KUALA LUMPUR: Kerja-kerja pembersihan Sungai Kundang yang terbabit pencemaran bahan biodiesel masih giat dijalankan oleh pihak kilang.
Bahagian Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Selayang (MPS), dalam kenyataannya memaklumkan kerja pembersihan berkenaan mengambil masa berikutan ia perlu dilakukan secara manual.
“Sehingga jam 2 petang tadi, pembersihan berada pada 70 peratus dan kita masih tidak pasti berapa lama masa akan diambil untuk pembersihan itu berikutan ia tidak boleh menggunakan teknologi ataupun mesin.
“Kerja pembersihan terpaksa dilakukan secara manual kerana membabitkan campuran air, sisa minyak dan sampah buangan seperti botol dan bekas makanan polistrin,” katanya.
Menurut kenyataan itu, MPS akan meneruskan pemantauan sehingga kerja pembersihan siap.
Katanya, pihak Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga sudah mengambil sampel dan menunggu keputusan makmal untuk tindakan selanjutnya.
Terdahulu, kerajaan Selangor mengesahkan kilang yang dipercayai menjadi punca pencemaran bau sehingga 10 ton di Sungai Kundang, kelmarin adalah industri berlesen di bawah pentadbiran MPS.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar & Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian, berkata siasatan mendapati kilang itu terletak di kawasan perindustrian Kundang, Rawang.
Loy Sian dilaporkan berkata, kilang berkenaan berlesen dengan MPS sudah beroperasi selama 19 tahun, sejak 2001 yang mana ia adalah kilang membuat dan memproses produk minyak kelapa sawit.
Sumber : BH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
REMBAU: Seramai 481 warga Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Undang Haji Adnan (SMK DUHA), dekat sini, menjalani swabtest COVID-19 hari ini, susulan seorang pelajar lelaki tingkatan satu sekolah berkenaan didapati positif COVID-19 Khamis lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Rembau, Mohamad Najib Mustafa berkata, saringan bermula jam 9 pagi sehingga 1.30 petang membabitkan kerjasama daripada 61 individu dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Rembau.
“Saringan bukanlah merupakan kontak rapat pelajar tersebut, namun, merupakan langkah proaktif yang diambil pihak PKD bagi memastikan tiada penularan berlaku.
“ni merupakan masssampling melibatkan guru, kakitangan dan pelajar sekolah. Semua yang disaring hanya akan kuarantin sendiri di rumah sehingga keputusan swabtest COVID-19 diperolehi.
“Khamis lalu, 68 swabtest telah dilaksanakan membabitkan enam individu dari rumah pesakit, tujuh guru tuisyen, lima orang dari rumah rakan pesakit, rakan sekelas, guru yang mempunyai kontak rapat, pelajar dan pemandu van sekolah yang dinaiki pesakit,” katanya, dekat sini, tadi.
SMK DUHA ditutup bermula Jumaat hingga 29 Oktober ini.
Untuk rekod, di Negeri Sembilan selain SMK DUHA, dua buah sekolah lagi yang ditutup akibat COVID-19 iaitu SMK Tunku Besar Tampin, Khamis lalu apabila seorang pelajar tingkatan tiganya positif COVID-19, diikuti Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) di Senawang apabila 33 pelajarnya didapati positif COVID-19 Rabu lalu.
Sumber: KOSMO!Online
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MELAKA: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menangguhkan kursus praperkahwinan di negeri ini mulai hari ini berikutan peningkatan kes COVID-19.
Dalam satu kenyataan, JAIM memaklumkan, kursus dikendalikan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Bentara Sdn Bhd itu ditangguhkan hingga pengumuman mengenai tarikh lain dibuat.
“Berikutan peningkatan kes COVID-19 di seluruh negara, khususnya di Melaka kebelakangan ini, kerajaan negeri memutuskan semua majlis, program, bengkel dan kursus anjuran kerajaan negeri ditangguhkan sebagai langkah membantu mengurangkan penularan wabak itu,” katanya.
Bagaimanapun, temuduga perkahwinan masih boleh dibuat, tetapi hanya untuk mereka yang bermastautin di Melaka dan tidak pernah menghadiri kursus seumpama itu di negeri lain dan hanya untuk mereka yang bakal bernikah antara November hingga Disember depan.
