SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2020 SECARA DALAM TALIAN ESOK
PETALING JAYA- Seramai 401,105 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2020 boleh menyemak keputusan mereka pada pukul 10 pagi esok menerusi semakan secara dalam talian.
Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, semakan keputusan peperiksaan nasional itu dibuat secara dalam talian dan calon tidak dibenarkan hadir ke sekolah.
“Calon akan menerima keputusan mereka menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada SMS 68886 yang akan memaklumkan ringkasan keputusan itu dengan hanya memberikan gred diperoleh mereka.
“Selain itu, calon boleh membuat semakan menerusi pautan myresult1.moe.gov.my dan myresult2.moe.gov.my,” katanya di sini tadi.
Calon SPM boleh menyemak keputusan peperiksaan melalui kaedah secara atas talian. Jelas kenyataan itu, slip keputusan penuh boleh dimuat turun selepas 4 hari pengumuman keputusan melalui pautan myresult3.moe.gov.my.
“Bagi calon yang tidak mempunyai capaian internet, guru kelas, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan menyenaraikan nama mereka sebelum hari keputusan, lapor KOSMO online.
“Seterusnya, guru kelas, JPN dan PPD akan memaklumkan keputusan SPM kepada mereka,” katanya. -K! ONLINE
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PENDANG: Penduduk Kampung 15 Tokai dekat sini, gempar apabila seekor buaya dikatakan timbul di permukaan tali air kawasan sawah padi yang tidak pernah menjadi habitat reptilia berkenaan.
Penduduk yang panik bertindak menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pendang memaklumkan kejadian itu kerana bimbang kehadiran buaya berkenaan boleh mengancam nyawa penduduk. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pendang, Leftenan (PA) Yuslina Yusoff berkata, sebaik menerima panggilan pada jam 3.23 petang, sepasukan anggota dihantar ke lokasi.
“Bagaimanapun sebaik tiba di lokasi, kelibat buaya itu tidak kelihatan, namun anggota kami menemui kesan tapak kaki dan badan reptilia itu di kawasan tebing tali air berkenaan,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kedah, Jamalun Nasir Ibrahim memaklumkan, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kehadiran buaya di tali air berkenaan.
Gambar Hiasan
Namun beliau menasihatkan orang awam yang ternampak kelibat reptilia itu supaya menghubungi pihaknya untuk diambil tindakan, lapor HM online.
“Sekiranya benar buaya ada dalam tali air itu seperti yang dilaporkan, kita minta orang ramai tidak mengunjungi kawasan itu untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MARAN: Masyarakat Orang Asli akan menerima suntikan vaksin di penempatan masing-masing tanpa keluar ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi menggelakkan pergerakan dan menjimatkan kos pengangkutan dan masa.
Timbalan Menteri, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) , Datuk Seri Dr Ismail Abdul Muttalib berkata, dua siri khas suntikan vaksinasi Covid-19 akan dilaksanakan di Parlimen Maran, bagi memastikan masyarakat Orang Asli di daerah itu menerima suntikan vaksin yang disaran kerajaan.
Datuk Seri Dr Ismail Abdul Muttalib turut mematuhi SOP yang dikenakan di ketika melawat ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Dewan Jubli Shah, Maran, semalam.
“Inisiatif tersebut bagi memastikan tiada keciciran berlaku di kalangan suku kaum itu dalam menerima suntikan vaksin.
“Kita mendapat sokongan penuh daripada ketua-ketua masyarakat Orang Asli di Maran bagi mengurangkan pergerakan keluar masuk sekaligus menyekat penularan wabak Covid-19 ke penempatan mereka,” katanya ketika melawat ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Dewan Jubli Shah, Maran, semalam.
Katanya, Tok Batin penempatan kaum itu di dalam Parlimen Maran telah mendapat taklimat khas dan mereka bersetuju untuk mewujudkan dua siri kursus penerangan untuk masyarakat yang bakal dikumpulkan di tempat mereka tanpa perlu keluar.
“Masalah logistik termasuk pengangkutan juga turut dapat diselesaikan dengan penempatan anggota perubatan di dewan serbaguna yang terdapat di kawasan masing-masing.
