BELANJAWAN 2021 : RM50 JUTA PENYELENGGARAAN JALAN RAYA
KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM50 juta atau kenaikan sebanyak 20 peratus bagi had kelayakan penggunaan dana di bawah Sistem Maklumat Rekod-rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) bagi membiayai kerja penyelenggaraan jalan.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata ia bagi memastikan kemudahan jalan raya di semua negeri diselenggara secara optimum
“Had kelayakan penggunaan dana di bawah MARRIS dibenarkan dinaikkan sehingga 20 peratus atau 50 juta ringgit, yang mana lebih rendah bagi membiayai kerja penyelenggaraan jalan di luar skop biasa MARRIS,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2021 bertemakan “Teguh Kita, Menang Bersama” di Dewan Rakyat hari ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Ebit Lew menghantar 10 tan bantuan keperluan asas ke Sabah hari ini.
Ebit Lew dalam perkongsian di laman Facebooknya sebentar tadi, berkata beliau risau dengan keadaan di Sabah selepas menerima banyak mesej meminta bantuan.
“Saya menghantar tiga lori Elewsmart dari gudang Elewsmart semalam terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor.
“Risau ramai mengadu lapar yang memerlukan bantuan makanan asas.
“Sayu malam-malam bila baca tentang sebahagian orang Sabah.
“Ramai sangat mesej saya.Baca berita rasa sedih.
“Saya turut bekerjasama dengan pesawat My Jet Xpress Airlines yang akan menghantar bantuan keperluan asas itu ke Kota Kinabalu,” katanya.
Katanya, beliau bersyukur dapat bekerjasama dengan My Jet Express dan terharu dengan layanan baik Pengerusinya, Mohamed Yunos dan Ketua Pegawai Eksekutif, Azrul Hisham.
“Doakan Sabah ya. Doakan seluruh Malaysia. Doakan seluruh dunia. Jangan ada satu orang pun lapar dan tiada makan minum. Ini ujian untuk kita semua,” tulisnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MARAN: Penganjuran Tok Temelong Endurance Trail 2020 (TTET20) di Kampung Singgora, dekat sini, hujung minggu lalu, memberi peluang kepada peminat sukan motocross di negeri ini mempamerkan aksi dan kemahiran mereka.
Program anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) Daerah Maran dengan kerjasama Tok Temelong Motorcross Club itu disertai 100 peserta dari seluruh daerah di Pahang.
Perlumbaan yang bermula di litar sementara itu dirasmikan Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib.
Paling mencuri tumpuan, perlumbaan sejauh 60 kilometer itu juga turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, NGO dan Sumber Manusia Pahang, Datuk Seri Mohd Johari Hussain dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Sharim Mohd Zain.
Ismail yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam ucapan perasmian TTET20 berkata, program sukan motocross berkenaan mampu menjadi daya penarik baharu dan boleh dimasukkan dalam kalendar pelancongan negeri Pahang.
“Saya dimaklumkan bahawa pada asalnya pihak penganjur menerima 320 borang penyertaan.. ada peserta dari Johor, Selangor dan Kuala Lumpur yang ingin mengambil bahagian.. namun (penganjur) terpaksa mengambil keputusan untuk hanya membenarkan 100 peserta sahaja bagi TTET20 kali ini.
“Keputusan ini dibuat bagi memastikan program dapat berjalan dengan lancar dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa,” katanya.
Beliau turut mengumumkan peruntukan RM20,000 bagi kerja awal pembinaan litar kekal sukan motocross di Kampung Singgora, dekat bandar Maran.
Ismail berharap kerajaan negeri memberi sokongan kepada penganjuran sukan motocross pada masa akan datang dan menjadikan TTET sebagai acara tahunan dalam kalendar pelancongan dan sukan Pahang.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
NELAYAN DIKHUATIRI LEMAS SELEPAS TERJATUH DARI BOT, KES KEDUA DALAM TEMPOH 3 HARI
KUANTAN: Seorang nelayan dilaporkan terjatuh dari bot ketika menangkap ikan dan dikhuatiri lemas kira-kira 24 batu nautika Timur Kuantan pada jam 10.30 pagi semalam.
