LELAKI HANCUR TANGAN ANGKARA MERCUN BUATAN SENDIRI
GUA MUSANG: Seorang lelaki cedera parah, termasuk hancur tangan kanan apabila mercun buatan sendiri menggunakan botol cecair vape meletup di tangannya dalam kejadian di Kampung Batu Papan, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Sik Choon Foo berkata, kejadian berlaku kira-kira 11 pagi ketika mangsa yang berusia 23 tahun itu sedang meraikan 1 Syawal bersama-sama ahli keluarga yang lain, lapor BERNAMA.
“Siasatan awal mendapati mangsa membuat sendiri mercun itu dengan menggunakan belerang daripada 50 biji mercun bola yang kemudian dimasukkan ke dalam botol cecair vape yang kosong sebelum dicucuh api.
“Botol berisi belerang itu meletup sebelum mangsa sempat melemparnya,” katanya yang dihubungi hari ini.
Sik berkata, selain hancur tangan kanan, lelaki terbabit cedera di bahagian muka dan pecah gegendang telinga, kesan letupan yang terlalu kuat.
Menurutnya, mangsa yang digegaskan ke Hospital Gua Musang kini dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai.
“Pihak HSIP memaklumkan tangan kanan lelaki itu terpaksa dipotong, namun dia berada dalam keadaan stabil,” katanya menambah kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
HAZIQ KAMARUDDIN, ATLET MEMANAH NEGARA MENINGGAL DUNIA
KUALA LUMPUR: Arena sukan tanah air hari ini dikejutkan dengan berita pemergian atlet memanah negara Haziq Kamaruddin yang meninggal dunia awal pagi tadi.
Menurut seorang ahli keluarganya yang enggan dikenali, pemanah recurve berusia 27 tahun itu rebah di rumahnya di Kajang selepas menunaikan solat subuh pagi tadi, lapor BERNAMA.
“Arwah tiba-tiba rebah sejurus keluar dari bilik air selepas solat subuh dan terus tidak sedarkan diri,” kata wanita itu ketika dihubungi.
Menurutnya, Haziq kemudian digegaskan ke Hospital Kajang, namun disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital itu.
Atlet memanah Haziq Kamaruddin yang berasal dari Johor pernah mewakili negara ke temasya Sukan Olimpik sebanyak dua kali, iaitu pada edisi London 2012 dan Rio 2016 di Brazil. (Gambar Bernama)
Pemanah berasal dari Johor itu pernah mewakili negara ke temasya Olimpik sebanyak dua kali, iaitu pada edisi London 2012 serta Rio 2016 di Brazil dan kini sedang mengejar slot kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo yang dijadualkan berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos depan.
Haziq yang sedang menjalani persiapan untuk kelayakan ke temasya di Tokyo itu sudah sedekad mewakili negara di pelbagai peringkat, termasuk meraih pingat emas Grand Prix Asia 2011 di Laos dan gangsa semasa Piala Asia 2019 di Filipina.
Pencapaian lain beliau yang pernah dinobatkan sebagai olahragawan terbaik Sekolah Sukan Bukit Jalil pada 2011 itu, ialah meraih empat pingat emas dan dua perak dalam acara individu serta berpasukan sepanjang penyertaannya di Sukan SEA sejak edisi 2011 hingga 2019.
Sementara itu, rakan sepasukannya Zulfadhli Ruslan merupakan antara individu yang terawal memaklumkan tentang pemergian Haziq menerusi laman Facebooknya.
“Assalamualaikum dan salam sejahtera, dukacita dimaklumkan sahabat saya, Haziq Kamaruddin telah pergi mengadap llahi pagi tadi.
“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang beriman. Minta semua rakan-rakan saya mendoakan al-Fatihah,” menurut catatan beliau.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 negeri yang bermesyuarat hari ini memutuskan untuk mengaktifkan semula Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Kompleks Sukan Pahang (SUKPA), dekat Indera Mahkota, di sini, lewat petang ini.
Perkara itu dimaklumkan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman ketika dihubungi sebentar tadi.
Beliau berkata, pengoperasian semula PKRC SUKPA adalah bagi menampung jumlah pesakit COVID-19 berisiko rendah dan tidak memerlukan rawatan khusus.
“Sebelum ini kita mempunyai dua pusat kuarantin (PKRC) yang beroperasi di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Kuantan yang menempatkan 228 pesakit dan Institut Latihan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (i-KPKT) di Bukit Tinggi dengan kapasiti semasa berjumlah 119 pesakit.
“Kedua PKRC itu sudah hampir mencapai kapasiti maksimum dan mesyuarat pagi tadi memutuskan mengenai keperluan untuk membuka semula PKRC di SUKPA sebagai persediaan bagi menempatkan pesakit menjalani proses kuarantin,” katanya.
