KUALA LUMPUR: Usul Belanjawan 2021 dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz pada 6 November lalu lulus di peringkat dasar dalam undian di Dewan Rakyat, sebentar tadi.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun mengumumkan keputusan itu, petang tadi.
MENTERI Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz
Terdahulu, Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2020 dibentangkan untuk bacaan kali kedua oleh Menteri Kewangan itu selama sejam yang kemudiannya disokong semua Ahli Parlimen kerajaan.
Kelulusan RUU berkenaan akan membolehkan kerajaan menggunakan dana di bawah Kumpulan Wang Disatukan untuk tujuan perbelanjaan negara bagi tahun depan.
Ketika proses pengundian, ada wakil rakyat pembangkang meminta Yang Dipertua Dewan Rakyat supaya membuat undi berbelah bahagi.
Azhar kemudian meminta Ahli-Ahli Parlimen yang mahu undian berbelah bahagi supaya bangun, namun 13 berbuat demikian antaranya Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) dan Khalid Samad (PH-Shah Alam).
Undian belah bahagi hanya boleh dijalankan jika cukup korum 15 Ahli Parlimen bersetuju.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LANGKAH SEGERA BANTU RAKYAT MALAYSIA TERKANDAS DI SEBERANG TAMBAK
JOHOR: Kerajaan Johor akan menghantar bakul makanan kepada rakyat termasuk pekerja Malaysia yang terkandas di Singapura.
Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, bantuan berkenaan akan disalurkan bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas dan kesempitan di republik itu.
“Kita akan berkerjasama dengan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura dan Persatuan Malaysia-Singapura dalam mengagihkan bantuan bakul makanan pada rakyat Malaysia yang terkandas dan terjejas di Singapura,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Johor 2021 pada Mesyuarat Ketiga Bagi Penggal Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri Johor Yang Ke-14 di sini, hari ini.
Kelmarin, Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilaporkan berkata, kerajaan akan mengambil langkah segera bagi membantu rakyat Malaysia yang terkandas di Singapura, selepas sempadan kedua negara ditutup akibat pandemik COVID-19.
Memetik laporan HarianMetro, Hishammuddin berkata, Malaysia pada dasarnya tidak pernah menyekat mereka untuk kembali ke tanah air, walaupun perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berkaitan.
GAMBAR HIASAN
Katanya siasatan juga akan dilakukan bagi mengenal pasti punca yang menyekat mereka daripada pulang, hingga terpaksa meneruskan hidup sebagai gelandangan di negara jiran.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama beberapa pemimpin parti itu tengah hari tadi mengadakan perbincangan dengan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz.
Ia pertemuan terakhir sebelum pengundian Belanjawan 2021 dilaksanakan di Dewan Rakyat esok, bagi menentukan sama ada ia diluluskan atau ditolak majoriti Ahli Parlimen.
GAMBAR HIASAN
Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan dan dua Ahli Majlis Tertinggi, Shahidan Kassim serta Tajuddin Abdul Rahman.
Ketua Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi hantaran di Facebook rasminya memaklumkan keempat-empat pemimpin hadir bagi mewakili 42 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).
Katanya, antara lain pertemuan itu adalah bagi menyampaikan suara rakyat yang mahu kerajaan melonggarkan syarat pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan isu berkaitan lanjutan moratorium.
“Insya-Allah moga-moga ada perkhabaran yang positif daripada sesi penggulungan yang akan dibuat Menteri Kewangan esok,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BERA: Keluarga anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang cedera ditembak ketika sedang bertugas di pos keselamatan Malaysia-Thailand dekat Padang Besar, Perlis, semalam masih berada dalam kesedihan.
Mangsa, Koperal Norihan Tari, 39 tahun parah terkena tembakan pada kanan perutnya dalam kejadian itu.
Abangnya, Zariman Tari ketika ditemui di rumahnya di Kampung Orang Asli Bukit Ibam, di sini berkata, bapanya kini masih berada dalam kesedihan selepas menerima perkhabaran kejadian itu sejak semalam.
Zariman ketika ditemui wartawan SAHIH di rumahnya di Kampung Bukit Ibam,Bera
Zariman berkata, ketika menerima 7panggilan daripada adiknya mengenai perkara itu, bapa mereka mula berasa sedih dan berharap dapat melawat anaknya dengan segera.
“Norihan baru pulang ke kampung di sini melawat bapa saya pada Oktober lalu.
“Namun selepas mendapat panggilan daripada adik mengatakan kejadian itu, bapa saya mulai sedih.
“Memang bercadang untuk melawat Norihan tapi maklumlah sekarang ni macam-macam dugaan dengan penyakit (COVID-19).
Zariman menunjukkan gambar Norihan yang sering menghubungi bapa mereka menerusi telefon pintar
“Tambahan kami pula duduk berjauhan, agak sukar untuk melawat dia,” katanya.
Bagaimanapun Zariman berkata, seluruh keluarganya berbangga dengan pengorbanan yang dilakukan adiknya itu yang disifatkan sebagai seorang yang bertanggungjawab kepada negara.
