PETALING JAYA: Empat lokaliti di Sabah, Kelantan dan Pahang diarah menjalani perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 16 September ini.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Rodzi Md Saad dalam kenyataan hari ini berkata, pelaksanaan PKPD di lokaliti tersebut bermula 16 hingga 29 September.
https://5fd3d32a426815ddef1e72e6d1095778.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html Berikut adalah perincian lokaliti-lokaliti yang terlibat dalam pelaksanaan, pelanjutan dan penamatan PKPD, lapor FMT
Pelaksanaan PKPD pada 16 hingga 29 September:
Sabah:
Dua lokaliti di Kota Marudu,melibatkan Kirangawan dan Kampung Pinatau.
Kampung Nuntunan Apin-Apin,Keningau
Kampung Lungkidau,Ranau.
Perumahan pekerja ladang di Ruku-Ruku Boustead farm,Telupid.
Pahang:
Kampung Tementong, Mukim Cheka 1, Lipis,
Kelantan:
Kampung Bahagia, Mukim Batu Mengkebang, Kuala Krai.
Pelanjutan PKPD pada 16 hingga 29 September:
Dua lokaliti di Mukim Bebar, Pekan, Pahang melibatkan Kampung Badong Dalam, Kampung Permatang Durian, Pekan.
Penamatan PKPD pada 15 September:
Sabah:
Kampung Labuan, Kampung Ambong Tolus dan Kampung Rampayan Laut, Kota Belud.
Kampung Narawang dan Kampung Mininsalu Baru (Pasir Putih), Ranau. Taman Ria Height, Tawau.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TAWAU: Seorang lelaki maut dihempap kayu balak ketika cuba membuka ikatan lori yang membawa muatan itu di Kampung Kalabakan, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, Musa Baco Tang, 46, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di badan, lapor FMT.
Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang bekerja di premis berkenaan dikatakan sedang membuka ikatan di lori itu.
Bagaimanapun, sebatang kayu balak dari atas lori itu tiba-tiba tergolek dan menghempap mangsa yang tidak sempat melarikan diri.
Ketua Polis Daerah Tawau, Peter Umbuas mengesahkan kejadian itu dan laporan sudah diterima untuk tindakan lanjut.
Katanya, kemalangan itu menjadi perhatian ramai selepas rakaman video yang dipercayai diambil rakan sekerja mangsa tular di media sosial.
Rakaman selama 12 minit itu menunjukkan sebuah jentera berat sedang mengalihkan kayu balak yang menghempap mangsa.
“Hujung minggu, hujung minggu. Astaghfirullahalazim Ya Allah Astaghfirullahalazim,” Itu yang kedengaran dalam rakaman menunjukkan kejadian ngeri itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Saya tak reda, datang jumpa saya minta maaf – Imam Masjid Putrajaya
PETALING JAYA – Imam Besar Masjid Putrajaya, Ikmal Zaidi Hashim menyifatkan perbuatan merakam dan menyebarkan video yang mendakwa seorang kenamaan (VIP) mendapatkan layanan istimewa adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab.
Menerusi satu video yang disiarkan secara langsung di laman Facebooknya, Ikmal berkata, tindakan itu sengaja untuk memburukan seseorang serta mempunyai agenda tertentu untuk mencari salah orang lain.
“Dia (jemaah) dah lambat, dia tak nak balik, dia duduk depan pagar tu, dia duduk macam tu “Bagilah masuk, bagilah masuk”.
“Eh siapa nak masuk kau ingat apa? Lepas tu ambil gambar, ha itulah perangai orang kita,” katanya di Facebook.
Ikmal berkata, dia tidak meredai perbuatan individu yang telah menularkan video tersebut.
“Saya nak cakap saya tak reda benda tu dan saya doakan supaya orang yang buat ini dapat hidayah Allah tetapi kena datang jumpa saya dahulu, minta maaf,” katanya.
