JALAN KUANTAN-SEGAMAT RUNTUH: DIPERCAYAI PUNCA HUJAN LEBAT
PEKAN: Kejadian tanah runtuh berlaku di Kilometer 63 dan 73, Jalan Kuantan-Segamat ditutup untuk semua kenderaan bagi membolehkan kerja-kerja baik pulih jalan tersebut dilakukan.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Razli Mohd Yusof berkata, hujan lebat yang berlaku mengakibat air yang turun dengan deras menyebabkan turut berlaku hakisan tanah di lereng bukit itu yang berlaku jam 10.00 pagi, hari ini.
“Walau bagaimana, kejadian ini tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa atau pun kemalangan kenderaan di tempat kejadian dan kerja-kerja baik pulih jalan dan mengalih tanah serta cucian tanah runtuh dilakukan oleh kontraktor terbabit dengan serta-merta.
“Semua pengguna jalan tersebut perlu mengambil jalan altenatif sementara bagi pengguna yang hendak ke Segamat, Pekan atau Kuantan boleh dengan mengguna jalan yang diarahkan oleh pihak polis,” katanya.
Katanya, semua pengguna dari arah Segamat, mengguna jalan lencongan ke Jalan Leban Chondong, Muadzam Shah -Rompin-Nenasi –Pekan dan Kuantan.
Manakala, kenderaan dari arah Gambang dan Kuantan perlu mengguna jalan ke Jalan Pekan- Paloh Hinai- Bandar Pekan-Leban Chondong, Rompin- Muadzam Shah dan Segamat.
Beliau turut menasihati pengguna jalan tersebut sentiasa berwaspada dan sentiasa mengikut tanda dan arahan jalan raya untuk kemudahan semua pihak.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk (peringkat jingga) dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan di Pahang dan Johor sehingga esok.
Ketua Pengarahnya, Jailan Simon dalam kenyataan hari ini, berkata amaran cuaca waspada (kuning) turut dikeluarkan bagi beberapa daerah lain di dua negeri terbabit serta di Kelantan dan Terengganu bagi tempoh sama.
Menurutnya, amaran cuaca peringkat jingga melibatkan daerah Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang serta Segamat dan Mersing di Johor, manakala amaran peringkat kuning meliputi daerah Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran dan Bera di Pahang serta seluruh Kelantan dan Terengganu.
“Dalam tempoh berkenaan, kejadian angin kencang boleh berlaku di kawasan pantai di negeri-negeri pantai timur Semenanjung.
“Pada masa sama, kebanyakan kawasan di negeri-negeri pantai barat Semenanjung, Sarawak dan Sabah dijangka mengalami kejadian ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang terutamanya pada waktu petang sehingga awal malam.
“Keadaan itu berpotensi menyebabkan banjir kilat di kawasan rendah serta kerosakan kepada struktur tidak kukuh,” katanya seperti yang dilaporkan BERNAMA.
Jailan berkata, angin kencang timur laut berkelajuan melebihi 60 kilometer sejam dengan ombak mencapai 4.5 meter dijangka boleh berlaku di perairan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah dalam tempoh berkenaan.
Keadaan itu, katanya boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai serta muara sungai kawasan terbabit.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA: Sesi persekolahan bagi tahun 2021 akan bermula pada 20 Januari, jelas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini
Jelasnya , keputusan tersebut dibuat kerana ramai ibu bapa yang risau anak-anak mereka tidak dapat mengikuti pembelajaran dalam keadaan yang sempurna.
“Dengan mengambil kira keperluan untuk anak-anak mengikuti pembelajaran dalam situasi sebenar di sekolah, saya ingin memaklumkan bahawa kesemua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan dibuka mengikut takwim yang telah diumumkan pada 8 November lalu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perutusan khas sempena Sambutan Tahun Baru 2021 yang bertemakan Bersemangat Melangkah Ke Tahun Baharu 2021 pada malam tadi.
Sementara itu, Muhyiddin berkata, pembukaan bagi institusi pendidikan swasta dan antarabangsa yang berdaftar dengan KPM bagi sesi 2021 adalah tertakluk kepada kalender akademik institusi tersebut mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara, lapor KOSMO!ONLINE.
“Bagi yang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan membenarkan pelajar tempatan kembali ke kampus secara berfasa mengikut IPT masing-masing seawal 1 Mac 2021,” katanya.