Zariman berkata, Norihan merupakan anak yang baik dan sering mengambil berat akan kesihatan bapa mereka.
Anak kedua itu juga kerap pulang ke kampung dan sering menelefon orang tuanya pada setiap hari.
Kejadian semalam telah mengorbankan rakan Norihan, Koperal Baharuddin Ramli, 54 tahun yang juga merupakan masyarakat Orang Asli suku kaum Semelai.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menjenamakan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) sebagai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dengan peranan dan fungsi berbeza, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Saifuddin Abdullah.
MENTERI KKMM, Saifuddin Abdullah
Menurut laporan Malaysiakini, Saifuddin juga memberi jaminan bahawa penubuhan J-KOM akan menggunakan peruntukan kurang daripada RM85.5 juta seperti yang telah diperuntukkan sebelum ini kepada JASA.
Menurutnya, tidak sepert JASA yang beroperasi di setiap parlimen dan DUN, J-KOM akan disusun secara berbeza dengan beroperasi di peringkat daerah.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KANGAR: Kejadian tembakan ke atas anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang sedang bertugas di pos keselamatan Malaysia-Thailand dekat Padang Besar semalam, dianggap sebagai perbuatan jenayah terhadap keselamatan negara.
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man, berkata, kerajaan negeri berharap ada tindakan lanjut diambil ke atas penyeludup yang menembak dua anggota PGA menyebabkan salah seorang daripadanya maut, manakala seorang parah.
“Ya, tindakan ini satu perbuatan jenayah (terhadap anggota PGA) yang bertugas menjaga keselamatan.
“Saya dimaklumkan susulan kejadian ini, pihak polis sudah menahan dua suspek, jadi kita nantikan tindakan selanjutnya pihak berkuasa,” katanya ketika dihubungi hari ini seperti dilaporkan BHOnline.
Azlan berkata, pihaknya turut memuji tindakan pantas anggota polis hingga berjaya menangkap dua penjenayah terbabit dalam tempoh yang singkat.
Katanya, beliau menantikan perkembangan positif mengenai kejadian terbabit dari semasa ke semasa.
“Saya ucapkan juga terima kasih kepada pihak berkuasa Thailand yang sama membantu dalam siasatan ini sehingga tertangkapnya sebahagian daripada penjenayah terbabit,” katanya.
Dalam kejadian 3.10 pagi semalam, Koperal Baharuddin Ramli, 54, maut selepas terkena dua das tembakan pada dada dan perut, manakala seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan Tari, 39, parah terkena tembakan pada kanan perut.
Mayat mendiang Koperal Baharuddin dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar bagi proses bedah siasat dan dibawa pulang bagi dikebumikan di kampung halamannya di Bahau, Negeri Sembilan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA TERENGGANU: Kemaman menjadi daerah terbaharu terjejas banjir di Terengganu susulan hujan berterusan sejak kelmarin.
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman, berkata, ia selepas sebuah pusat pemindahan sementara dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Kemasik bagi menempatkan 27 mangsa daripada lima keluarga di daerah itu.
“Secara keseluruhan, jumlah mangsa banjir di Terengganu semakin bertambah apabila seramai 690 mangsa daripada 184 keluarga ditempatkan di 24 pusat pemindahan sementara sehingga jam 8 pagi tadi.
“Ia menunjukkan pertambahan berbanding semalam yang hanya merekodkan seramai 352 mangsa daripada 87 keluarga di 15 pusat pemindahan sementara di seluruh Terengganu,” katanya seperti yang dilaporkan BHOnline.
Che Adam berkata, mangsa di daerah Kuala Nerus terus menunjukkan peningkatan apabila seramai 206 orang daripada 52 keluarga ditempatkan di empat pusat pemindahan berbanding hanya 134 mangsa (29 keluarga) di dua pusat pemindahan, semalam.
Beliau berkata, seramai 101 mangsa daripada 27 keluarga di Kuala Terengganu dipindahkan ke SK Chendering dan SK Atas Tol.
“Di Dungun, tujuh pusat pemindahan dibuka bagi menempatkan 131 mangsa daripada 34 keluarga berbanding hanya 64 mangsa daripada 15 keluarga di empat pusat pemindahan, semalam.
“Selain itu, seramai 125 mangsa daripada 40 keluarga dipindahkan ke enam PPS di Setiu,” katanya.
Che Adam berkata, mangsa banjir di daerah Marang juga meningkat kepada 90 orang berbanding 23 orang semalam.
Katanya, ia membabitkan sebanyak 21 keluarga yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merchang, SK Tasek dan SMK Seri Payong.
“Di Besut, tiada pertambahan mangsa direkodkan apabila jumlah mangsa banjir kekal seramai 10 mangsa daripada lima keluarga yang ditempatkan di Kampung Bharu,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SABAK BERNAM: “Gangguan itu mengganas selama 30 saat dan menggoncang jeriji pintu dapur sehingga terbuka,” kata Salmiah Abdul Rahman, 45, di rumahnya di Taman Air Manis, di sini, semalam.
