KULAI – Seorang penunggang motosikal lelaki maut ketika mengelak sebuah basikal yang melintas sebelum merempuh sebuah kereta di Jalan Seelong 6, Kampung Baru Seelong, Senai di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 7.47 pagi, Yong Joon Kee, 39, melanggar bahagian sisi kanan sebuah kereta Proton Saga dari arah bertentangan.
Memetik laporan dar KOSMO ONLINE!, menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Khidir Kamarudin berkata, seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai dibantu Fire Post Kempas dikejarkan ke tempat kejadian.
Katanya, sebuah jentera Light Fire Rescue Team (LFRT) dan satu jentera Fire Rescue Vehicle (FRV) turut dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Pemeriksaan mendapati lelaki yang menunggang motosikal jenis Kawasaki Z250 itu sudah meninggal dunia di tempat kejadian. Ini disahkan pasukan paramedik yang hadir di lokasi kejadian.
“Sementara pemandu kereta berkenaan terselamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Operasi tersebut tamat pada pukul 8.51 pagi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MANGSA YANG HILANG ROZI OMAR DITEMUI OLEH PASUKAN PENYELAMAT PAGI INI
LIPIS: Seorang mangsa lemas dari dua beranak yang dilaporkan hilang selepas bot dinaiki mereka bersama ahli keluarga lain yang karam ketika cuba merentasi Sungai Jelai, dekat Kampung Bertang, di sini semalam telah ditemui pada jam 9.45 pagi ini.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azry Akmar Ayob berkata, mangsa Rozi Omar, 52, ditemui kira-kira 100 meter dari tempat kejadian dan tersangkut dalam kebun pisang penduduk kampung apabila air banjir mula surut.
Katanya, pada jam 12 tengahari semalam, mangsa, Rozi Omar, 52, bersama anaknya, Nur Zakirah Ahmad Husin, 19, menaiki bot berkenaan bersama suaminya, Ahmad Husin Mad Aris, 52, dan seorang lagi anak mereka, Nur Aina, 23.
Di Kampung Bertang tempat berlaku nahas
“Kejadian bot karam itu berlaku di Sungai Jelai, berhampiran jambatan gantung, Kampung Bertang, Ulu Jelai, Sungai Koyan dan semua mangsa tinggal di kampung Bukit Betong, Sungai Koyan.
“Siasatan awal polis mendapati bot yang di gunakan bersama ahli keluarga untuk kembali ke rumah untuk melihat keadaan rumah yang telah dinaiki air, telah terbalik disebabkan arus deras,” katanya.
Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan Rozi Omar, 52, dan anaknya, Nur Zakirah Ahmad Husin, 19, telah terjatuh ke dalam sungai manakala suaminya Ahmad Husin Mad Aris, 52, dan seorang lagi anak mereka, Nur Aina, 23 terselamat.
Katanya, anak mangsa, Nur Zakirah Ahmad Husin, 19, masih belum ditemui dan usaha mencari dan penyelamat sedang dilakukan oleh 31 orang pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang terdiri polis dan bomba. Penyelamat sedang meneruskan pencarian mangsa yang masuk hari kedua di sekitar kawasan kejadian dan kawasan sekitar.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
IPOH : Seramai 615 mangsa banjir ditempatkan di 11 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Perak setakat jam 7.30 pagi ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, kesemua PPS berkenaan dibuka sejak semalam selepas 12 kawasan terjejas di Kampar, Hilir Perak dan Muallim.
“Daerah Muallim mencatat jumlah mangsa tertinggi setakat ini dengan 477 orang daripada 119 keluarga yang ditempatkan di lapan PPS, iaitu satu PPS di Tanjung Malim dan tujuh PPS di Slim River,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Harian Metro melaporkan, Daerah Hilir Perak pula mempunyai 85 mangsa daripada 24 keluarga yang ditempatkan di di PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI).
Katanya, 53 mangsa daripada 18 keluarga di Kampar yang ditempatkan di dua PPS iaitu Dewan Batu 20 dan Dewan Dato Azman Mahalan.
Gambar: Bomba/Media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KLUANG – Seorang pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan dekat sini ditemui mati lemas selepas dipercayai dihanyutkan arus deras sebuah sungai melimpah di Kampung Bentong di sini tengah hari tadi.