Che Adam berkata, pembukaan PKRC SUKPA itu juga adalah bagi memberi keselesaan kepada pesakit memandangkan kerajaan Pahang sudah menetapkan bahawa semua pusat kuarantin yang beroperasi perlu mengasingkan antara pesakit lelaki dan wanita bagi mengelakkan risiko lain yang tidak diingini.
Katanya, kerja mempersiapkan semua keperluan dan kelengkapan di PKRC SUKPA sudah dimulakan sejak pagi tadi dan dijangka bersedia menerima kemasukan pesakit lewat petang ini.
“Untuk kapasiti katil atau tempat bagi pusat kuarantin SUKPA, kita sediakan 250 tempat dan hanya pesakit lelaki sahaja dikuarantin di sini.
“Semua urusan lain termasuk penyediaan makanan dan keperluan lain untuk pesakit akan dilakukan semua agensi yang sudah diberikan tanggungjawab oleh kerajaan Pahang berdasarkan hasil mesyuarat Jawatankuasa Bencana negeri,” katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG: Mangsa, seorang warga asing, Shahin, 38 tahun, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira 400 meter dari tempat kejadian yang tersangkut di tepi Sungai Karak, kira-kira jam 9.00 pagi, semalam.
Ketua Polis Daerah Bentong, Zaiham Mohd Kahar berkata, Ketua Balai Polis Karak dan pasukannya bergegas ke tempat kejadian kira-kira jam 4.50 petang hari Rabu, setelah menerima panggilan dari orang awam yang memaklumkan lelaki berkenaan dihanyutkan air sungai.
“Mangsa bekerja di tapak projek pam pasir di Batu 4 ½, Sungai Pertang, Karak dan pihak polis turut memaklumkan kepada pihak Balai Bomba dan Penyelamat Karak untuk mendapat bantuan.
“Misi mencari dan penyelamat dihentikan kira-kira jam 9.00 malam itu dan disambung keesukan harinya,”katanya.
Lokasi, mangsa dipercayai terjatuh dan dihanyutkan air sungai.
Katanya, mayat mangsa ditemui oleh pasukan mencari dari Balai Bomba Karak pada jam 9.00 pagi, pengecam mayat telah dibuat oleh pihak polis dan bomba, keadaan mayat tiada unsur jenayah dan dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat.
“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang memberi kerjasama termasuk agensi yang terlibat, punca kematian disebabkan “accidental drowning,”katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
4,855 KES BAHARU COVID-19, SELANGOR CATAT KES TERTINGGI
Kuala Lumpur: Kes positif Covid-19 terus meningkat dengan 4,852 kes direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kumulatif kes positif secara keseluruhan di Malaysia kini sebanyak 458,077 kes.
Menurutnya, kes membabitkan bukan warganegara juga meningkat kepada tiga angka dengan 358 kes direkodkan.
“Hari ini sebanyak 3,347 kes sembuh direkodkan manakala 41,582 kes aktif yang masih dipantau KKM.
“Rawatan pesakit di unit rawatan rapi (ICU) meningkat dengan 481 kes manakala 247 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menerusi infografik yang dimuat naik KKM di Twitter, kes tertinggi direkodkan di Selangor dengan 1,783 kes, diikuti Kuala Lumpur (521 kes), Johor (467 kes), Sarawak (395 kes) dan Pulau Pinang (395 kes).
Dr Noor Hisham berkata, jumlah kematian pula sebanyak 27 kes membabitkan lapan kes di Selangor, Johor (lima), Kelantan (tiga), masing-masing dua kes di Sabah, Kuala Lumpur, Sarawak, dan Pulau Pinang serta satu kes di Perak, Pahang, dan Labuan, lapor HM online.
Beliau berkata, KKM juga merekodkan lapan lagi kluster baharu hari ini menjadikan keseluruhan kluster sebanyak 1,848 kluster.
“Lima kluster membabitkan tempat kerja, dua kluster komuniti dan satu kluster keagamaan,” katanya.
Gambar KKM
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SEREMBAN – Pemeriksaan polis sempena perayaan Aidilfitri tidak hanya tertumpu kepada sekatan jalan raya (SJR) tetapi ‘posting’ atau hantaran masyarakat dalam media sosial seperti Facebook juga dipantau bagi memastikan arahan ditetapkan kerajaan untuk mengekang penularan wabak COVID-19, dipatuhi.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Muhammad Mat Yusop berkata meskipun jalan raya beberapa hari ini lengang dan kenderaan masuk ke negeri itu juga kurang, pemantauan serta pemeriksaan menyeluruh tetap dilakukan lebih 160 anggota polis di sini.
