KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengesahkan sudah memulakan siasatan berkaitan kes penyebaran senarai nama 121 ahli Parlimen yang dikatakan menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, kertas siasatan itu dibuka selepas laporan polis dibuat ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris pada 8 Oktober lalu yang disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Setakat ini pihak PDRM sudah menerima enam laporan polis berhubung perkara itu dan kami masih menyiasat dakwaan berkenaan yang tersebar secara meluas di media massa sejak kebelakangan ini.
“Kami juga sudah meminta Datuk Seri Anwar tampil memberikan keterangan hari ini, namun pihak kami dimaklumkan Setiausaha Sulit beliau bahawa Datuk Seri Anwar hanya boleh hadir untuk memberi keterangan pada esok (13 Oktober) jam 9 pagi,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Huzir berkata, arahan siasatan terhadap Anwar itu dibuat mengikut Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah dan pihaknya akan memaklumkan tarikh baharu untuk ahli Parlimen Port Dickson itu hadir bagi dirakam keterangan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ALLEYA RUMAIESYAH ABDULLAH MAHU TEMUI PERMAISURI AGONG
LANGKAWI: Remaja perempuan yang juga pesakit kanser otak tahap empat menyimpan hasrat diberi peluang menghadap Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Alleya Rumaiesyah Abdullah, 13, dari Pelabuhan Klang, Selangor berkata, impian itu bertujuan mendapat kata-kata semangat daripada baginda bagi membolehkannya terus berjuang melawan penyakit yang dideritai sejak 10 tahun lalu.
“Impian pertama untuk menjejakkan kaki dan menikmati keindahan Pulau Langkawi sudah tertunai sejak tiga hari lalu, dan impian saya seterusnya adalah menghadap Raja Permaisuri Agong.
“Sepanjang di Pulau Langkawi, banyak tempat cantik saya lawati, malah saya menangis sebaik dapat mandi kolam besar di hotel penginapan,” katanya ketika ditemui pada Program Menunaikan Impian (PMI) Siri anjuran Persatuan Ziarah Sahabat Kanser (PZSK) dan Kem Isi Rimba (KIR) di sini, hari ini.
Anak sulung daripada enam beradik itu dikesan menghidap ketumbuhan dalam otak ketika berusia tiga tahun dan pernah menjalani pembedahan memasukkan tiub menghubungkan otak hingga perut.
Bapanya, Idaruzi Samsudin, 46, berkata anaknya meluahkan hasrat melancong ke Pulau Langkawi sejak berusia 10 tahun tetapi tidak mampu ditunaikan beliau dan isterinya, Nor Azizah Said, 44, akibat kesempitan hidup.
“Dia (Alleya Rumaiesyah) ada cakap ‘abah kakak teringin sangat nak pergi Langkawi nak tengok pulau’… Alhamdulillah hajat pertamanya itu tertunai hasil usaha PZSK dan KIR.
“Mungkin hajat keduanya nak sangat diberi peluang menghadap Raja Permaisuri Agong akan tiba juga suatu hari nanti,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi PZSK, Zaki Yahya berkata, Alleya Rumaiesyah adalah kanak-kanak penghidap kanser keenam diraikan pihaknya menerusi PMI dan masih ada beberapa pesakit menunggu giliran bagi menyertai program sama.
“Sejak ditubuhkan kira-kira setahun lalu sehingga kini, seramai 400 pesakit kanser seluruh negara telah kami ziarah dan program bermatlamat murni ini akan berterusan,” katanya.
Sumber: BHOnline
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SHAH ALAM: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijangka membuat beberapa pengesahan terlebih dahulu selepas Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap pada Selasa ini setelah mendakwa mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baharu di Malaysia.
Pakar Undang-undang dan Perlembagaan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, ia adalah tindakan yang biasa dilakukan bagi memastikan sesuatu dakwaan itu betul atau tidak.
Beliau berkata, dari aspek perlembagaan, Yang di-Pertuan Agong boleh menjalankan kuasanya untuk menentukan sama ada wujud atau tidak majoriti yang diakui oleh Anwar.