Dalam kejadian pada pukul 12.20 tengah hari itu, mangsa, Ikmal Hakimi Mahasan, 20, ditemui kira-kira 50 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.
Ketua Polis Daerah Kluang, sisten Komisioner Law Hang Seng berkata, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan untuk ke rumah seniornya dikenali sebagai Amir yang tinggal di Kampung Bentong.
“Bapa mangsa, Mahasan Mohd Daud, 50, memberitahu Hakimi mahu ke rumah senior universitinya dikenali sebagai Amir di kawasan Kampung Bentong tetapi kawasan itu tidak dapat dilalui kerana dinaiki banjir.
“Mangsa juga ada memberitahu rakannya bernama Syafikh bahawa dia dapat tahu ada jalan lain ke Kampung Bentong iaitu melalui jalan Kampung Melayu Nyior.
“Namun selepas daripada itu, percubaan untuk menghubungi telefon bimbit milik mangsa dan pencarian di rumahnya juga gagal,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Hang Seng berkata, mangsa adalah pelajar tahun pertama USIM.
Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Kluang untuk bedah siasat.-
Video/gambar: Media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Empat belas orang penduduk Kampung Jerantut Feri dekat sini bergadai nyawa menyelamatkan sebuah kapal pam penyedut pasir yang hanyut di Sungai Pahang kira-kira jam 3 petang ini.
Menurut, Mohd Azrul Mohamad, berkata, petang tadi kami pemilik sangkar ikan sungai sentiasa memantau sangkar mereka agar tidak dihanyutkan air Sungai Pahang semakin naik dan deras.
“Kami menguatkan ikatan tali sangkar ikan agar tidak dibawa arus deras, jika berlaku paras air semakin naik dan air semakin laju.
“Ketika saya dan rakan-rakan membetulkan ikatan sangkar ikan masing masung, kami tiba-tiba ternampak kapal pam penyedut pasir hanyut kira-kira 200 meter dari tempat kami berada,” katanya.
Beliau berkata, ketika itu ada kira-kira 14 pemilik sangkar ikan berada di sepanjang sungai berpakat mengambil tindakan pantas untuk menarik kapal pam itu bimbang ia akan merempuh sangkar ikan mereka dan bakal mengalami kerugian yang besar.
Katanya, mereka tanpa berfikir panjang, mengambil langkah segera mengambil tujuh bot fiber dan mengejar untuk menghentikan kapal itu agar tidak merempuh sangkar penduduk lain di sekitar tebing sungai itu selain tidak melanggar tiang jambatan.
“Oleh kerana air terlalu deras dan menyedari kapal tersebut hanyut tanpa ada sesiapa di atasnya, maka mengambil keputusan mengejar kapal pam tersebut.
“Akhirnya setelah hampir 40 minit berhempas pulas menarik kapal pamitu dapat dihentikan di kawasan Pulau Dedari yang teletak di tengah-tengah Sungai Pahang itu berdekatan jambatan itu.
Menurut rakannya, Ramizan Mat Lia, kapal pam pasir itu sebenarnya hanyut bermula Kampung Pulau Mansok, kira-kira 7 kilometer dari tempat kerja mengorek pasir.
Katanya ia dipercayai hanyut disebabkan air terlaku deras menyebabkan ikatannya terputus.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LIPIS: Dua beranak dilaporkan hilang selepas bot dinaiki mereka bersama ahli keluarga lain, karam ketika cuba merentasi Sungai Jelai, dekat Kampung Bertang, di sini, tengahari tadi.
Ketika kejadian, mangsa, Rozi Omar, 52 tahun bersama anaknya, Zakirah Ahmad Husin, 19 tahun menaiki bot berkenaan bersama suaminya, Ahmad Husin Mad Aris, 52 tahun dan seorang lagi anak mereka, Nur Aina, 23 tahun.
Penghulu Mukim Ulu Jelai, Asyhar Amin Ahmad berkata, keluarga terbabit difahamkan cuba merentasi sungai itu untuk meninjau keadaan kediaman mereka yang ditenggelami banjir.
“Saya menerima laporan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Kampung Bertang kira-kira jam 12 tengahari tadi.
“Setakat ini kedua-dua mangsa iaitu Rozi dan anaknya, Zakirah masih belum berjaya dikesan. Suami Rozi, Ahmad Husin dan Nur Aina bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri sebaik insiden berlaku berhampiran jambatan gantung Kampung Bertang, ” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.
