Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob petang tadi mengumumkan kebenaran rentas sempadan negeri kepada semua mulai esuk, 11 Oktober.
Sebelum ini, larangan rentas negeri ini dibuat oleh kerajaan demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan Keluarga Malaysia, meskipun ia merupakan satu keputusan yang sukar kerana ada pasangan dan ibu bapa yang terpaksa berpisah dengan ahli keluarga dalam tempoh yang terlalu lama.
Namun, prosedur operasi standard (SOP) perlu dipatuhi demi keselamatan semua seperti menjaga penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan sentiasa menggunakan cecair sanitasi-SAHIH.
Sumber kartun- C.W KEE
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PENIAGA APAM BALIK LEGA, KEBENARAN RENTAS DAERAH DAN NEGERI DIBENARKAN
JERANTUT : Gerai makanan yang juga menjual apam balik dan ‘waffle’ di Kampung Pagi, sebuah kampung tradisional Melayu pesisir Sungai Tembeling di Mukim Hulu Tembeling daerah ini sudah sebati dengan pelanggan tempatan termasuk pengunjung luar.
Robiatul Adawiyah , 39, berkata, kini dia dan suami menarik nafas lega apabila tempoh fasa pemulihan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diikuti Perdana Menteri mengumumkan kebenaran merentas negeri dibolehkan, agar perniagaannya pulih semula apabila pelanggan dibolehkan ‘dine-in’ di gerainya.
Robiatul Adawiyah lega apabila tempoh fasa pemulihan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diikuti Perdana Menteri mengumumkan kebenaran merentas negeri dibolehkan, agar perniagaannya pulih semula apabila pelanggan dibolehkan ‘dine-in’ di gerainya.
“Agak tertekan, dalam tempoh penguatkuasaan PKP apabila premis itu diarahkan ditutup ketika pandemik Covid-19 menular pada bulan Mei lalu malahan kampung tersebut juga tidak terkecuali diikuti tiada pengunjung ke sini.
“Saya dan suami, Mohd Shahrifuan Mohamad mengalami tekanan pendapatan selepas kedai kami ditutup dan kemudiannya cuma dibenarkan menjual makanan secara ‘pandu lalu’ ,tetapi hasil jualan cuma dapat menampung modal tetapi masih terbeban untuk belanja menyara kebajikan keluarga,” katanya.
Katanya, penduduk kampung ini tidaklah begitu ramai untuk berbelanja selain tidak dapat keluar kerana berwaspada dengan ancaman pandemik Covid-19 termasuk pengunjung luar tidak boleh datang melawat ke Hulu Tembeling berikutan sekatan rentas daerah dan negeri.
“Saya bersyukur dengan kebenaran rentas daerah dan negeri dibenarkan, diharap orang ramai perlu berdisiplin menjaga penjarakan fizikal dan perlu memakai pelitup muka agar penguatkuasaan PKP berlaku semula.
“Saya menggunakan kemahiran dan pengalaman berniaga khususnya memasak lauk-pauk tempatan, membuat apam balik dan ‘waffle’ sewaktu bekerja sebagai pembantu di sebuah retoran di Taman Negara Kuala Tahan selama beberapa tahun sebelum ini,” katanya.
Katanya, dia berterima kasih kepada Risda Pahang yang membantu kewangan membina kedai ini, membeli peralatan berniaga dan juga sambil berharap pandemik Covid-19 segera pulih sepenuhnya dan sektor pelancongan di Hulu Tembeling akan berjalan seperti biasa.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BERA, PAHANG – Seorang remaja maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar seekor lembu yang melintas jalan sebelum mangsa dirempuh sebuah kereta di Kilometer 7 Jalan Bera-Mayam di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Mansor Samsudin berkata, kejadian kira-kira pukul 7.45 petang itu berlaku ketika mangsa, Aidil Aiman Azizan,19, dalam perjalanan dari Felda Tementi ke Kerayong di sini.
“Apabila sampai di tempat kejadian tiba-tiba seekor lembu melintas jalan dan mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z terlanggar lembu tersebut dan melambung terjatuh di laluan bertentangan.
“Pemandu sebuah kereta yang lalu di laluan tersebut ternampak kejadian itu dan cuba membrek tetapi terlanggar mangsa,”katanya di sini, hari ini.
Menurutnya mangsa meninggal dunia ditempat kejadian dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat.
Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 daN siasatan masih giat dilakukan.
Ujarnya berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah jalan lurus dan semasa kejadian permukaan jalan kering serta jalan gelap tanpa lampu jalan.
Sumber: K! ONLINE.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
150,000 PENDUDUK BERA BAKAL DAPAT HOSPITAL BAHARU TAHUN DEPAN
BERA: Hospital Bera bakal digunakan mulai tahun depan setelah tertangguh beberapa kali dan akan memberi perkhidmatan kepada kira-kira 150,000 penduduk di kawasan Parlimen Bera.
