Butterworth : Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerima helikopter Leonardo AW 139 untuk kegunaan baharu bagi menggantikan pesawat Nuri yang telah tamat operasinya pada Ogos 2019.
Pesawat baharu itu diterima menerusi kaedah kontrak sewaan yang dikenali sebagai Government Operate, Company Own Maintain (GOCOM) daripada pihak Westar Aviation Services Sdn Bhd.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, setakat ini tiga helikopter sudah pun diterima, manakala sebuah lagi dijangka diterima pada Mei depan.
Perolehan Helikopter AW 139 secara sewaan ini selari dengan perancangan di bawah Pelan Tindakan 2022 iaitu untuk meningkatkan lagi kesiagaan dan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Semua kos menyelenggara pesawat berada di bawah tanggungjawab syarikat yang menyewakan helikopter tersebut mengikut konsep GOCOM. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pelajar berusia 15 tahun dilaporkan hilang selepas tamat waktu persekolahan
BENTONG – Seorang remaja berusia 15 tahun dan juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketari, dekat sini dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas tamat waktu persekolahan pada jam 4.41 petang, hari ini.
Ketua Polis Bentong, Suprintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, polis telah menerima aduan daripada ibu saudara pelajar tersebut, Pavitra a/p Pogelselvan telah tidak menaiki van sekolah pada 10 Februari selepas waktu belajar tamat.
“Hasil siasatan polis, mangsa tidak pulang ke rumah selepas waktu belajar dan juga berasaskan aduan ibu saudaranya yang berusia 48 tahun semalam.
Ketua Polis Bentong, Suprintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, polis telah menerima aduan daripada ibu saudara pelajar tersebut, Pavitra a/p Pogelselvan telah tidak menaiki van sekolah pada 10 Februari selepas waktu belajar tamat.
“Mangsa dipercayai tinggal bersama ibu saudaranya hampir setahun lalu berikutan kedua ibu bapanya menetap di Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya, bapa remaja tersebut turut dimaklumkan oleh seorang pemandu van lelaki berusia 60 tahun berkaitan anaknya tidak menaiki van sekolah selepas tamat waktu belajar.
“Polis akan meneruskan usaha mencari remaja berkenaan dan berharap rakan mangsa dan orang ramai yang mengetahui maklumat kehilangan pelajar ini bolehlah menghubungi IPD Bentong menerusi talian 09 2222222 atau mana-mana balai polis berdekatan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Satu klip video berdurasi 10 saat ditularkan melalui media sosial Whatsapp menunjukkan seekor ular melingkari di bahagian atas tempat barang dalam sebuah pesawat.
Kejadian ini dipercayai berlaku semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau. Difahamkan pesawat itu terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
Catatan itu turut menulis bukan dalam film “Snakes on a Plane”.
Sumber- Video whatsapp
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Pergaduhan tercetus antara pasukan Terengganu FC II dan Penang FC
PETALING JAYA – Perlawanan bolasepak bertukar memjadi gelanggang gusti selepas sepakan penalti minit terakhir babak pertama yang dilakukan pemain Penang FC gagal disempurnakan dan dipercayai pasukan tuan rumah mula mengejek pemain lawan.
Pergaduhan tercetus itu mencemarkan Perlawanan Bolasepak 4 Penjuru dalam perebutan Piala Menteri Besar Terengganu 2022 antara pasukan Terengganu FC II dan Penang FC dengan aksi pergaduhan yang berlaku.
Pergaduhan itu umpama WWE Royal Rumble, dengan aksi kejar-mengejar, ‘flying kick’, bertumbuk di antara pemain-pemain Terengganu FCII dan Penang FC
Hampir semua pemain kedua-dua pasukan kelihatan berbalas tumbukan dan berlari di sekitar padang sebelum diredakan oleh pegawai-pegawai bertugas.
Salah seorang pemain Penang FC, Muhammad Adib Abdul Raop dilaporkan cedera patah hidung, selepas gambarnya tular di media sosial.
Difahamkan, pengadil turut melayangkan kad merah kepada kedua-dua pasukan dan Penang tidak ‘keluar’ meneruskan perlawanan separuh masa kedua.
Sumber- Utusan
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
IPOH – Rakaman video seekor harimau berdurasi 17 saat dilihat berkeliaran di satu kawasan semak yang berbukit dipercayai membaham seorang lelaki warga Bangladesh di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.