Asyhar Amin berkata, pihaknya sudah memaklumkan mengenai kejadian itu kepada pihak polis dan operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang dilakukan dengan kerjasama penduduk kampung.
Beliau turut menasihatkan penduduk kampung supaya lebih berhati-hati dan tidak mengambil keputusan yang berisiko memandangkan keadaan arus Sungai Jelai masih deras dan paras air juga melepasi paras bahaya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KORBAN PERTAMA HARUNGI AIR DI BUKIT PUAS: SEORANG LAGI MANGSA BELUM DITEMUI
JERANTUT: Seorang lelaki berusia 58 tahun menjadi korban pertama di daerah ini dan seorang anaknya masih belum ditemui di lokasi kejadian banjir di laluan Kampung Bukit Puas, Jerantut, malam tadi.
Uqail Iskandar Zulkarnain (kiri) masih belum ditemui, Zulkarnain Hitam, mangsa korban (kanan)
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan berkata, mangsa, Zulkarnain Hitam, 58, ditemui lemas kira-kira jam 10.30 malam dan dipercayai dihanyutkan arus deras semasa cuba mengharungi dengan berjalan kaki untuk pulang ke rumahnya di Kampung Gintong bersama tiga anak lelakinya.
Katanya, seorang anaknya, Uqail Iskandar Zulkarnain berusia 23 tahun yang menuntut di Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, masih belum ditemui dalam operasi mencari dan menyelamat di sekitar lokasi kejadian.
“Operasi mencari dan menyelamat dimulakan kira-kira jam 11.00 malam dengan melibatkan 17 anggota pasukan mencari dan menyelamat dan operasi pencarian dihentikan pada jam 3.30 pagi ekoran cuaca yang semakin buruk.
Pasukan Bomba dan Penyelamat menyambung operasi dan menyelamat di Bukit Puas, pagi ini
“Dua orang anaknya, Umar Iskandar Zulkarnain (17 tahun) dan Usyair Iskandar Zulkarnain (13 tahun) yang turut serta terselamat selepas mengharungi bersama di laluan yang dinaiki air.
Katanya, kesemua mereka difahamkan berjalan kaki kira-kira dua kilometer dari tempat letak kereta untuk ke Kampung Gintong ,”katanya.
Beliau berharap orang ramai sila berwaspada dengan keadaan banjir bagi mengelak kejadian yang tidak diingin berlaku seperti pokok tumbang, tanah runtuh dan paras air yang naik di sekitar Sungai Pahang dan laluan yang rendah serta mematuhi arahan kerajaan berkaitan SOP Covid-19 di Pusat Pemindahan Sementara dan tempat tempat awam.
Sementara itu, Anak mangsa, Usyair Iskandar Zulkarnain (13) ketika ditemui berkata, semasa mereka mengharungi air terdengar abang sulungnya (Uqail Iskandar Zulkarnain) meminta tolong dalam keadaan yang begitu gelap, bapanya terus cuba menyelamatkannya.
Usyair Iskandar Zulkarnain
“Selepas itu saya tidak dengar suara abang dan abah, ketika itu air begitu deras dan saya juga cuba mengharungi untuk membantu mencari tetapi tidak nampak apa-apa.
“Dalam saya cuba menyelam dan meraba dalam air tersentuh kaki abah dan terus memegang dan menariknya serta memapah ke tempat selamat,”katanya.
Katanya ketika itu, bapanya tidak sedarkan diri, manakala abangnya Umar Iskandar (17) sudah berada di tempat selamat untuk cuba mencari bantuan.
Anggota keluarga mangsa korban serta Pegawai Agama Daerah Jerantut, Syarifuddin Mohamad Saad (kanan) berada di Unit Forensik , Hospital Jerantut
“Mujur orang kampung (Kg. Gintong) berada di lokasi kerana mereka mengesyaki selepas cuba memanggil telefon ayah berkali-kali tidak berjawab,”katanya.
Jenazah mangsa masih di Unit Forensik, Hospital Jerantut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Kakitangan Pejabat Hutan Daerah Jerantut menjadi korban pertama banjir yang melanda negeri ini sejak Sabtu lalu.
