TAMAN SERI MUDA, Shah Alam – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama 2,000 pertubuhan sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) hari ini turun padang membantu penduduk terjejas banjir di Taman Sri Muda , di sini, bermula pada jam 8.00 pagi, hari ini.
Sebahagian anggota ATM turut bergotong royong mengemas kawasan banjir di Taman Seri Muda
Program jiwa murni pasca banjir Taman Sri Muda ini melibatkan 320 pegawai dan 300 anggota bersama 2 ribu orang dari NGO.
Program yang bermula jam 8 pagi dan dijangka tamat jam 3 petang ini menyasarkan 500 hingga 600 rumah untuk dibersihkan.
Tumpuan pembersihan adalah memindahkan perabut dan peralatan rumah yang telah rosak ke tempat pembuangan sampah.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KLINIK BERGERAK LZNK BANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR
ALOR SETAR – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) turut menghantar Klinik Bergerak bersama Misi Bantuan Banjir ke Selangor dan Kuala Lumpur dan klinik bergerak itu beroperasi bermula jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari di lokasi yang telah ditentukan.
Menyedari perkara itu, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) turut menghantar Klinik Bergerak bersama Misi Bantuan Banjir ke Selangor dan Kuala Lumpur.
Seorang petugas perubatan memberi perkhidmatan di dalam klinik bergerak LZNK
Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Datuk Syeikh Zakaria Othman berkata, selain bantuan makanan yang perlu diberi perhatian, aspek perubatan dan kesihatan juga perlu diberi perhatian terhadap mangsa-mangsa banjir.
“Dengan kerjasama Kementerian Kesihatan khususnya Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS), Jabatan Kebajikan Masyarakat dan doktor perubatan yang disediakan oleh Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), klinik bergerak ini beroperasi bermula jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari di lokasi yang telah ditentukan.
“ Klinik Bergerak LZNK ini dilengkapi dengan peralatan asas seperti katil perubatan, mini lif untuk pesakit berkerusi roda, peti sejuk, gas oksigen dan lain-lain kelengkapan lain , manakala 3 orang doktor dan pegawai perubatan serta bekalan ubatan disediakan oleh pihak PAPISMA dengan kerjasama JKM Selangor,” katanya.
Katanya, hari ini, Klinik Bergerak LZNK akan berada di Sekolah Kebangsaan Kota Warisan, Sepang yang menempatkan seramai 462 orang penduduk terjejas banjir.
“Esok, klinik bergerak ini akan berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kuching Tengah, Kuala Selangor yang menempatkan seramai 908 penduduk terjejas banjir.
Manakala pada Ahad, klinik bergerak LZNK akan berada di TBA Pusat Pemindahan Sementara, PPS Shah Alam.
Warga Selangor yang berada di sekitar kawasan klinik bergerak LZNK beroperasi, boleh mendapatkan rawatan kesihatan sekiranya perlu.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TAMAN SERI MUDA – Prihatin dengan musibah yang melanda, Persatuan Perubatan Veterinar Malaysia (MAVMA) menghulurkan perkhidmatan rawatan kepada haiwan yang tercedera termasuk memberi bekalan ubatan serta makanan kepada haiwan berkenaan.
Kira-kira 250 haiwan terdiri anjing dan kucing telah dibawa pemiliknya atau diselamatkan semasa banjir melanda Taman Seri Muda bagi mendapatkan rawatan di klinik sementara.
Ahli Persatuan Perubatan Veterinar Malaysia (MAVMA) menghulurkan perkhidmatan rawatan haiwan peliharaan.
Tinjauan mendapati, pemilik-pemilik haiwan telah mula mengunjungi premis berkenaan sejak 4 hari lalu apabila keadaan bnjir mula surut.
Menurut Ketua Penyelaras Projek, Dr Farina Mustafa Kamal berkata, beliau beserta 40 sukarelawan terdiri daripada doktor dan pelajar veterinar memberi khidmat itu bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.
Haiwan-haiwan yang diselamatkan serta tidak dituntut akan diberikan kepada mana-mana individu yang mahu memeliharanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Air mendadak naik dalam tempoh singkat, bantuan lewat tiba
TAMAN SRI MUDA, Shah Alam – Air mula naik pada Sabtu tengah hari kira-kira 0.3 meter dan air terus mendadak naik hampir mencecah lantai tingkat 1, kira-kira 2 meter dalam kejadian banjir di sini pada Sabtu lalu.
