PUCHONG: Tidak puas hati berhubung isu jual beli tayar dipercayai menjadi punca seorang lelaki warga emas dibunuh, sebelum mayatnya ditemui dalam but sebuah kereta di Taman Wawasan dekat Puchong malam tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata mangsa berusia 70 tahun dilaporkan hilang sejak 31 Disember lalu.
GAMBAR IHSAN PDRM
“Keluarga mangsa membuat dua laporan polis berhubung kehilangan warga emas itu di Balai Polis Ara Damansara.
“Keluarganya memaklumkan bahawa berlaku transaksi kad kredit milik mangsa di sebuah pasar raya di Kuala Klawang, Negeri Sembilan,” katanya, lapor SINAR HARIAN.
Beliau berkata, susulan laporan itu, seorang lelaki ditahan di sebuah pasar raya di Kuala Klawang pada Sabtu lalu.
“Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada persengketaan berhubung isu jual beli tayar dianggarkan bernilai RM1,100,” katanya.
Nik Ezanee berkata, suspek yang ditahan adalah seorang ahli perniagaan yang juga pemilik sebuah bengkel kereta.
“Mayat mangsa dijumpai di dalam but sebuah kereta Volvo warna hijau yang juga milik seorang pelanggan suspek,” katanya.
Beliau berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Puchong telah dipanggil bagi membantu mengeluarkan mayat mangsa.
“Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BERA: Seorang bayi perempuan berumur satu hari ditemui dalam ladang kelapa sawit yang dinaiki air kerana banjir dipercayai ditinggalkan di Ladang Jeng Huat, Kemayan, pada pukul 1.45 petang hari ini.
Bayi yang diletakkan dalam kotak di jumpai di tepi jalan di dalam ladang kelapa sawit ketika seorang penduduk bersama kawannya sedang meletakkan motorsikal di tempat kejadian untuk memasang jaring ikan dan terjumpa kotak yang mengandungi bayi itu.
Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Mansor Samsudin, berkata seorang penduduk Khairulanuar Mohammad Azali, 45 telah menjumpai seorang bayi di ladang sawit, Ladang Jeng Huat, Kemayan, Bera.
GAMBAR IHSAN PDRM
Katanya, tempat bayi itu dijumpai merupakan sebuah ladang kelapa sawit dimana kawasan ladang itu di naiki air akibat banjir.
Beliau berkata, Khairulanuar bersama kawannya telah pergi ke ladang tersebut untuk memasang jaring ikan dan terjumpa sebuah kotak berwarna coklat.
Beliau berkata, apabila melihat dari dekat mereka rasa terkejut kerana kotak tersebut mengandungi seorang bayi yg dibaluti dengan kain batik berwarna hitam
Katanya, pegawai perubatan dari klinik Kesihatan Kemayan Dr.See Wuan Win telah membuat pemeriksaan awal dan mengesahkan bayi berkenaan dipercayai telah dilahirkan hari ini diantara jam 5.00 – 7.00 pagi.
“Bayi perempuan seberat 2.12 kilogram itu berada dalam keadaan bertali pusat. dan tiada sebarang kesan kecederaan di badan bayi kecuali gigitan semut.
“Badan bayi dipercayai telah dicuci dengan air yang kotor dan bayi itu cukup sifat (36 minggu) dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati bayi berkemungkinan mempunyai masalah Down Syndrome,” katanya.
Mansor berkata bayi itu telah dihantar ke Hospital Kuala Pilah untuk pemeriksaan pakar kanak-kanak dan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Bera telah dimaklum mengenai kejadian itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH: Polis berjaya menahan dua ‘buaya darat’ hasil pemeriksaan terhadap motosikal ditunggang dua remaja yang mengubah nombor pendaftaran motosikal mereka.
Mereka ditahan dalam satu Op Motosikal yang dilancarkan di sekitar daerah ini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, hasil operasi pemeriksaan itu, polis menahan dua remaja bersama motosikal menggunakan nombor plat tertera perkataan ‘BUAYA’ untuk disiasat mengikut Seksyen 108 (3)(E) APJ 1987 dan Seksyen 108 (3) (F) APJ 1987.