Hospital ini dijangka siap pada akhir tahun ini dan akan diserahkan kepada Jabatan Kerja raya sebagai penguasa bangunan pada Januari atau Februari 2022.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembinaan hospital itu telah dimulakan pada Oktober 2010 oleh beberapa kontraktor yang menghadapi masalah sehingga kontraktor terakhir yang dilantik awal tahun 2021 telah berjaya menyiapkan sehingga 98 peratus siap.
Datuk Seri Ismail Yaakob menunjukkan gambar Hospital Bera semasa sidang media di sini, hari ini.
“Kebanyakan bangunan di sini telah 100 peratus siap dan hanya memerlukan pembersihan dan kemasan akhir dan memasukkan alatan dan kelengkapan hospital, kos pembinaan yang asal sebanyak RM88 juta telah meningkat kepada RM130 juta.
“Hospital ini akan menempatkan 40 katil dan terdapat sembilan klinik termasuk klinik homodialisis bagi memberi kemudahan penduduk Bera dan turut disokong oleh perkhidmatan kesihatan oleh beberapa pusat kesihatan yang terdapat di daerah ini,” katanya.
Beliau berkata demikian di sidang media dalam rangka lawatan ke Bangunan Hospital Bera, hari ini.
Katanya, selama ini penduduk di daerah ini perlu mendapat rawatan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh dan penduduk di kawasan selatan Bera pula perlu ke Hospital Kuala Pilah untuk mendapat rawatan khusus.
“Diharap tiada lagi gangguan yang boleh melengahkan persiapan hospital ini serta diharap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dapat menempatkan pegawai perubatan pakar di hospital ini.
“Hospital ini turut akan menempatkan 480 kakitangan pelbagai peringkat dan turut dilengkapi kuarters kakitangan dan mempunyai baki kawasan seluas 2.83 hektar untuk pembangunan masa depan,”katanya.
Sementara itu, sebelum itu, beliau turut bertemu kepimpinan parti UMNO, MCA dan MIC di sini.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Kira-kira sembilan pemilik kebun sawit rugi akibat sekumpulan gajah masuk ke kebun mereka dan merosakkan tanam itu di Kampung Ulu Retang, sejak minggu lalu.
Haiwan liar itu memasuki kawasan tanaman di situ dipercayai bermula pada pukul 2 pagi apabila gajah liar termasuk dua ekor anak menceroboh kebun lalu mencabut sebilangan pokok dan selebihnya merosakkan tanaman di bahagian pelepah dan daun.
Pekebun sawit Kampung Ulu Retang, Datuk Basri Omar, 51, berkata, kejadian malam semalam berlanjutan daripada sejak awal bulan ini apabila gajah liar itu kerap menceroboh kawasan kebun sawit untuk mencari makanan.
Datuk Basri Omar, bimbang gajah itu akan merosakkan lagi tanaman swait penduduk kampung.
“Pokok sawit saya sebanyak 35 batang pokok berusia antara lapan hingga 10 tahun dicabut dan sebilangannya patah serta rosak di bahagian pucuk, daun pelepah oleh haiwan liar ini.
“Kira-kira 200 batang pokok yang turut mengeluarkan hasil dan bimbang pokok yang ada menjadi sasaran gajah liar ini semula memandangkan kebun ini terletak di pinggir hutan,” katanya di Kampung Ulu Retang, dekat sini hari ini.
Katanya, selain dia terdapat lapan lagi pekebun lain yang turut terlibat dengan angkara haiwan liar itu yang memusnahkan tanaman sawit mereka.
“Gajah itu dipercayai berpindah dari kawasan hutan Kampung Batu Balak dan Kota Gelanggi yang pernah berlaku pada 2019 dan awal tahun ini juga melibatkan kerosakan tanaman kelapa dan pisang penduduk di situ.
Antara pokok sawit yang dimusnahkan oleh gajah liar
“Saya berterima kasih kepada pihak Perhilitan yang sudah membuat pemantauan di sekitar kebun di sini malah sebagai penyelesaian jangka panjang lebih baik kerajaan membina pagar elektrik di sempadan pinggir hutan mukim Tembeling Tengah dan usaha pemindahan gajah liar ini ke tempat lain sebagai pilihan yang terbaik,”katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin berkata, konflik gajah liar dengan manusia membabitkan pencerobohan ke atas tanaman penduduk sudah berlaku sejak beberapa tahun lalu dan haiwan liar itu semakin agresif semenjak dua tahun ini yang menjadi sasaran di perkampungan pesisir Sungai Tembeling di Mukim Tembeling Tengah daerah ini.