“Kerjasama daripada pelbagai agensi juga turut melancarkan perlaksanaan program itu yang dijadualkan akan dimulakan dalam masa terdekat.” katanya.
Katanya, seramai 6,138 orang telah telah menerima suntikan vaksin bagi Fasa Kedua yang bermula 4 Jun lalu sehingga hari ini, serta 2,021 orang telah melengkapi pemberian suntikan dos kedua di Maran. Setakat ini, Maran mempunyai tiga pusat PPV.
Datuk Seri Ismail turut menyampaikan Bakul Makanan kepada wakil masyarakat Orang Asli di Balai Raya, Kampung Batu 55, Maran, semalam.
Sementara itu, Penyampaian Bakul Makanan kepada masyarakat Orang Asli dalam Parlimen Maran disampaikan di Balai Raya Kampung Batu 55, Maran. Moga pemberian bakul makanan itu dapat membantu masyarakat itu semasa Perintah kawapan pergerakan (PKP). -SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN – Seorang jurugambar akhbar kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) mengakui gambar yang tular di media sosial kononnya keadaan terkini Tasik Chini di Pahang, sebenarnya gambar lama dirakamnya dua tahun lalu.
Gambar dari udara menggunakan dron itu menunjukkan penerokaan tanah bukit, hanya kira-kira 150 meter dari tasik.
Jurugambar tersebut, Farizul Hafiz Awang, 31, berkata gambar itu diambil untuk satu laporan khas bagi akhbar Berita Harian (BH) pada Mac 2019.
Beliau menjelaskan gambar itu dirakam menggunakan dron dan tidak menyangka ada menularkannya semula dan mendakwa ia keadaan terkini di Tasik Chini, lapor Malaysiapost.
“Sepatutnya orang ramai selidik dulu kesahihan perkara seperti ini, bukannya percaya tanpa usul periksa,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT : Seorang lelaki berusia 45 tahun mengguna anak perempuannya berusia tiga tahun untuk mengaburi kegiatan pengedaran dadah daripada pihak berkuasa di kawasan taman permainan, Taman Koperasi, dekat sini, kira-kira 10 pagi, semalam.
Polis Bahagian Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut yang menjalankan Ops Tapis telah menahan seorang lelaki tersebut kerana disyaki memiliki dadah jenis heroin dan syabu di kawasan taman permainan taman itu ketika tangkapan bersama anak perempuannya.
Ketua Polis Jerantut, Suprintendan Mazlan Hassan berkata, suspek ditahan setelah polis melakukan pemeriksaan dan menemui dadah jenis heroin seberat 2.32 gram dan syabu seberat 1.16 gram yang dianggarkan bernilai RM500 pada tubuh lelaki berkenaan.
Ketua Polis Jerantut, Suprintendan Mazlan Hassan
“Polis menahan suspek dan merampas kedua jenis dadah ini dan pada masa yang sama suspek membawa bersama seorang anak perempuan berusia tiga tahun , ketika disiasat suspek mengakui dadah berkenan adalah miliknya dan kemungkinan akan diedar kepada penagih lain.
“Suspek yang bekerja di sebuah kilang papan di sini memulakan aktiviti pengedaran dadah di sekitar Jerantut sejak 3 bulan lalu,” katanya.
Katanya, polis akan meneruskan Ops Tapis di daerah ini bagi mengesan dan menangkap pengedar dan penagih dadah di sini khususnya lokasi di tanah rancangan Felda, kampung tradisional dan kawasan perumahan bandar.
“Siasatan juga mendapati suspek mempunyai dua rekod kesalahan lampau di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat jenayah diminta menyalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah di sni menerusi talian 09 2662222 sambungan 162,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Parti yang masih dalam proses pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengesahkan menerima surat dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.
Ketua Penerangan Pro-tem Pejuang, Ulya Aqamah Husamudin, berkata Pengerusi Pro-tem Tun Dr Mahathir Mohamad dijadualkan menghadap Seri Paduka pada Khamis ini.
“Surat rasmi bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong diterima pada minggu lepas lagi. Bagaimanapun waktu (untuk Dr Mahathir menghadap) belum ditentukan lagi setakat ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Pengesahan Pejuang itu hadir selepas kedengaran desas-desus bahawa semua pemimpin parti politik di negara ini akan dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong, dipercayai ada kaitan dengan keadaan semasa negara.