Mengulas lanjut, Ikmal berkata, jumlah kuota untuk solat jumaat bagi masjid Putrajaya adalah seramai 300 orang yang mana 90 peratus darinya (270 orang) adalah untuk orang awam manakala 10 peratus (30 orang) untuk VIP.
“Kuota 10 peratus itu diberikan adalah kerana masjid terbabit adalah masjid kerajaan, malah dibina bersebelahan dengan bangunan Jabatan Perdana Menteri.
“Jangan marah saya, itu ketetapan, kita nak beri peluang kepada VIP, untuk penuhkan kuota 30 orang, (berjawatan) pengarah dan ke atas,” katanya , lapor kosmo online
Tambah beliau, VIP 30 orang itu telah memberikan nama terlebih dahulu.
“Sudah ada nama dah pun, itu untuk dia (VIP), itu hak dia, yang lebihnya (270) untuk jemaah lain. Tapi dah dia lambat, dia tak nak balik,” katanya.
Terdahulu, tular video berdurasi 57 saat yang memaparkan sekumpulan lelaki dilarang memasuki kawasan sebuah masjid untuk menunaikan solat Jumaat.
Bagaimanapun mereka yang membawa sejadah sendiri hanya mampu menunggu di depan pagar yang ditutup dan dikawal ketat oleh kakitangan masjid tersebut.
Tidak lama kemudian individu yang baru tiba di masjid itu dengan menaiki kenderaan mewah dibenarkan masuk untuk menunaikan solat.
Pagar masjid turut dibuka untuk beberapa lelaki dipercayai pegawai dan pengawal individu tersebut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BAU, Sarawak: Seorang pemandu jengkaut, Anthony Kanna, 48 dilaporkan tertimbus selepas bongkahan batu dianggarkan sebesar 20 meter menghempap jentera berat itu di sebuah kawasan kuari di Jalan Tanjung Durian, Kampung Tanjung Durian, Bau, Sarawak, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bau, Tawang Lingem, yang juga Komander Operasi berkata jentera penebuk digerakkan ke lokasi insiden bagi menebuk batuan besar untuk memasang bom bertujuan memecah batu-batu ke lokasi batu besar yang menghempap mangsa.
Ketika ini, mangsa belum ditemui, operasi bersambung semula pada 5.30 petang selepas ditangguhkan sementara pada 4.45 petang susulan hujan lebat di lokasi dan juga atas faktor keselamatan.
“Sebuah jentera penebuk digerakkan bagi menebuk batuan yang besar untuk memasang bom bagi memecah batu-batu ke lokasi batu besar yang menghempap mangsa,” katanya menurut laporan Utusan Borneo.
Terdahulu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar 3.18 petang.
“Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak terima panggilan daripada MERS 999 mengenai kes di alamat berkenaan dan telah menggerakkan keluaran jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau ke lokasi.
“Maklumat awal daripada pemanggil mengatakan kuari tersebut telah roboh dan menimbus sebuah jengkaut serta pemandu,” katanya.
Mengulas lanjut kejadian itu, katanya jengkaut terbabit yang dikatakan membuat kerja meratakan tapak batu telah tertimbus disebabkan runtuhan batu di kuari tersebut.
“Terdapat seorang mangsa (operator) bersama jentera telah tertimbus dihempap batu yang dianggarkan sebesar 20 meter,” katanya.
Katanya, aktiviti mengebom bagi memecahkan batuan di kawasan kuari dilakukan sebuah syarikat kuari pada sebelah pagi menyebabkan struktur batu tidak stabil dan telah runtuh.
Menurutnya, pada masa ini terdapat empat jengkaut dan jentolak milik syarikat berkenaan sedang membuat kerja pembersihan di tapak untuk ke lokasi jengkaut yang tertimbus dianggarkan 50 meter dari pos kawalan tempat kejadian (PKTK).
