Foto atas : Anggota bomba bersiap sedia menjalkan operasi SAR.
Pelajar UITM dikhuatiri lemas di Cherating
KUANTAN : Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UITM) Cawangan Dungun dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di Pantai Cherating, dekat sini, kira-kira jam 1.30 petang, hari ini.
Mangsa, Adam Ridhuan Abdul Rejab berusia 18 tahun telah pergi ke pantai itu bersama 19 orang rakannya untuk berkelah dan berehat.
Menurut rakannya, Izzuddin Hizrie Zaki (18) berkata, semasa mereka membuat permainan bulatan di dalam air, tiba – tiba ombak tinggi melanda kumpulan mereka.
“Kumpulan kami berpecah dan seolah-olah mangsa ditarik air dan dihanyutkan ke kawasan yang lebih dalam, kami menyelamatkan diri masing-masing,” katanya.
Katanya, ketika itu dia melihat mangsa dalam keadaan panik dan sekelip mata mangsa hilang dari pandangan.
“Kami kemudian dapatkan bantuan orang sekeliling dan menyusuri pantai untuk mengesan mangsa. Mangsa memakai singlet celoreng hijau dan seluar pendek hitam,” katanya.
Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Polis dari Balai Cherating telah ke lokasi kejadian untuk tindakan dan siasatan lanjut.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalan oleh 8 anggota polis Balai Cherating dan 8 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng. Operasi SAR masih diteruskan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Sebuah kereta melanggar belakang lori treler dalam kemalangan di laluan Central Spine Road (CSR). -Foto IPD Bentong.
Wanita maut, rakan niaganya cedera parah lepas makan durian di Bentong
BENTONG – Seorang wanita warga emas berusia 76 tahun maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta dengan lori treler di laluan Central Spine Road (CSR) dekat sini pada jam 10.35 pagi, hari ini.
Wanita tersebut yang menumpang sebuah kereta dipandu oleh seorang lelaki warga tempatan berusia 72 tahun maut di tempat kejadian akibat tersepit di kereta tersebut setelah melanggar belakang lori treler yang dipandu oleh lelaki warga tempatan berusia 58 tahun.
Kemalangan yang meragut nyawa seorang wanita.-Foto IPD Bentong.
Ketua Polis Daerah, Zaiham Mohd Kahar berkata, kejadian itu berlaku berpunca apabila sebuah lori treler rosak telah berhenti dan di parkir di bahu jalan lokasi kemalangan tersebut.
“Pemandu lori treler terkejut mendengar bunyi dentuman yang kuat di bahagian belakang dan mendapati sebuah kereta merempuh lorinya yang datang darI arah Raub ke Bentong .
“Lori treler itu berhenti di bahu jalan di situ kira-kira 45 minit sebelum kejadian disebabkan rosak,” katanya
Katanya, akibat kemalangan itu, warga emas wanita berkenaan mengelami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan, manakala pemandu berkenaan parah dan mendapatkan rawatan di Hospital Selayang, Kuala Lumpur.
“Pemandu kereta yang cedera dan mangsa yang meninggal dunia merupakan rakan niaga dan sebelum kejadian dalam perjalanan pulang dari Raub ke Kuala Lumpur selepas makan dan membeli durian.
“Mangsa dihantar ke hospital untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian, manakala kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Katanya, memohon kerjasama orang ramai yang melihat kemalangan tersebut supaya tampil membantu polis trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong untuk membantu siasatan dan semua pengguna jalan itu dinasihatkan sentiasa berwaspada.
Sumber : Utusan Malaysia
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Tenaga pengajar ditipu RM23,514.70 tawaran kad Touch n Go
KUANTAN – Seorang tenaga pengajar vokasional terpedaya dengan iklan penjualan kad TNG NFC murah melalui laman sosial Facebook, semalam.