Begitulah apa dikatakan seorang mangsa di Taman Sri Muda, Raymon Leong (51), yang tidak dapat menyelamatkan barangan di tingkat bawah rumahnya, dia dan sekeluarga terus bertahan di tingkat atas.
Raymon Leong (51), yang tidak dapat menyelamatkan barangan di tingkat bawah rumahnya, dia dan sekeluarga terus bertahan di tingkat atas.
Katanya kejadian berlaku tengah hari Sabtu, paras air ketika itu kira-kira 0.3 meter dan kira-kira jam 5 petang paras air sudah naik sehinga kira-kira 2 meter.
“Saya dan emak naik ke tingkat atas dan menunggu bantuan, memang ada bot lalu-lalang tapi mereka suruh bertahan dahulu sehingga keesokan harinya ( Ahad).
“Saya minta adik guna bot yang kerap digunakan untuk memancing untuk bawa keluar mak saya melalui bumbung, paling menyedihkan bantuan lambat tiba,” katanya.
Katanya, ini adalah kejadian kedua selepas tahun 1995, tapi kali ini sangat besar, tidak sempat berbuat apa-apa dengan paras air naik begitu cepat.
Katanya, hari ini mujur diberi bekalan elektrik untuk lampu dan kipas, mereka boleh membansuh rumah dan mengemas, walaupun banyak barangan telah dibuang.
Seorang lagi mangsa, Nagoven a/l Narajan (64) tidak sangka air naik begitu cepat sehingga mencecah siling rumah dan dia serta keluarga naik ke atas tingkat satu, mujur rumah kami dua tingkat.
Seorang lagi mangsa, Nagoven a/l Narajan (64) tidak sangka air naik begitu cepat sehingga mencecah siling rumah dan dia serta keluarga naik ke atas tingkat satu, mujur rumah kami dua tingkat.
“Berkaitan bantuan agak lambat, kami hanya menunggu bantuan makanan dan keluar dari rumah tapi hanya lewat hari Ahad (hari kedua kejadian) baru bantuan tiba.
“Banyak barangan dibuang dan rosak tidak boleh digunakan, hari ini semua jiran-jiran lain turut membersihkan rumah dan barangan yang mana boleh digunakan,” katanya.
Sementara itu, seorang warga emas, Khatijah Saari (58) yang kebetulan berada di rumah anaknya tidak sempat berbuat apa-apa kerana dia dan cucu sahaja yang ada di rumah ketika itu, dia dan cucu terus naik ke tingkat atas.
“Hanya mampu menelefon anak dan anak saudara yang tinggal di berdekatan kawasan ini, tapi mereka turut terkandas tidak dapat datang.
“Saya turut menjerit kepada bot-bot yang lalu-lalang di situ untuk bantuan tetapi oleh kerana keadaan kami dikatakan terkawal kerana berada di tingkat atas rumah, mereka datang kemudian menghantar bekalan makanan,”katanya.
Seorang penduduk Indah Elit, Kemuning Utama, Yusrina Ramli (46) anak saudara kepada Khatijah berkata, pada hari itu dia terpaksa meranduk air sedalam paras betis , pasukan penyelamat berbot membawa mangsa-mangsa yang dihantar.
“Kita mohon bantuan pihak beruniform tapi mereka memberi keutamaan kepada penduduk rumah setingkat dan kanak-kanak, orang sakit dan warga emas.
“Saya yang tinggal kira-kira 2 kilometer dari rumah mak saudara di taman ini menunggu mangsa yang diangkut dengan bot penyelamat seolah-oleh menunggu waris balik dari Mekah,” katanya.
Katanya, ramai waris menunggu di kawasan selamat itu menyerbu untuk memastikan waris masing-masing untuk dibawa ke rumah masing-masing atau ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sini,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Mangsa banjir di Pahang menurun sedikit tetapi meningkat di beberapa daerah
KUANTAN – Mangsa banjir di Pahang menurun sedikit kepada 35,213 mangsa jam empat petang ini berbanding 37,420 orang mangsa pada jam lapan pagi tadi, namun menunjukkan peningkatan mangsa berpindah di beberapa daerah seperti ,Temerloh, Bera, Maran, Pekan dan Bentong
Manakala bagi daerah Jerantut, Lipis, Raub,dan Kuantan, menunjukkan pengurangan mangsa banjir dengan mendadak.
Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang berkata pada masa ini jumlah mangsa banjir ialah 35213 dari 10414 keluarga di 253 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Katanya, daerah yang meningkat ialah Temerloh dengan 12275 mangsa dari 3514 keluarga di 81 PPS berbanding pagi tadi 10,806 mangsa dari 3315 keluarga di 79 PPS.