Namun, polis mengesahkan dakwaan lelaki warga Bangladesh dibaham harimau itu yang tular dalam media sosial sejak awal pagi ini adalah berita palsu.
Ketua Polis negeri, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, tiada laporan diterima Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh berkaitan kejadian itu.
Rangka manusia dipercayai dibaham harimau yang ditularkan adalah palsu
Katanya, gambar tular tersebut juga dipercayai gambar lama yang sengaja disebarkan semula.
“Apa yang ditularkan itu tidak benar dan boleh disahkan sebagai maklumat palsu. IPD Ipoh juga tidak menerima laporan kes tersebut. Tolong hentikan penyebaran berita itu kerana mengakibatkan orang ramai terkeliru dan mencetuskan suasana panik.
“Tindakan menyebarkan maklumat tidak benar itu bukan sahaja menimbulkan kegusaran kepada masyarakat malah satu kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini hari ini.
Terdahulu, tular dalam media sosial gambar rangka didakwa lelaki warga Bangladesh yang dibaham harimau di Pos Raya antara Simpang Pulai ke Cameron Highlands.
Media pada Sabtu lalu melaporkan, seekor harimau belang dikesan di kawasan hentian rawat dan rehat atau Banjaran Cafe dekat Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, haiwan pemangsa itu dipercayai dari Hutan Simpan Bukit Tapah dan kemungkinan tersesat di kawasan berkenaan ekoran mengejar haiwan buruan.
Sumber – Utusan Malaysia
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Rootstalk kembali bersemangat di Suntone Reggaefest
Band Rootstalk yang berpecah sekitar tahun 2010 dengan genre reggae moden kembali aktif dengan barisan pemuzik baharu untuk Reggae Fest project di bawah kendalian Jahvalion.
Apiq seorang pemain gitar yang pengasas band yang berasal dari Temerloh , Pahang telah mula bergerak di beberapa gig di sekitar ibu kota sebelum ini.
Apiq sebaliknya tidak putus semangat dan pada 2011, mengekalkan “line-up” lama sehingga sekarang ialah Apiq Sulaiman (penyanyi), Ery Haidar (penyanyi), Johan Othman (dram), Wan Mohd Fadhli (gitar utama), Amir Rashid (bass), NorAzizi EG (perkusi), Azrul ‘Kurt’ Anuar (keyboard) dan Fitri Rosley (gitar kedua).
“Antara pentas besar yang pernah kami adakan persembahan ialah KL Reggae Fest pada 2011, Asian Reggae Fest (2012), Skanking Fest Prelude (2016), Rimba Reggae Fest (2017) serta aktif dengan gig di tanah air antara 2011 hingga tahun lalu.
“Pada 2017, Rootstalk muncul dengan EP pertama berjudul Memoirasta yang memuatkan lima lagu iaitu Oh Hati, Memoirasta, Enough, Cicee dan Mr Arjuna,” katanya.
Baru-baru ini, Rootstalk terbabit menjayakan Suntone Reggaefest yang berlangsung di Panggung Asia, Gombak.
“Alhamdulillah penganjuran itu berjaya mencapai matlamat. Persembahan kali ini adalah pentas apresiasi Rootstalk terhadap band reggae tempatan yang lain beserta sambutan ulang tahun ke-10 kami dalam ‘scene’ reggae.
“Kami turut menjemput beberapa rakan dari band lain untuk turut serta dengan Rootstalk di Suntone Reggaefest, “katanya
Katanya antaranya Dodd (penyanyi Skudap Skudip), Along (Rasta Syndicate), Apek (Sharp Shooter) dan Bob (Akar Kayu)
“Selain itu, band lain yang turut serta ialah Republic of Brickfields, Rosewood, Coca d Monday, The Island, Highbiscus, Buzzkill, The Ghetto, Banyak Bunyik Republik dan JAHVALION,” katanya.
Rootstalk boleh dihubungi di beberapa platform media sosial seperti Instagram (@roostalkband), Facebook (The Rootstalk) dan YouTube (The Rootstalk).-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kelab kompang Kampung Pamah Rawas kembali aktif setelah dua tahun tidur
Foto atas: Mohamad Faiz Mohd Kamal (barisan belakang, 3 dari kanan) bersama ahli kelab kompang yang kembali aktif mewarnai majlis keramaian dan perkahwinan berasaskan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di Kampung Pamah Rawas, Ulu Dong, Raub..