Sebelum ini, JAIM sudah menangguhkan perarakan Maulidur Rasul peringkat negeri dan kariah di seluruh negeri ini yang dijadualkan pada Khamis depan.
Sementara itu, sebanyak 30 kes positif COVID-19 masih dirawat di Hospital Melaka, tetapi tiada kes baharu dilaporkan semalam.
Dua kluster aktif di negeri ini pula ialah KlusterBukit dan KlusterUmboo, manakala sekolah yang masih ditutup kekal satu, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Bekoh, Jasin.
SMK Lubok Cina dan Sekolah Kebangsaan Telok Berembang yang ditutup pada 15 Oktober lalu sudah dibuka semula kelmarin.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT : Penggiat pelancongan di Kuala Tahan mahu kerajaan negeri mewujudkan sebuah perbadanan pengurusan pelancongan Kuala Tahan dengan menggabungkan sumber yang terdapat di kawasan itu seperti kewujudan Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser sejak 1968.
Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris berkata, beliau menyokong kewujudan perbadanan Kuala Tahan yang bakal meningkatkan bilangan usahawan Bumiputera di dalam industri pelancongan dan menjamin pendapatan pengiat pelancongan di situ.
Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris
“Perbadanan boleh merancang dan membantu kerajaan negeri meningkatkan pelaburan di sektor ini, selain meningkatkan kehadiran pengunjung untuk tinggal lebih lama dan membantu serta mengenalpasti membangunkan produk dan destinasi pelancongan baharu di daerah ini.
Hiasan : Pengunjung ke Taman Negara
“Dengan cara pengurusan lebih ke arah komersil membolehkan perjalanan pengurusan yang lebih terancang,” katanya di program penyerahan bantuan kepada kira-kira 400 penggiat pelancongan di Kuala Tahan yang terjejas pendapatan mereka ekoran penutupan kawasan itu sejak 6 Oktober lalu.
Hiasan : Pengunjung domestik meningkat sejak dibuka semulaJulai lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kesejahteraan Kampung (JKKK) Kuala Tahan, Abdul Jalil Abd Rahman, berkata kewujudan perbadanan bakal menjana perkembangan pesat industri pelancongan Kuala Tahan dan sekitar.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kesejahteraan Kampung (JKKK) Kuala Tahan, Abdul Jalil Abd Rahman, berkata kewujudan perbadanan bakal menjana perkembangan pesat industri pelancongan Kuala Tahan dan sekitar.
“Dengan diperbadankan bakal meningkatkan kehadiran pelancong ke Taman Negara Kuala Tahan dengan pengurusan yang lebih teratur dan diselaras dengan cara terbaik kerana banyak produk pelancongan di sini dan sepanjang pesisir Sungai Tembeling.
“Gabungan semua cabang pengurusan dan penggiat pelancongan tempatan boleh diselaraskan serta memberi peluang pekerjaan yang lebih baik kepada generasi muda,”katanya.
Pengerusi Persatuan Pemandu Pelancong, Mohamad Anas Zainuddin berkata, cara kerja memberi perkhidmatan kepada pelanggan akan menjadi lebih tepat, cepat, mesra, cekap dan berintergriti serta penyampaian maklumbalas dan keputusan dalam tempoh yang segera.
Pengerusi Persatuan Pemandu Pelancong, Mohamad Anas Zainuddin berkata, cara kerja memberi perkhidmatan kepada pelanggan akan menjadi lebih tepat, cepat, mesra, cekap dan berintergriti serta penyampaian maklumbalas dan keputusan dalam tempoh yang segera.
“Pihak perbadanan boleh mengambil bahagian acara promosi pelancongan di dalam dan luar Negara serta menganjurkan acara pelancongan bertaraf antarabangsa dan bekerjasama dengan agen pelancongan,”katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT : Penduduk Kuala Tahan yang menjalankan aktiviti berasaskan produk pelancongan bersyukur kawasan itu dibenarkan beroperasi semula kepada pelancong mulai 23 Oktober setelah ditutup, membolehkan mereka menjana pendapatan masing-masing .
Mereka turut berterima kasih kepada Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Menteri Besar Pahang, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri yang juga Pengerusi TourismPahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin serta Ahli Parlimen Jerantut dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Tahan.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kesejahteraan Kampung (JKKK) Kuala Tahan, Abdul Jalil Abd Rahman berkata, arahan penutupan itu menyebabkan pengusaha pelancongan di kawasan itu hilang mata pencarian dan menjejaskan pendapatan penduduk.
Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kesejahteraan Kampung (JKKK) Kuala Tahan, Abdul Jalil Abd Rahman
“Kami yang menjalankan kegiatan pelancongan sebagai mata pencarian utama untuk menyara keluarga terkesan dengan penutupan kali kedua bermula 6 Oktober sedangkan bilangan kehadiran pelancong domestik semakin meningkat sejak dibuka semula Julai lalu.
“Kira-kira 170 pemandu pelancong, 78 pengusaha bot di Sungai Tahan, 30 pengusaha bot di Sungai Tembeling, 17 agensi pelancongan dan 38 pengusaha penginapan terkesan dengan penutupan yang tidak dijangka ekoran penularan pendemik COVID-19 di kawasan merah di Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya,”katanya.
Pengerusi Persatuan Pemandu Pelancong, Mohamad Anas Zainuddin berkata, berliau berterima kasih kepada semua pihak yang membenarkan kawasan Taman Negara Kuala Tahan dibuka semula ekoran memorandum yang dihantar kepada pihak berkaitan.
Pengerusi Persatuan Pemandu Pelancong, Mohamad Anas Zainuddin
“Pembukaan semula (Kuala Tahan) melegakan kami yang bergantung sepenuhnya kepada pendapatan pelancongan dan sebagai persiapan menghadapi musim tengkujuh pada pertengahan November sehingga Disember serta persediaan perbelanjaan persekolahan sesi baharu anak masing-masing tahun hadapan.
“Walau begitu, pihak kami akan bertindak sepenuhnya menjaga Prosedur Operasi Standard (SOP) sebagai membantu membenteras penularan gejala ini, serta cuba menggunakan aplikasi E-Wallet sebagai meningkatkan penggunaan teknologi ” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris, bersyukur dengan pembukaan semula Taman Negara Kuala Tahan kerana memberi rezeki kepada pengiat pelancongan yang sudah terkesan dengan penutupan kali pertama bermula 18 Mac lalu.
Katanya, kawasan Kuala Tahan, daerah Jerantut, malah negeri Pahang masih di bawah kawalan dan berada di zon hijau, agak mustahil perlu ditutup untuk pengunjung luar khususnya yang datang dari kawasan zon hijau juga.
ADUN Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin berkata dengan pembukaan semula diharap semua penduduk dan pengiat pelancongan menjaga semua SOP yang diarahkan demi keselamatan semua pihak.
“Setelah dibuka semula Julai lalu, pengunjung mula datang dan aktiviti pelancongan berjalan rancak dan lancar khususnya di hujung minggu dan memberi kelegaan serta dapat membantu kehidupan mereka,”katanya.
Kira-kira 400 orang penggiat pelancongan Taman Negara Kuala Tahan menerima bantuan keperluan barangan dapur daripada Pejabat Parlimen Jerantut dan ADUN Tahan.
Ahli Parlimen jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris (Tengah) dan ADUN Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin (kanan) di majlis penyerahan bantuan kepada pengiat pelancongan Kuala Tahan
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mengetengahkan empat program utama bersempena Hari Alam Sekitar Negara 2020 (HASN) hari ini, bertemakan AlamSekitarTanggungjawabBersama.
Menteri, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata program itu adalah Pelestarian Sungai melalui Program Denai Sungai Kebangsaan (DSK), Kempen Pengumpulan Buangan Elektrikal Dan Elektronik (e-waste), Kempen Hindari Plastik Sekali Guna dan Penghijauan Bumi dan Penanaman Pokok.
“Saya akan merasmikan Denai Sungai Pengkalan Datu, Kubang Kerian esok (24 Oktober). Denai ini akan bermula di kawasan belakang Hospital Universiti Sains Malaysia dan berakhir di sekitar MinHouseCamp, Kubang Kerian. Denai ini adalah antara projek perintis di bawah program DSK.
“Program kedua yang dijalankan semasa sambutan HASN tahun ini adalah kempen pengumpulan buangan elektrikal dan elektronik iaitu e-waste. Satu kempen pengumpulan e-waste yang dilancarkan pada 23 Sept berjaya mengumpul 130,000 kg (130 tan metrik) e-waste dari seluruh negara dan dijangka jumlah ini akan terus meningkat,” katanya dalam ucapan perasmian HASN di Kota Bharu, Kelantan hari ini.
