PETALING JAYA – Duta Besar Amerika Syarikat (AS), Brian D. McFeeters menjadi perhatian netizen hari ini apabila mempamerkan kefasihannya berbahasa Melayu ketika menyampaikan ucapan ringkas mengenai bantuan Covid-19 kepada Malaysia.
Kefasihan McFeeters itu dimuatnaik menerusi satu video berdurasi dua minit empat saat yang memperkatakan mengenai bantuan yang diberikan oleh AS kepada Malaysia berkenaan pandemik Covid-19.
“Pada masa ini, saya sebagai duta dan rakan saya di Kedutaan Amerika Syarikat ingin membantu rakyat Malaysia dengan cara apa sekalipun. Hari ini dengan sukacitanya saya umumkan tentang bantuan tambahan Covid-19 oleh pihak kedutaan kepada Malaysia,” jelasnya dalam video tersebut.
Rata-rata pengguna laman Twitter terkejut dan memuji kefasihan beliau kerana mampu untuk bercakap dalam Bahasa Melayu.
Menurut seorang pengguna laman Twitter dengan nama @BigBadWolfe8 berkata, usaha yang dilakukan oleh duta AS itu untuk belajar Bahasa Melayu adalah satu usaha yang hebat, lapor KOSMO online.
“Usaha yang dilakukan untuk belajar sesuatu bahasa itu amatlah dihargai. Saya hormat awak. Saya bangga awak dapat berbahasa Melayu dengan fasih,” ciapnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
GEORGE TOWN: Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan terputus dua selepas dipercayai terjatuh dari koridor tangga di tingkat 26 sebuah kondominium di Bayan Lepas di sini kira-kira jam 8.30 pagi tadi.
Mayat lelaki yang belum dikenalpasti identiti itu dijumpai seorang tukang cuci bangunan semasa dia dikatakan sedang membersihkan kawasan taman di aras enam perumahan berkenaan.
Pekerja lelaki itu dikatakan tergamam sebaik melihat keadaan mangsa yang terputus dua dari bahagian kepala ke pinggang manakala pinggang ke kaki dipercayai terkena tembok batu besar di situ.
Kematian lelaki tersebut telah disahkan oleh pasukan Kementerian Kesihatan yang tiba di lokasi kejadian.
Difahamkan, polis turut menemui selipar dipercayai milik lelaki tersebut berdekatan tangga, lokasi dia dipercayai terjatuh.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal, ketika dihubungi mengesahkan laporan kejadian itu. – K! ONLINE
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
RAYUAN TUNGGAKAN CUKAI RM 1.69 BILION NAJIB DIJADUAL SEMULA KE 11 OGOS
Mahkamah Rayuan menetapkan 11 Ogos ini sebagai tarikh baharu bagi mendengar rayuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan beliau membuat pembayaran RM1.69 bilion yang tertunggak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Peguam Najib, Wee Yeong Kang ketika dihubungi berkata rayuan pada mulanya dijadual untuk didengar hari ini, namun ia dilapangkan disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Pendengaran rayuan kini dijadualkan pada 11 Ogos,” katanya selepas perkara berkenaan hari ini dijadikan sebagai pengurusan kes secara dalam talian oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mariam Hasanah Othman.
LHDN diwakili oleh Peguam Kanan Hasil Al-Hummidallah Idrus.
Pada 22 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Najib perlu membayar tunggakan cukai tambahan LHDN bagi tempoh 2011 hingga 2017 berjumlah RM1.69 bilion selepas membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus terhadapnya.
Penghakiman terus ialah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.
Najib kemudiannya memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu di Mahkamah Rayuan.
Mengikut Seksyen 103 (2) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ITA), seseorang yang diperintahkan membayar taksiran itu perlu menjelaskan bayaran itu kepada LHDN walaupun rayuan difailkan.
Pada 4 Feb lepas kerajaan melalui LHDN, memfailkan notis kebankrapan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur terhadap Najib selaku penghutang kerana gagal membayar cukai pendapatan berjumlah RM1.69 bilion yang ditetapkan Mahkamah Tinggi.
Pada 14 Jun Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib untuk menggantung pelaksanaan perintah bahawa beliau perlu membayar cukai tertunggak sebanyak RM1.69 bilion kepada LHDN.- Bernama
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT : Sedang leka membungkus dadah seorang lelaki Melayu berusia 27 tahun tidak sedar rumahnya diserbu dan dicekup polis hasil maklumat orang awam di sebuah rumah di Taman Saujana Indah, di sini, pada jam 10.45 pagi pada 14 Jun 2021, lalu.
