Individu tidak dikenali buang bahan bahaya ke dalam Tasik Teratai.
JERANTUT – Tasik Pusat Riadah Taman Teratai yang menjadi tumpuan orang awam untuk beriadah setiap pagi dan petang telah dicemari bahan dipercayai bahan asid yang dibuang oleh individu yang tidak bertanggungjawab, dekat sini, petang semalam.
Timbalan Pengerusi, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Teratai, Hairul Azira Mohd Ghazali berkata, dia menyedari kejadian itu apabila dimaklumkan jiran setaman kira-kira jam 1.30 petang.
“Saya terus pergi ke tempat kejadian dan melihat keadaan kawasan berumput di tepi tasik dan kawasan permukaan air tasik berdekatan kawasan berumput itu kelihatan berbuih.
“Apabila saya sampai ke kawasan itu, terbau seperti bahan kimia yang agak tidak menyenangkan dan terus menjangka kemungkinan bahan asid atau kimia dibuang ke dalam tasik ini,” katanya.
Katanya, dia terus menghubungi rakan lain untuk memastikan bahan tersebut dan memaklumkan kepada pihak Setiausaha, Majlis Daerah Jerantut.
SAHIH menghubungi pihak Majlis Daerah Jerantut (MDJ) berkaitan dengan kejadian itu dan pihak MDJ menghubungi pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengairan dan Saliran serta beberapa pihak berkaitan.
Katanya, pihak MDJ bimbang bahan merbahaya yang dibuang oleh pihak tidak bertanggungjawab bakal memberi kesan kepada hidupan di air sekiranya mengalir ke sungai.
“Limpahan air Tasik Teratai itu akan mengalir ke Sungai Pahang yang tidak jauh dari tasik ini dan boleh menjejaskan pengusaha ternakan ikan sangkar di sepanjang Sungai Pahang.
“Pihak kami sedang menunggu pihak berkaitan untuk menyiasat bahan yang dibuang ke dalam tasik itu,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN – Dua lelaki ditahan disyaki terlibat menggodam kad kredit dan debit digital melibatkan mangsa-mangsa dari negara Timur Tengah.
Lelaki warga tempatan dan warganegara China berusia 23 dan 24 tahun itu ditahan di sebuah rumah teres satu tingkat menerusi Ops Dadu di Kuantan, Pahang pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, hasil tangkapan mereka, polis sedang mengesan saki-baki ahli sindiket yang mensasarkan mangsa-mangsa dari Timur Tengah seperti Arab Saudi, Turki, Qatar dan Kuwait.
“mereka meng hack kad kredit drp luar negara dan menggunakan kad kredit tersebut dalam handfon, ade wallet dan daripada situ dia membuat pembelian palsu dan membuat tuntutan daripada card reader daripada merchant bank yang telah diuruskan daripada sini kita tahan ada 14 card reader ni dan dia akan menggunakan card itu untuk membuat pembelian atau yang palsu lah. jadi aktiviti siasatan yang kita jalankan dia berjaya membuat antara 20 ribu ke 30 ribu ringgit sehari.
Bagaimanapun anggaran kerugian yang dialami mangsa-mangsa di negara Timur Tengah masih dalam siasatan pihak polis memandangkan transaksi melibatkan bank di luar negara dan bank di Malaysia.
Polis turut merampas set komputer bagi tujuan menggodam laman sesawang kad kredit dan debit dengan menggunakan server luar negara; 94 buah telefon bimbit bagi menyimpan data kad kredit dan debit di aplikasi wallet ; 14 terminal pembayaran mudah alih bagi mengimbas kad kredit dan debit digital.
Kedua-dua suspek ditahan reman sehingga hari ini di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) dan disambung hari ini untuk siasatan lanjut.
Mereka juga ditahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 120 (B) (2) KK.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kompleks pemuliaan al-Quran di Chenor, Maran, Pahang merupakan kompleks terbesar di Pahang
MARAN, Chenor – Kompleks pemuliaan al-Quran di Chenor, Maran, Pahang merupakan kompleks terbesar di Pahang yang mampu melupuskan lebih 500 kilogram Al-Quran dan bahan bercetak mengandungi Ayat al-Quran, dalam satu-satu masa.
