Di saat ahli politik dan kunco-konco masih menampal sticker muka dan parti di kotak sedekah, rakyat Malaysia atau orang ramai yang cakna telah pergi jauh membantu rakyat yang sudah terdesak untuk mendapatkan bekalan sesuap nasi.
Tular di media sosial hari ini, untuk mengesan ‘Bendera Putih’.
Tular hari ini satu aplikasi http://kitajaga.co/ bertujuan untuk mengesan penerima ‘bendera putih’ yang sangat terkesan untuk mendapatkan bantuan semasa pendemik yang masih tiada penghujungnya.
Ramai yang diberhentikan kerja tidak kira golongan dan jenis pekerjaan yang mereka ceburi terlibat. Beribu-ribu sudah mula ‘rebah’ di dalam perjuangan kehidupan.
Aplikasi yang dipercayai boleh mengesan ‘bendera putih’
Website itu dikatakan dibangunkan oleh Reza Razali. Brilliant initiative bertujuan untuk mengesan yang memohon bantuan dan juga memberi bantuan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT : Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut turun padang membantu penduduk yang melalui bantuan bersasar yang terjejas pendapatan menerusi Ops Bantu di sini, hari ini.
Penugasan menerusi Ops Bantu selari dengan cogan kata pasukan, iaitu ‘Sedia Berkhidmat’ apabila PDRM menyampaikan bantuan barang keperluan dapur kepada seramai 10 orang ketua isi rumah (KIR) penerima pertama yang tinggal di taman perumahan pinggir bandar dan kampung berdekatan.
Op Bantu diketuai oleh Ketua Polis Jerantut, Suprintenden Mazlan Hassan bersama empat orang pegawai dan 10 orang anggota daripada pelbagai unit PDRM serta dua orang ahli Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang bergerak dalam dua kumpulan mengunjungi rumah penduduk berkenaan hari ini.
Suprintenden Mazlan Hassan bersama anggota daripada pelbagai unit PDRM serta ahli Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang bergerak menyambapikan bantuan berkenaan hari ini.
Bagi kalangan penduduk yang menerima bantuan hari ini pada mulanya agak terkejut kerana beranggapan diterjah oleh pihak polis atas kehadiran anggota berpakain seragam di hadapan rumah masing-masing, tetapi kembali ceria malah teruja setelah menerima sumbangan bakul makanan tersebut.
“IPD di sini menerima peruntukan sebanyak 300 bakul makanan daripada kerajaan untuk diagihkan kepada beberapa buah balai polis di daerah ini bagi tujuan membantu penduduk yang terjejas pendapatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
“Senarai nama penerima penduduk yang memerlukan kita perolehi berasaskan rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini dan mereka yang layak akan diberi bantuan secara berperingkat sehingga selesai menerusi balai berdekatan dengan tempat tinggal masing-masing,” katanya.
Mazlan berkata, dengan bantuan itu dapat meringankan sedikit beban semua penerima dalam tempoh PKP ini, diharap penerima bantuan tabah berdepan dugaan serta bagi pihak yang mampu sama-samalah kita merealisasikan nilai kemanusiaan, bantu-membantu serta sokongan moral kepada penduduk terjejas.
Bantuan turut disampaikan kepada penduduk di kawasan Perumahan Awam Kos Rendah Peringkat 3 dan 4, di sini.
Beliau berpesan, orang ramai supaya kekal duduk di rumah sekiranya tiada keperluan untuk keluar dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP), penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan amalan kebersihan dalam usaha membantu kerajaan mengawal dan menghapuskan pandemik Covid-19.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR : Mesyuarat Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan parti itu menarik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, berkuat kuasa serta-merta.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan, keputusan itu dipersetujui bersama selepas UMNO mendapati Muhyiddin gagal terutama dalam mengurus ekonomi negara, pandemik COVID-19 dan bantuan kepada rakyat, lapor BH ONLINE.
Beliau berkata demikian pada sidang media yang disiarkan secara langsung di Facebook UMNO Online sebentar tadi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
RAUB: Operasi tebang dan musnah ladang durian haram dalam Hutan Simpan Batu Talam di sini, berjalan lancar hari ini susulan kehadiran anggota polis daripada Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA).