Lelaki tersebut sanggup menyewa sebuah rumah inap harian (homestay) di taman itu untuk memproses pembungkusan dan mengedar dadah telah diberkas oleh polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut dalam Ops Tapis.
Semasa serbuan di rumah berkenaan polis telah telah menjumpai dan merampas dadah jenis Syabu seberat 50.38 gram, alat penimbang digital dan mesin pembungkusan plastik.
Ketua Polis Jerantut, Suprintendan Mazlan Hassan berkata, ketika serbuan, suspek sedang leka membungkus dadah dan tidak menyedari kehadiran polis serta menyerbu masuk ke rumah inap itu.
Ketua Polis Jerantut, Suprintendan Mazlan Hassan berkata, ketika serbuan, suspek sedang leka membungkus dadah dan tidak menyedari kehadiran polis serta menyerbu masuk ke rumah inap itu.
“Polis menemui dadah jenis Syabu seberat 50.38 gram yang bernilai RM7,000 dalam pemeriksaan di rumah inap berkenaan dan dipercayai melakukan kerja pembungkusan dadah untuk segera diedarkan kepada penagih di daerah ini berdasarkan penemuan mesin pembungkusan plastik dan alat penimbang digital.
“Suspek yang tinggal di sebuah taman perumahan bandar ini juga mempunyai rekod lampau jenayah dadah, iaitu di bawah Seksyen 12 (2), Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15 (1) ADB 1952 dan didapati positif dadah Methaphetamine akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya di Ibupejabat Polis Daerah di sini, hari ini.
Katanya, polis Jerantut akan terus giat menggempur aktiviti dadah di daerah ini menerusi OPs Tapis ke atas pengedar dan penagih antaranya melibatkan sasaran golongan remaja di kawasan bandar, kampung tradisional dan seluruh kawasan Felda.
Dadah yang dibungkus dan alat pembungkus yang dijumpai ketika menyerbu rumah tersebut.-Foto PDRM
“Polis juga berterima kasih kepada orang ramai yang membuat laporan mengenai kegiatan dadah di tempat masing-masing sambil berharap kerjasama erat ini diteruskan pada masa akan datang bagi memudahkan usaha pembenterasan aktiviti mengedar dan penagihan dadah.
“Orang ramai yang mempunyai semua maklumat jenayah diharap membantu polis dengan menyalurkan maklumat kepada IPD Jerantut menerusi talian 09-2662222 sambungan 262,”katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ditanya selebriti Afdlin Shauki pada program bual bicara malam ini mengenai proses vaksin yang sangat rumit di Malaysia.
Afdlin memberi contoh laporan pemberian vaksinasi di luar negara yang pantas dengan berbagai kaedah termasuk cara pandu lalu.
“Jawabnya bengong, menyampah aku dah.
“Selalu saya jaga bahasa. Tetapi ini saya cakap lepas sajalah,” kata Anwar.
“Ini duduk isi-isi borang tak habis lagi. Apa ini? Orang mati,” tegasnya mengulas proses birokrasi program imunisasi negara.
Afdlin Shauki wawancara Datuk Seri Anwar Ibrahim
Setakat tengah hari ini, 101 kes kematian baru dilaporkan dengan jumlah keseluruhan korban seramai 4,069 orang.
Sementara itu, Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 922 pesakit sedang dirawat di UCU dengan 450 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Pun begitu, Anwar berkata sekarang ini berlaku sedikit perubahan dalam kelancaran vaksin.
“Setelah digasak, selepas Tuanku Sultan Selangor tegur,” katanya.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 8 Jun lalu menzahirkan rasa terkejut dan kecewa baginda apabila mendapat tahu hanya 615,210 dos vaksin Covid-19 diberikan kepada negeri itu dan bukan 2.9 juta seperti didakwa sebelumnya.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor Mohamad Munir Bani berkata baginda bertitah peruntukan itu adalah tidak adil kerana ia sama sekali tidak seimbang dengan populasi keseluruhan penduduk Selangor.
Katanya baginda turut mahu agar jumlah pusat pemberian vaksin (PPV) di Selangor ditambah, khususnya di kawasan luar bandar.