Dalam pada itu, bagi IPT yang terletak di Sabah dan Sarawak, kemasukan pelajar tertakluk kepada prosedur yang diguna pakai oleh kerajaan negeri masing-masing.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ZETI NAFI DAKWAAN RAJA PETRA: SIASATAN SUDAH DILAKUKAN PDRM DAN SPRM
KUALA LUMPUR: Bekas Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz menafikan dakwaan bahawa ahli keluarganya dan beliau menerima dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau turut menyifatkan dakwaan dibuat terhadap diri dan ahli keluarganya adalah palsu dan berniat jahat.
“Isu berkaitan 1MDB telah disiasat sepenuhnya oleh BNM, PDRM dan SPRM.
“Saya telah memberikan kerjasama sepenuhnya dan menyediakan maklumat terperinci berhubung siasatan berkaitan 1MDB dan bekas Perdana Menteri, kepada PDRM dan SPRM,” katanya dalam kenyataan, lapor MALAYSIAPOST.
“Sekali lagi saya menafikan bahawa saya mahu pun ahli keluarga saya pernah menerima sejumlah wang daripada 1MDB,” katanya.
Bagaimanapun, Zeti berkata, beliau tidak dapat mengulas lanjut berhubung perkara itu berikutan dirinya adalah saksi dalam kes mahkamah yang dihadapi oleh bekas Perdana Menteri.
“Pada pandangan saya, gangguan terhadap kes yang sedang berjalan boleh menjadikannya subjudis untuk saya keluarkan sebarang kenyataan lanjut.
“Sekali lagi saya menafikan bahawa saya mahu pun ahli keluarga saya pernah menerima sejumlah wang daripada 1MDB,” katanya.
Baru-baru ini, blog MalaysiaToday dikendalikan Raja Petra Kamaruddin mendakwa beberapa ahli keluarga Zeti termasuk suami dan anaknya menerima lebih RM100 juta daripada Low Taek Jho, dalang skandal 1MDB.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SEMOGA SEMUA PEMBACA SAHIH BEROLEH KEBERKATAN , KESEJAHTERAAN DAN KESIHATAN TERBAIK
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR : Penutup 2020 mencatatkan jumlah jangkitan harian Covid-19 tertinggi di Malaysia apabila 2,525 kes direkodkan hari ini dengan lapan kematian.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan kumulatif 113,010 kes setakat ini.
NOOR HISHAM ABDULLAH
Menurutnya, daripada jumlah itu hanya 13 kes yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala 2,512 adalah penularan tempatan.
“Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu 1,205 kes dengan 995 kes adalah daripada kluster dan saringan kontak rapat yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti Sabah (299 kes) dan Melaka (239 kes).
“Sebanyak 304 kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster di lokap, depot tahanan imigresen dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (285 kes), Kluster Pagar Siput (8 kes), Kluster Tembok Mempaga (5 kes), Kluster Pagar Bentong (2 kes) dan masing-masing satu kes bagi Kluster Tembok Gajah, Kluster Tembok, Kluster Kolam Air dan Kluster Penjara Seberang Perai,” katanya dalam kenyataan media seperti disiarkan Harian Metro hari ini.
Dr Noor Hisham berkata, terdapat 131 pesakit Covid-19 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 60 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.
Dalam pada itu, beliau berkata, terdapat lapan kes kematian hari ini menjadikan jumlah kumulatif 471 kematian iaitu 0.42 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
“Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu 1,205 kes dengan 995 kes adalah daripada kluster dan saringan kontak rapat yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti Sabah (299 kes) dan Melaka (239 kes),” – Noor Hisham Abdullah.
“Dua kematian dilaporkan di Johor membabitkan lelaki berusia 69 dan 79 tahun. Tiga kematian dilaporkan di Selangor membabitkan seorang lelaki dan dua wanita berusia 61 hingga 78 tahun.
“Masing-masing satu kematian membabitkan seorang wanita berusia 58 tahun di Kelantan, lelaki berusia 71 tahun di Kedah dan lelaki berusia 39 tahun di Negeri Sembilan,” katanya.
Katanya, kesemua pesakit terbabit mempunyai latar belakang penyakit lain.