“Proses verifikasi tersebut bukan mudah dan ia amat penting untuk Seri Paduka Baginda melihat bukti sokongan majoriti kepada Anwar seperti kenyataanbersumpah (SD).
“Seri Paduka perlu berpuas hati bahawa wujud majoriti yang akibatnya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan hilang majoriti yang sama dengan kesan undi tidak percaya di Dewan Rakyat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
Tegas Nik Ahmad Kamal, selepas itu terpulang kepada Al-Sultan Abdullah untuk membuat verifikasi lain seperti memanggil setiap ahli Dewan Rakyat menghadap ke Istana Negara.
“Kaedah tersebut pernah dilakukan di Perak dulu ketika Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin melawan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berhubung isu jawatan Menteri Besar negeri itu,” katanya.
Terdahulu, Anwar mengesahkan beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Selasa ini bagi mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti ahli Parlimen yang menyokongnya yang didakwa kukuh dan meyakinkan.
Dalam pada itu, Nik Ahmad Kamal berkata, Yang di-Pertuan Agong juga seharusnya memanggil Muhyiddin (yang ketika ini sedang menjalani kuarantin COVID-19) bagi memberi peluang untuk Perdana Menteri kelapan itu menyatakan buktinya pula.
Menurutnya, di bawah Perlembagaan Persekutuan, Muhyiddin juga berhak untuk memohon kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membubarkan Parlimen sekiranya beliau benar-benar hilang sokongan majoriti.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Susulan gelombang baru Covid-19, semua sekolah di zon merah daerah Petaling, Selangor akan ditutup bermula esok (hari ini) hingga 25 Oktober. Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan media hari ini. Untuk rekod, Petaling merangkumi Petaling Jaya, Shah Alam dan Subang Jaya.
“Selaras dengan perutusan khas Perdana Menteri pada 6 Oktober 2020 berhubung keputusan kerajaan untuk menutup sekolah di kawasan-kawasan yang disahkan zon merah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), KPM memaklumkan bahawa semua sekolah di kawasan zon merah di Petaling, Selangor, akan ditutup bermula 12 Oktober 2020 sehingga 25 Oktober 2020.
“Ini melibatkan sebanyak 298 buah sekolah di seluruh daerah Petaling. Bilangan ini merangkumi sekolah rendah dan menengah di bawah KPM serta sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM,” katanya.
Jelas KPM, ibu bapa, penjaga dan warga sekolah boleh menyemak kemas kini senarai sekolah yang terlibat dengan penutupan itu di portal KPM di www.moe.gov.my serta di platform media sosial rasmi KPM.
Sekolah yang mempunyai asrama termasuk Kolej Vokasional turut ditutup, ibu bapa atau penjaga juga disarankan mengambil anak mereka yang tinggal di asrama untuk pulang.
Bagaimanapun, murid yang menunggu untuk diambil ibu bapa atau murid yang ingin terus kekal berada di asrama sekolah dan Kolej Vokasional sepanjang tempoh penutupan sekolah akan berada di bawah penjagaan warden asrama dengan keperluan makan dan minum mereka akan disediakan oleh pihak sekolah.
“Dalam tempoh penutupan sekolah ini, pengetua dan guru besar akan memastikan guru-guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah mengikut kesesuaian guru dan murid.
“Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi KPM www.moe.gov.my,” kata kenyataan itu lagi.
Sumber: HarianMetro
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Impak daripada langkah AS menyekat minyak sawit dan produk minyak sawit daripada FGV Holdings Bhd menimbulkan kebimbangan, meskipun jumlah eksport minyak sawit Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) tidak besar.
Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA), Datuk Mohd Nageeb Abdul Wahab, berkata sekatan itu menjejaskan beberapa syarikat tempatan, terutamanya FGV.
“Apa yang lebih kami bimbangkan ialah kerosakan kepada reputasi negara dan syarikat.