Bagaimanapun, Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon ketika diajukan soalan sama, masing-masing menyatakan mereka tidak mempunyai maklumat mengenai perkara itu setakat ini.
Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai dan Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran pula memaklumkan parti mereka belum menerima sebarang jemputan rasmi daripada Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.
Sementara itu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengakui mendengar desas-desus berkenaan namun tidak dapat memastikan sama ada parti itu sudah menerima surat jemputan berkenaan.
“Dengar khabar begitulah (dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong). Saya tidak ke pejabat… tak pasti sama ada (UMNO) dah dapat surat atau belum,” katanya., lapor BH ONLINE.
Berlainan pula dengan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang meminta Bernama merujuk perkara berkenaan kepada Ahli Jawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
“Rujuk Khairuddin… dia mungkin tahu lebih berbanding maklumat yang kami ada,” kata Saifuddin Nasution.
Semalam, media melaporkan Khairuddin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Pro-tem Pejuang Wilayah Persekutuan, berkata Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap semua pimpinan parti politik termasuk pembangkang.
Jawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat yang dianggotai pemimpin pembangkang ditubuhkan bagi mengumpul petisyen supaya darurat COVID-19 ditamatkan segera.
Pada 11 Januari lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara sebagai langkah proaktif untuk membendung pandemik COVID-19.
Seri Paduka Baginda turut memberi perkenan untuk tempoh pelaksanaan darurat ini hingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.
Susulan itu, Pejabat Perdana Menteri pada 9 Februari lalu, mengumumkan pelantikan 19 ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 itu berperanan menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai kewujudan berterusan darurat besar di Malaysia dan penamatannya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MINYAK MASAK CUKUP DI PAHANG, PENGGUNA GUNA PILIHAN BERJIMAT
KUANTAN : Pengguna tidak perlu keliru kerana kenaikan harga minyak masak tidak bersubsidi ditentukan oleh pasaran harga sawit termasuk kos pengilangan seperti pembotolan, pengangkutan dan keuntungan di peringkat kilang, pemborong, pengedar dan peruncit.
Walau begitu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang memberikan jaminan bekalan minyak masak mencukupi dan tiada masalah kekurangan bekalan di semua peringkat rantaian pengedaran.
Anggota pengkuatkuasa KPDNHEP memantau harga barangan di sebuah pasar raya.
Ketua Penguatkuasa KPDNHEP Pahang, Normaswari Nordin berkata, peruncit dibenarkan mengehadkan pembelian cuma tiga paket minyak masak seberat satu kilogram yang bersubsidi sahaja bagi setiap pelanggan untuk memastikan bekalan sentiasa ada dan mencukupi.
Katanya, terdapat dua jenis kategori minyak masak di pasaran negeri ini, iaitu minyak masak bersubsidi dan tidak bersubsidi dan hanya minyak masak peket seberat satu kilogram sahaja yang dikategorikan sebagai bersubsidi dengan harga telah ditetapkan, iaitu RM2.50 seberat satu kilogram.
“Manakala minyak masak yang lain termasuk dalam kategori tidak bersubsidi yang telah dilaporkan oleh media berlaku kenaikan apabila peruncit menjual dengan pelbagai harga mengikut pasaran semasa.
“Pejabat Penguat kuasa KPDNHEP negeri telah menjalankan analisis ke atas pengkalan data harga dan siasatan lanjut ke atas semua rantaian pengedaran dan mendapati terdapat kenaikan harga di antara 16 hingga 24 peratus jenis serta jenama minyak masak tidak bersubsidi bermula pada suku keempat tahun lalu,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.
Menurut Normaswari, punca kenaikan minyak masak tidak bersubsidi disebabkan oleh harga minyak sawit yang lebih tinggi di peringkat pengilangan akibat kenaikan harga pasaran minyak sawit mentah (Crude Palm Oil) dunia.