Sebelum ini, provokasi melampau pekebun yang menceroboh hutan itu pada hari kedua operasi menyebabkan perasaan bimbang menghantui petugas yang terbabit dalam usaha tebang dan musnah tanaman itu.
Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasa) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Nor Azirim Ahmad, menyifatkan kehadiran lebih ramai anggota PGA mulai semalam, seolah-olah menyuntik semangat baharu kepada penebang dan petugas lain.
Beliau difahamkan, seramai 30 anggota PGA menyertai operasi itu mulai semalam dan hari ini seramai 30 lagi turut sama bergabung menjaga keselamatan petugas yang berada di dalam Hutan Simpan Batu Talam.
Katanya, anggota polis dan PGA turut mengadakan dua sekatan jalan raya (SJR) di laluan utama masuk ke kawasan terbabit, selain kawalan membabitkan jambatan konkrit yang sebelum ini dua kali dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab.
“Saya berharap operasi kini berjalan lancar tanpa sebarang gangguan mana-mana pihak dan provokasi oleh pihak tidak bertanggungjawab tidak berulang lagi, lapor BH ONLINE.
“Hari ini juga kita menambah lebih 30 kakitangan JPNP daripada beberapa daerah untuk turut sama menyertai operasi musnah, menjadi kira-kira 65 petugas yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan penebang,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Nor Azirim yang turut menyertai operasi itu, berkata kehadiran anggota Unit Penguatkuasa Negeri Pahang (UPNP) melancarkan lagi aktiviti menebang pokok durian kerana mereka berkemahiran tinggi dan mempunyai lebih kelengkapan.
Beliau berkata, pihaknya berharap operasi musnah kebun durian Musang King yang ditanam secara haram dalam Hutan Simpan Batu Talam seluas kira-kira 101 hektar dapat diselesaikan secepat mungkin lebih awal yang tetapkan sebelum ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PENEROKA FELDA WILAYAH JENGKA SAMBUT BAIK, PELUPUSAN, SEBAHAGIAN PINJAMAN
JERANTUT: Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melupuskan sebahagian pinjaman peneroka, cukup bermakna kepada peneroka di Wilayah Jengka khususnya dan seluruh negara amnya.
Pengumuman yang dinanti nantikan selama ini dianggap sebagai berita gembira dan hadiah terbaik untuk peneroka khususnya peneroka generasi pertama dan kedua pada Hari Peneroka tahun ini.
Exco Jawatankuasa Kemajuan, Keselamatan Rancangan (JKKR) Wilayah Jengka, Razak Daud , 60, berkata, ini adalah berita yang amat dinantikan oleh 14,957 peneroka dari 37 buah rancangan di Felda Wilayah Jengka.
“Kita warga Felda memang sangat mengalukan langkah itu dan berterima kasih kepada Perdana Menteri dan Felda kerana melupuskan hutang peneroka sebanyak 80% iaitu RM 8.3 billion.
” Inilah saat yang di nantikan serta amat mengembirakan peneroka. Dengan pelupusan sebanyak 80% ini secara tidak langsung peneroka hanya perlu membayar 20% sahaja lagi,” katanya.
Beliau berkata, tidak secara langsung boleh menstabilkan pendapatan peneroka yang sebelum dibelenggu hutang terutamanya ketika harga kelapa sawit yang tidak menentu.
” Langkah ini memberi keceriaan kepada peneroka dan mula berasa lega daripada beban hutang yang terpaksa ditanggung selama ini apatah lagi ketika ini harga kelapa sawit juga amat baik.
” Justeru itu saya berharap golongan peneroka perlu berubah sikap dan pemikiran serta berazam menggunakan manafaat ini untuk mengembalikan kegemilangan Felda,” katanya.
Bagi peneroka Felda Jengka 24 Zulmi Abd Rahman , 62 menyifatkan pengumuman Perdana Menteri ini adalah hadiah besar Aidiladha tidak berapa lama lagi, walaupun terpaksa lagi beraya dalam suasana pandemik COVID 19.