Menurutnya, daerah Bera bertahan kerana mangsa banjir tidak berubah iaitu 2184 mangsa di pindah ke 20 PPS membabitkan 623 keluarga
Katanya, daerah Maran turut menunjukkan peningkatan iaitu jumlah mangsa banjir kini meningkat ke 1160 dari 321 keluarga di 23 PPS berbanding padi tadi 611 mangsa dari 214 keluarga di 19 PPS.
“Manakala di Pekan turut menunjukkan peningkatan di mana Pekan mencatatkan 1745 mangsa dari 520 keluarga di 21 PPS berbanding pagi tadi hanya mencatatkan 1571 mangsa dari 461 keluarga di 21 PPS .
“Daerah Bentong pula mencatatkan 4714 mangsa banjir dengan 1592 keluarga di 17 PPS petang ini berbanding pagi tadi 4695 mangsa dari 1590 keluarga di 17 PPS,” katanya.
Sementara itu daerah yang berlaku penurunan ketara ialah Jerantut, dengan 940 mangsa dari 222 keluarga di 17 PPS, Lipis mempunyai 979 mangsa dari 309 keluarga di 12 PPS, manakala Kuantan tinggal, 10852 mangsa dari 3215 keluarga di 58 PPS.
Dalam perkembangan yang sama, beberapa batang jalan raya di Pahang masih ditutup untuk semua kenderaan berikutan air belum surut .
Bagi Jerantut, jalan yang masih ditutup, iaitu Jalan Jerantut ke Felda Kota Gelanggi, Jalan Jerantut – Lipis Jalan Bukit Puas ke Gintong, Jalan Pulau Tawar ke Durian Hijau, Jalan Sungai Lekok ke Jeransong, Jalan Ulu Retang ke Merting dan Jalan Sungai Yap ke Pasir Tambang.
“Di Raub pula, Jalan yang ditutup ialah Jalan Sengkela ke Chenua, Jalan Bentong ke Gua Musang dan Jalan Ulu Renggol manakala di Bentong melibatkan jalan Karak ke Simpang Pelangai dan jalan utama Mempaga.
” Di Maran jalan yang ditutup ialah Jalan Maran ke Jerantut , Jalan Serengkam dan Jalan utama Jengka Utara manakala di Kuantan, Jalan yang ditutup ialah Jalan Sungai Lembing, Jalan Kuantan ke Endau, Jalan Air Hitam ke Teluk Mahang, Jalan Panching Utara dan Jalan Kuala Lumpur ke Kuantan.
“Beberapa batang laluan di Lipis juga masih ditenggelami air dan tidak boleh dilalui kenderaan, iaitu Jalan Bukit Kota ke Aur Gading dan Jalan Lipis ke Jerantut,” katanya.
Menurutnya di Temerloh jalan yang ditutup ialah Temerloh ke Kuala Lumpur, Temerloh ke Gemas, Temerloh ke Mentakab, dan jalan logi air Batu Sawar.
Di Bera, Jalan yang ditutup ialah Jalan Bera ke Temerloh, Jalan utama gugusan Bera dan jalan Bohor Baharu sementara di Bentong jalan yang ditutup ialah Jalan Karak ke Simpang Pelanggai manakala di Pekan jala yang ditutup ialah Jalan Mentega ke Terapai.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MARAN : Angkatan Pertahanan Awam (APM) Maran terpaksa menggunakan bot miliknya untuk membantu kakitangan kesihatan Kampung Awah untuk memindahkan tiga orang pesakit Covid 19 dengan menggunakan dua buah bot pada pukul 5.30 petang tadi.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Maran Kapten (PA) Nurul Ashikin Mohd Anuar berkata, oleh kerana jambatan Sungai Nerek tidak dapat digunakan kerana dinaiki air banjir, maka kerja memindahkan mangsa banjir yang positif Covid-19 terpaksa menggunakan bot.
” Seramai 12 anggota APM menjalankan operasi itu dengan menggunakan dua bot untuk membawa tiga pesakit Covid19, seorang lelaki dan dua wanita. daripada Kampung. Bukit Lada, dan Felda Kampung Awah.
” Mereka akan dibawa ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Gambang dan PKRC-Sukpa Kuantan,” katanya.