Dr Noor Hisham turut memaklumkan hari ini terdapat 1,481 kes pulih dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih di negara ini sebanyak 88,941 kes.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ANWAR MAHU ZETI JELAS DAKWAAN RAJA PETRA: BLOGGER DAKWA KELUARGA ZETI TERIMA DANA DARI JHO LOW
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim meminta Pengerusi Permodalan Nasional (PNB), Zeti Akhtar Aziz menjelaskan tuduhan yang dibuat oleh blogger Raja Petra Kamaruddin terhadap keluarganya.
Raja Petra Raja Kamarudin
Malaysiakini melaporkan, Blogger tersebut baru-baru ini mendakwa keluarga Zeti menerima dana dari ahli perniagaan Low Taek Jho daripada penjualan bon oleh Pihak Berkuasa Pelaburan Terengganu (TIA), yang merupakan pendahulu 1MDB.
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Zeti pada masa itu merupakan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) manakala Low adalah dalang utama penyelewengan dana 1MDB melalui rangkaian pengubahan wang haram antarabangsa.
“Beliau (Zeti) yang kini menjawat jawatan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) harus segera mengesahkan kenyataan-kenyataan yang dibuat sebelum ini terkait pengetahuannya tentang aliran dana haram 1MDB.
Tan Sri Zeti Aziz
“Dan atas kapasiti sebagai Gabenor BNM beliau telah dengan sedar membenarkan aliran dan transaksi masuk dan keluar dari akaun-akaun bank di Malaysia yang dimiliki oleh pemain-pemain politik, “kata Anwar dalam satu kenyataan hari ini.
Zeti pada Julai 2018 menyatakan bahawa dia tahu mengenai berbilion ringgit dalam akaun bank bekas perdana menteri Najib Razak.
Najib pada Julai lalu dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas penyelewengan dana yang dikaitkan dengan SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.
Dia juga menghadapi 25 tuduhan pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa melibatkan dana 1MDB sebanyak RM2.28 bilion.
“Saya ingin menyatakan secara tegas bahawa dakwaan ini adalah palsu. Saya tidak mengetahui mengenai RM2.6 bilion ini yang dimasukkan ke dalam akaunnya, ”kata Zeti sebagai respons terhadap dakwaan Najib bahawa dia tahu mengenai dana itu tetapi tidak memberikan amaran.
Zeti mendakwa Najib pada 2015 memanggilnya ke pejabat ketika masih perdana menteri dan berusaha meyakinkannya untuk membersihkan namanya. Zeti berkata dia menolak permintaan itu.
Bagaimanapun Raja Petra membangkitkan semula dakwaan terhadap Zeti pada Isnin lalu dengan mendakwa keluarganya juga dikaitkan dengan penipuan Low, melalui akaun bank Singapura.
“Dan atas kapasiti sebagai Gabenor BNM beliau telah dengan sedar membenarkan aliran dan transaksi masuk dan keluar dari akaun-akaun bank di Malaysia yang dimiliki oleh pemain-pemain politik, “kata Anwar dalam satu kenyataan hari ini.
Najib juga membangkitkan dakwaan terbaru itu di media sosial dan mendesak agar Zeti memberikan penjelasan.
Malaysiakini telah menghubungi Zeti untuk memberi komen dan sedang menunggu jawapan.
“Beliau juga mesti memberi penjelasan tentang sebarang pengetahuan yang beliau ada saat kes 1MDB terdedah, dan apakah ahli-ahli keluarganya turut mendapat manfaat kewangan hasil dari kesepakatan dengan Jho Low,” kata Anwar.
“Kegagalan untuk menjawab persoalan-persoalan ini akan mewujudkan prasangka dan keraguan terhadap integriti pengawal selia kewangan di negara ini,” tambahnya.
Anwar berkata pemerintah Singapura juga perlu memberi penjelasan kerana dakwaan tersebut memberikan imej buruk kepada reputasi republik itu.
Presiden PKR itu juga menegaskan individu yang terlibat dalam skandal itu mesti dipertanggungjawabkan.
“Kegagalan untuk menghadapkan mereka ke muka pengadilan juga akan meletakkan Malaysia dalam keadaan terdedah kepada skandal semacam 1MDB di masa hadapan.