“Kami melihat Amerika dan Amerika Utara sebagai pasaran yang mempunyai potensi besar untuk pengembangan, itu sebabnya kami bimbang dengan apa yang berlaku hari ini,” katanya dalam program Money Matters terbitan TV3 semalam.
Bulan lalu, Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan AS (CBP) mengeluarkan PerintahMenahanPelepasan terhadap minyak sawit dan produk minyak sawit yang dikeluarkan oleh FGV serta anak syarikatnya dan usaha samanya, berkuat kuasa 30 September 2020, di semua pelabuhan masuk AS.
Pejabat Perdagangan CBP mengarahkan perintah itu dikeluarkan berdasarkan maklumat diterima mengenai dakwaan bahawa syarikat itu (FGV) menggunakan buruh paksa dalam proses pengeluarannya.
Sehubungan itu, FGV mengeluarkan kenyataan untuk menyatakan kekecewaannya dengan keputusan berkenaan, menyatakan syarikat amat komited dalam menghormati hak asasi manusia dan menepati piawaian pekerja, sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mapan (SDG) dan Prinsip Panduan PBB mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia.
Mohd Nageeb berkata, sumber dakwaan itu adalah daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang mempunyai persepsi negatif terhadap industri ini.
“Mereka tidak memberikan bukti. Bagaimanapun, kami berbincang dengan mereka dan kami cuba berbincang dengan CBP… saya fikir pihak yang terjejas juga sedang berbincang dengan mereka.
“Kami turut berbincang dengan kedutaan AS untuk mengetahui bentuk perbincangan yang terbaik dan bagaimana kami dapat menyelesaikan perkara ini secepat mungkin,” katanya.
Dalam program bual bicara selama setengah jam itu, beliau berkata MPOA turut membincangkan perkara itu dengan Kementerian Luar serta Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
Katanya beberapa bulan lalu, industri getah/pengeluar sarung tangan, TopGlove turut terjejas oleh sekatan yang sama, tetapi situasi itu telah selesai.
MPOA mempunyai sebanyak 122 ahli, termasuk FGV, mewakili 40 peratus atau 1.85 juta hektar industri minyak sawit Malaysia.
Industri itu menghasilkan kira-kira 20 juta tan minyak sawit setahun – menyumbang 28 peratus daripada bekalan minyak sawit dunia – dan secara konsisten menyumbang kira-kira lima peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.
Industri itu juga adalah majikan kedua terbesar selepas kerajaan, mempunyai kira-kira 750,000 pekerja. Pada 2019, pendapatannya berjumlah RM65 bilion.
AS adalah destinasi eksport minyak sawit kelapan terbesar Malaysia pada tahun lalu dengan eksport sebanyak 542,161 tan.
Sumber: BERNAMA
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ALOR SETAR: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) digesa mengambil tindakan keras terhadap syarikat pengeluar dan ejen benih padi yang gagal mematuhi kontrak, termasuk membekalkan benih padi yang tidak berkualiti kepada pesawah.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, syarikat pengeluar padi terbabit perlu bertanggungjawab dengan memastikan pesawah mendapat bekalan padi yang berkualiti.
Beliau berkata, MADA mengesyorkan syarikat pembekal padi dan pesawah menggunakan benih padi varieti tempatan yang mengeluarkan hasil tinggi termasuk MR297.
“Selain Syarikat Perniagaan Peladang MADA Sdn Bhd ( MADACorp ), syarikat pengeluar padi lain yang berpusat di kawasan MADA ialah PertamaPadiSdnBhd dan KBSeriMerbokSdnBhd,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
MingguanMalaysiasemalam melaporkan ekoran benih padi tidak berkualiti yang dibekalkan oleh syarikat-syarikat pembekal menyebabkan hasil beras negara merosot kira-kira 300,000 tan metrik setahun dengan kerugian para pesawah pula dianggarkan mencecah sehingga RM300,000 juta.
