KUANTAN : Kerajaan Pahang mahu cadangan penutupan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Kampus Sultan Haji Ahmad Shah (KSHAS) di Muadzam Shah, Rompin dikaji semula.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) pada hari ini menyatakan pendirian untuk tidak bersetuju terhadap cadangan penutupan UNITEN, Kampus Sultan Haji Ahmad Shah (KSHAS) di Muadzam Shah, Rompin.
“Kerajaan Negeri akan mempertahankan supaya universiti yang ditubuhkan pada tahun 2001 ini terus beroperasi di Muadzam Shah.
“Penutupan pengoperasian UNITEN tersebut akan memberi implikasi yang tidak baik kepada rakyat terutama berkaitan kelangsungan pengajian anak-anak muda dan peluang perniagaan serta pembangunan ekonomi penduduk setempat,” katanya hari ini.
Katanya, oleh itu beliau berharap agar cadangan untuk menutup universiti ini perlu dikaji semula demi kesejahteraan semua pihak. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kilang peluru di Lipis akan diisi 70 peratus tenaga kerja tempatan
Lipis: Kilang peluru pertama di negara ini di Kampung Kechau Tui, Padang Tengku akan diisi dengan70 peratus tenaga kerja anak tempatan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, kilang peluru Ketech Asia Sdn Bhd akan beroperasi tidak berapa lama lagi dan dijangka memberi kira-kira 1,000 peluang pekerjaan apabila beroperasi sepenuhnya.
Katanya, pada fasa pertama, 15 jurutera anak tempatan daerah ini dihantar menjalani kursus di Turkiye bagi mempelajari industri pembuatan peralatan pertahanan oleh pihak pengurusan kilang.
Menurutnya, mereka bakal melatih pekerja baharu membabitkan aspek perkilangan.
“Saya turut ingatkan pihak syarikat utamakan anak tempatan dulu untuk diambil bekerja, lepas itu baru buka kepada tenaga luar dan mereka berjanji 70 peratus pekerja di sini adalah anak tempatan,” katanya selepas diberi penerangan oleh pihak pengurusan mengenai pembinaan fasa pertama kilang itu.
Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Lipis berkata, peluang pekerjaan masih dibuka dalam pelbagai bidang seperti kejuruteraan, teknikal, pengurus pengeluaran, pengurusan pejabat, kerani, bahagian keselamatan dan sebagainya.
Abdul Rahman berkata, usaha beliau hendak jadikan Lipis sebagai Bandar Pertahanan sejak tahun 2020 lagi, telah dapat direalisasikan apabila dapat melihat dengan mata sendiri, pembinaan kilang peluru ini berjalan lancar.
“Kewujudan kilang peluru di kawasan seluas 40.5 hektar, yang kini dalam fasa pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini bakal mengisi sasaran usaha mewujudkan Bandar Pertahanan (Defence City) di kawasan tersebut.
“Sekarang ini kita import seratus peratus peluru daripada negara luar, jadi dengan adanya kilang ni, kita boleh mengeluarkan peluru untuk kegunaan kita sendiri,” katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Ibu Kongsi Persiapan Mak Ayah Bawa 7 Anak ‘Travel’ Ke Vietnam, Barulah Seronok
Tidak mudah untuk ibu pada tujuh orang anak untuk bercuti namun ibu ini berjaya membuktikan ia bukan perkara mustahil untuk dilakukan. Bercuti dengan tujuh orang anak terutama yang masih kecil dan seorang anak istimewa memang tak mudah.
Banyak perkara yang perlu difikirkan bermula dari itinerari sepanjang percutian, kelengkapan ketika bercuti dan banyak lagi. Persiapan untuk bercuti perlu dibuat awal supaya perjalanan lebih lancar dan teratur. Lebih-lebih lagi jika mahu bercuti ke tempat yang jauh atau ke luar negara.