“Kita menggalakkan pengguna boleh menjimatkan dengan berbelanja minyak sawit bersubsidi pek polibeg seberat satu kilogram berharga RM2.50 yang juga sama kualitinya dengan minyak sawit dalam botol,” katanya.
Dalam perkembangan yang sama, Normaswari berkata, sehingga ini, penguat kuasa KPDNHEP negeri dibantu oleh pegawai Pegawai Pemantau Harga (PPH) sentiasa proaktif melakukan pemeriksaan serta pemantauan 85 buah premis perniagaan yang menjadi tumpuan awam.
Pemeriksaan menyeluruh di beberapa premis bagi memastikan harga minyak masak berpatutan dan bekalan mencukupi.
“Sebanyak 307 buah premis di bawah Skim Premis Peruncit dan Skim Premis Pemborong kerap dipantau tahap keberadaan bekalan barang keperluan untuk pengguna termasuk minyak masak.
“Manakala, sepanjang tahun ini, Penguatkuasa KPDNHEP negeri hanya menerima dua aduan sahaja melibatkan harga dan bekalan bagi minyak masak,” katanya.
Selanjutnya, Normaswari menambah sepanjang tahun ini, KPDNHEP negeri telah menjalankan sebanyak 25,243 pemeriksaan ke atas premis perniagaan dan merekodkan 32 kes berkaitan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 yang melibatkan nilai rampasan sebanyak RM128,870.45 dan kompaun sebanyak RM32,400.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Buat pertama kali di Pahang, Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah menjalinkan kerjasama dengan pemimpin masyarakat setempat bagi melakukan pemantauan di tiga lokaliti yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Pasukan Komuniti Prihatin (PKP) yang terdiri daripada pengerusi jawatankuasa kemajuan dan kemakmuran kampung (JKKK) dan pemimpin masyarakat itu disenaraikan sebagai antara elemen penting dalam memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi sepenuhnya penduduk di kawasan terbabit.
Penubuhan PKP itu hasil persetujuan bersama antara Pegawai Daerah Kuantan, Tengku Datuk Norasmaliza Ku La dan Komander Operasi PKOB daerah yang juga Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali.
Mohamad Noor berkata, seramai 20 ahli PKP dilantik bagi membantu kira-kira 60 pegawai dan anggota keselamatan yang menjalankan tugas penguatkuasaan PKPD di Kampung Seri Damai, Kampung Jaya Gading dan Bandar Baru Jaya Gading yang mempunyai jumlah penduduk kira-kira 11,000 orang.
“Mereka ini akan turut disenaraikan dalam jadual penugasan harian bersama pegawai dan anggota polis, tentera dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
“Memandangkan kawasan ini mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, kita memang memerlukan kerjasama pemimpin masyarakat setempat kerana mereka lebih mengenali penduduk di sini dan ‘laluan tikus’ yang terdapat di sekitar kawasan ini.
“Jadi, kita amat berterima kasih kepada mereka semua kerana sudi bersama-sama kami dalam memastikan pelaksanaan PKPD kali ini dapat mengawal penularan wabak COVID-19,” katanya ketika ditemui selepas taklimat ringkas pelaksanaan PKPD di sini, malam tadi. Taklimat itu turut disertai Pegawai Daerah Kuantan, Tengku Datuk Norasmaliza Ku Lah dan ahli dewan undangan negeri (ADUN) Pulau Manis, Datuk Khairuddin Mahmud.
Dalam perkembangan lain, Mohamad Noor berkata, selain tiga lokaliti di Kampung Jaya Gading, Kampung Seri Damai dan Bandar Baru Jaya Gading, kawasan perindustrian Gebeng turut terbabit dalam pelaksanaan PKPD yang bermula hari ini hingga 24 Jun.
“Bagi kawasan perindustrian Gebeng, kita sudah meletakkan (mengadakan) sekatan jalan raya di hadapan Balai Polis Gebeng bagi memudahkan pemantauan keluar dan masuk pekerja sana.
“Sebelum ini, kita sudah melakukan pemantauan di sana dan kebanyakan pemilik kilang juga sudah mengambil langkah awal untuk memastikan semua SOP dipatuhi.