“Remaja tebabit mengubah nombor pendaftaran menjadi ‘BUAYA’ dan menampal pelekat pada nombor pendaftaran asal.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman
“Operasi dijalankan Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Temerloh diketuai Ketua Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Temerloh ( BSPT) bersama enam anggota dari jam 10 pagi hingga jam 6 petang semalam.
GAMBAR IHSAN PDRM
Katanya, BSPT Temerloh akan mengambil tindakan tegas kepada penunggang atau pemandu kenderaan mengubahsuai kenderaan dengan niat untuk mengelirukan pihak berkuasa.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
POLIS BONGKAR ASP HIDUP MEWAH: DIPERCAYAI TERIMA HASIL DARI TAUKE JUDI
PETALING JAYA: Kemewahan luar biasa seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) terbongkar selepas lelaki itu dipercayai bersekongkol dengan tauke judi.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, penjawat awam yang berusia dalam lingkungan 30-an itu memiliki aset seperti kereta, rumah mewah dipercayai hasil menjadi tali barut kepada tauke judi di sebuah negeri di utara tanah air.
TAN SRI ABDUL HAMID BADOR
Difahamkan, pegawai itu yang bertugas di negeri berkenaan sejak 11 tahun lalu membongkarkan operasi kepada tauke judi menyebabkan serbuan yang dirancang tidak berhasil.
Menurut Abdul Hamid, siasatan mendapati pegawai yang bertugas di bahagian siasatan jenayah itu turut memiliki perniagaan kedai runcit.
“Saya telah mengarahkan ASP itu ditukarkan serta-merta sementara siasatan dan tindakan tatatertib dikenakan terhadap pegawai itu,” katanya dalam satu wawancara khas bersama KOSMO!ONLINE di Bukit Aman di sini semalam.
Abdul Hamid tidak menafikan tempoh perkhidmatan pegawai itu yang terlalu lama di bahagian jenayah mendorong dia bertindak sedemikian.
“Apabila seseorang itu dalam perjawatan yang sensitif lebih dari waktunya, integritinya tercalar sehingga sanggup menjadi pengkhianat kepada pasukan polis dan negara.
“Orang sudah jelik dengan kenyataan saya memberi amaran. Kali ini saya membuktikan bahawa ‘idah’ yang diberikan itu sudah selesai dan tindakan seterusnya adalah membawa mereka yang terlibat ke mahkamah,” kata beliau.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KANAK-KANAK 5 TAHUN MAUT DIPERCAYAI DIDERA: 3 SUSPEK DITAHAN UNTUK BANTU SIASATAN
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditemukan maut selepas dipercayai didera di sebuah kondominium di Jalan Ipoh, di sini, pada Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada jam 2.45 petang semalam.
“Mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring di atas katil serta lengkap berpakaian. Hasil pemeriksaan fizikal mendapati, terdapat kesan calar serta lebam pada beberapa bahagian badan dan kaki mangsa.
“Sehubungan itu, polis menahan tiga suspek yang merupakan pengasuh dan anak-anaknya berusia lingkungan 22 hingga 61 tahun, dipercayai terlibat dalam kes itu, bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, lapor ASTRO AWANI.
“Mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring di atas katil serta lengkap berpakaian. Hasil pemeriksaan fizikal mendapati, terdapat kesan calar serta lebam pada beberapa bahagian badan dan kaki mangsa,” – Asisten Komisioner Beh Eng Lai
Mengulas lanjut, Beh berkata, mayat mangsa telah pun dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
“Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul,” ujarnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
OPERASI BESAR-BESARAN MOTOSIKAL: TUMPU KESALAHAN LALU LINTAS, UBAH SUAI TIDAK IKUT KRITERIA
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal melancarkan operasi besar-besaran ke atas penunggang motosikal melakukan kesalahan lalu lintas, dalam tempoh terdekat.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata operasi dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) itu akan menumpukan motosikal berkuasa tinggi dan bawah 150cc.
GAMBAR HIASAN
Beliau berkata, ia akan memfokus kepada penunggang yang melakukan pengubahsuaian terhadap motosikal sehingga mengganggu ketenteraman awam, lapor BH ONLINE.