Mangsa berusia 55 tahun, berurusan dengan suspek kononnya menyamar sebagai ejen jualan kad tersebut.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kejadian penipuan melalui atas talian atau internet semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
Katanya, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Pahang telah menerima laporan polis dari daerah Jerantut berkenaan seorang mangsa telah mengalami kerugian sebanyak RM 23,514.70 kerana mempercayai tawaran TNG NFC Card murah pada 4 Januari 2023.
“Mangsa telah berminat dengan tawaran ‘Family Package’ iaitu empat keping kad TNG NFC bernilai RM32.00 dan telah menekan pautan yang diberikan melalui aplikasi WhatsApp.
“Mangsa telah mengisi maklumat akaun bank seperti username dan password untuk memproses pembayaran tetapi tidak berjaya. Kemudian mangsa mendapati wang dalam akaun telah lesap tanpa pengetahuannya, “katanya katanya melalui kenyatan media, hari ini.
Katanya, orang ramai diingatkan berhati-hati jangan mendedahkan sebarang butir-butir perbankan peribadi kepada pihak ketiga ataupun ke dalam sebarang aplikasi daripada pautan (link) yang meragukan.
“Saya nasihatkan orang ramai supaya tidak muat turun aplikasi yang tidak berkaitan serta jangan dedahkan butiran perbankan kepada pihak ketiga ataupun di dalam sebarang aplikasi daripada pautan yang mencurigakan,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN : Terlalu ghairah untuk mendapat pekerjaan, seorang pelajar politeknik berusia 19 tahun terperdaya dengan satu tawaran kerja sambilan ‘online’ sehingga mengalami kerugian sebanyak RM 57,488.00, pada 19 Disember 2022 lalu.
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Pahang telah menerima laporan polis berkaitan mangsa tersebut yang terperdaya dengan tawaran kerja sambilan secara atas talian (online) itu.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mangsa itu menyertai iklan mencari kerja di laman media sosial ‘Instagram’ di mana mangsa dikehendaki melabur modal terlebih dahulu dan mangsa dijanjikan menerima pulangan wang hasil dari pelaburan tersebut.
“Mangsa telah berurusan melalui aplikasi WhatsApp danTelegram dalam melaksanakan tugasan yang diberikan oleh suspek penipuan itu sehingga membuat lima kali transaksi pindahan wang ke lima akaun bank yang berlainan.
“Wang tersebut diperlukan kononnya bertujuan melabur dalam satu syarikat pelaburan yang tidak wujud,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.
Ramli berkata, mangsa telah menggunakan wang simpanan sendiri, meminjam daripada rakan dan menggunakan wang persaraan ayahnya yang merupakan seorang pesara guru.
“Dinasihat serta menegaskan agar masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan tawaran pekerjaan melalui laman media sosial tanpa usul periksa yang jelas.
“Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun yang diterima dipautan http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Antara kelengkapan rumah seperti tilam terpaksa dibuang kerana rosak selepas digenangi air banjir dan lumpur.
Sedih rumah hilang sekelip mata semasa banjir di Kampung La, Jerteh
JERTEH – Penduduk di Kampung La, Jerteh, sedih selepas perkampungan mereka teruk di landa banjir apabila air melebihi paras tiga meter dalam kejadian yang berlaku pada awal pagi 19 Disember 2022 lalu.
Penduduk terbabit yang kini tinggal sehelai sepinggang dengan menumpang rumah saudara mara selain menyewa homestay dibiayai anak dan dalam proses pascabanjir berharap ada pihak sudi membantu bagi membina semula rumah mereka di tapak asal berkenaan.
Bergotong royong membuang lumpur selepas kejadian banjir baru=baru ini.
Terdapat penduduk kehilangan rumah selepas hanyut dibawa oleh arus deras air Sungai La dalam kejadian itu kini hanya mampu merintih kesedihan kerana segala harta benda terbina lebih 40 tahun lalu sekelip mata lenyap begitu sahaja.