Mempunyai tujuh orang puteri pastinya satu cabaran buat Shaeriani A Hamat dan suami bila nak bercuti. Namun dengan perancangan dan persiapan dibuat lebih awal, ia memudahkan Shaeriani dan pasangan setiap kali mereka hendak bercuti bersama anak-anak.
Berkesempatan membawa tujuh orang puterinya yang berumur dari 16 tahun hingga dua tahun bercuti ke Vietnam baru-baru ini pastinya satu cabaran buat pasangan ini. Tambahan pula mempunyai seorang anak Kekurangan Upaya (OKU) bersama mungkin cabaran menjadi berganda.
Namun syukur dengan izin Allah semuanya dipermudahkan. Segala persiapan dan perancangan awal sangat membantu urusan percutian keluarga ini ke Vietnam selama lima hari pada Februari yang lalu. – SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Wanita berkasut tumit tinggi raih perhatian ramai, selamba je angkat tong gas. Mengangkat tong gas memasak seberat 14 kilogram kebiasaannya dilakukan lelaki memandangkan berat kemudahan itu bukan calang-calang dan tidak sesuai dilakukan wanita.
Namun pandangan itu berubah apabila tular gambar memaparkan wanita muda berkasut tumit tinggi sedang mengangkat tong gas warna hijau dengan wajah selamba.
Bekas jurufoto Dewan Bahasa Pustaka Sabah (DBP), Logiman J Gamad, 50, menyifatkan kebolehan wanita itu agak luar biasa, memandangkan tong gas boleh tahan beratnya.
Bagaimanapun, katanya, wanita zaman lalu terutama etnik Dusun memang kuat mengangkat barang berat seperti padi sambil menuruni bukit.
“Melihat gambar wanita mengangkat tong gas hijau itu, teringat kepada nenek saya mengangkat bekas besar dinamakan wakid penuh padi turun naik bukit di Kiulu, Tamparuli.
“Sayang tiada gambar dirakam sekitar tahun 70-an kerana ketika itu belum memiliki kamera dan telefon pintar,” katanya.
Menurutnya, sumandak Sabah memang sudah biasa kerja berat seperti bertanam padi dan menoreh getah.
Beliau berkata, tidak semua orang berupaya berbuat demikian sama ada lelaki atau wanita, memandangkan kerja berat itu memerlukan ketahanan.
“Di Tuaran, saya lihat ada wanita bekerja sebagai pengangkat tong gas, namun tidak ramai,” katanya.
Sumber : Malaysia News Todays.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Dataran Kampung Bantal telah dilimpahi air di hari ini.
Penduduk Felda berisiko banjir siap siaga
JERANTUT : Penduduk di kawasan Felda yang sering berisko dilanda banjir diingatkan siap sedia menghadapi gelombang kedua banjir kerana sejak semalam hujan tanpa henti berlaku.
Ketua Peneroka Felda Jengka 24, Razak Daud
Ketua Peneroka Felda Jengka 24, Razak Daud berkata, berdasarkan bacaan paras air Sungai Tembeling di Stesen Kampung Bantal setinggi 105.34 meter telah melepasi paras amaran yang berada pada 105 meter dan menunjukkan trend menaik serta dijangka banjir akan berulang buat kali kedua di daerah ini tengah hari ini.
Katanya, Portal Info Paras Air Jabatan Pengairan Saliran (JPS) melaporkan air Sungai Tembeling di Stesen Kuala Tahan , Stesen Kampung Merting, Stesen Sungai Yap, Stesen Jerantut Feri dan Sungai Jelai di Stesen Jeram Bungor turut menunjukkan trend menaik tetapi masing-masing sudah melepasi paras normal.
“Diharap penduduk di Felda Gelangi Satu yang dilanda banjir baru-baru ini perlu bersiap berlaku kerana hujan lebat kembali turun.
“Nampaknya musim tengkujuh dah bermula mulai hari ini, seperti biasa kita perlu berwaspada bagi menghadapi keadaan ini seperti tahun sebelum.