“Sejak dua tahun ini dalam tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pejabat DUN Tahan menerima hampir 50 laporan dan aduan berkaitan ancaman gajah liar sama ada melibatkan kerosakan tanaman berskala kecil dan besar.
“Pasukan Perhilitan kerap membuat pemantauan sama ada menghalau semula gajah liar ini masuk ke hutan dan usaha penangkapan serta pemindahan seperti mana sebelum ini,” katanya.
“Diharap, penduduk diminta sentiasa berjaga-jaga ketika masuk ke kebun dalam tempoh beberapa minggu ini dan perlu segera menghubungi ketua kampung dan Perhilitan sekiranya ternampak haiwan liar di kebun atau kesan kerosakan tanaman,”katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR – Kementerian kesihatan optimise semua negeri i kecuali sabah akan mencapai 80 peratus kadar vaksinasi lengkap pada bulan ini.
Menteri kesihatan, khairy jamaluddin berkata , terdapat beberapa negeri iaitu pahang, kedah , perak , kelantan dan sabah masih belum mendapat kadar vaksinasi lengkap 80 peratus.
khairy jamaluddin /menteri kesihatan
Menurutnya , semua negeri ini kecuali sabah akan capai 80 peratus pada bulan ini. Berhubung di sabah, saya telah berhubung dengan pengarah kesihatan negeri untuk pertingkatkan program outreach. Ini kerana yang datang ke pusat pemberian vaksin (ppv) tidak ramai. Sebab itu kita di sabah tengah usahakan sumber sedia ada untuk pertingkatkan program outreach ke seluruh sabah sebab kita kesan mereka tidak datang ke ppv,
Katanya dalam sidang akhbar d hospital kuala lumpur pada khamis.
Dalam pada itu , khairy memaklumkan dos penggalak vaksin tidak akan menjejaskan status lengkap vaksin bagi mana-mana individu yang sudah menerima dua dos.
Tegasnya, dos penggalak berkenaan bukan mandatorily , tetapi, hanya ditawarkan kepada mereka yang mempunyai komorbiditi, warga emas dan petugas barisan hadapan di peringkat awal- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SELANGOR – Kebenaran merentasi negeri akan dilaksanakan secara serentak di seluruh negara sebaik sahaja kadar peratusan vaksinasi mencecah 90 peratus .
Perdana menteri , datuk seri ismail sabri yaakob berkata , pengumuman itu akan dibuat dalam masa terdekat.
datuk seri ismail sabri yaakob / perdana menteri
Tetapi dah tak lama dah serentak seluruh negara. Dulu kerajaan hendak beri kebenaran apabila kadar vaksinasi mencecah 80 peratus, tapi ada lagi negeri yang masih rendah. Kalau dibuka seluruh negara mungkin beri kesan tidak baik di negeri-negeri terbabit kerana program vaksinasi di negeri-negeri masih lagi di peringkat rendah antara 60 hingga 70 peratusanya
Katanya kepada media selepas menghadiri program prapelancaran keluarga malaysia di rtm, pada jumaat.
Namun jika kebenaran diberi pada kadar 90 peratus, kerajaan jangka rata-rata negeri telah mencapai peratusan tertinggi vaksinasi
Perdana menteri meminta agar rakyat negara ini bersabar dan menunggu pengumuman yang akan dibuat oleh kerajaan tidak lama lagi.
Kita akan umum dalam waktu terdekat lagi dua hari atau tiga hari- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TIMBALAN KETUA BALAI MENINGGAL SEMASA IMAMKAN SOLAT SUBUH
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Balai Polis Goh Tong Jaya berpangkat Sarjan Major (SM) dilaporkan meninggal dunia semasa mengimamkan solat Subuh di sebuah surau di Batang Kali, Hulu Selangor, pagi tadi.
Allahyarham Sarjan Major Rosli Maskan, 56, dilaporkan meninggal dunia pada jam 6.15 pagi, di Surau Al-Muttaqim, Tamu Hill Park, Batang Kali dipercayai mengalami masalah jantung.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arshad Kamaruddin, berkata Allahyarham meninggal dunia ketika mengimamkan rakaat pertama solat Subuh.
“Allahyarham bertugas di balai polis berkenaan sejak dua tahun lalu dan sentiasa komited dalam melaksanakan tugasnya sebagai Timbalan Ketua Balai Polis.
“Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, khususnya Balai Polis Goh Tong Jaya, amat merasai kehilangannya dan akan berusaha memberikan bantuan kepada warisnya selepas ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Jenazah kemudian dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu, untuk ujian saringan COVID-19.
Allahyarham Rosli meninggalkan seorang isteri, Rossilawati Abd Rahim dan empat anak, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Kuantan, Batang Kali.