Seorang penduduk yang ditemui, Raja Kamarudin Raja Mohamed, berkata dia dan keluarga bersyukur kerana terselamat dalam kejadian arus deras melanda kampung itu kerana lebih awal berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) pada petang 18 Disember 2022 itu.
Katanya, pada keesokan pagi dia segera pergi meninjau untuk melihat keadaan rumahnya dan terkejut apabila rumah dia sudah lenyap dan hanya tinggal runtuhan simen tangga di bahagian hadapan sahaja begitulah juga nasib rumah saudara mara yang berdekatan.
Menurut jiran beliau, Mek Mas Salleh pula, dia berasa amat sedih apabila melihat rumah pusakanya yang sering dikunjungi anak dan cucu pada musim cuti musnah dibawa arus deras dan hanya tinggal serpihan sahaja.
“Makcik amat berharap dalam proses pasca banjir ini ada pihak sudi membantu membina rumah baharu walaupun tidak sebesar rumah dahulu asalkan selamat untuk di diami dan boleh dikunjungi anak serta cucu,” katanya.
Seorang lagi penduduk, Embong Mamat, berkata berdasarkan cerita didengari daripada penduduk kampung, rumah dia dan beberapa rumah jiran rosak dan hanyut dibawa arus deras sungai yang datang bersama-sama batang pokok yang tumbang dan sampah sarap.
Jelasnya, dia sendiri pun tidak sempat menyelamatkan banyak barangan kerana sudah terlebih dahulu berpindah ke PPS apabila diarah oleh pihak berkenaan untuk mengelak perkara tidak diingini sebelum arus deras melanda pada awal pagi 19 Disember 2022 itu.
Persatuan Kebajikan Mahmudah Malaysia (PKMM) dari Semenyih, Selangor, bersama-sama sukarelawan pelbagai pertubuhan termasuk Pusat Jagaan Nur Hasanah (PJNH), Beranang, telah menjalankan misi bantuan ke situ, baru-baru ini.
PKMM bersama sukarelawan terbabit adalah dalam misi bantuan banjir di kampung berkenaan untuk membantu membersih rumah penduduk disamping mengagihkan bungkusan barangan makanan kering keperluan asas kepada 30 keluarga yang sudah dikenal pasti oleh pihak berkenaan.
Pengerusi PKMM, Azman Rasman, berkata kehadiran mereka ke kampung berkenaan disamping untuk membantu membersihkan rumah juga sebagai menyempurnakan amanah penyumbang serta penginfak yang prihatin dengan nasib mangsa banjir
“Kami bukan setakat menghulurkan sumbangan wang tunai juga pelbagai barangan makanan kering keperluan asas seperti beras, gandum, gula, susu pekat, kicap, sos cili, tomato, bihun, telur masin dan sebagainya bagi meringankan bebanan mangsa banjir,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
172 ahli keluarga Buang Ahmad dan Maimunah berkumpul selepas 3 tahun
MELAKA – Tiga tahun tidak dapat bertemu generasi ketiga ahli keluarga serta waris Allahyarham Buang Ahmad dan Allahyarhamah Maimunah Abdul Hadi dapat mengumpulkan 172 ahli baru-baru ini.
Pertemuan itu turut dihadiri anak dan menantu 20 orang, cucu (59) serta cicit (93) berkumpul sehari di kediaman anak sulung waris berkenaan, Rosimah Buang di Kampung Tambak Bugis, Melaka.
Acara sukaneka turut diadakan.
Penyelaras program, Saadullah Mas’od, berkata program hari keluarga ini sudah lama dirancangkan tetapi terpaksa ditangguh berikutan pandemik Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan (PKP) dilancarkan kerajaan bagi membendung wabak itu.
Katanya, selepas pandemik, beliau bersama-sama beberapa ahli keluarga dapat berhubung dan mengadakan perbincangan untuk meneruskan program berkenaan selepas mereka yang berada luar Melaka dapat merentas sempadan.