“Diharap penduduk di Felda Gelangi Satu yang dilanda banjir baru-baru ini perlu bersiap berlaku kerana hujan lebat kembali turun,” katanya.
Beliau menambah, diap sedia dengan bekalan makanan, ubat yang sering diperlukan, selamatkan dokumen penting dan ikut arahan daripada pihak berwajib serta berpindah jika diarahkan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Biro Sosial Wilayah Jengka ingatkan mangsa banjir ambil langkah awal untuk berpindah
Jengka – Ketua Pengarusi Biro Sosial Wilayah Jengka mengingatkan penduduk yang sering menjadi mangsa banjir untuk sentiasa mengambil langkah awal jika diberikan arahan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Ketua Pengerusi Biro sosial wilayah jengka, Razak Daud berkata, dengan keadaan cuaca dan taburan hujan yang tidak menentu, kemungkinan akan berlakunya banjir pada bila-bila masa sahaja.
Tambahan pula katanya, kini negara berhadapan dengan Monsun Timur Laut (MTL) yang akan bermula pada 5 Januari ini dan berkemungkinan berakhir pada Rabu 9 Januari 2023 ini.
RAZAK DAUD KETUA PENGARUSI BIRO SOSIAL WILAYAH JENGKA
“Dengan keadaan cuaca dan taburan hujan yang tidak menentu ini akan menimbulkan kebimbangan sekiranya banjir berlaku pada waktu malam.
Menurut lagi musim tengkujuh dah bermula, seperti biasa kita perlu berwaspada bagi menghadapi keadaan ini seperti tahun-tahun lalu.
kita perlu bersiapsiaga dari segi persediaan bekalan makanan, ubat-ubatan dokumen yang penting dan ikut arahan daripada pihak yg berwajib serta berpindah jika perlu berbuat demikian.
Pastikan punca eletrik dalam keadaan selamat dan sentiasa melapurkan kepada Jawatan Kuasa Bencana yang bertugas Jengka masing-masing.
Tambahnya beliau berharap JBPM dan APM dengan usahasama pihak pengurusan bencana di peringkat daerah dan negeri sudah memberikan penerangan dan nasihat kepada penduduk yang sering dilanda banjir supaya sentiasa bersiap sedia untuk berpindah.
“Sekiranya ada faktor-faktor lain terutamanya ahli keluarga yang melibatkan kanak-kanak, ibu mengandung serta yang berada dalam keadaan uzur sama ada serius atau tidak, mereka ini wajib berpindah awal mengikut setiap nasihat daripada agensi penyelamat
“Saya berharap di seluruh 37 wilayah jengka khususnya di Jengka 8, Kota Gelanggi 1&2, PPRT dan Sg Tekam di Pahang sudah melakukan persediaan awal dan telah mengenal pasti lokasi kerap berlaku banjir serta dapat bekerjasama dengan agensi lain di peringkat daerah mahupun negeri dalam memastikan masyarakat bersiap sedia bertindak lebih awal sekali gus memudahkan operasi pemindahan yang selamat,” katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Rezeki terpijak seorang pemuda membeli tali jam dekat pasar karat tidak sangka rupanya emas 999 berat 28.6 gram.
Dia terkejut apabila mengetahui tali jam yang dibeli di pasar karat itu sebenarnya adalah emas 999.
Siapa menyangka ada individu yang memasang emas pada tali jam tangan malah beratnya lebih 28.6 gram (g).
Menerusi perkongsian di laman Facebook, lelaki itu mendakwa, emas yang terdapat pada tali jam itu adalah tulen selepas menjalani beberapa ujian.
“Rezeki terpijak beli tali jam dekat pasar karat test (uji) dekat rumah rupanya emas 999.
“Mula-mula timbang 41.44 gram lepas buang besi pendakap dapat 28.6 gram. Lepas test acid (ujian asid) 24.91gram emas 999 balance 3.7gram, Alhamdullilah, ” tulisnya di laman Facebook.