Biau berkata, – mangsa, seorang lelaki berusia berumur 62, dari Bukit Lada dihantar ke PKRC Gambang dan dua wanita berusia 37 dan 30 tahun dari Felda Kampung Awah dihantar ke PKRC-Sukpa, Kuantan dengan ambulan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Runtuhan tebing berlaku dekat Kolej Vokasional Lipis
Foto atas: Petugas Jabatan Kerja Raya dan anggota bomba sedang memantau runtuhan tebing di Jalan Bentong ke Gua Musang berdekatan Kolej Vokasional Kuala Lipis, Lipis, Pahang hari ini. – FOTO BBP Lipis
LIPIS – Pengguna diharap berhati-hati kerana laluan Jalan Bentong ke Gua Musang melalui Benta berdekatan Kolej Vokasional Kuala Lipis berlaku runtuhan tebing setinggi tujuh meter dan lebar enam meter serta panjang 60 meter.
Jurucakap Jabatan Kerja Raya Pahang berkata, laluan hanya dibuka untuk satu lorong sahaja kepada semua kenderaan.
Sementara itu, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), mengenai laluan dari Gombak ke Karak sudah boleh dilalui oleh semua kenderaan.
Pengurus Besar Kanan Ketua ANIH Berhad, Radzimah Mohd. Radzi berkata, bagaimanapun pengguna perlu berhati-hati di laluan kontra, iaitu di KM 77.1 hingga KM 77.8 dan KM 77.03 hingga KM 68 menghala ke arah timur.
“Pengguna yang hendak masuk ke Pekan Karak perlu membuat pusingan ‘U’ sebelum Tol Plaza Karak, bagi yang hendak susur keluar ke Temerloh dan perlu membuat pusingan ‘U’ sebelum Tol Plaza Karak.
“Untuk makluman, Jalan Chenor ke Karak masih tidak boleh dilalui oleh kenderaan berikutan ada kawasan yang ditenggelami air,” katanya dalam kenyataan hari ini.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN – Semua mangsa banjir di negeri ini akan menerima Bantuan Khas Bencana Banjir sebanyak RM500 akan diserahkan kepada setiap ketua keluarga yang terjejas dengan bencana banjir di negeri ini.
Pengumuman pemberian bantuan khas sebanyak RM500 diumumkan oleh Menteri Besar Pahang, semalam.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam kenyataan berkata, bantuan itu adalah sebagai tanda prihatin kerajaan negeri terhadap mangsa yang terjejas.
Katanya, semua kategori penerima iaitu mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS), mangsa yang tidak berpindah ke PPS sebaliknya menumpang di rumah saudara mara, mangsa yang tinggal di rumah sewa dan mangsa yang tidak berpindah ke mana-mana.
“Kerajaan negeri membuat sumbangan ini berdasarkan kemampuan dan keupayaan kewangannya semasa negeri. Sumbangan RM500 ini demi meringankan beban yang ditanggung, Insya-Allah,” katanya.
Banjir di Pahang bermula Jumaat lalu dan situasi semasa banjir pagi ini, menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyaksikan seramai 37,356 mangsa masih ditempatkan di 264 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan daerah terjejas banjir.
Daerah yang terjejas adalah Kuantan, Temerloh, Bentong, Maran, Lipis, Raub, Jerantut, Bera dan Pekan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Jalan rosak teruk ke Hulu Tembeling penduduk kampung terputus hubungan
JERANTUT : Beberapa kawasan laluan di jalan raya antara Kampung Tuit, Kuala Tahan ke Mat Daling, Hulu Tembeling berlaku mendapan tanah dan tebing runtuh berikutan musim tengkujuh sejak lima hari lalu.
Kejadian mendapan itu mengakibatkan kira-kira 2,000 orang penduduk di lima buah kampung iaitu Kampung Pagi, Kampung Kuala Sat, Kampung Bantal, Kampung Mat Daling dan Kampung Gusai di mukim Hulu Tembeling tidak dapat keluar ke bandar Jerantut dan terputus hubungan luar.
Permukaan jalan yang mendap lebih 0.3 meter mengundang bahaya kepada pemandu dan kenderaan di jalan raya antara Kampung Tuit , Kuala Tahan ke Hulu Tembeling, Jerantut. ; Foto Media sosial
Antara laluan yang dikenalpasti berlaku kejadian mendapan tanah dan tebing runtuh, iaitu jalan berdekatan Kem Nusa, Kuala Tahan, manakala juga terlibat berdekatan pusat perhentian Bukit Awan berdekatan Kampung Pagi dan laluan Bukit Komel antara Kampung Kuala Sat ke Kampung Mat Daling, Hulu Tembeling.