“Ini memanfaatkan pertemuan dalam program berkenaan aktiviti yang dilaksanakan termasuklah mengadakan sesi “Taaruf” sesama keluarga selepas sekian lama tidak dapat bersua muka dan pada program itu masing-masing berpeluang bertanya khabar.
“Dirasakan tidak sempurna untuk mengeratkan silaturahim ini, adalah wajar diadakan acara sukaneka membabitkan semua ahli keluarga supaya dapat memberi kesan serta menjiwai erti kekeluargaan,” katanya.
Pengerusi program itu, Mahmud Buang, melahirkan rasa bersyukur akhirnya keluarga dan semua waris Allahyarham Buang dan Allahyarhamah Maimunah dapat berkumpul dan bertentang mata selepas sekian lama tidak dapat bermesra.
Katanya, dia berasa amat terharu apabila ahli keluarga serta waris luar dari Melaka seperti Perak, Johor, Selangor dan beberapa negeri lain dapat hadir untuk bersama-sama bagi mengenal pasti keturunan supaya tidak terputus silaturahim.
“Hanya air mata mengiringi pertemuan itu apabila dapat bertemu dan bermesra dengan anak saudara, cucu serta cicit terutama yang tinggal jauh dari Melaka kerana walaupun zaman penuh teknologi terkini dalam perhubungan namun pertemuan sebegini lebih bermakna serta memberi kesan.
“Saya sayang mereka semua seperti arwah bapa dan emak yang sentiasa memberi ingatan untuk kami adik-beradik supaya tidak putus hubungan silaturahim serta sering berhubungan untuk memastikan mereka semua ambil sikap peduli,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BANDAR PUSAT JENGKA : Tiga buah kedai yang terletak di No.3. Jalan Jengka 13, Bandar Pusat Jengka terbakar sepenuhnya dalam kejadian tersebut pada jam 5.00 pagi, hari ini.
Namun, kebakaran kedai separuh kekal berukuran 6 meter lebar dan panjang 12 meter itu tidak melibatkan kemalangan jiwa.
Anggota BBP melakukan operasi pemadaman.-Foto BBP Pahang.
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Jengka dengan 9 anggota bergegas ke tempat kejadian dan turut dibantu oleh 9 anggota BBP Temerloh dan 7 anggota BPP Kuala Krau.
Pegawai Operasi, Nor Dzaini Md Zin melaporkan, pasukan bomba melakukan operasi pemadaman dengan menggunakan 2 aliran hos sepanjang 60 meter, 3 nozle dan 2 aliran hos salur bantu mula air tangki pam jentera bomba.
Katanya, BBP turut menggunakan 4 jentera dalam operasi tersebut. Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Enam bayi dilahirkan di dua hospital kerajaan di Pahang
Foto atas : Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus melawat bayi kelahiran 1 januari 2023 di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang.
KUANTAN – Seramai enam bayi dilahirkan di dua hospital kerajaan di Pahang pada tahun baharu, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Nor Azimi Yunus.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, empat kelahiran dicatatkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan dan baki dua bayi dilahirkan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.
“Kelahiran pertama dicatat pada pukul 12.53 pagi di HTAA iaitu seorang bayi lelaki dari pasangan dari Felda Lepar Hilir 1 dilahirkan dengan berat 3.9 kilogram (kg) melalui kaedah pembedahan.
“Usia ibu yang bersalin antara 25 hingga 35 tahun dan berat bayi yang dilahirkan antara 3 kg hingga 3.9 kg,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurut Dr. Nor Azimi, daripada enam kelahiran tersebut lima adalah bayi lelaki dan seorang bayi perempuan.
Sumber : Malaysiagazzette
Bottom of Form
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Rahsia di sebalik perciptaan biskut OREO yang ramai tidak tahu. Jika anda seorang yang peka, anda pasti akan perasan ada lambang Salib (Lorraine) pada Biskut Oreo. Ramai yang menikmati keenakan biskut Oreo, tetapi tidak tahu rahsia disebalik penciptaannya.