Pada hantaran sama, lelaki berkenaan turut berkongsi beberapa keping gambar yang menunjukkan tali jam.
Malah dia turut menunjukkan ujian ketulenan emas yang telah dilakukan bagi membuktikan emas itu tulen.
Menurut Kosmo, lelaki itu bagaimanapun tidak menyatakan lokasi pasar karat tersebut dan tarikh dia membeli tali jam itu.
Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna teruja dengan rezeki yang diperolehi lelaki tersebut dan masing-masing ingin mencuba nasib sama di pasar karat.
“Macam menang ‘jackpot’ kalau dapat emas macam ni, lepas ini bolehlah rajin-rajin turun pasar karat, mana tahu dapat rezeki terpijak juga, “kata Amir Kasdi.
Bagaimanapun ada juga pengguna turut menyoalkan kesasihan emas yang terdapat pada tali jam itu seperti komen dari pengguna yang dikenali sebagai Mohd Sani Soid.
“Mana ada emas 999 org buat tali jam, tapi kalau betul, memamg ‘rare’ la,” tulisnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KOPYUN perintis gerakan ekosistem pengeluaran ternakan ayam berskala besar
TEMERLOH: Koperasi Keluarga Haji Yunus(KOPYUN) Kampung Raja Berhad Songsang di sini menjadi perintis gerakan ekosistem baru pengeluaran ternakan ayam berskala besar bagi memenuhi permintaan tinggi pasaran negara.
Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad ( Angkasa) Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, koperasi ini dipilih kerana berpengalaman lebih empat tahun dalam industri ternakan ayam di negara ini.
Usaha ini selari dengan cadangan saranan kerajaan agar Angkasa mengambil inisiatif bagi menggerakkan koperasi serta mewujudkan ekosistem baru dalam industri ternakan ayam negara,
Menurutnya, koperasi ini mempunyai empat reban yang dikendalikan secara moden dan mampu memantau perkembangan dan pembesaran ayam sehingga di pasarkan bagi keperluan tempatan.
“ Projek ini diusahakan Angkasa bersama KOPYUN sebagai langkah bersepadu dalam memastikan pengeluaran ayam dan produk berkaitan dapat memenuhi permintaan pasaran yang semakin bertambah.
katanya kepada media selepas lawatan kerja ke ladang perintis ternakan ayam kendalian Koperasi Keluarga Haji Yunus Berhad Kampung Raja, Songsang dekat sini hari ini.
Menurutnya, kita tahu bahawa industri ternakan ayam dikuasai oleh diusahakan kumpulan-kumpulan tertentu yang sering memanipulasi harga dan bekalan sebagaimana yang dialami rakyat Malaysia.
Tambah beliau, sebanyak 32,000 ekor anak ayam dimasukkan di ladang ternakan koperasi Keluarga Haji Yunus dan dalam jangka masa 35 hari kita boleh lihat perkembangannya.
Tegasnya, saya yakin projek perintis ini berjaya membekalkan ayam segar dan memenuhi permintaan pengguna ahli koperasi dan pemain industri.
Hasil ternakan ini dipasarkan kepada 1,200 koperasi yang mengendalikan program Pembekalan Barangan Asas 100 (BA100) yang menjual barangan asas secara digital platform
Tegasnya, jika berjaya Insyaallah ! .kita boleh membantu mengimbangkan pengeluaran ayam dengan harga berpatutan, berkualiti, dan bersih yang selari dengan industri halal di negara ini.
Beliau berkata, Angkasa mensasarkan sebanyak 14,600 juta ekor sebulan bagi memenuhi keperluan 7.3 juta ahli koperasi. Ini tidak termasuk keperluan industry seperti kantin sekolah, pejabat dan lain -lain.