RAUB – Kelab Kompang Persatuan Belia Pamah Rawas, Ulu Dong (PBPRUD) terhenti daripada sebarang aktiviti selama dua tahun akibat serangan pandemik Covid-19 yang melanda dunia tidak mematikan semangat kumpulan itu untuk terus bergiat aktif.
Kelab PBPRUD ditubuhkan pada 2014 ketika awalnya tertumpu kepada aktiviti berzanji dan kompang hadrah dan sebagai latar belakang muzik gendang silat cuma untuk mengisi masa lapang belia di situ pada setiap hujung minggu.
Pengerusi Belia Kampung Pamah Rawas, Nur Amin Nor Azahar berkata, tempoh dua tahun penularan wabak Covid-19 serta penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini telah ‘mematikan’ semangat ahli kelab apabila semua aktiviti keramaian termasuk majlis perkahwinan melibatkan orang ramai berkumpul tidak dibenarkan oleh Majlis Keselamatan Negara.
“Keadaan ini menyebabkan kompang tidak lagi menggamatkan dewan pada hujung minggu ketika ahli membuat latihan di samping memeriahkan majlis berkenaan di kampung ini atau jemputan luar malahan peralatan tradisional ini cuma mengisi dalam almari buat sementara.
“Ahli kelab ini juga terpaksa menangguhkan latihan berkompang sejak banjir melanda kampung ini kerana dewan dan kelab belia dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan kami bersyukur kerana bencana ini sudah pulih bagi membolehkan aktiviti berkompang diteruskan selepas ini, ” katanya.
Ketua Biro Kebudayaan dan Keseniaan PBPRUD, Mohamad Faiz Mohd Kamal berkata, pada awalnya kelab itu memiliki beberapa buah peralatan lama permainan itu kerana kekurangan dana untuk berbelanja peralatan baharu walaupun ramai ahli belia sangat berminat
“Sehinggalah ahli kelab ini disuntik semangat baharu membolehkan aktiviti ini semakin berkembang apabila Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan (JKKK) Pamah Rawas amat prihatin dengan menyumbangkan sebanyak RM1,500 untuk membeli 30 buah kompang baharu.
“Sumbangan JKKK di sini merupakan hasil daripada hadiah menggondol tempat pertama apabila Kampung Pamah Rawas muncul johan dalam pertandingan Bulan Kemerdekaan Kategori Kampung Tradisional dengan memenangi wang tunai RM2,500, manakala sebanyak RM1,500 diagihkan untuk kelab kompang ini,” katanya di Kampung Pamah Rawas Ulu Dong dekat sini hari ini.
Katanya, selain 30 buah kompang baharu, kelab itu juga menerima sumbangan sebuah jidor daripada seorang pengusaha kompang yang terkenal di Batu Pahat, Johor dan ini mmeberi sambanagt untuk terus berkarya.
“Dengan alatan baharu dan sumbangan jidor memberikan semangat kepada semua ahli termasuk merekrut ahli baharu untuk terus aktif,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
AirAsia menambah jumlah penerbangan ke Sarawak dengan jumlah penerbangan sebanyak 319 setiap minggu bermula 14 Februari 2022.
Penerbangan AirAsia ke Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri boleh ditempah menggunakan AirAsia Super App dengan menekan ikon ‘Flights‘ dengan tambang sehala serendah RM108 atau boleh menggunakan mata AirAsia 10,800 mata atau menggunakan akaun kredit untuk menebus tiket penerbangan.
Selain penerbangan ke Sarawak, AirAsia juga menawarkan promosi penerbangan domestik ke Pulau pinang, Pulau Langkawi, Kota Kinabalu, Tawau, Miri dan banyak lagi dengan harga serendah RM18 sehala atau mata AirAsia sebanyak 1,800.
Penerbangan antarabangsa ke Bangkok, Phuket, Phnom Penh, Singapura dan banyak lagi dengan harga bermula RM99 sehala atau dengan 9,900 mata AirAsia.
Promosi tiket tambang murah ini bermula dari sekarang hingga 13 Februari 2022 untuk tempoh perjalanan dari 14 Februari hingga 30 September 2022.
AirAsia bekerjasama dengan Visa menawarkan potongan harga RM15 untuk tempahan tiket penerbangan menggunakan kad Visa dengan perbelanjaan minimum RM200 semasa tempoh promosi berjalan.