Salmiah berkata, ketika kejadian pada jam 11.20 malam kelmarin hanya dia dan dua anak berusia 10 dan lima tahun berada di rumah manakala suaminya, Hairol Rizam Musa, 45, keluar menyertai Rondaan Sukarela Cegah Jenayah (RSCJ) anjuran taman perumahan itu.
“Kami bertiga duduk di ruang tengah sambil menonton televisyen. Ketika itu, semua anak belum tidur lagi.
“Tiba-tiba kami mendengar bunyi seakan-akan goncangan pada jeriji pintu dapur sampaikan anak tanya pada saya bunyi apa itu?
“Saya memberanikan diri pergi ke dapur melihat apa yang berlaku. Apabila intai di tingkap, saya tidak nampak sesiapa di luar.
“Apa yang menyeramkan, jeriji yang ditutup suami sebelum keluar meronda terbuka luas seperti ada seseorang membukanya,” katanya yang menetap di taman perumahan itu sejak lima tahun lalu.
Memetik laporan HarianMetro, seorang penduduk, Rohayu Asmawi, 53, pula dia dan anak perempuannya berusia 23 tahun mendakwa terdengar bunyi seperti seseorang membaling kayu ke arah dinding berhampiran cermin bilik hadapan rumahnya pada jam 10.45 malam kelmarin.
Katanya, anak perempuannya yang duduk di bilik berasingan turut mendengar bunyi balingan itu dengan jelas.
“Bunyi balingan itu berlaku dua kali. Ia (bunyi) begitu menggerunkan menyebabkan saya panik dan ketakutan.
“Sebelum ini saya sekeluarga pernah diganggu dengan bunyi ketukan misteri. Tak sangka kali ini saya dan anak perempuan pula menjadi mangsa gangguan bunyi (baling objek seakan-akan kayu) itu,” katanya.
ROHAYU menunjukkan lokasi bunyi balingan pada bahagian tingkap rumah
Setiausaha Taman Air Manis, Zulkifli Ijoh berkata, tiga aduan berkenaan gangguan ketukan pintu berlaku di taman perumahan terbabit sejak semalam.
Beliau berkata, selain dua aduan, ada juga satu aduan berhubung bunyi ketukan misteri di sebuah rumah kosong tidak berpenghuni di taman perumahan itu.
“Gangguan ketukan pintu yang berlaku di taman perumahan ini berlaku sejak 19 November lalu. Aduan yang diterima ketika itu sebanyak enam (aduan) dan ia menjadi jumlah keseluruhan sebanyak sembilan aduan.
“Untuk itu, kami kerap melakukan rondaan untuk memastikan keamanan dan keselamatan penduduk taman perumahan ini terjamin.
“Surau taman perumahan ini akan mengadakan bacaan Yasin dan solat hajat dalam tempoh terdekat. Sama-sama kita berdoa kepada Allah semoga gangguan ini segera berakhir,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA KRAI: Dua keluarga dari Kampung Keroh, Kuala Krai menjadi mangsa pertama banjir di Kelantan hari ini.
Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Siti Mor Hasma Mat Isa, mangsa melibatkan enam orang termasuk seorang bayi berusia tiga bulan.
Gambar Hiasan
Katanya, mereka dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Lama Kampung Keroh pada jam 12.15 tengah hari.
“Mangsa melibatkan enam orang isi rumah daripada dua keluarga iaitu dua lelaki, dua wanita, seorang kanak-kanak dan seorang bayi berusia yang terdiri daripada dua keluarga.
“Seorang mangsa wanita juga sedang sarat mengandung dan menunggu masa untuk bersalin,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, seramai 210 pegawai dan anggota terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertawanan Awam (APM) daerah Kuala Krai kini berada dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Seramai 84 korban COVID-19, bersamaan 28 peratus daripada keseluruhan kematian setakat 10 November meninggal dunia sebelum mendapatkan rawatan, maklum Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.
DR Adham Baba
“Sejumlah 216 kes kematian (iaitu bersamaan 72 peratus) adalah merupakan kes kematian yang telah menerima rawatan di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia, manakala selebihnya iaitu 84 kes kematian (bersamaan 28 peratus) adalah kematian yang berlaku sebelum tiba mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.
Dr Adham berkata majoriti kes kematian yang mendapatkan rawatan tiba di hospital dalam keadaan tahap 4, kategori tenat iaitu 54.63 peratus manakala 26.85 peratus pada tahap 5, kategori kritikal.
Jelasnya, 90 peratus kematian disebabkan pneumonia – jangkitan paru-paru yang teruk dan kegagalan fungsi organ, sementara yang lain meninggal dunia akibat sakit jantung dan penyakit kronik lain seperti barah.
Adham berkata demikian pada jawapan bertulis parlimen bertarikh 17 November kepada Wong Ling Biu (DAP-Sarikei) yang bertanya apakah penyebab utama kematian COVID-19 di negara ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!