Kompleks itu dibina bagi menampung permintaan terhadap aktiviti pelupusan al-Quran dan bahan bercetak mengandungi ayat al-Quran yang semakin bertambah terutama bila bencana banjir dan kejadian kebakaran.
Ia juga dibina memandangkan sebahagian besar daripada 30 tan Al-Quran dan bahan bercetak mengandungi Ayat al-Quran yang dikumpul sejak 2021 masih belum daat dilupuskan.
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun lalu telah memperuntukkan sebanyak 280 ribu ringgit bagi pembinaan kompleks yang dikendalikan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).
Manakala sebanyak RM 200,000 telah disalurkan kerajaan negeri Pahang pada tahun ini, bagi membeli pelbagai prasarana yang diperlukan antaranya penyediaan rumah tamu, tiga buah kontena bagi menyimpan teks dan abu Al-Quran serta beberapa barangan elektronik.
Pemuliaan al-quran ni maksudnya ada Quran Quran yang sudah tidak boleh dibaca yang rosak ataupun mungkin ada juga yang dikatakan salah cetak maka Jabatan agama terpaksa mengambil tanggungjawab kerana jumlahnya sangat besar, banyak untuk disimpan dalam keadaan selamat.
Selain di Chenor, terdapat sebuah lagi pusat pemuliaan al-Quran iaitu di Peramu, Pekan.
Sementara, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JAIP, Noridzuan Abdul Manan berkata, sebanyak 12 tan Al-Quran dan bahan bercetak mengandungi Ayat al-Quran telah dibakar di Kompleks pemuliaan al-Quran di Chenor sepanjang tahun ini dan menghasilkan 2 tan ketulan abu.
” kita bercadang untuk sekurang-kurang setahun kita buat 2 kali pelupusan ke laut lah lupuskan semua ketulan-ketulan apa yang kita sediakan sepanjang tahun…
Proses pelupusan dilakukan dengan cara membakar menggunakan insinerator atau relau dengan sumber api daripada gas.
Proses membakar mengambil masa antara sejam hingga dua jam sebelum disejukkan selama 24 jam.
Proses seterusnya menghasilkan bongkah abu al-Quran dan bahan bercetak mengandungi ayat al-Quran yang rosak dengan cara membancuh dengan air.
Katanya, bekas plastik digunakan sebagai acuan dan dijemur di bawah cahaya matahari selama tiga hingga enam hari tertakluk kepada keadaan cuaca semasa.
Bongkah abu al-Quran dan bahan bercetak mengandungi ayat al-Quran yang rosak akan dibuang ke beberapa kawasan di perairan negeri ini dengan kerjasama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pahang dan nelayan tempatan.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MARAN – Kerajaan negeri Pahang mengambil tindakan proaktif dalam tindak balas bencana negeri dengan menyediakan pusat pemindahan tetap (PPT) di lokasi berisiko.
Penyediaan PPT tersebut adalah bukti keperihatinan kerajaan negeri membantu penduduk terjejas mendapatkan perlindungan sementara.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bagi tujuan itu kerajaan negeri membina liima buah PPT membabitkan daerah Maran , Kuantan , Pekan , Temerloh dan Lipis dengan kos RM 31 juta .
“Ketika ini ppt di daerah maran telah mula beroperasi, manakala lima buah PPT lagi masih dalam proses pembinaan.
“Di pahang ni kita ada lima daerah yang akan kita bina pusat pemindahan tetap ini yang pertama dan akan diikuti Lipis, Temerloh, Kuantan dan Pekan dan keseluruhan kos RM31 juta untuk kita buat pusat pemindahan tetap, masih lagi ada yang pengambilan tanah, ada kerja design dan sebagainyalah.. Jadi insyallah dalam masa setahun dua tahun akan siap,” katanya.
Beliau ditemui pemberita pada Program Perasmian Pusat Pemindahan Tetap (PPT) pertama di malaysia, bertempat di Kampung Luit, Maran, Pahang.
Katanya, PPT terbabit dilengkapi kemudahan seperti ruang memasak, lapan bilik air, stor dan mampu menampung 24 keluarga dalam persekitaran yang kondusif.
Sementara itu Datuk Seri Wan Rosdy berkata, semua bantuan dan bekalan telah di hantar ke 159 pengkalan hadapan di seluruh pahang.