AirAsia mengalami sekatan penerbangan selama 20 bulan dan mengambil kesempatan menaik taraf dan memperbaharui prosedur penerbangan demi keselamatan tetamu dan kakitangan.
Bagaimanapun, AirAsia hanya menerima penumpang yang sudah divaksin penuh dan memastikan semua penerbangan dikendalikan oleh juruterbang dan kru kabin yang sudah divaksin dua dos termasuk kakitangan operasi dan pengendali bagasi di terminal.
Syarikat penerbangan tambang murah itu mengamalkan jenis piawaian keselamatan tertinggi seiring dengan rancangan mitigasi COVID-19 yang termasuk menerima penumpang yang lengkap vaksin sepenuhnya dan mewajibkan proses mendaftar masuk secara kendiri melalui AirAsia Super App juga melancarkan sistem pengecaman wajah FACES menjadikan keseluruhan proses perjalanan secara digital.
AirAsia menubuhkan unit penyelenggaraan, pembaikan dan operasi (MRO) dalaman dikenali sebagai Asia Digital Engineering yang mampu menyelenggara pesawat milik AirAsia dan syarikat penerbangan lain.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Shidee Gegar Vaganza alami kemalangan dalam perjalanan ke surau
KUALA LUMPUR – Penyanyi Shidee dilaporkan terbabit dalam kemalangan di kawasan kediamannya di PPR Pinggiran Bukit Jalil, pada Ahad (6 Feb).
Bagaimanapun kata Shidee, dia tidak menyedari kemalangan tersebut berlaku dan hanya tahu dirinya terbabit kecelakaan selepas berada dalam ambulans, menurut laporan Gempak.
“Saya tak sedar apa-apa dan hanya tahu saya kemalangan apabila berada dalam ambulans,” katanya.
Menurut Shidee, kemalangan berlaku ketika dia sedang menuju ke surau untuk menunaikan solat Asar.
Peserta Gegar Vaganza 8 itu yang juga bilal di surau terbabit berkata, dia sukar mengingati sama ada dirinya terjatuh atau dilanggar oleh orang lain dalam kejadian berkenaan.
“Saya pergi ke surau menaiki skuter elektrik. Kalau nak dikatakan saya jatuh, mestilah saya tahu perkara ini. Tapi ini sedar-sedar saya dalam ambulans dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUM) untuk pemeriksaan lanjut.
“Sekarang pun saya masih dalam keadaan lemah dan alami luka kecil. Doktor kata keadaan saya okey tapi apabila bangun saya pening dan rasa berpusing,” katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, dia ingin melihat perkembangan dirinya lebih lanjut sebelum kembali bertemu doktor, lapor Gempak.
“Tapi rasanya saya kena pergi juga buat pemeriksaan sekali lagi kerana saya batuk keluar darah dan ini merisaukan saya,” kata Shidee, memetik laporan Harian Metro, pada Isnin (8 Feb).
“Semalam doktor buat imbasan sinar X sebanyak dua kali dan kata saya okay, tiada luka dalaman.
“Namun apabila balik rumah, baharulah saya batuk dan keluar darah. Doktor tak tahu berkenaan perkara ini,” kata Shidee, yang dilaporkan telah dibenarkan pulang ke rumah Isnin malam (8 Feb), menurut laporan Gempak lagi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
CHUKAI – Seorang guru sebuah pusat tahfiz berusia 23 tahun di Kemaman direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes liwat beberapa penghuni di pusat itu, minggu lalu.
Suspek ditahan atas dakwaan meliwat penghuni pusat berkenaan berusia antara 12 hingga 14 tahun.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, berkata siasatan awal mendapati rahsia suspek terbongkar selepas seorang pelajar pusat tahfiz itu tampil membuat laporan diliwat guru agama berkenaan.
Beliau berkata, berikutan itu suspek ditahan di Pekan, Pahang kira-kira jam 11 malam tadi dan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kemaman hari ini untuk mendapat perintah tahanan reman.
“Polis mendapat perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini dan suspek sudah diberhentikan tugas oleh pengurusan pusat itu.
“Kita percaya ada lagi pelajar lain yang turut menjadi mangsa dan meminta mereka tampil membuat laporan,” katanya.
Hanyan berkata, kes disiasat mengikut seksyen 377C Kanun Keseksaan dan seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017.
Sumber: Berita Harian
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!