“Ia juga akan menjadikan Malaysia sebagai bahan gurau senda tatkala kita gah berbicara soal ketelusan. kebertanggungjawaban dan melawan rasuah.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TUMPU PENGELUARAN LATEX: HARGA LEBIH STABIL BERBANDING GETAH BEKU
JERANTUT: Pengerusi Lembaga Getah Makaysia ( LGM) Datuk Ahmad Jazlan Nazlan Idris mengesa pekebun kecil getah beralih kepada pengeluaran latex bagi meningkat pendapatan golongan itu kerana harga latex lebih stabil dan lebih mahal berbanding getah beku.
Katanya, langkah itu sekurangnya dapat mengatasi masalah harga getah beku yang rendah di mana kerajaan terpaksa memperkenalkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi menampung kekurangan harga siling yang ditetap RM2.50 sekilogram.
Beliau berkata, walaupun peningkatan peruntukan (IPG) sekali ganda iaitu RM300 juta tahun depan, tetapi agak sukar menaikkan harga siling daripada RM2.50 sekilogram kepada RM3.00 sekilogram.
Beliau berkata, peruntukkan RM 150 juta tahun ini untuk IPG sebenarnya tidak mencukupi kerana LGM terpaksa membayar kira-kira RM200 juta lebih kepada pekebun kecil tahun ini kerana cara menuntut IPG telah dipermudakan berbanding dahulu.
DATUK AHMAD NAZLAN IDRIS
“LGM tidak menpunyai kuasa untuk menaikkan tuntutan harga IPG itu dan mana-mana pihak yang ingin meminta kenaikan itu perlu disalurkan kepada kerajaan kerana Kabinet yang akan meluluskannya,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Jerantut berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Persatuan Kebangsaan Pekebun-pekebun Kecil Malaysia (PKPKM) yang meminta kerajaan meningkatkan harga IPG daripada RM2.50 sekilogram kepada RM3.00 sekilogram.
GAMBAR HIASAN
Dalam kenyataan media yang dikeluarkan, Presiden PKPKM, Aliasak Ambia semalam, mengesa kerajaan meningkatkan harga tuntutan dari RM2.50 sekilogram kepada RM3.00 sekilogram kerana kerajaan telah meluluskan tambahan IPG daripada RM150 juta pada tahun 2020 kepada RM300 juta pada tahun 2021.
“LGM tidak menpunyai kuasa untuk menaikkan tuntutan harga IPG dan mana-mana pihak yang ingin meminta (kenaikan) perlu disalurkan kepada kerajaan kerana Kabinet yang akan meluluskannya,” – Datuk Ahmad Nazlan Idris
Aliasak berkata, pembayaran IPG bergantung kepada harga semasa di ladang dan harga getah beku pada tahun 2021 dijangka akan terus berada di paras sekitar RM2.50 sekilogram.
Katanya, anggaran pengeluaran getah bagi tahun 2021 dijangka tidak melebihi 600,000 tan dan kerajaan hanya perlu menambah sebanyak RM0.50 bagi setiap kilogram untuk menjadikannya RM3.00 sekilogram dan peruntukan RM300 juta tersebut mampu menampung kenaikan tersebut.
Dalam pada itu, Ahmad Nazlan berkata, pekebun kecil sepatutnya beralih dari pengeluaran getah beku kepada latex kerana harganya lebih stabil sekitar RM5 ke RM6 sekilogram.
“Negara memerlukan 450,000 tan latex setahun dan pada masa ini negara hanya mampu mengeluarkan 10 peratus daripada jumlah itu iaitu hanya 45 tan sahaja untuk industri berasaskan getah.
“Bagi getah beku, industri getah lebih berminat untuk mengimport dari dunia ketiga seperti Ivory Coast kerana harganya lebih murah,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PERPINDAHAN PERSEMPADANAN MEMBERI MANFAAT DAN KEMUDAHAN PENDUDUK DI KAWASAN TERBABIT
JERANTUT: Perpindahan persempadanan secara harmoni bakal melibatkan kawasan Felda Jengka 8, Jengka 9, Jengka 10, Jengka 12 dan Jengka 24 termasuk Felda Lepar Utara 3, yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Pahang dan akan diwartakan segera.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah berkata perpindahan sempadan secara harmoni itu bakal memberi manfaat dan kemudahan kepada semua penduduk di kawasan tersebut kerana sebelum ini terdapat banyak birokrasi berlaku ketika berurusan dengan pihak pentadbiran tertentu.