Manakala 856 Pusat Pemindahan Sementara (PPS ) membabitkan balai raya, sekolah, masjid dan surau kini telah bersedia untuk menerima penduduk terjejas banjir-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Kumpulan Atma Tari berpeluang ke peringkat antarabangsa pada Festival Belia Folklore Asia Pasifik.
SKSU ambil inisiatif tubuh kumpulan tari
KLANG – Sekolah Kebangsaan Sungai Udang (SKSU), Klang, Selangor, mengambil inisiatif menubuhkan Kumpulan Atma Tari sejak 2020 untuk mengekalkan serta memberi pendedahan tarian tradisional masyarakat Melayu.
SKSU mengambil langkah itu dengan semangat yang ingin disuntik dalam diri murid sekolah itu kepada setiap ahli kumpulan tari supaya turut berasa bertanggungjawab mempopularkan semula tarian tradisional masyarakat Melayu yang begitu gah suatu ketika dahulu.
Di samping itu skuad berkenaan juga mendidik ahlinya untuk lebih berdisiplin dan berdedikasi dalam pelbagai aspek kerana itu juga antara matlamat lain penubuhan kumpulan itu.
Kumpulan Atma Tari Sekolah Kebangsaan Sungai (SKSU) Klang, Selangor merakam kenangan gaya tarian tradisional Melayu pada Festival TARI Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Selain itu memastikan murid SKSU mengetahui seni tari Melayu serta tarian dan budaya daripada etnik lain di Malaysia serta memastikan budaya tempatan tidak dilupakan oleh generasi sekarang.
Pengurus Kumpulan Atma Tari itu, Cikgu Hasnan Zakaria berkata, pada mulanya ia merupakan pasukan tarian di bawah Kelab Kebudayaan Sekolah dan hanya untuk memenuhi kriteria yang perlu ada dalam pasukan kebudayaan sekolah.
“Kumpulan ini adalah cetusan idea pentadbiran sekolah ini yang inginkan supaya bakat murid berkenaan dapat dikembangkan bukan hanya di sekolah dan dalam daerah sahaja sebaliknya boleh terus diketengahkan pada peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
“Maka, kumpulan ini bukan setakat memberikan pendedahan yang bukan sahaja berfokuskan tarian tradisional masyarakat Melayu seperti zapin, joget, inang dan tarian asli, malah turut mengetahui tarian dan budaya daripada pelbagai etnik lain di Malaysia,” katanya.
Katanya, kumpulan itu dilatih secara profesional oleh jurulatih tari yang dilantik oleh SKSU daripada Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor.
Kumpulan Atma Tari bersama sebahagian ibu bapa yang sentiasa memberi suntikan semangat bagi meraih kejayaan.
“Kumpulan ini aktif dalam mengadakan persembahan serta mengikuti pertandingan yang dianjurkan sama ada pada peringkat sekolah, daerah, negeri dan juga peringkat kebangsaan.
“Bagaimanapun Skuad Atma Tari SKSU ini turut dibelenggu cabaran dan juga masalah terutama dari segi kewangan selain masa untuk diperuntukan bagi menjalani latihan,” katanya.
Sementara itu, Guru Besar SKSU, M Khalimi Dalhan, berkata penubuhan kumpulan tarian itu dilihat selari dengan saranan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang tidak mahu sekolah hanya memfokuskan kepada kaedah untuk melahirkan murid yang cerdik semata-mata, tetapi mempunyai sahsiah diri yang baik.
Katanya, melalui penglibatan dalam kumpulan ini, murid terbabit mengalami perubahan dari segi disiplin terutama apabila hadir untuk mengikuti latihan yang diadakan dan juga pada setiap kali pertandingan disertai dan secara tidak langsung bertepatan dengan konsep Anak Baik lagi Cerdik (ABC) yang dianjurkan oleh KPM.
“Pembabitan dalam kumpulan ini, murid bukan sekadar belajar di sekolah, mereka juga dididik untuk menjadi modal insan berilmu dan berakhlak mulia sebagai pewaris negara pada masa hadapan.
“Pembabitan mereka (murid) adalah salah satu inisiatif untuk memastikan murid SKSU bukan hanya mendapat keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik namun pada masa sama untuk melahirkan murid mempunyai sahsiah yang baik,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Pasukan SEPARATU diberi peranan sebagai ‘penyiar rasmi’ ketika Kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Pahang (MSSP) yang diadakan di Dewan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, Sungai Jan, dekat sini, baru-baru ini.