Mangsa, Muhammad Aminullah Azmi, 29, seorang warga tempatan dan dikhuatiri lemas.
Kejadian ini adalah kali kedua nelayan terjatuh dari bot ketika menangkap ikan dalam tempoh 3 hari selepas kejadian pertama nelayan terjatuh dari bot dan hilang di perairan Endau.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana (I) Maritim, Datuk Amran Daud berkata, mangsa yang terjatuh itu dikenali Muhammad Aminullah Azmi, 29, seorang warga tempatan dan dikhuatiri lemas.
“Sejurus menerima aduan melalui Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan, operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) diaktifkan pada jam 10.50 pagi semalam, Bot Maritim Malaysia, KILAT 50 yang sedang beroperasi telah diarahkan ke tempat kejadian.
“Ini adalah kes kedua dalam tempoh tiga hari, kedua-dua kes ini hampir sama kerana mereka tidak menitikberatkan ciri-ciri keselamatan semasa berada di laut dan mangsa tidak memakai jaket keselamatan,”katanya.
Mangsa dipercayai jatuh dari bot ini
Amran berkata, keadaan laut dan cuaca buruk turut menyukarkan operasi CARILAMAT dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, di sini hari ini.
“Pencarian mangsa disambung semula pada awal pagi ini oleh KM PEKAN yang sedang beroperasi dalam operasi CARILAMAT di Perairan Endau, manakala pencarian kes mangsa hilang di perairan Endau yang masuk hari ke-3 disambung oleh KM TATAU dan dibantu oleh bot KILAT 14 dari Zon Maritim Mersing bersama bot PSC 31 dari Pasukan Polis Marin (PPM) Kuantan.
“Sehingga kini, kedua-dua mangsa masih belum ditemui dan pencarian diteruskan dengan kawasan pencarian bagi kedua-dua kes diperluaskan sehingga kira-kira 960 batu nautika persegi,” katanya.
Katanya, operasi CARILAMAT turut dibantu 2 buah pesawat udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), sebuah pesawat udara BOMBA dan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta mendapat kerjasama tujuh bot nelayan tempatan , mereka (nelayan) juga diingatkan supaya menyalurkan maklumat serta-merta sekiranya berlaku sebarang kemalangan di laut kerana Maritim Malaysia merupakan peneraju operasi CARILAMAT di Zon Maritin Malaysia.
Amran berkata, Komuniti Maritim dinasihatkan supaya sentiasa menitikberatkan ciri-ciri keselamatan dan sentiasa memakai jaket keselamatan semasa di laut serta peka dengan perubahan semasa cuaca untuk menghindari sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.
Segala aduan dan kecemasan di laut boleh dilaporkan melalui talian MERS 999 atau ke Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 dan MRSC KUANTAN di talian 09-5717368.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mohon kerajaan tidak mengabaikan koperasi dan mempertimbangkan pemberian dana kepada badan itu, pada pembentangan Belanjawan 2021, esok.
Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Nordin Salleh berkata, ia memandangkan koperasi merupakan satu badan yang majoritinya mewakili golongan B-40.
Beliau berharap pembentangan belanjawan nanti berkaitan dalam usaha memulihkan kesan daripada pandemik covid-19.
“SKM sentiasa merancang menjadikan koperasi bukan sahaja sebagai badan yang menjana ekonomi rakyat tetapi sebagai salah satu penggerak ekonomi negara.
Malah, pada peringkat awal negara dilanda covid-19, SKM tidak menerima bantuan daripada kerajaan malah memperluaskan pinjaman kepada koperasi dalam tempoh pandemik covid-19, selain memberi penangguhan bayaran balik pembiayaan Tabung Modal Pusingan (TMP-JPK) kepada 14 ribu 625 buah koperasi,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Bengkel E–Rahn di sini, hari ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH: Sejumlah 86 kompaun dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh kepada pemilik premis yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Jumlah itu membabitkan pelbagai kesalahan yang dikesan sejak Mac lalu sehingga semalam.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, bagi tangkapan dilakukan pihaknya pula, seramai 108 daripada 115 yang ditahan sudah didakwa di mahkamah.