Sementara itu, Anwar malam ini juga memberitahu Afdlin, dia turut membangkitkan isu program imunisasi yang dikritik ramai sebagai perlahan ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara pada 9 Jun lalu.
“Saya bila sembah laporan kepada Yang di-Pertuan Agong, saya beritahu Tuanku.
“Ampun Tuanku, rakyat sekarang banyak yang mati, yang boleh dielak kalau vaksin awal.
“Tuanku kata saya juga dapat maklumat dan sudah bagi tahu kepada kerajaan,” jelas ketua pembangkang itu.-MALAYSIAKINI
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
GEORGETOWN: Suspek yang bertindak agresif ketika cuba melarikan diri daripada polis di Jalan Batu Uban 2 di sini, pagi tadi, mengaku berada di bawah pengaruh dadah.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, siasatan awal mendapati, suspek memperoleh dadah itu daripada rakannya di Bayan Lepas, untuk kegunaan sendiri.
Soffian berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti sama ada dadah itu turut diagih kepada rakannya yang lain, lapor Harian Metro.
“Kita percaya suspek melarikan diri kerana bimbang tindakannya menyimpan dadah diketahui polis. Suspek sudah bercerai dengan isterinya dan memiliki seorang anak,” katanya.
Mengulas lanjut, Soffian berkata, pihaknya sudah mendapatkan rakaman video daripada kamera litar tertutup (CCTV) di premis berhampiran bagi melakukan siasatan lebih menyeluruh insiden mangsa dilanggar suspek.
Katanya, berdasarkan siasatan awal terhadap rakaman CCTV itu, mangsa dilanggar Perodua Myvi dipandu suspek ketika sedang melintasi lampu isyarat.
Akibat rempuhan, mangsa melambung sebelum digilis kereta dipandu suspek ketika melarikan diri, pihak polis masih mengesan waris mangsa bagi tujuan tuntutan selepas proses bedah siasat dijalankan esok.
“Suspek akan dipohon reman jam 9 pagi esok di Mahkamah Majistret Pulau Pinang bagi membantu siasatan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Soffian berkata, pihaknya sudah berhubung dengan wakil di Konsulat Indonesia bagi membuat pengesahan mengenai jaket dipakai suspek yang mempunyai logo konsulat itu.
“Suspek mengaku memperoleh pakaian itu dua bulan lalu daripada bapa saudara rakannya yang bekerja di konsulat berkenaan. Pihak konsulat juga bimbang sekiranya suspek pernah bekerja dengan mereka namun kita sudah maklumkan kepada mereka (siapa suspek),” katanya.
Pada kejadian jam 6.40 pagi, suspek berusia 46 tahun bertindak agresif dan melarikan diri sebelum dikejar polis selama kira-kira 25 minit.
Tiba di Jalan Perak, suspek melanggar seorang lelaki sebelum memecut di Jalan Van Praagh, polis terpaksa melepaskan empat das tembakan kerana suspek terus bertindak agresif malah hampir melanggar polis ketika melalui Jalan Batu Uban 2.
Pemeriksaan pada suspek menemukan tiga paket heroin seberat 13 gram. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39 Akta Senjata 1960.
Gambar Media Sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KPLB BAWA GERAK JENTERA PENDAFTARAN DAN SUNTIKAN VAKSIN KE PEDALAMAN
LIPIS : Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menggerakkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) untuk menyegerakan urusan pendaftaran suntikan vaksin dan pengurusan lojistik bagi penduduk luar bandar.
Timbalan Menteri Satu KPLB, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, usaha itu melibatkan bantuan daripada 15,000 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), pemaju masyarakat, guru tadika, kakitangan Kemas dan LKW.
Datuk Abdul Rahman (depan sekali) turut bersama kakitangan KKM dan agensi lain ke Kampung Kuala Kenong, hari ini.
“Program pendaftaran vaksinasi ini juga akan memberikan tumpuan kepada golongan warga emas, Orang kelainan Upaya (OKU) dan penduduk Orang Asli di seluruh negara yang masih tercicir berikutan kedudukan tempat tinggal dan tahap ketersampaian yang rendah di pedalaman serta tidak mempunyai kemudahan alat peranti dan akses maklumat.