“Pihak bomba hanya membuat pemantauan keselamatan di lokasi bagi memastikan keselamatan daripada runtuhan susulan ketika kerja menyelamatkan mangsa dilakukan,” katanya.
Bagaimanapun, jelasnya, komander operasi melaporkan kerja pembersihan tapak ditangguhkan serta-merta pada 4.45 petang susulan hujan lebat di lokasi dan juga atas faktor keselamatan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MAHASISWA PERLU AKTIF DALAM KOPERASI DI BAWAH DASAR KEUSAHAWAN NASIONAL 2030
Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organization, Datuk Abdul Fattah Abdullah mahukan penglibatan mahasiswa dalam koperasi siswa yang mempunyai hubungan dengan enam teras strategik yang telah dirangka bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan di bawah Dasar Keusahawanan Nasional 2030.
Datuk Abdul Fattah Abdullah
“Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) hanya terdapat 208 buah koperasi siswa dengan keanggotaan seramai 161,662 orang pada tahun 2020. Kementerian Pengajian Tinggi merekodkan jumlah Institut Pengajian Tinggi Awam sebanyak 20 buah manakala IPT Swasta (437), kolej komuniti (104) dan politeknik (36) pada tahun yang sama.
“Ini membuktikan masih banyak IPTA, IPTS, kolej dan politeknik di negara ini yang belum menubuhkan koperasi,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmiannya pada webinar ‘Hala Tuju Gerakan Koperasi Siswa Institut Pengajian Tinggi’ yang diadakan melalui platform Zoom pada 10 September 2021 dan dihadiri oleh seramai 145 peserta.
Webinar ‘Hala Tuju Gerakan Koperasi Siswa Institut Pengajian Tinggi’ menampilkan Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Datuk Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik sebagai moderator dan barisan tiga panel yang mempunyai pengalaman luas dalam topik ini.
Barisan tiga panel terdiri daripada Setiausaha Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar, Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Shaharuddin Abu Sohot; Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Pembangunan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Azam Sulaiman dan Pengerusi Koperasi Siswa UiTM Selangor Berhad, Muhammad Syahid Aiman Muhammad Bazlan.
Barisan panel dalam Webinar ‘Hala Tuju Gerakan Koperasi Siswa Institut Pengajian Tinggi’
Hadir sama ke webinar ialah Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd. Azlan Yahya.
Sementara itu, Datuk Shaharuddin Abu Sohot dalam perkongsiannya menyatakan matlamat penubuhan koperasi siswa mestilah berlandaskan objektif kemenjadian mahasiswa.
“Kemenjadian mahasiswa tidak boleh diukur dengan berdasarkan pencapaian kebolehpasaran graduan semata-mata, tetapi juga graduan mencipta peluang pekerjaan untuk mereka sendiri dan memberikan peluang pekerjaan kepada orang ramai,” katanya.
Shaharuddin turut menyatakan harapannya agar koperasi siswa memainkan peranan yang lebih agresif dalam membantu menjayakan rangka kerja Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi 2021 – 2025.
Manakala Azam Sulaiman, selain memenuhi keperluan anggota seperti membuka kedai dobi layan diri, kedai runcit dan kedai alat tulis, koperasi siswa turut berperanan membantu anggota yang menjalankan perniagaan sendiri, antara intipati perkongsiannya.
“Terdapat anggota yang merupakan usahawan, maka koperasi boleh bantu dengan memasarkan produk atau perkhidmatan mereka di kedai-kedai milik koperasi,”katanya.
Muhammad Syahid Aiman pula berpendapat bahawa antara faktor yang menyebabkan koperasi siswa tidak begitu mendapat sambutan kerana pendekatan yang tidak efektif untuk meyakinkan mahasiswa supaya menjadi anggota.
Menurut beliau, koperasi perlu mengkategorikan mahasiswa kepada tiga golongan iaitu founder yang mempunyai perniagaan sendiri; joiner (baru berjinak-jinak dalam perniagaan) dan investor (mahu melabur dalam mana-mana perniagaan).
