” katanya ketika menjadi tetamu Pahang FM di Kompleks Penyiaran Sultan Ahmad Shah.
Amizar diberi tanggungjawab oleh kerajaan Pahang mempromosikan Program Madani Rakyat bagi Wilayah Timur.
Dia turut memaklumkan semua maklumat lanjut berkaitan program berkenaan boleh diperoleh pengunjung dengan melayari laman web www.malaysiamadani.gov.my dan www.kerajaanpahang.gov.my. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto : Lamborghini terbakar dlam kemalangan di KM57.1, Jalan Bentong-Karak, pagi ini
Lamborghini terbakar, pemandu maut dalam kemalangan di Bentong
BENTONG : Sebuah Lamborghini terbakar sepenuhnya selepas terbabas dalam kemalangan yang berlaku di KM 57.1, Jalan Bentong- Karak, arah timur pada kira-kira jam 9.00 pagi hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pemandu kereta tersebut yang tersepit disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Manakala, penumpang wanita yang berada di dalam kereta itu berjaya diselamatkan dan dikeluarkan oleh orang awam untuk dibawa ke Hospital Bentong.
“Komander operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong melaporkan turut membuat kerja-kerja pemadaman menggunakan dua aliran hos salur bantu mula menggunakan air tangki pam jentera,” katanya
Katanya, seramai lapan anggota BBP Bentong dan dua jentera turut digunakan dalam operasi tersebut. Anggota BBP turut melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!