Ucapan itu dibaca oleh timbalannya, Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad.
Program DSK menyasarkan 10,000km denai dibina menjelang 2030 di seluruh negara bagi memberi galakan kepada komuniti setempat dan pihak berkepentingan dalam memastikan sungai di Malaysia terpelihara daripada pencemaran.
Menerusi inisiatif Kempen Pengumpulan Buangan Elektrikal Dan Elektronik, KASA melalui Jabatan Alam Sekitar mencadangkan hari Sabtu terakhir setiap bulan sebagai hari pengumpulan e-waste di seluruh negara bermula Januari tahun hadapan.
Sementara itu, menerusi kenyataan media KASA, Mesyuarat MEXCOE yang diadakan secara dalam talian hari ini membentangkan empat kertas antaranya Penutupan Kilang-kilang Haram dengan Kerjasama Pihak Kerajaan Negeri dan Program Denai Sungai Kebangsaan sebagai Langkah Ke Arah Kelestarian Sungai.
Kenyataan itu memaklumkan isu penutupan kilang haram, memperkasa tadbir urus buangan terjadual serta pelaksanaan Program Denai Kebangsaan adalah untuk memastikan isu-isu pencemaran terutamanya sungai dapat ditangani secara menyeluruh.
“Kerjasama Menteri dan Exco alam sekitar setiap negeri adalah paling penting untuk memastikan pencegahan pencemaran alam sekitar dapat dipertingkatkan dan diperkukuhkan melalui kerjasama Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi Persekutuan.
“Kejadian pencemaran yang berlaku di Sungai Semenyih dan Sungai Selangor pada September dan Oktober ini telah mengakibatkan gangguan bekalan air kepada penduduk di Lembah Klang, Kuala Langat dan lain-lain kawasan,” menurut kenyataan itu.
Selain itu, mesyuarat tersebut turut membentangkan kertas kerja bertajuk, Memperkasakan Tadbir Urus Buangan Terjadual melalui Sistem e-SWIS dan Persediaan Menghadapi Monsun Timur Laut 2020/2021.
Sumber: BERNAMA
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Perdana Menteri meninggalkan Istana Abdul Aziz di Indera Mahkota, Kuantan lewat petang tadi selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Kenderaan membawa Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat beredar dari istana jam 7.10 malam selepas kira-kira dua jam setengah berada di situ.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pagoh itu tidak memberikan sebarang kenyataan kepada petugas media yang menunggu di luar pintu utama Istana AbdulAziz.
Muhyiddin Yassin/gambar fail ihsan SCMP
Selain itu, kenderaan membawa Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tan Sri Affendi Buang antara yang dilihat keluar dari istana.
Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador; Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah atau empat menteri kanan turut menyertai menghadap Seri Paduka.
Setakat ini, Pejabat Perdana Menteri atau Istana Negara belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pertemuan itu walaupun pelbagai spekulasi mula kedengaran sejak semalam.
Terdahulu, kenderaan yang membawa Perdana Menteri dilihat memasuki Istana Abdul Aziz pada jam 4.40 petang, diiringi pasukan keselamatan dan sejumlah kenderaan rasmi kerajaan negeri Pahang.
Spekulasi bertiup kencang bahawa Perdana Menteri akan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi melaksanakan daruratkesihatan ekoran penularan COVID-19.
Menurut sumber, keputusan diambil bukan saja bagi mengekang penularan wabak berkenaan tetapi juga untuk memudahkan urusan kerajaan.
Pada masa sama, ada pihak mendakwa Perdana Menteri akan mengumumkan daruratpolitik dan penggantungan Parlimen selama enam bulan.
Sumber: Malaysiapost
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PUTRAJAYA: Malaysia mencatat kes kematian tertinggi akibat COVID-19 hari ini apabila sebanyak 10 kes dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM), menjadikan jumlah kes kematian sebanyak 214 kes atau 0.9 peratus daripada keseluruhan kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes kematian itu membabitkan pesakit berusia antara 33 hingga 69 tahun di beberapa daerah di Sabah serta di Kedah dan Labuan.
Katanya, terdapat lima kes meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent, Sandakan dan masing-masing satu kematian dilaporkan di Hospital Queen Elizabeth, Hospital Tuaran, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas, Hospital Sultanah Bahiyah dan Hopital Labuan.