Mangsa, Zulkarnain Hitam, 58 tahun ditemui lemas selepas dilaporkan dihanyutkan arus deras ketika cuba menyeberangi laluan yang dinaiki air di Sungai Puas, dekat Kampung Gintong Tebing Tinggi, dekat sini, bersama tiga lagi anaknya, lewat malam tadi.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 1 pagi dan operasi mencari dan menyelamat mangsa dilancarkan sebaik laporan diterima.
“Sepasukan pegawai dan anggota polis dengan kerjasama pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta orang kampung cuba mengesan mangsa dan anaknya yang dilaporkan hilang.
“Dua daripada anak mangsa berusia 13 dan 15 tahun berjaya ditemui dalam keadaan selamat, manakala seorang lagi anak mangsa dikenali sebagai Ukai Iskandar berusia 23 tahun yang masih belajar di institusi pengajian tinggi (IPT), belum dapat dikesan.
“Mayat Zulkarnain ditemui kira-kira jam 2 pagi tadi dan dihantar ke Hospital Jerantut bagi tujuan bedah siasat,” katanya.
Difahamkan kemalangan itu berlaku apabila Zulkarnain bersama anaknya cuba merentasi laluan berkenaan untuk kembali ke kediaman lama mereka selepas kebanyakan laluan biasa digunakan terputus akibat banjir.
Operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan Ukai Iskandar disambung jam 9 pagi tadi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG : Lima orang terselamat dari maut apabila sebuah kereta bersama empat orang penumpang terbabas sendiri dan terjatuh ke tebing sungai di Jambatan Kampung Baru Bentong pada kira – kira jam 6.45 petang hari ini.
Kejadian itu berlaku di jalanraya di KM 2, Jalan Bentong ke Karak. apabila seorang lelaki warga tempatan berusia 23 tahun yang memandu kereta Honda Jazz bersama empat orang penumpang dalam perjalanan dari Cameron Highland menuju ke Karak.
Ketua Polis Daerah Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata hasil siasatan mendapati kereta Honda Jazz yang dipandu oleh lelaki terbabit bersama empat orang penumpang terdiri daripada satu lelaki dan empat perempuan dan kesemua berumur dalam lingkungan 17 tahun hingga 28 tahun.
GAMBAR IHSAN PDRM
” Apabila sampai di tempat kejadian semasa melalui selekoh, pemandu gagal mengawal kenderaan sehingga terbabas ke kiri jalan dan kenderaan yang dipandu terjatuh di tebing Jambatan Kampung Baru.
” Akibat kemalangan tersebut, kesemua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di Hospital Bentong manakala Kereta Honda Jazz mengalami kerosakan di bahagian hadapan.,” katanya.
Ketua Polis Daerah Superintendan Zaiham Mohd KKahar.
Kes di siasat di bawah Seksyen 43 (1) APJ 1987. Pihak polis meminta saksi-saksi yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.
GAMBAR IHSAN PDRM
Zaiham menasihatkan orang ramai yang memandu dan menunggang kenderaan supaya berhati-hati dan memandu secara berhemah di musim hujan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Seorang penumpang sebuah kenderaan pacuan empat roda maut apabila kenderaan dinaiki lima sekeluarga itu dipercayai terbabas sebelum terbalik di Kilometer 240 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) di sini pada petang Sabtu.
Dalam kemalangan kira-kira jam 6.20 petang itu, mangsa, Meriam Abdullah, 77, beralamat di Jerteh, Terengganu yang duduk di bahagian penumpang belakang meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh @ Mohamad Daud berkata, suami mangsa, Husain Said, 78, yang berada di kerusi penumpang hadapan cedera di kepala.
Beliau bagaimanapun berkata, pemandu kenderaan jenis Toyota Hilux berusia 23 tahun dan dua lagi penumpang dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika kenderaan tersebut dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Terengganu.
GAMBAR IHSAN JBPM PAHANG
“Kenderaan tersebut hilang kawalan dipercayai terlanggar lopak air lalu terbabas ke bahu jalan dan terbalik di tepi longkang,” katanya ketika dihubungi SINAR HARIAN pada Ahad.
Kamarulzaman berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat.
Sementara itu, KOSMO!ONLINE melaporkan, mangsa yang cedera dihantar ke hospital sama untuk menerima rawatan.
Beliau berkata, kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!