Katanya, usaha kerajaan kini untuk menjadi Felda sebagai syarikat perladangan terulung di dunia, perlu disahut oleh generasi ketiga dan kempat peneroka kerana mereka yang bakal mewaris kelangsungan Felda di masa hadapan.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUCHING: Rahsia seorang remaja yang menyamar sebagai seorang doktor terbongkar apabila dipercayai seorang rakan sekelas tertuduh ketika di belajar tingkatan dua pada 2016, mengenalinya semasa berada di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Stadium Kuching, pada 1 Julai lalu, kira-kira jam 3.00 petang.
Tertuduh telah melakukan kesalahan itu antara Januari hingga Julai tahun ini, dan menyamar sebagai pegawai perubatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) sebanyak 32 kali antara 15 Jun hingga 1 Julai lalu.
Ketika ditahan, polis turut merampas peralatan kedoktoran, pakaian kerja berwarna biru, serta pas kerja palsu dengan nama Dr Shah Hairil Izman.
Tertuduh, Shah Hairil Izman Dave, 20, dari Bandar Baru Semariang membuat pengakuan itu semasa prosiding yang dilakukan di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi pada Selasa.-Foto PDRM.
Tertuduh, Shah Hairil Izman Dave, 20, dari Bandar Baru Semariang membuat pengakuan itu semasa prosiding yang dilakukan di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi pada Selasa.
Bagaimanapun, Zubaidah dalam penghakimannya memutuskan agar tertuduh ditahan lanjut sehingga 17 Ogos. Mahkamah turut menetapkan tarikh 18 Ogos depan sebagai sebutan semula kes bagi mendengar laporan sosial tertuduh.
Syah Hairil dituduh di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda jika disabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh telah memperkenalkan dirinya sebagai Dr Shah Hairil, siswazah perubatan yang ditugaskan di hospital kerajaan di bahagian neurologi.
Dipetik Astro Awani
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MANAKALA WARGANET FIKIR PEKERJA LARI DARIPADA SERBUAN SHAH ALAM: Pekerja sebuah kilang di Seksyen 22, di sini dikatakan melarikan diri daripada serbuan adalah tidak benar, sebaliknya situasi berkenaan berlaku disebabkan pekerja terbabit panik akibat bunyi siren sebagai amaran berlaku kebakaran, semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib berkata, kejadian disahkan berlaku antara jam 4.30 hingga 5.00 petang itu bukan kerana operasi atau serbuan daripada pihak penguatkuasa sebaliknya loceng amaran kebakaran yang dibunyikan.
Kelihatan pekerja memanjat pagar menyelamatkan diri disangka berlaku kebakaran di kilang itu.- Foto Media Sosial
“Siasatan awal mendapati berlaku kegagalan fungsi penggera kebakaran, dan difahamkan pihak syarikat dalam proses pemeriksaan sistem pendawaian, menyebabkan bunyi alat itu berbunyi menyebabkan ramai pekerja jadi panik dan lari keluar takut ada kejadian kebakaran.
“Kilang ini difahamkan baru sahaja beroperasi dan mengambil-alih daripada sebuah syarikat, memandangkan syarikat ini masih baru sebulan, ramai pekerja dan pengurusan belum di dedahkan dengan ‘fire drills’ ke tempat berhimpun penyelamatan,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Pada Selasa, tular di media sosial video memaparkan sekumpulan pekerja kilang memanjat pagar sebuah kilang. Warganet yang kebetulan melalui di situ memikirkan berlaku serbuan terhadap pekerja asing ke kilang tersebut menyebabkan pekerja kilang itu cuba melarikan diri.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KANGAR: Pemandu sebuah kereta tersepit dalam kejadian kemalangan jalan raya di Lebuhraya Kuala Perlis ke Arau pada jam 8.05 pagi, hari ini.
Kereta Proton Wira terbabas dan masuk ke dalam parit.-Foto Bomba
Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kangar telah bergegas ke tempat kejadian setelah menerima pangilan kecemasan dan mendapati sebuah kereta Proton Wira terbabas masuk ke dalam parit.