Sumber: Berita Harian
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Hampir keseluruhan bumbung rumah sebuah rumah di Felda Sungai Retang diterbangkan dalam kejadian angin kuat dan diikuti hujan lebat yang berlaku di Kampung Chebong dan Felda Sungai Retang yang berlaku kira-kira jam 3.45 petang, semalam.
Rumah itu antara tujuh buah rumah lagi yang turut diterbangkan bumbung atap dan dua daripadanya turut ditimpa pokok dalam kejadian itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin yang melawat mangsa kejadian turut menyampaikan sumbangan awal bagi membantu meringankan beban untuk mangsa membaikpulih rumah masing-masing.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin (kiri) yang melawat mangsa kejadian, hari ini
“Kejadian berlaku begitu pantas hujan lebat dan angin kuat menyebabkan sebuah rumah hampir keseluruhan bumbung rumah penduduk yang terlibat diterbangkan oleh angin.
“Terdapat dua buah rumah di Kampung Chebong dan di Felda Sungai Retang turut mengalami kerosakan di bahagian bumbung yang dihempap pokok, ” katanya.
Seorang mangsa di Felda Sungai Retang, Basimah Kesah, berkata, angin kuat dan hujan lebat berlaku menyebabkan hampir keseluruhan bumbung rumahnya diterbangkan angin.
ADUN Tahan (kiri) berada di rumah Basimah Kesah, rumahnya hampir keseluruhan bumbung diterbangkan angin.
“Saya terkejut, ketika kejadian, apabila satu bunyi kuat seperti terkoyak di atas kepala saya, ketika itu saya melihat bumbung rumah saya terlopong dan ruang tamu rumah saya basah.
“Bagai mimpi, bumbung rumah saya telah diterbangkan angin,” katanya ketika ditemui semasa lawatan bersama ADUN Kawasan Tahan, hari ini.
Katanya, ketika itu dia berada di ruang tamu dan bersyukur semua selamat dan tiada berlaku kecederaan dan kemalangan jiwa. Turut bersama dalam lawatan itu, Penghulu Mukim Tembeling Tengah, Khaidir Shamsudin.-SAHIH.
Foto: FB ADUN Tahan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JALAN CENTRAL SPINE PENDEK MASA PERJALANAAN DAN MENJANA EKONOMI SETEMPAT
BENTONG: Laluan Seksyen 5C dan 5D yang dibuka semalam bermula daripada persimpangan Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1) sehingga ke persimpangan Lebu di Mempaga sejauh 28.5 kilometer akan memberi keselesaan kepada penduduk setempat dan sekitar serta memendekkan perjalanan ke bandar Bentong.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pembinaan lebuh raya itu bukan saja meningkatkan pertumbuhan ekonomi, malah dapat mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di bandar Bentong dan Raub setiap kali musim perayaan dan cuti sekolah ekoran pertambahan kenderaan menuju ke Kelantan.
Menteri Besar Pahang, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail bersama Menteri Kanan Jabatan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof di majlis pembukaan rasmi semalam.
“Pembinaan jalan ini juga memudahkan penduduk sekitar kerana Bentong Bypass memendekkan perjalanan dari Kampung Mempaga ke pekan Bentong kepada 12 kilometer atau 20 minit saja berbanding sebelum ini sejauh 30 kilometer dengan masa 45 minit.
“Kesesakan trafik khususnya ketika musim perayaan bakal dapat diatasi dengan pembukaan dua lagi Seksyen Jalan Central Spine (CSR) iaitu Seksyen 5C dari Kampung Asap ke Kampung Sertik di Bentong dan Seksyen 5D Pintasan Bentong secara rasmi bermula hari ini,” katanya semalam.
Beliau berkata demikian di Majlis Pembukaan Rasmi Jalan Central Spine (CSR) Pakej 5C dan 5D di Bulatan Mempaga, semalam.
Katanya, jajaran Seksyen 5C dan 5D bermula dari Jalan Susur Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (LPT1) melalui Persimpangan Benus, Bulatan Mempaga yang berakhir di Persimpangan Keruntung, Pahang dan laluan tersebut diwartakan menjadi Jalan Persekutuan 34 (Jalan Central Spine).
Majlis Pembukaan di Jalan Central Spine (CSR) Pakej 5C dan 5D di Bulatan Mempaga, semalam.
“Pembukaan jajaran itu sepanjang 22.3 kilometer menjadikan jumlah keseluruhan Jajaran CSR dibuka kepada pengguna adalah sepanjang 89.25 kilometer.
“Saya turut berterima kepada kerajaan pusat kerana meluluskan peruntukan membaiki kerosakan jalan raya ke Cameron Highlands melalui Sungai Koyan, Lipis dengan perinciannya akan dibincangkan bersama Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak,” katanya.
Katanya, laluan daripada Karak ke Pelangai yang juga dalam perancangan belum dimulakan kerana belum mendapat peruntukan dalam Rancangan Malaysia ke-12.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!