“Turut memberi kemudahan kepada warga emas yang terlantar dan program vaksinisasi bergerak akan diaktifkan ke kampung-kampung dan kawasan pedalaman berdasarkan data yang diperoleh dari Pejabat Kesihatan Daerah serta boleh mempercepatkan proses vaksinasi yang dibawa kepada orang awam,” katanya.
Abdul Rahman berkata demikian kepada media selepas melancarkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Untuk Warga Emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) peringkat negeri di Kampung Kuala Kenong, dekat sini hari ini.
Petugas KKM mengadakan proses vaksinasi kepada penduduk sentempat, hari ini.
Sempena program itu, Abdul Rahman turut beramah mesra dengan seramai 12 orang warga emas yang berusia antara 60 hingga 90 tahun telah mendaftar menerima suntikan vaksin dos pertama daripada kakitangan Jabatan Kesihatan Lipis di dua buah kampung, iaitu Kampung Kuala Kenong dan Kampung Dusun.
“Program di kedua kampung ini antara perintis kerjasama KPLB dengan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengaktifkan pendaftaran dan suntikan vaksin di kampung termasuk hadir ke rumah bagi kalangan warga emas yang terlantar dan uzur.
“Menerusi cadangan ini, task force KPLB, Pejabat Daerah, Pejabat Kesihatan Daerah, Kemas dan agensi LKW akan menggunakan kemudahan lojistik seperti dewan, balai raya, sekolah tadika, pusat kegiatan Kemas dan sebagainya sebagai pusat vaksinasi kampung berkenaan,” katanya.
Katanya, golongan warga emas dan OKU akan dibantu oleh JPKK, kakitangan Kemas dan LKW memandangkan jarak antara kediaman mereka ke pusat vaksinasi yang jauh malah ada yang perlu menggunakan laluan sungai ataupun kenderaan pacuan empat.
“Ini antara usaha terbaik untuk membantu warga emas, OKU dan Orang Asli yang tinggal jauh lebih cepat menerima suntikan apabila pusat vaksinasi berdekatan tempat tinggal masing-masing,” katanya.
Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Lipis berkata, kira-kira 25,000 orang penduduk Orang Asli di negara ini sudah mendaftar untuk mendapatkan suntikan dalam masa terdekat, peningkatan pendaftaran penduduk Orang Asli sebanyak 50 peratus berbanding cuma 15,000 sahaja yang bersetuju ketika mula dilaksanakan kempen pendaftaran imunisasi pada bulan Mac lalu.
“Ini menunjukkan petanda yang baik kesedaran penduduk luar bandar khususnya warga emas, OKU dan Orang Asli yang pada awalnya sambutan amat dingin ketika KPLB mula menguar-uarkan pendaftaran dan pengambilan vaksin,” katanya.
Petugas KKM turut memberi suntikan vaksinasi kepada warga emas di Kampung Kuala Kenong, hari ini. Diperhatikan oleh Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (kiri sekali).
Sementara itu, warga emas Kampung Kuala Kenong, Kamaruzaman Mat Jalih, 82, berkata, dia memuji usaha KPLB dan Jabatan Kesihatan Lipis kerana datang ke rumahnya memberikan suntikan vaksin termasuk isterinya, Zariah Awang yang berusia 81 tahun.
“Saya tidak mampu ke pusat vaksin di bandar kerana sudah uzur lebih lagi perlu menaiki bot penambang menyeberangi Sungai Jelai dan kemudiannya ke bandar Kuala Lipis, usaha begini memberi kemudahan kepada penduduk sepertinya serta menyegerakan proses suntikan vaksin,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
VAKSIN COMIRNATY BOLEH DIBERI KEPADA GOLONGAN 12 TAHUN DAN KE ATAS
PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju meluluskan penggunaan vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech kepada golongan berumur 12 tahun dan ke atas.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-359 yang bersidang hari ini.
Menurut beliau, vaksin Comirnaty sebelum ini diluluskan pendaftaran bersyarat pada 8 Januari lalu digunakan bagi tujuan imunisasi aktif kepada individu berusia 18 tahun dan ke atas.
“Walaupun tambahan indikasi ini diluluskan, Kementerian Kesihatan (KKM) berpandangan keutamaan pemberian vaksin masih lagi kepada kumpulan berisiko tinggi selaras dengan dasar sedia ada yang ditetapkan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Noor Hisham berkata, mesyuarat berkenaan juga bersetuju memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana dua lagi produk vaksin satu dos pelalian, iaitu vaksin keluaran CanSino Biologics Inc dan dan vaksin Janssen Covid-19 keluaran Johnson & Johnson.