“Apabila koperasi dapat mengenal pasti tiga kategori ini, maka mereka tahu pendekatan yang sesuai untuk digunakan bagi mengajak mahasiswa menyertai koperasi,” katanya.SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
USAHAWAN PAHANG MARA TERIMA MORATORIUM DAN DISKAUN SEWAAN
LIPIS : Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyediakan insentif pengecualian sewa serta diskaun sewa sebanyak 30 peratus kepada penyewa premis membabitkan kewangan berjumlah RM733,000.
Timbalan Menteri Satu, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, seramai 428 orang usahawan di Pahang menerima moratorium pembiayaan perniagaan daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (tengah) menyampaikan bantuan kepada salah seorang usahawan (kiri), turut hadir Pengarah Mara Negeri Pahang, Soffian Mustaffa (kanan) di bandar Lipis, semalam.
“Insentif yang dilaksanakan oleh Mara ini merupakan sebahagian daripada siri bantuan yang dilaksanakan sebelum ini oleh kerajaan melalui Pakej Pemerkasa dan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) bertujuan untuk membantu usahawan bumiputera yang terkesan akibat pandemik Covid-19 sejak tahun lalu.
“Selain penyampaian bantuan berkenaan, saya berpeluang bersemuka dengan usahawan Bumiputera berkenaan secara langsung memperoleh maklumat mengenai keberkesanan skim bantuan anjuran Mara semasa pandemik tersebut,” katanya dalam sidang media di Pejabat Mara Lipis, Kuala Lipis, semalam.
Yang hadir sama Pengarah Mara negeri, Soffian Mustaffa dan Pegawai Mara Lipis, Kamarizal Razali.
Sebelum itu, Abdul Rahman telah menyampaikan bantuan Skim Pembiayaan Prihatin Mikro (S3P) dan Skim Pembiayaan Khas Wanita (DanaNITA) kepada enam orang usahawan Bumiputera Lipis ketika melawat ke setiap buah premis berkenaan.
Katanya, Skim Pembiayaan S3P seramai 34 orang usahawan di Pahang menerima kemudahan bantuan yang berjumlah RM1.175 juta, manakala 22 orang usahawan lagi di bawah Skim DanaNITA menerima bantuan berjumlah RM600,000 tahun ini.
“Bantuan Mara ini selari dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan menyasarkan program kecil yang memfokuskan rakyat supaya lebih selesa serta dapat keluar daripada belenggu tekanan akibat pandemik Covid-19 ini,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Peladang rugi RM160,000 sertai pelaburan tak wujud
KUANTAN: Seorang pengusaha peladang mengalami kerugian RM163,000 selepas menyertai skim pelaburan tidak wujud yang ditawarkan melalui laman sosial Facebook.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kejadian bermula awal bulan ini apabila mangsa, 31 tahun menerima pesanan melalui aplikasi Messenger dari pemilik akaun menggunakan nama Winnei Wong.
Beliau berkata, suspek pada mulanya menyatakan hasrat untuk berkawan dan meminta nombor telefon mangsa. seterusnya telah menghantar satu pesanan melalui aplikasi WhatsApp.
“Suspek kemudiannya menghantar satu pesanan melalui aplikasi WhatsApp dan mengajak mangsa menyertai skim pelaburan melalui website http://mfaic.live serta mengajar cara mendaftar bagi mendapatkan keuntungan wang melalui pelaburan itu.
“Mangsa akhirnya tertarik dengan tawaran dibuat suspek dan selepas suspek memaklumkan mengenai keuntungan boleh diraih melalui pelaburan itu, mangsa bersetuju untuk melabur,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Mohd Wazir berkata, mangsa membuat tujuh kali pemindahkan wang berjumlah RM70,000 secara talian ke dalam akaun diberikan suspek pada Selasa lalu.
Katanya, mangsa kemudiannya memindahkan wang berjumlah RM45,000 pada Rabu ketika berada di rumahnya di Kampung Raja, dekat Cameron Highlands.