Penyiar cilik SK Lepar Utara Satu.
PENYIAR cilik dari Sekolah Kebangsaan Lepar Utara Satu (SEPARATU), diberi peranan sebagai ‘penyiar rasmi’ ketika Kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Pahang (MSSP) yang diadakan di Dewan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, Sungai Jan, dekat sini, baru-baru ini.
Seramai lapan orang murid sekolah tersebut telah bertugas sebagai wartawan dan krew penyiaran itu ketika pembukaan rasmi dan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang kejohanan itu yang diadakan selama 4 hari.
Wartawan SK Lepar Utara Satu mewawancara seorang pengurus pasukan Kejohanan Bola Baling MSSP, baru -baru ini
Guru penasihat Pusat Sumber Sekolah (PSS) sekolah itu, Nurul Afifah Rahim berkata, sekolah tersebut turut mempunyai saluran Youtube sendiri untuk memuatnaik program yang telah dirakam sebagai tatapan umum khususnya penduduk di Felda Lepar Utara Satu dan golongan pendidik.
“Mereka turut dilatih untuk mengendalikan penyiaran dan kewartawanan dengan melakukan kerja-kerja menyunting audio video, menemubual tokoh, penerbitan dan juga ada yang bertindak sebagai krew.
“Krew juga didedahkan cara melakukan penyuntingan, mengambil gambar dan menggunakan aplikasi yang sesuai untuk dimuatnaik ke laman sosial,” katanya.
Katanya, krew SEPARATU yang terdiri daripada murid yang dipilih berperanan sangat baik dan tanpa disedari turut menyokong perkembangan akademik mereka.
Sementara itu, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Abdul Aziz Awang berkata, Krew TV SEPARATU ini adalah program di bawah kelolaan unit kewartawanan pusat sumber sekolah dan bertindak sebagai petugas penyiaran di peringkat sekolah bagi setiap program yang diadakan.
“Semua murid yang berperanan sebagai wartawan dan krew turut dilatih sebelum menjalankan tugas, malah ada tiga murid sudah boleh membuat suntingan video melalui aplikasi menggunakan telefon pintar.
“Menariknya, ibubapa turut menyokong krew yang dipilih dan ini memberi semangat kepada pihak sekolah untuk terus mengekalkan penyiaran sekolah ,” katanya.
Seorang lagi murid, Nur Zahira Izzati Ahmad Nasiruddin (Tahun 5) berkata, sebelum menemubual orang ramai terutama ketika kejohanan bola baling ini, dia melakukan kerja rumah berkaitan permainan ini, sejarahnya dan sedikit peraturan permainan.
“Sebelum diberi peranan ini, cikgu telah mempersiapkan kami dengan meletakkan sasaran kejohanan ini sebagai tugas pertama di luar kawasan sekolah.
“Gementar pada awalnya, kemudian saya lihat jurulatih, pengurus pasukan yang juga di kalangan guru turut memberi kerjasama yang baik malah memberi peluang kepada saya dengan soalan dan jawapan sebelum ditemubual,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Satu ringkasan mengenai sejarah pengusiran orang Yahudi sepanjang 1,000 tahun:
1080 – Diusir dari Perancis. 1098 – Diusir dari Republik Czech. 1113 — Diusir dari Kievan Rus (Vladimir Monomakh). 1113 – Pembunuhan beramai ramai di Kiev.
Pada 14 Mei, 1948, Negeri Israel diwujudkan atas Bumi Palestin. Setelah Yahudi diusir dari semua negara di sepanjang Sejarah Dunia.