Ahmad Tarmizi berkata, kementerian itu juga perlu mengambil tindakan terhadap syarikat berkenaan yang turut memanipulasikan harga benih padi dan tidak dapat dibekalkan dalam tempoh sewajarnya.
Difahamkan jumlah pesawah yang terdapat di kawasan MADA ialah 57,635 orang.
Dalam pada itu, menurutnya, pihaknya memberi jaminan bekalan benih padi yang diperlukan pesawah bagi kawasan MADA seluas 100,685 hektar bagi musim 2/2020 yang bermula pada bulan lalu mencukupi.
Pengerusinya, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, syarikat pengeluar padi di kawasan ini mampu membekalkan sebanyak 14,517 metrik tan benih padi sah dan jumlah itu melebihi keperluan bagi kegunaan musim ini iaitu 14,096 metrik tan.
“Kita telah mengarahkan semua Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) MADA membuat pesanan awal stok benih padi sah daripada pengeluar.
“Majoriti daripada pesanan yang dibuat oleh PPK MADA adalah daripada MADACorp manakala bakinya daripada pengeluar lain,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SEREMBAN: Selepas menarik nafas lega apabila kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 10 Jun lepas, sektor perhotelan di negara ini kembali berdepan tempoh getir susulan gelombang baharu penularan wabak COVID-19.
Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kawasan panas COVID-19 serta peringatan agar orang ramai mengelakkan tempat sesak selain peningkatan kes harian wabak dalam tiga angka sejak akhir-akhir ini menyebabkan masyarakat memilih berada di rumah.
Berdasarkan perkembangan semasa, Ketua Pegawai Eksekutif PersatuanHotel–HotelMalaysia (MAH), Yap Lip Seng menjangkakan berlaku penurunan kadar penginapan sekitar 15 peratus untuk tempoh dua hingga tiga minggu akan datang, iaitu kerugian antara RM60 juta hingga RM100 juta bagi sektor itu.
Beliau juga berkata, kaji selidik yang dijalankan mendapati sektor perhotelan negara ini dijangka mengalami kerugian sekitar RM6.3 bilion tahun ini, merangkumi RM3 bilion untuk enam bulan pertama dan RM3.3 bilion bagi enam bulan kedua.
“Dalam tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) sejak 18 Mac lepas, kadar penginapan hotel jatuh ke tahap paling rendah iaitu sekitar lima peratus sahaja, bagaimanapun pembukaan semula sektor pelancongan domestik bermula Jun lepas merancakkan kembali sektor perhotelan dengan kadar penginapan mencatat angka tertinggi 42 peratus semasa cuti panjang bersempena Hari Kebangsaan yang lalu,” katanya kepada BERNAMA.
Yap berkata, penularan COVID-19 memaksa industri perhotelan bergantung pada pasaran domestik yang dijangka berlanjutan hingga pertengahan tahun depan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Penyertaan Malaysia dalam PerkongsianRangkaianLaluanBurungHijrahAsiaTimur–Australasia(EAAFP) dapat meningkatkan kepentingan melindungi habitat burung migrasi, sekali gus mengelak kepupusan spesis burung air hijrah.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, langkah yang mencerminkan komitmen Malaysia di peringkat antarabangsa itu juga dapat meningkatkan kepentingan serta peranan tanah lembab di negara ini.
“Rangkaian ini (EAAFP) adalah satu daripada sembilan laluan burung air migrasi membabitkan 22 negara merangkumi Timur Jauh Rusia dan Alaska menuju ke arah selatan melalui Asia Timur, Asia Tenggara, Australia dan New Zealand.
“EAAFPditubuhkan pada 6 November 2006 dianggotai 37 pekongsi dan Malaysia secara rasmi menjadi negara ke-28 dan ahli pada 11 November 2012,” katanya dalam kenyataan disiarkan Bernama hari ini.
EAAFP diwujudkan untuk memberi fokus kepada perlindungan burung air hijrah termasuk habitat spesies itu selain komuniti manusia yang bergantung hidup kepada burung tersebut.