“Mangsa sekali lagi memindahkan wang sebanyak RM58,000 pada Khamis lalu, ke nombor akaun berbeza diberikan suspek.
“Selepas memindahkan wang pelaburan berjumlah RM163,000 itu, mangsa mendapati laman web terbabit dibekukan di dalam akaun ewallet menggunakan nama Renobiq Solutin dan tidak boleh dikeluarkan,” katanya.
Mangsa tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Perhilitan Melaka siasat dakwaan kemunculan harimau kumbang
MELAKA – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka menghantar pasukan untuk menyiasat dakwaan kemunculan harimau kumbang di Kampung Seberang Gajah, Bukit Rambai, di sini, hari ini.
Satu klip video berkaitan kejadian tersebut turut tular di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp mendakwa haiwan itu muncul ketika penduduk kampung mencari ayam hutan di kawasan berkenaan.
Pengarah Perhilitan Melaka, Mohd. Firrdhaus Mahmood berkata, sepasukan empat pegawai telah dihantar ke lokasi sejurus menerima maklumat mengenai klip tular terbabit daripada pengguna Facebook kira-kira pukul 2.50 petang tadi.
“Kita sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada individu yang memuat naik klip tersebut dan telah menghantar sepasukan pegawai ke lokasi untuk membuat pemantauan.
“Setakat ini kita masih belum dapat memastikan lagi sama ada kejadian itu benar-benar berlaku di negeri ini atau klip tersebut ditularkan tanpa maklumat yang tepat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini, lapor kosmo online
Tambahnya, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan kejadian itu berlaku di negeri lain.
“Sebelum ini pernah berlaku kes tular di laman sosial berkenaan kemunculan harimau kumbang di negeri ini, namun apabila disiasat ia sebenarnya berlaku di Negeri Sembilan.
“Jadi, kami berharap maklumat-maklumat seperti kejadian ini disalurkan terus kepada pihak perhilitan untuk tindakan lanjut, bukannya dimuat naik di laman sosial sehingga tular dan mencetuskan kebimbangan penduduk setempat,” katanya.
Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA 12 September 2021, 4:13 pm Video: Serama Bob Melaka
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA – Kehadiran murid di sekolah tertakluk kepada kapasiti 50 peratus jumlah keseluruhan murid di sesebuah sekolah mengikut sistem penggiliran
Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, bagi melaksanakan sistem tersebut, pihak sekolah akan membahagikan pelajar kepada dua kumpulan dan dipecahkan mengikut minggu,lapor kosmo online
“Sebagai contoh jika Tingkatan 5A mempunyai pelajar seramai 36 orang, dia akan dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu satu kumpulan ada 18 orang.
“Minggu pertama kumpulan satu akan belajar di sekolah dan satu lagi kumpulan akan belajar secara pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dan sistem akan akan bertukar-tukar setiap minggu,”katanya dalam sidang akhbar di sini sebentar tadi.
Oleh AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI 12 September 2021, 4:38 pm
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
GEORGE TOWN – Seekor buaya didakwa muncul di atas batu di Pulau Jerejak dekat sini.
Kejadian itu dikongsi pengguna media sosial hari ini apabila satu rakaman video yang dibuat oleh seorang individu dipercayai pemancing dari sebuah bot tular di media sosial hari ini.
Bagaimanapun waktu kejadian berkenaan tidak dinyatakan,lapor kosmo online
Menurut suara lelaki daripada rakaman itu, buaya tersebut didakwa ditemui di kawasan yang dikenali sebagai Batu Belah dalam kalangan pemancing dan nelayan.
Menerusi rakaman berdurasi kira-kira 14 saat itu, buaya bersaiz sederhana berkenaan dilihat sedang berjemur dalam keadaan mulutnya ternganga.
Oleh MOHD SYALMIZI HAMID 12 September 2021, 2:30 pm Video/gambar media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!