“Selepas solat sunat Aidilfitri mungkin masyarakat akan kunjung-mengunjung, jadi hari ini pasukan pemantau ditambah untuk melakukan pemeriksaan di sekitar taman-taman perumahan dan sempadan daerah di negeri ini, lapor Awani.
“Kalau pasukan menerima ‘posting’ gambar-gambar tertentu yang menunjukkan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) tindakan akan diambil,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di SJR Tol Senawang hari ini.
Muhammad juga berkata hasil pemantauan di beberapa masjid utama di negeri ini, pihaknya mendapati pematuhan SOP dilaksanakan dengan baik.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata pemeriksaan rumah ke rumah pada hari raya hari ini mendapati kawasan perumahan di Nilai Impian tiada sebarang aktiviti yang melanggar SOP.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
GELAR HAMAS KUMPULAN MILITAN, EDITOR MEJA MANDARIN TV2 RTM DIPANGGIL BERI PENJELASAN
PUTRAJAYA: Editor Meja Mandarin dan Ketua Editor Berita Mandarin TV2, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dipanggil memberikan penjelasan berhubung penggunaan istilah merujuk kepada kumpulan Hamas berkaitan serangan udara Israel terhadap Palestin, semalam.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, beliau mengarahkan siasatan dan tindakan lanjut diambil dan meminta mereka yang terlibat menyediakan laporan lengkap.
Menurut beliau, pegawai terlibat juga dikenakan Surat Tunjuk Sebab (STS) dan siasatan lanjut sedang dilaksanakan pihak pengurusan.
“Permohonan maaf secara terbuka dalam siaran berita untuk pembetulan telah disiarkan dalam Berita Tengah Hari pada pukul 1.00 tengah hari dan Berita Mandarin pada pukul 7.00 malam, hari yang sama semalam.
“Seksyen Berita Hal Ehwal Semasa telah diminta mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) tugasan Bilik Berita, khususnya dalam penyuntingan dan penerbitan berita TV untuk memastikan kesilapan serupa tidak berulang pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Utusan Online.
Saifuddin pada masa sama menegaskan, RTM peka tentang situasi yang berlaku dan sentiasa teguh menyokong pendirian Malaysia dan aspirasi rakyat berhubung konflik yang melanda dan mendukung kedaulatan serta kebebasan Palestin.
Katanya, RTM akan terus berusaha dalam menambah baik kualiti penyampaian berita dari semasa ke semasa.
Semalam, tular di media sosial mengenai laporan berita di siaran TV berbahasa Mandarin yang menggunakan istilah militan sebagai merujuk kepada kumpulan pejuang Palestin iaitu Hamas.
Video/ gambar: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM / Media sosial
@infosemasaofficial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Di awal sambutan Syawal 1442 hijrah, 8 orang didapati positif Covid-19, manakala 58 orang sudah menjalani ujian calitan tetapi belum menerima laporan di Kampung Paya Teh, dekat sini, hari ini.
Kes dipercayai berpunca daripada seorang lelaki Melayu berusia 42 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori dan pergerakannya di sekitar Jerantut serta bersolat berjemaah di surau Paya Teh semalam dan penularan jangkitan itu dipercayai melibatkan 8 orang penduduk lain.
Pasukan Pusat Kesihatan Daerah (PKD) akan mengadakan pemeriksaan pada jam 2.00 petang hari di Dewan Chu Rahimah, pada jam 2.00 petang , hari ini
Pihak PKD sedang menunggu arahan untuk mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kampung tersebut tetapi menangguhkan seketika dengan alasan PKPD dilakukan untuk yang memakai gelang merah jambu.
Pihak penguatkuasaan termasuk Polis Di Raja Malaysia (PDRM) sedang melakukan rondaan dan mengawal lalu lintas di kawasan tersebut, terdapat individu yang memakai gelang merah jambu masih lagi keluar daripada rumah masing-masing. –SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Penyanyi, Tajul, tidak menolak dakwaan abangnya yang juga penyanyi, Khalis terlantar sakit akibat terkena ilmu hitam.
Bagaimanapun, Tajul atau nama sebenarnya Tajul Arif Noor Md Shari tidak mahu mengiyakan kerana tahu orang ramai pasti memahami selepas melihat keadaan abangnya.
“Orang luar boleh agak sebenarnya apabila melihat gambar Khalis. Kalau nak cakap pun, perkara ini agak sensitif sebab ada yang percaya dan sebaliknya mengenai sihir dan ilmu hitam ini.
“Jadi, saya tidak mahu berkata lebih-lebih. Tetapi, nak atau tak nak, perkara ini kena percaya sebab memang ada. Jika pernah kena mungkin tahulah macam mana keadaannya.