“Mereka ini didakwa mengikut Seksyen Peraturan Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) Peraturan 11 2020/269 Kanun Keseksaan.
“Kebanyakan kesalahan dilakukan ialah tidak mematuhi SOP, terutamanya membabitkan kesalahan tidak memakai pelitup muka.
”Bagi pemilik premis pula, kebanyakan kesalahan membabitkan operasi lebih masa dan tidak meletakkan tanda bagi penjarakan fizikal dalam premis mereka,” katanya.
Mohd Yusri menasihatkan semua pemilik premis lebih peka dengan SOP diperkenalkan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan dalam usaha menamatkan rantaian COVID-19.
Katanya, pelanggan atau individu yang mengunjungi premis perniagaan juga diminta beredar dari premis sebaik waktu operasi dibenarkan sehingga jam 12 tengah malam berakhir.
“Tak perlulah terus berada di premis, terutamanya kedai makan selepas jam 12 tengah malam.. kita perhatikan ada yang masih degil.. biarpun kedai sudah ditutup, mereka tetap berada di premis sambil bermain handphone.
“Kita benarkan mereka (premis) beroperasi dari awal pagi hingga jam 12 tengah malam sahaja.. bila dah cukup masa dibenarkan, cepat-cepat beredar bagi mengelak dikenakan tindakan kompaun,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Hantaran pada laman sosial Facebook milik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pagi tadi menimbulkan pertanyaan dalam kalangan netizen.
Beliau yang mengucapkan tahniah kepada Erra Fazira atas pernikahan di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pagi tadi, membuatkan ramai yang keliru dan fikir bahawa individu dimaksudkan ialah pelakon terkenal tanah air.
Walau bagaimanapun, Dr Zulkifli kemudiannya menjelaskan, Erra Fazira dimaksudkan itu bukanlah selebriti terkenal seperti yang disangka.
“Nama kebetulan sama.. namun bukan individu yang disangka.. saya pun mula-mula terkejut, ingatkan pelakon filem Sembilu.
“Moga ikatan perkahwinan diberkati Allah SWT, berbahagia dengan pasangan masing-masing dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah,” katanya.
Beliau memberitahu, pernikahan itu berlangsung dalam kira-kira 20 minit dan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan JAWI.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) diminta menilai semula keperluan untuk memperketatkan lagi prosedur operasi standard (SOP) pergerakan rentas daerah dan negeri.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia susulan penularan COVID-19 yang masih membimbangkan dan tidak boleh dibiarkan terus berlarutan.
“Sidang MKN diberikan penerangan berkenaan situasi semasa jangkitan COVID-19 dalam negara dan ia membimbangkan dan tidak boleh dibiarkan berlarutan begini.
“Sehubungan itu, saya mengarahkan supaya MKN segera menilai semula sama ada aktiviti sosial masih boleh dibenarkan atau tidak dan menilai semula keperluan untuk memperketatkan lagi SOP pergerakan rentas daerah dan negeri,” katanya menerusi kenyataan di Facebooknya hari ini.
Katanya, MKN akan membentangkan dapatan hasil perbincangan daripada Jawatankuasa Teknikal COVID-19 berhubung penilaian semula SOP pada sidang MKN esok.
Selain itu, Muhyiddin berkata, kerajaan Sarawak juga ada memberikan cadangan supaya kerajaan menaiktaraf fasiliti yang menjalankan ujian saringan pengesanan COVID-19 di seluruh negeri itu.
“Saya setuju dengan saranan ini kerana fasiliti sedia ada dijangka tidak mampu menampung sampel yang banyak dan kita mesti bersiap sedia dari segi tenaga kerja dan fasiliti untuk menghadapi kemungkinan peningkatan mendadak kes positif COVID-19.