1147 – Pengusiran dari Perancis. 1171 – Pengusiran dari Itali. 1188 – Pengusiran dari England. 1198 – Pengusiran dari England. 1290 – Pengusiran dari England. 1298 _ Pengusiran dari Switzerland (100 orang Yahudi digantung hingga mati). 1306 – Pengusiran dari Perancis (3,000 orang dibakar hidup-hidup). 1360 – Diusir dari Hungary. 1391 — Diusir dari Sepanyol (30,000 digantung hingga mati; 5,000 dibakar hidup-hidup). 1394 – Diusir dari Perancis. 1407 – Diusir dari Poland. 1492 – Diusir dari Sepanyol, (Undang2 dibuat mengharamkan Yahudi memasuki negara buat selama-lamanya). 1492 – Diusir dari Sicily. 1495 — Pengusiran dari Lithuania dan Kiev. 1496 – Pengusiran dari Portugal. 1510 – Pengusiran dari England. 1516 – Pengusiran dari Portugal. 1516 — Undang-undang dibuat di Sicily membolehkan Yahudi tinggal berkelompok di sesebuah kawasan yang padat (ghettos). 1541 – Pengusiran dari Austria. 1555 – Pengusiran dari Portugal. 1555 – Undang2 dibuat di Rome membolehkan Yahudi tinggal berkelompok saja di sesebuah kawasan padat (ghettos). 1567 – Pengusiran dari Itali. 1570 – Pengusiran dari Germany (Brandenburg). 1580 – Pengusiran dari Novgorod 1592 – Pengusiran dari Perancis. 1616 – Pengusiran dari Switzerland. 1629 – Pengusiran dari Sepanyol dan Portugal (Philip IV). 1634 – Pengusiran dari Switzerland. 1655 – Pengusiran dari Switzerland. 1660 – Pengusiran dari Kyiv. 1701 – Pengusiran habis-habisan dari Switzerland (Edict of Philip V). 1806 — Kata-putus dari Napoleon (Badarja). 1828 – Pengusiran dari Kyiv. 1933 – Pengusiran dari Germany dan Pembunuhan beramai-ramai..
Ihsan Al-Faqih
Patutlah Dalam AlQuran Dan Hadis Allah Dan Rasul kutuk orang Yahudi Zionist Maka, sesiapa jua yang bersimpati dengan Yahudi, atau menyarankan supaya memberi perlindungan untuk keselamatan Yahudi, harus berikan tanahnya kepada Yahudi.
Sesiapa yang dah tahu orang mana yang sebut harus berikan perlindungan kepada Yahudi, maka berhati2lah dengan munafiq yang sedemikian itu-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR – Dalam pembunuhan beramai-ramai yang berterusan di Gaza, Save Press 4 Gaza (SP4G), suara bersatu media Malaysia, menyuarakan kebimbangan yang mendalam terhadap jumlah kematian wartawan yang membuat liputan konflik itu.
Sebagai suara media Malaysia, berdiri dalam solidariti dengan rakan-rakan kami di Gaza, SP4G mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tentera dan kerajaan Israel menyasar wartawan dan keluarga mereka.
Sebagai wartawan dan pekerja media, kami menyeru pemimpin bilik berita Barat untuk memastikan liputan yang jelas mengenai tindakan Israel terhadap rakyatPalestin, serta mengakui kekejaman yang telah berlaku.
Serangan dan pengepungan oleh rejim Zionis sejak empat minggu lalu telah mengorbankan lebih 11,000 rakyat Palestin, antaranya 42 wartawan – angka yang menandakan konflik paling teruk bagi pekerja media sejak 1992, menurut badan Committee to Protect Journalists (CPJ).
Penemuan CPJ itu menekankan keperluan mendesak untuk menamatkan keganasan di Gaza, termasuk terhadap wartawan. Wartawan berdepan bukan sahaja cabaran dalam melaporkan konflik, tetapi juga risiko dari faktor lingkungan termasuk gangguan bekalan elektrik, kekurangan makanan dan air, serta sistem perubatan yang runtuh. Ini telah mengakibatkan kehilangan tragis wartawan, editor, jurugambar, dan penerbit yang bekerja tanpa jemu untuk membawa realiti konflik ke hadapan kesedaran global.
Menyasarkan wartawan secara sengaja telah menjadi perkembangan yang membimbangkan. Ianya terbukti dalam penyiasatan Reporters Without Borders kepada serangan 13 Oktober Israel di Selatan Lubnan. Juruvideo Reuters Issam Abdallah kehilangan nyawanya dalam serangan itu, manakala enam wartawan lain mengalami kecederaan. Insiden sedemikian menyerlahkan lagi keperluan mendesak agar tindakan antarabangsa diambil bagi melindungi wartawan yang beroperasi di zon konflik.