Seorang pengguna Facebook memuat naik sebuah video yang dirakam menggunakan telefon bimbitnya mengajak pengguna Islam fikirkan semula bila membeli dan memakan biskut Oreo yang didakwa (oleh ahli teori konspirasi) dicipta bagi memperingati perjuangan pahlawan Perang Salib suatu ketika dulu.
“Khusus untuk mereka beragama Islam, fikirlah balik bila nak makan biskut Oreo okay. Halal memang halal tetapi ada sebab diciptakan biskut Oreo itu.
“Islam sendiri ada ahlul sunnah wal jamaah dan muktazilah (Syiah dan sebagainya). Dalam ahlul sunnah ada 4 mazhab yang berbeza pendapat. Aku harap korang faham maksud aku. Nak tag nama kawan, silakan. Tetapi nak komen lebih-lebih, aku tak izinkan (akan didelete). Nak komen sila share video ini di wall korang then komenlah sepuas-puasnya di wall korang okay. #perangsalibdenganislam,” katanya Fauzi Poji.
“Membuktikan sekali lagi bahawa sejarah akan berulang, kumpulan salibi mungkin akan meninggalkan nama pada legenda Oreo,” kata pengulas video berkenaan.
“Ia sesuatu yang digemari oleh ahli teori konspirasi. Bulatan dengan dua salib di atas logo Oreo ialah Salib Lorraine yang dibawa Knights Templar semasa Perang Salib. Kita tidak perlu konspirasi rahsia untuk menggemari gula,” kata Nicola Twilley.
Namun ada segelintir netizen pula berpendapat bahawa pilihan di tangan masing-masing.
“Aku makan je biskut tu. Bukannya terpesong pun akidah aku selepas memakannya. Pilihan di tangan masing-masing.
“Mansuhkan saja huruf T, orang kita ini paranoid tak tentu pasal. Sibuk tengok akidah orang, sibuk tengok dosa pahala orang tetapi sumbangan pada pembangunan ummah langsung tiada. Sikit-sikit Yahudi, sikit-sikit dakyah Kristian,” kata netizen.
Sumber : SelayangPandang.Net
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Menara Merdeka 118 paling diidamkan – Ivan Beerkus
PETALING JAYA- Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur merupakan bangunan idaman buat salah seorang daripada pasangan Russia, Ivan Beerkus, yang menceroboh dan memanjat puncak pencakar langit berkenaan.
Semalam, Ivan memuat naik video dirinya berada di puncak menara tersebut bersama wanita dikenali sebagai Angela Nikolau, yang telah mengundang pelbagai reaksi negatif khususnya daripada rakyat Malaysia.
“Puncak Merdeka 118 bersamaan 679 meter atau 2,227 kaki. Ia adalah bangunan kedua tertinggi di dunia!
“Saya tidak dapat menggambarkan emosi saya. Bangunan tercantik yang pernah saya kunjungi,” katanya dalam kapsyen.
Kelmarin, Ivan memuat naik gambar di hadapan menara tersebut sambil meluahkan rasa teruja melihat bangunan itu yang menjadi idamannya.
“Saya mendengar pelbagai cerita berkenaan cubaan memanjat menara ini tanpa kebenaran. Yang paling sedih sehingga dipenjara beberapa bulan.
“Ada banyak pintu tertutup dan CCTV di dalam menara berkenaan. Perkara itu membuatkan ia menara yang paling diidamkan di seluruh dunia,” katanya.
Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan aksi pasangan warga Russia itu menceroboh Menara Merdeka 118 dengan memanjat ke puncak pencakar langit itu, menerima kecaman orang ramai.
Semalam, beberapa portal media turut melaporkan, polis akan menjalankan siasatan terhadap pasangan tersebut.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman dipetik berkata, pihaknya akan memanggil pasangan berkenaan untuk dirakam keterangan.
video
Sumber : KOSMO! ONLINE
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!