Beberapa kawasan mendapan pernah dibaikpulih sebelum ini, tetapi struktur permukaan jalan raya mendap semula termasuk berlaku runtuhan tebing berikutan musim tengkujuh awal bulan ini menyebabkan hujan lebat turun sejak minggu lalu.
Kerosakan jalan akan menjejaskan aktiviti sektor ekopelancongan di lima buah perkampungan kampung Melayu pesisir Sungai Tembeling selepas musim tengkujuh ini sekiranya usaha membaikpulih dan menaiktaraf jalan tidak dilakukan segera oleh Kerajaan Persekutuan.
Penduduk Kampung Kuala Sat, Zulkifli Jamaludin, 58, berkata, keadaan jalan berkenaan sudah teruk dan tidak boleh dilalui kenderaan kerana mendapan tanah berlaku kira-kira 30 sentimeter dengan kelebaran mencapai separuh jaan tersebut.
“Struktur jalan yang sudah teruk dan rosak terdapat lubang akibat mendapan tanah sedalam 25 sentimeter di laluan berdekatan Bukit Awan.
“Kejadian seperti ini boleh mengundang kecelakaan kepada pengguna malahan kenderaan yang melalui laluan itu akan mengalami kerosakan tayar yang boleh tersangkut di bahagian bawah kenderaan yang rendah,” katanya di Kampung Kuala Sat dekat sini.
Penduduk Kampung Pagi, Mustapa Abdullah, 31, selanjutnya berkata, kebanyakan laluan di situ memang tidak selamat kerana setiap kali musim tengkujuh berlaku mendapan dan tebing runtuh.
“Ini ditambah pula semua kawasan permukaan di laluan Jalan Tuit ke Hulu Tembeling tidak begitu kuat kerana kerap kali dilalui kenderaan berat seperti lori balak termasuk laluan ke kampung saya sebelum musim tengkujuh.
“Pihak berwajib perlu melihat kejadian seperti ini dan sewajarnya memberhentikan pengeluaran balak bukan sahaja jalan rosak malah berlaku kerosakan alam sekitar dan musnahnya habitat haiwan liar di Hulu Tembeling,” katanya.
Penggiat dan pengusaha ekpelancongan, Khamri Basri, 41, pula menambah kerosakan jalan raya di Hulu Tembeling sangat memberi kesan kepada pembangunan sektor ekopelancongan perkampungan Melayu di pesisir Sungai Tembeling.
“Baharu sahaja kami hendak mula menjana pendapatan selepas dalam tempoh fasa pemulihan pandemik Covid-19, jalan pula rosak dan tidak boleh dilalui kenderaan penduduk dan juga pengunjung domestik tidak akan datang,” katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Anggota BBP Raub menjalankan operasi SAR di sepanjang sungai di Laman Pesona, Cheroh, Raub, hari ini
RAUB – Seorang warga emas, Por Kong Ming berusia 79 tahun dikhuatiri tergelincir dari tebing ke dalam sungai di Laman Pesona, Cheroh, Raub pada jam 6.00 petang, pada Selasa.
Kejadian itu disedari oleh anak saudaranya yang pergi ke rumah mangsa untuk menghantar makanan dan didapati mangsa tiada di rumah kira-kira jam 6.00 petang 21 Disember.
Komander Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub, Penolong Kanan Penguasa Bomba Khairul Anuar Yaacob memaklumkan, mangsa kelihatan minum di sebuah kedai kopi pada hari itu, mangsa dikatakan telah pergi ke tebing sungai kerana kawasan Cheroh terputus bekalan air pada kira-kira jam 7.00 petang .
“Saksi awam telah melaporkan kejadian itu kepada pihak polis dan berdasarkan maklumat tersebut, pihak polis telah menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat BBP) Raub.
“Pihak kami bergegas ke lokasi kejadian pemeriksaan dibuat mendapati ada kesan tergelincir di tebing sungai, terdapat juga selipar serta gayung milik mangsa di lokasi kejadian,” katanya.
Katanya, seramai 8 anggota BBP dan 5 anggota polis dengan melakukan pencarian dengan menggunakan bot di sepanjang sungai secara surface searching menjangkau sejauh kira-kira 3 kilometer dari lokasi kejadian.
“Jarak antara lokasi kejadian dengan rumah mangsa sejauh kira-kira 50 meter, misi pencarian dan penyelamat (SAR) masih dijalankan dan akan bersambung esuk,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!