Sumber: BHOnline
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Taman Negara Kuala Tahan, dekat sini dan Sungai Relau, Merapoh, Lipis dibuka semula untuk pelawat domestik menyertai aktiviti rekreasi dan riadah di kawasan hutan tropika itu mulai hari ini.
Satu kenyataan daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar (Perhilitan) Semenanjung yang disiarkan menerusi hantaran laman sosial Facebook Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia menyebut kemudahan awan berkenaan mula dibuka untuk dikunjungi mulai tarikh tersebut dengan disertakan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) tambahan seperti yang diarahkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Menerusi SOP tambahan MKN itu, sekatan dikenakan terhadap pengunjung dari negeri atau kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) memasuki Taman Negara Pahang.
“Hanya pelawat yang berusia antara 12 hingga 60 tahun sahaja dibenarkan memasuki taman ini dan boleh menggunakan kemudahan awan di Taman Negara bagi tujuan rekreasi dan riadah.
“Manakala, aktiviti mendaki Gunung Tahan dari Kuala Tahan (Jerantut) dan Sungai Relau, Merapoh (Lipis) cuma dibenarkan untuk 20 orang pendaki sahaja dan maksimum bagi setiap kumpulan pendaki cuma 10 orang tidak termasuk malim gunung,” kata kenyataan itu.
Menurutnya, aktiviti pengangkutan bot penambang di kawasan Taman Negara yang berkapasiti muatan empat dan enam orang penumpang pertu mematuhi penjarakan sosial serta pemakaian pelitup muka dan etika keselamatan tertentu.
“Titian kanopi (Canopy walkway) mula dibuka dengan mengehadkan seramai 160 orang sahaja pengunjung dan ditutup pada hari Rabu manakala pelawat diminta mematuhi penjarakan sosial ketika menunggu giliran termasuk aktiviti rekreasi dan riadah lain,” katanya.
Dalam pada itu, kenyataan itu menyebut, menerusi SOP tambahan, aktiviti night walk dan pemerhatian haiwan liar di Bumbun masih ditangguhkan buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak.
Arahan penutupan sementara Taman Negara Kuala Tahan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) pada 6 Oktober 2020 lalu merupakan kali kedua selepas penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu berikutan penularan pandemik COVID-19 di beberapa buah negeri yang diletakkan di kawasan merah serta penguatkuasaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) oleh MKN.
Berikutan penutupan Taman Negara Kuala Tahan kali kedua yang menyimpan khazanah hutan tropika berusia lebih 150 juta tahun itu menimbulkan rasa kecewa dan kebimbangan dalam kalangan penguasaha sektor ekopelancongan di situ akibat mereka kehilangan punca pendapatan.
Keadaan itu menyebabkan satu memorandum bantahan telah ditandatangani oleh lapan wakil persatuan pengusaha, penggiat dan penggerak ekopelancongan termasuk Orang Asli Bateq di Taman Negara telah dihantar kepada Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, kerajaan negeri, PERHILITAN, wakil rakyat dan pihak berkuasa tempatan pada 19 Oktober 2020 lalu.
Antara lain petisyen itu meminta Perhilitan membuka semula Taman Negara untuk merancakkan semula sektor ekopelancongan menerusi kehadiran pelawat domestik dan memberi nafas semula bagi kalangan pengusaha dan penggiat yang kehilangan punca pendapatan sebelum ini.
Sumber: BH Online
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana AbdulAziz, di sini, bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Muhyiddin yang sebelum ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Perdana Putra, Putrajaya tiba jam 4.40 petang.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang antara yang turut kelihatan memasuki istana.
Wakil media sudah berkumpul di pintu masuk utama istana sejak jam 3 petang selepas timbul spekulasi Muhyiddin akan menghadap Yang di-Pertuan Agong di sini.
Spekulasi mengenai Perdana Menteri akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan DaruratPolitik kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mengatasi ketidakstabilan politik dan mengelak lebih banyak konflik dalam sidang Parlimen akan datang bertiup kencang selepas berakhirnya mesyuarat khas Kabinet.
Namun sehingga kini beberapa menteri yang dihubungi enggan membuka mulut mengenai perkara itu.
Sumber: NSTOnline
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!