“Alhamdulillah, kerajaan Sarawak sudah pun mengadakan perbincangan lebih awal di pihak mereka dan akan membentangkan Pelan Persiapan COVID-19 bagi Sarawak pada Sidang Khas MKN esok,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
uala Lumpur: Harga maksimum bagi setiap satu vaksin Fasiliti Akses Global Vaksin Covid-19 (Covax) yang ditawarkan kepada Malaysia menerusi pelan peruntukan vaksin Covid-19 global adalah AS$21 (RM87.60).
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, rundingan dengan Covax mengenai proses perolehan vaksin kini di peringkat terakhir.
“Kita harap dapat tandatangani Covax dalam waktu terdekat. Cuma ingin dijelaskan Covax hanya sebahagian daripada keperluan kita dalam mendapatkan vaksin Covid-19.
“Sebahagian besar daripada perolehan ini akan dicapai menerusi rundingan dua hala dengan negara berkaitan,” katanya pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, semalam.
Beliau berkata, perbincangan yang turut membabitkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Kewangan (MOF) dan Jabatan Peguam Negara itu sedang meneliti beberapa klausa perjanjian dalam Covax.
ZAMBERI SEKAWI
Antigen rangsang antibodi
Kuala Lumpur: Antigen adalah bahan utama daripada empat bahan asas yang terkandung dalam setiap vaksin yang dihasilkan.
Pakar Perunding Mikrobiologi Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr Zamberi Sekawi berkata, tiga bahan utama yang lain ialah pengawet, penstabil dan antibiotik.
Jelasnya , fungsi antigen ialah merangsang tubuh untuk menghasilkan antibodi bagi membunuh virus dalam badan.
“Tindak balas antibodi ini terhasil dalam tempoh di antara seminggu hingga dua minggu selepas individu menerima suntikan vaksin.
“Ia (antibodi) menghalang individu daripada terkena jangkitan seperti influenza, polio dan meningitis (keradangan selaput otak serta saraf tunjang),” katanya.
Bagaimanapun, katanya, jenis empat bahan yang digunakan itu bergantung kepada kaedah tersendiri pengilang dalam menghasilkan vaksin.
“Gabungan empat bahan utama ini juga digunakan untuk memastikan vaksin dihasilkan tahan lebih lama sehingga dua tahun.
“Selain itu, keperluan orang dewasa mengambil suntikan vaksin adalah bergantung kepada risiko mendapat sesuatu penyakit,” katanya.
Beliau berkata, contoh, dalam satu kawasan, terdapat banyak kes influenza serta berbahaya kepada warga emas dan juga individu yang mempunyai penyakit kronik, dipetik dari Harian Metro
“Ia boleh menyebabkan kematian sekiranya dijangkiti virus itu dan mereka ada keperluan mengambil vaksin berkenaan.
“Golongan muda digalakkan mengambil suntikan vaksin meskipun gejala influenza dialami lebih ringan dan tidak memudaratkan kesihatan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH: Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan ANIH Berhad (ANIH) memaklumkan telah berlaku penularan gambar kejadian banjir di KM113.3 arah timur (Lanchang), Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 1, baru-baru ini adalah palsu.
Penularan gambar palsu itu berlaku beberapa hari ini susulan berlaku kekerapan hujan di sekitar Lanchang, namun ia tidak mengakibatkan sebarang kejadian banjir seperti didakwa dan disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.
Jurucakap ANIH berkata, sehubungan itu, syarikat memohon supaya orang ramai tidak menyebarkan gambar palsu tersebut kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dan suasana panik dalam kalangan orang ramai, khususnya pengguna lebuh raya itu.
Justeru, pengguna dinasihatkan supaya melayari laman sosial rasmi syarikat iaitu melalui Twitter di @LPTTrafik dan Facebook Lebuhraya Pantai Timur untuk mengetahui keadaan trafik terkini.
Pengguna juga boleh menghubungi talian LPT-Line di 1700 818 700 atau 09-547 9111 untuk sebarang pertanyaan.
HIASAN : Tol Karak
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!