ADUN Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah
“Kebetulan semua kawasan itu terletak di dalam DUN Pulau Tawar yang turut menyukarkan pihak saya untuk menyusun perancangan dan bantuan, sesiapa sahaja waikl rakyat akan sukar melakukan perancangan tertentu khusus untuk membangunkan kelompok Generasi kedua Felda.
“Ada kawasan itu, pentadbiran pejabat agama di Chenor, pejabat daerah di Maran, pejabat kesihatan di Jengka dan pendidikan di Maran, malah pentadbiran politik pula terletak dalam DUN Pulau Tawar,Jerantut,” katanya di Majlis Penyerahan Kunci Rumah Rakyat Pahang (RRP) Di Dewan Tengku Azlan, Pulau Tawar, semalam.
Katanya, penyusunan semula mengikut persempadanan pentadbiran politik semasa akan memberi kemudahan semua pihak dan memudahkan wakil rakyat menyusun pelan strategik pembangunan dan pelbagai perancangan lain.
“MMK telah meluluskannya dan akan diwartakan segera pada 2021 dan perancangan dapat dilakukan dengan segera demi penduduk kawasan itu,” katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, berharap semua penerima RRP menghargai jasa kerajaan negeri kerana membelanjakan sejumlah RM6.37 juta.
Datuk Nazri (2 dari kiri) semasa penyerahan rumah kepada penerima RRP di Pulau Tawar, semalam
“Kerajaan negeri membina 98 buah rumah di seluruh negeri pada tahun 2020 dan bakal meneruskan projek PPR di tahun 2021 untuk membantu golongan kurang berkemampuan memiliki kediaman sendiri yang lebih selesa.
“Datuk Menteri Besar sangat mementingkan kebajikan rakyat yang memerlukan rumah, oleh itu kerajaan menyediakan rumah yang selamat dan selesa kepada golongan B40, kerajaan membiayai projek rumah tersebut dan diberikan secara percuma kepada mereka yang layak,” katanya
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PUTRAJAYA : Masyarakat diharap tidak tersalah anggap dan menunding jari mengatakan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersikap lepas tangan dalam menangani isu daging import.
Menterinya, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, perkara itu penting kerana ia membabitkan umat Islam.
Katanya, beliau ada menerima beberapa tangkap layar laporan media selain terdapat segelintir pihak mempersoalkan kenyataan dikeluarkan pihaknya sebelum ini membabitkan isu berkenaan.
“Ada pihak mendakwa seolah-olah saya lepas tangan dan tidak serius dalam menangani masalah ini.
“Kenyataan itu adalah asas kepada dua pilihan yang dikemukakan sebagai jawapan pertanyaan wartawan ketika sidang media diadakan,” katanya menerusi ciapan yang dimuat naik di Twitter hari ini seperti dilaporkan Harian Metro.
Zulkifli berkata, kenyataan beliau semalam bagi menjawab pertanyaan wartawan berhubung pandangan Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim yang menyarankan untuk mengelak makan daging import.
Katanya, beliau amat menghormati pandangan Zamri kerana itu juga antara pilihan yang tersedia untuk umat Islam.
Pada masa sama, katanya, beliau perlu mengingatkan yang umat Islam di negara ini ada banyak pembekal daging import dalam kalangan Bumiputera Muslim yang juga pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah, tidak seperti isu daging haram baru-baru ini.
Zulkifli berkata, umat Islam boleh membuat semakan terhadap status pihak terbabit melalui di laman halal.gov.my.
“Justeru, dengan meraikan pandangan sahabat saya Timbalan Mufti Perak, jua suara pembekal daging import dalam kalangan bumiputera Muslim yang tidak terlibat dalam hal ini, itulah pilihan yang saya kemukakan.
“Saya yakin kita semua bersetuju bahawa pembekal daging import dalam kalangan bumiputera Muslim yang tidak bersalah, tidak wajar terpalit sama dalam isu ini,” katanya.
Zulkifli juga menyentuh sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud ‘Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu kepada perkara yang tidak meragukan kamu’.
“Saya amat berharap kenyataan ini tidak disalahanggap sebagai saya bersikap lepas tangan terhadap isu yang penting bagi umat Islam ini,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!