Pemandu kereta itu dikeluarkan dan dihantar ke Hospotal Tuanku Fauziah, Kangar untuk mendapat rawatan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
1,000 KILOGRAM IKAN SANGKAR JERANTUT TIDAK BOLEH DIPASARKAN
PKPD DAN PKP- IKAN TIDAK DAPAT DIPASARKAN SEPERTI BIASA
JERANTUT: Kira-kira 1,000 kilogram ikan sangkar yang diusahakan oleh kira-kira 20 penternak di Jerantut gagal dipasarkan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang sedang dilaksanakan di sekitar bandar Jerantut yang bakal tamat pada 11 Julai ini.
Penternak mencatu makanan ikan hanya sekali sehari
Penternak ikan sangkar yang terletak di sepanjang Sungai Pahang berdekatan Kampung Lada, Kg Perias, Kg Pulau Mansuk dan Kg Jerantut Feri sukar memasarkannya kerana tidak dapat menghantar bekalan ke sekitar bandar Jerantut.
Seorang penternak, Muhammad Nasir Zulkilfi, (42) berkata, selalunya ikan sangkar dapat dipasarkan keluar daerah seperti bandar Kuala Lipis, Temerloh malah ada peraih dari Kuantan yang datang mengambil ikan.
Muhammad Nasir Zulkilfi, (42) selalunya ikan sangkar dapat dipasarkan keluar daerah seperti bandar Kuala Lipis, Temerloh malah ada peraih dari Kuantan yang datang mengambil ikan.
“Oleh kerana keadaan semasa pada masa ini, peraih dan pengangkutan untuk menghantar sukar didapati, pasaran ikan perlahan malah ada tidak dijual termasuk peniaga ikan sangkar di tepi jalan yang ada di sini sejak PKPD dikenakan turut tidak dapat beroperasi.
“Ini membuat penternak risau akan mengalami kerugian kerana pada masa ini ikan kami sudah cukup masa untuk dijual seberat anggaran 1.5kg sehingga 1.8kg,”katanya.
Katanya, andai tidak dapat dipasarkan dengan segera, mereka akan terus memberi makanan kepada ikan tersebut dan akan melebihi had berat yang mungkin menjatuhkan harga ikan itu.
Seorang penternak, Muhammad Bakri (32) berkata, sebelum ini, setiap hari penternak di sini berpakat untuk mengeluar dan memasarkan ikan kira-kira 1 ton sehari mengikut giliran penternak.
Seorang penternak, Muhammad Bakri (32), penternak di sini berpakat untuk mengeluar dan memasarkan ikan kira-kira 1 ton sehari mengikut giliran penternak.
“Kami membuat penggiliran menjual ikan hanya 1 ton sehari, oleh itu setiap penternak akan menjual selang 3 hingga 4 hari sekali, ini memberi peluang semua ikan penternak di sini dapat dijual.
“Setiap sangkar ikan yang sudah sampai masa untuk dijualperlu dihabiskan dalam tempoh hampir sebulan sebelum memasukkan benih baharu,”katanya.
Katanya, oleh kerana ikan sangkar tidak dapat dipasarkan, penternak memberi makan sekali sehari, selalunya dua kali sehari untuk menjimatkan kos membeli makanan ikan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MENJELANG sambutan bulan dan hari kebangsaan negara yang ke-64 pada bulan Ogos ini, sewajarnya semua rakyat Malaysia perlu menghayati bait-bait yang terdapat di dalam Rukun Negara.
Perpaduan kaun harus diperhebatkan demi kesejahteraan negara
Semasa awal pengenalan Rukun Negara pada tahun 31 Ogos 1970, generasi ketika itu menghafalnya dan kerap dibacakan di perhimpunan rasmi sekolahdan juga di majlis-majlis rasmi kerajaan.
Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan malaysia dibentuk oleh majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.
Ungkapan yang perlu dibaca ialah; BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama.
Bapa kemerdekaan negara, Tunku Abdul Rahman A-Haj melaungkan kata keramat Merdeka di Stadium Merdeka.
Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut;
Jalur Gemilang menjadi lambang negara
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN, KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA, KELUHURAN PERLEMBAGAAN, KEDAULATAN UNDANG-UNDANG, KESOPANAN DAN KESUSILAAN.
Oleh itu di dalam masyarakat berbilang kaum, seharusnya semua perlu memahami dan menghayati Rukun Negara, khususnya generasi muda yang seakan semakin jauh daripada ilham Rukun Negara itu sendiri.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!