Kata beliau, vaksin keluaran CanSino Inc, China (pemegang pendaftaran produk: Solution Biologics Sdn. Bhd.) itu adalah atas jenama Convidecia Recombinant Novel Coronavirus Vaccine (Adenovirus Type 5 Vector).
Jelas beliau, vaksin Janssen Covid-19 pula diberi kelulusan Penyenaraian Penggunaan Kecemasan (Emergency Use Listing atau EUL) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
“Pendaftaran Janssen Covid-19 Vaccine yang diperoleh Kerajaan Malaysia melalui fasiliti COVAX ini dilaksanakan melalui mekanisme perakuan (recognition) ke atas kelulusan WHO EUL,” katanya.
Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, kelulusan pendaftaran bersyarat itu memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.
Katanya, ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi produk-produk vaksin tersebut kekal positif.
“KKM akan sentiasa mempertingkatkan tahap kesihatan awam dalam memerangi wabak Covid-19 melalui perolehan bekalan vaksin yang dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan diluluskan oleh PBKD, lapor Utusan Online
“Kerajaan juga komited untuk memastikan penduduk Malaysia mencapai imuniti kelompok selaras dengan sasaran PICK,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan merekodkan jumlah jangkitan harian Covid-19 sebanyak 5,419 di seluruh negara.
Kes hari ini meningkat sebanyak 470 kes selepas negara semalam mencatatkan penurunan kepada 4,929 kes.
Jumlah keseluruhan kes wabak sejak penularan adalah 667,876 kes.
Selangor bagaimanapun kekal sebagai negeri dengan rekod tertinggi iaitu sebanyak 1,996 kes diikuti Sarawak (718) dan Kuala Lumpur (650), lapor Utusan Online.
Negeri-negeri lain iaitu Negeri Sembilan (396); Johor (366); Kedah (252); Kelantan (245); Sabah (230); Melaka (155); Labuan (138); Pulau Pinang (124); Perak (68); Terengganu (43); Pahang (32); Putrajaya (5) dan Perlis (1).
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BUTTERWORTH: Kerajaan perlu meneliti dan mengambil kira pelbagai aspek berhubung gesaan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) supaya kem pelarian termasuk untuk etnik Rohingya dibina di negara ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, antara perkara yang perlu dilihat termasuk dari aspek lokasi dan pembinaan kem bagi pelarian tersebut sebelum polisi berkaitannya diumumkan.
“Ya perkara itu (kem pelarian) adalah apa yang dicadangkan mereka (UNHCR) bagi menangani isu pelarian Rohingya, tetapi kita tidak pasti bentuk kem pelarian bagaimana yang dimaksudkan.
“Dalam hal ini kita kena melihat kepada realiti seperti tempat dan lokasi serta pembinaan (kem pelarian), itu semua perlu diambil kira sebelum kita umumkan sesuatu polisi,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas meninjau dua lokasi yang menjadi lokasi penempatan warga asing dan etnik Rohingya di sini iaitu di Rumah Pangsa Jalan Terubuk dan Pangsapuri Taman Sutera di sini.
Tinjauan bersama anggota dan pegawai Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu dilakukan ekoran aduan masyarakat yang mendakwa terganggu dengan kehadiran terlalu ramai warga asing termasuk etnik Rohingya di kawasan mereka.
Dalam pada itu, Hamzah berkata, kerajaan juga akan meminta UNHCR menyerahkan senarai pemegang kad suruhanjaya tersebut di negara ini bagi membolehkan pemantauan dan penguatkuasaan dilakukan.
Ketika ini kata beliau, tindakan penguatkuasaan seperti bagi kesalahan tinggal melebihi tiga tahun tidak dapat diambil kerana kerajaan tidak mempunyai senarai mereka yang memegang kad UNHCR.
Jelasnya, UNHCR sepatutnya boleh memberikan senarai itu tanpa meletakkan sebarang syarat yang hanya akan menunjukkan suruhanjaya berkenaan tidak ikhlas dalam tindakan mereka.,lapor Utusan Online.
“Apa yang dilakukan ini bukan kerana kita tidak ada perasaan perikemanusiaan kepada mereka tetapi kerana kerajaan lebih mementingkan rakyat Malaysia supaya dapat tinggal lebih selesa,” katanya
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!