“Ada juga pemilik kilang yang melakukan ujian saringan atau calitan COVID-19 kepada pekerja mereka sebagai langkah pencegahan dan ini amat kami hargai,” katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SYED SADDIQ PERSOAL RANCANGAN HIBURAN TIDAK PATUH SOP
PETALING JAYA -Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoalkan penganjuran sebuah rancangan berbentuk hiburan di televisyen ekoran disifatkan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Menerusi ciapan di laman Twitternya, Syed Saddiq mempersoalkan mengapa sidang Parlimen masih lagi ditutup walaupun sudah ramai Ahli Dewan Rakyat telah menerima vaksin.
Tangkap layar ciapan yang ditulis Syed Saddiq tadi.
“Mengapa Parlimen ditutup sedangkan majoriti wakil rakyat sudah divaksin dan kelengkapan di Parlimen mengikuti SOP tetapi rancangan hiburan sekarang ada yang tidak memakai topeng, pelitup muka dan tiada penjarakan sosial masih ditayangkan di televisyen?” soal beliau.
Dalam ciapannya, Syed Saddiq turut meminta Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memberi maklum balas kepada pertanyaannya.
Sementara itu, rata-rata pengguna turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pengendalian SOP yang dipercayai berat sebelah sehingga rancangan hiburan sebegitu dapat dijalankan seperti biasa.
“Saya pun rasa pelik. Takkan tiada langsung perlindungan sepanjang penggambaran rancangan hiburan ini? Saya bersangka baik, mungkin penggambaran dijalankan pada tahun 2019,” ciap @rasyaik.
“Rancangan seperti ini sangat tidak sesuai ditayangkan di televisyen pada waktu ini. Melalaikan dan nampak seperti tidak prihatin dengan suasana negara yang sedang tenat melawan wabak Covid-19, walaupun rancangan ini sekadar rakaman,” ujar @shahabdkadir.
Sementara itu, Kosmo! Online difahamkan program itu telah dirakamkan sebelum lockdown penuh minggu lalu.
Melalui satu hantaran penyanyi Siti Nordiana yang turut serta dalam program yang dimaksudkan memaklumkan program itu telah dirakamkan sebelum lockdown penuh dengan pematuhan SOP yang ketat.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MAJLIS DAERAH JERANTUT DAFTAR VAKSINASI DARI RUMAH KE RUMAH
JERANTUT: Majlis Daerah Jerantut (MDJ) dengan kerjasama jabatan kerajaan di Jerantut mengadakan kempen pendaftaran vaksinasi dari rumah ke rumah bagi membantu orang ramai di daerah ini mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19.
Yang Dipertua Majlis Daerah Jerantut, Khairun Nissa Aris, berkata bermula hari ini sehingga esok, wakil-wakil daripada jabatan kerajaan akan mengedarkan borang pendaftaran vaksinasi secara terus ke peti surat setiap rumah di taman perumahan yang terlibat.
Yang DI-Pertua Majlis Daerah Jerantut, Khairun Nissa Aris.
“Bagi taman yang tidak tersenarai dalam kempen ini, pelaksanaan program pendaftaran imunisasi dilakukan melalui Kelab Rukun Tetangga (KRT) taman masing masing di bawah seliaan pejabat Perpaduan Daerah Jerantut.
” Penduduk berusia 18 tahun ke atas adalah layak untuk mendaftar vaksinasi Covid-19 dengan mengisi borang yang diedarkan.
” Orang ramai diminta untuk memberikan kerjasama dengan mengisi borang yang diedarkan dan kemudian menempatkan semula borang yang telah diisi ke dalam peti surat rumah masing-masing bagi memudahkan pungutan semula borang dilakukan dengan kontak yang minima.
Petugas Majlis Daerah Jerantut dan jabatan kerajaan mengedarkan borang pendaftaran vaksinasi Covid-19, hari ini.
“Wakil-wakil jabatan kerajaan yang terlibat akan datang sekali lagi ke kawasan perumahan bagi memungut semula borang tersebut pada pada 10 Jun dan 11 Jun nanti.
Beliau berkata, penduduk taman perumahan terbabit boleh juga menghantar borang tersebut melalui talian whatsapp atau e-mel seperti yang tercatat di ruangan bawah borang pendaftaran tersebut. –SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!