Seruan Palestinian Journalists Syndicate agar wartawan sedunia mengecam penyasaran rakan sekerja mereka sangat bermakna buat kami. Kami bersatu menyokong usaha berani mereka untuk melaporkan di tengah-tengah huru-hara dan kemusnahan di Gaza. Usaha mereka memainkan peranan penting dalam membawa realiti pahit konflik ke hadapan kesedaran awam, menjadikan mereka aset yang tidak ternilai kepada landskap media global.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Durian kura-kura Kampung Sengkela dipercayai membantu kekuatan tenaga batin
RAUB: Durian kura-kura ini dikatakan mampu membantu memberi kekuatan badan dan tenaga batin.
Seorang peraih durian, Mahmud Che Mamat, 57, berkata, rakannya seorang penduduk Orang Asli pernah memberitahu durian kura-kura boleh dimakan untuk tujuan kekuatan badan dan tenaga batin.
“Rakan saya memberitahu sekiranya isi buah ini dimakan berlaku perubahan suhu badan dan tubuh beroleh kesegaran termasuk alat kelamin,” katanya di sini hari ini.
Ujarnya, dia tidak tahu sejauh mana ‘khasiat’ durian kura-kura sekiranya dilihat tekstur dalam buahnya termasuk isinya tidak sesuai dimakan kerana berbeza dengan durian komersial lain.
Sementara itu, konsultan perladangan durian juga pakar raja buah itu, Dr. Abdul Aziz Zakaria pula berkata, durian kura-kura bukanlah spesies buah-buahan komersial seperti durian Musang King, IOI, Damak King, Duri Hitam, Durian Premium Kampung dan sebagainya kerana tekstur buah tersebut termasuk ulas dan isinya berbeza.
Katanya, buah tersebut boleh disemai bijinya, tetapi rumit bagi pokok itu untuk membesar dan mengeluarkan buah memandang kesesuaian tempat cuaca dan cuma ‘serasi’ di kawasan hutan tebal.
“Saya diberitahu oleh penduduk di sini pokok durian kura-kura ini berusia lebih 60 tahun barulah ditemukan, buahnya di pangkal dan saya percaya jarak musim buah ini agak jauh iaitu antara 10 tahun ke atas.
“Spesies baharu durian kura-kura patut dijaga dan kawasan tersebut perlu dipagar memandangkan ada dua batang pokok lagi spesies yang sama sedang tumbuh berdekatan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Stadium Darul Makmur berwajah baharu sambut Jubli Emas 25 November
RAUB – Perbadanan Stadium Darul Makmur (PSDM) bakal berwajah baharu menjelang sambutan Jubli Emas pada 25 November ini selepas kerja membaikpulih bernilai RM1.4 juta siap dalam masa terdekat.
Pengerusi Jawatan Kuasa Komunikasi & Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan negeri, Fadzli Mohamad Kamal
Pengerusi Jawatan Kuasa Komunikasi & Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan negeri, Fadzli Mohamad Kamal berkata, Stadium Darul Makmur yang berusia 50 tahun menjadi bangunan ikonik Bandar Raya Kuantan dan kebanggaan bagi penduduk negeri yang menjadi stadium pelbagai kegiatan sukan dan sosial.
“Kerja membaikpulih stadium tersebut bermula pada bulan Ogos tahun ini melibatkan kemudahan tandas, surau, kerja mengecat di luar stadium dan projek landskap di sekitar stadium tersebut
“Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM1.4 juta membolehkan kerja membaikpulih serta landskap siap sebelum sambutan Jubli Emas,” katanya kepada media selepas majlis penyampaian hadiah pemenang Pertandingan Landskap (Halaman Cantik) di Dewan Jubilee Raub di sini semalam.
Katanya, kerajaan negeri juga bersedia menerima cadangan membaikpulih kemudahan di stadium tersebut dari semasa ke semasa berasaskan permohonan yang dibuat oleh pihak pengurusan PSDM pada masa akan datang.
“Stadium Darul Makmur akan menjadi venue kejohanan bola sepak dan sukan antarabangsa antara sebahagian usaha kerajaan negeri menarik ramai pengunjung ke sini,” katanya.
“Sempena perayaan Jubli Emas ini, saya akan membentangkan beberapa aktiviti sukan dan sosial peringkat negeri termasuk melibatkan penyertaan wakil dan pasukan antarabangsa.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!