Tambah beliau, Angkasa memperuntukan sebanyak RM10 juta kepada koperasi supaya lebih banyak syarikat koperasi terlibat dalam sektor agromakanan ternakan ayam dan ruminan bagi membantu menjamin bekalan makanan di negara ini.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Abdul Rahman selepas membuat aduan polis di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Lipis yang disertai kira-kira 100 orang kepimpinan UMNO Lipis dan penyokong, hari ini
Kesal tuduhan jahat terbabit Langkah Dubai – Abdul Rahman
LIPIS : Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad kesal dengan penularan sebuah klip video yang bermotifkan tuduhan jahat yang sengaja diada-adakan untuk menimbulkan polemik serta tidak bertanggungjawab ingin mencetuskan kegelisahan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Lipis dan Ketua Umno Bahagian Lipis, berkata, dalam klip video itu turut menyebut nama beliau sebagai salah seorang yang terbabit dalam ‘Langkah Dubai’ untuk menumbangkan Kerajaan perpaduan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya menyelar klip video tersebut yang disebarkan oleh satu akaun Youtube milik Halim Romli mendakwa saya berada di Dubai sebagai percubaan untuk menghadap Yang Di Pertuan Agong bagi menjatuhkan kerajaan perpaduan.
“Sedangkan dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini, saya sebagai Ahli Parlimen di sini, berada di tanah air khususnya di kawasan parlimen ini untuk memenuhi program dan menyantuni masyarakat di sini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas membuat aduan polis di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Lipis yang disertai kira-kira 100 orang kepimpinan UMNO Lipis dan penyokong, hari ini
Rahman berkata, walaupun di penghujung tahun, beliau tetap bersedia memberi khidmat kepada masyarakat dan sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga di kawasan Lipis kerana bimbang berlakunya banjir di sini.
“Tohmahan dan fitnah jahat terhadap pemimpin Barisan Nasional ini tidak seharusnya berlaku ketika kerajaan perpaduan kini mempunyai 2/3 majoriti dan merupakan sebuah kerajaan yang kuat dan stabil.
“Tuduhan seperti ini sangat berbahaya kerana situasi ini boleh mengganggu gugat kestabilan ekonomi dan memberi kesan kepada pelaburan asing dan sekaligus akan menjejaskan peluang perkerjaan khusus untuk orang muda, “ katanya.
Katanya, bagi memastikan kejadian seperti ini tidak berulang dan demi membersihkan namanya, tindakan undang-undang yang bersesuaian akan diambil terhadap Halim Romli Channel yang telah menggunakan media sosial sebagai medium hasutan.- SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Tahun 2024 membina satu komuniti yang lebih baik ke arah Malaysia yang gemilang.
LIPIS : Ahli Parlimen Lipis mengajak semua penyokongnya melihat ke hadapan serta lebih optimis terhadap usaha yang boleh dilakukan dengan sumbangkan demi membina satu komuniti yang lebih baik serta masa depan yang lebih cerah, ke arah negara Malaysia yang gemilang.
Ahli Parlimen itu, Datuk Seri Adul Rahman Mohamad berkata bermula dari saat pertama lembaran tahun baru 2024 dibuka, seharusnya sudah mempunyai satu visi dan strategi
“Saya berazam untuk terus melangkah lebih jauh dengan menjadikan tahun ini sebagai inspirasi untuk terus memacu ke hadapan sebagai Ketua UMNO Bahagian Lipis, Ahli Parlimen Lipis dan juga Timbalan Menteri Sumber Manusia.
“Terima kasih kepada semua yang sentiasa menunjukkan komitmen dan sokongan yang tidak berbelah bahagi sepanjang tahun ini. Saya menghargai setiap satu usaha dan dedikasi kalian semua,” kataya melalui akaun Facebooknya.
Katanya, semoga kita bersama-sama melangkah ke tahun 2024 ini dengan satu perubahan yang lebih baik dan dengan penuh keberkatan oleh Yang Maha Esa.
Terima Kasih 2023, Selamat Datang 2024.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!