Mengulas lanjut, beliau berkata, BakoBuntalBay di Sarawak sudah diiktiraf sebagai FlywayNetworkSiteyang pertama di negara ini pada 2013 dengan sekurang-kurangnya antara 20,000 hingga 25,000 burung air migrasi setiap tahun.
Katanya, tapak itu perlu dilindungi kerana spesies burung berkenaan bergantung kepada rangkaian tanah lembab yang produktif untuk berehat dan mencari makanan, sebagai bekalan tenaga sebelum meneruskan perjalanan ke fasa seterusnya.
Menerusi kenyataan sempena sambutan HariBurungHijrahSedunia2020itu, Shamsul Anuar berharap ia dapat mengetengahkan keperluan kerjasama antarabangsa, bagi memastikan pemuliharaan burung migrasi serta habitat spesies tersebut secara global.
Bertemakan Burung Menghubungkan Dunia Kita, sambutan tersebut diraikan dua kali setahun pada setiap Mei dan Oktober sejak 2006.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Seramai 13 pegawai kanan polis dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung sindiket perjudian dalam talian dan pengubahan wang haram.
Sumber SPRM berkata dua daripada mereka adalah ketua jabatan dan timbalan ketua jabatan di sebuah kontinjen polis negeri, masing-masing berpangkat Asisten Komisioner.
“Tiga lagi pegawai kanan ialah ketua polis daerah yang dua daripada mereka berpangkat Asisten Komisioner manakala seorang lagi berpangkat Superintendan.
“Selain itu, lapan lagi pegawai polis dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan,” katanya kepada Bernama hari ini.
Semalam, Bernama melaporkan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Zamri Yahya berkata pihaknya memulakan siasatan dalaman melibatkan pelbagai aspek terhadap semua pegawai dan anggota yang ditahan.
Semua pegawai dan anggota polis terbabit disyaki menyalah guna kuasa dengan melindungi sindiket itu serta menerima habuan dalam bentuk wang dan lain-lain.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BERI PENTADBIR SEKOLAH BUAT KEPUTUSAN TUTUP SEKOLAH
JERANTUT : Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) mahu pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi kuasa autonomi kepada pihak pentadbir sekolah yang terpalit dengan gejala COVID-19 ditutup sementara dengan segera.
Presidennya, Jasni Md Kechik berkata, sejak kebelakangan ini terdapat banyak kawasan dikategorikan zon merah dan kuning dan menimbulkan keraguan di kalangan waris untuk membenarkan anak mereka ke sekolah.
Jasni Md Kechik
“Diharap pihak pentadbir sekolah terbabit dibenarkan menutup sekolah sekiranya berlaku penularan wabak di kalangan pelajar, guru dan kakitangan sekolah berkaitan bagi menghindari dan memutuskan rantaian COVID-19.
“Hanya pentadbir sekolah berkenaan sahaja yang sangat maklum dengan situasi sebenar dengan kepastian dan sokongan pihak pusat kesihatan daerah sebagai sekolah yang telah dilanda wabak yang telahmasuk ke dalam sekolah terbabit,” katanya.
Beliau berkata, penutupan sesebuah sekolah akibat COVID-19 dibuat atas saranan serta nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tetapi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah terbabit lebih maklum situasi sebenar.
Foto Hiasan : Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
“Sikap tunggu dan lihat yang lazim digunakan melambatkan keputusan segera dilakukan, sedangkan keadaan sebenar telah terjadi dan harus menguruskan murid di sekolah terbabit untuk menggelakkan wabak daripada terus merebak.
“Pertimbangan sama juga wajar diberikan kepada PPD dan pentadbiran sekolah itu sendiri supaya tindakan dan keptusan dilakukan secara pantas,” katanya.
Katanya, pada masa ini sangat menggusarkan waris kerana berdasarkan bilangan kes baharu yang melebihi angka 300 dan jika dibandingkan angka kes baharu ketika peringkat awal Perintah Kawalan Pergerakan yang mula dilaksanakan pada 18 Mac lalu tidak setinggi ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!