“Jika mahu diikutkan, perkara ini sudah lama sebenarnya terjadi pada abang sejak awal menjadi penyanyi lagi, tetapi sekarang bertambah teruk. Khalis tidak sedar 100 peratus, terbaring, tidak boleh bercakap dan sebagainya,” katanya kepada BH Online.
Bagaimanapun, Tajul berkata, keadaan abangnya kini beransur pulih dan berharap orang ramai dapat mendoakan kesembuhan Khalis.
“Sekarang ini, abang masih di hospital. Alhamdulillah keadaannya semakin baik, cuma tidak boleh makan dan mengharapkan air masuk ke dalam badannya,” katanya.
Tajul berharap orang ramai dapat mendoakan kesembuhan abangnya, Khalis (kiri). - Foto IG Khalis
Katanya, dia dan keluarga berusaha membawa Khalis pergi berubat, namun belum berjaya sembuh sepenuhnya.
“Kami sudah banyak kali berikhtiar, bawa Khalis pergi berubat sana sini, tetapi keadaannya masih berulang. Sudah sembuh, kemudian sakit balik. Kami bawa pergi berubat dengan pengamal perubatan tradisional yang kuat pun, penyakitnya datang semula.
“Ada sekali saya bawa pergi jumpa orang Jawa untuk merawat. Selepas dirawat, Khalis boleh berdiri dan terus bercakap daripada terbaring. Dia boleh minta air dan makan. Kemudiannya selang dua hingga tiga hari, kena balik.
“Itu yang sakit hati, kami pun tidak tahu kenapa ada manusia sanggup buat sebegini pada orang lain dalam dunia ini,” katanya.
Awal bulan lalu, tular foto Khalis atau nama sebenarnya, Muhammad Khalis Md Shari kelihatan pucat, berwajah cengkung dan badan kurus kering didukung seseorang masuk ke dalam kereta untuk dibawa ke hospital dalam media sosial.
Penyanyi lagu Semakin Rindu itu dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban selepas ditemui dalam keadaan separuh sedar di kediamannya.
Sejak itu, wujudnya dakwaan mengatakan Khalis yang juga adik kepada Allahyarham Achik Spin itu sebenarnya mengalami sakit teruk akibat sihir atau ilmu hitam, lapor BH ONLINE
Khalis mempunyai seorang isteri dan memikul tanggungjawab membesarkan tujuh cahaya mata berusia daripada 9 hingga 20 tahun. Tiga daripada mereka adalah anak tiri, dua anak sendiri dan dua lagi anak saudara yang dipelihara sejak kecil.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Disahkan positif COVID-19, hantaran dimuat naik Nabila Huda di Instagram (IG) Story, pagi tadi, bagai meluahkan protes dan rasa kecewa terhadap sikap insan dikenali yang didakwa mengambil mudah soal penularan wabak berkenaan.
Nabila yang mesra disapa Abil mengaku ralat dengan apa yang didakwanya sikap sambil lewa insan yang dikenali sehingga dia terpalit dan dijangkiti COVID-19.
Reaksi atas hantaran dikongsi Nabila, pasangan suami isteri, Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia memuat naik ucapan di IG Story mendoakan agar Nabila pulih seperti sedia kala.
Perkongsian itu lantas diungkap semula Nabila yang juga ibu kepada Keisha Laila itu di IG Story yang berbunyi:
“Saya ini jenis duduk rumah kalau tiada keperluan di luar. Jadi, kalau tiada sebab hendak keluar, duduklah diam-diam di rumah. Disebabkan degil, orang lain yang tidak bersalah jadi mangsa.
“Kesakitan yang datang berpunca daripada kepentingan dan kecuaian orang lain… Ini sudah jadi konsep teraniaya.
“Benar apabila diuji dengan apa saja ujian dan kesakitan, kita kena reda dengan qada dan qadar.
“Tapi ini bukan konsep sebegitu, ini penyakit yang dicari atas kedegilan diri sendiri. Kerana nafsu dan keseronokan, habis semua yang tak ada kena mengena terpalit sama.
“Jangan berlagak jadi mangsa di atas situasi yang kamu wujudkan sendiri,” katanya.
Nabila yang ketika ini sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah, bersyukur suami dan anaknya disahkan negatif, lapor BH ONLINE
“Walaupun esok sudah hendak raya dalam suasana yang tidak beriya-iya, kesakitan tidak terjangka ini membuatkan saya sedih.
“Hendak sambut hari lahir Keisha yang ke-11 baru-baru ini pun terpaksa berjauhan.
“Saya dalam proses sembuh… Harap keputusan ujian calitan nanti jadi negatif,” katanya.
“
“
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!