“Ramai orang mengadu bahawa golongan itu mengganggu ketenteraman awam dengan bunyi ekzos terlalu bising apabila menghidupkan motosikal yang diubah suai.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador
“Golongan terbabit juga didakwa mengganggu lalu lintas sehingga menyebabkan pengguna jalan raya lain terpaksa memberi laluan kepada mereka kerana berkonvoi dalam jumlah yang ramai,” katanya pada sesi wawancara khas.
Malah, Abdul Hamid menegaskan, penunggang motosikal menyumbang angka kemalangan yang tertinggi di negara ini.
“Sudah-sudahlah mereka memulas pendikit motosikal yang diubah suai sehingga mengganggu orang ramai dengan bunyi bising itu.
GAMBAR HIASAN
“Saya sudah mengarahkan JSPT untuk melancarkan operasi besar-besaran. Tiada kompromi lagi.
“Motosikal yang diubah suai akan dirampas, dan pihak terbabit mesti mengubah kenderaan mereka itu seperti asal semula,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PENGEDAR DADAH DITAHAN DALAM OPERASI POLIS: SALAH SEORANG SUSPEK POSITIF DADAH
SEBERANG PERAI: Empat lelaki disyaki pengedar dadah ditahan polis ketika melakukan kegiatan itu di dalam sebuah pondok pengawal keselamatan di Jalan Datuk Haji Ahmad Badawi, Kepala Batas di sini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, dalam operasi kira-kira pukul 9.15 malam itu pihaknya menahan suspek berkenaan yang berusia di antara 34 hingga 61 tahun.
“Polis merampas 7.2 gram (g) dadah jenis heroin bernilai RM360 dan 0.1 g syabu (RM10) daripada suspek tersebut.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd .Noor.
“Ujian saringan air kencing turut mendapati salah seorang daripada mereka positif dadah, manakala dua daripadanya mempunyai rekod lampau,” katanya seperti yang dilaporkan KOSMO!ONLINE.
Noorzainy berkata, kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39(A), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PENJENAYAH DIKEHENDAKI MATI DITETAK: DISYAKI TERBABIT DALAM PERGADUHAN
IPOH : Seorang lelaki yang dipercayai penjenayah dikehendaki polis ditemukan mati, disyaki akibat ditetak dalam pertengkaran dengan sekumpulan individu dalam kejadian berhampiran sebuah kuil di Tanjung Rambutan di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, mayat lelaki berusia 34 tahun itu ditemukan orang awam pada 11.30 pagi tadi, kira-kira 30 meter dari sebuah bangsal yang dipercayai menjadi tempat kegiatan menghisap dadah.
“Siasatan awal polis mendapati lelaki itu ke bangsal berkenaan pada 7.30 malam semalam untuk bersemuka dengan kumpulan terbabit kerana tidak berpuas hati adiknya ditahan polis susulan satu kes tetak pada November lalu.
Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz
“Dipercayai berlaku pertengkaran dan lelaki itu cuba melarikan diri namun terjatuh sebelum mayatnya ditemukan pagi tadi dengan kesan tetakan pada bahagian belakang badan dan pergelangan tangan hampir putus,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Menurutnya laporan HARIAN METRO, pemeriksaan polis di lokasi menemukan sebilah parang panjang yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
GAMBAR IHSAN PDRM
Mengulas lanjut, A. Asmadi berkata, semakan polis mendapati si mati mempunyai 12 rekod lampau berkaitan pelbagai jenayah termasuk bunuh selain diburu polis bagi membantu siasatan kes tetak pada November lalu.
“Polis akan melancarkan operasi bagi mengesan semua suspek dan kes ini disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaaan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
DISERANG LELAKI DENGAN CANGKUL: SUSPEK DIPERCAYAI TERBABIT DALAM KES PECAH RUMAH
SITIAWAN : “Saya bersyukur tidak diapa-apakan, namun kejadian itu sangat mencemaskan terutama apabila lelaki itu kelihatan agresif dengan memegang cangkul,” kata wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ira.
Ira, 40, berdepan detik cemas lebih 15 minit apabila rumahnya didatangi lelaki tidak dikenali dalam kejadian di Taman Serdang di sini, pada 10.30 pagi semalam.
Lebih menakutkan, lelaki yang tidak memakai baju dan hanya berseluar pendek itu dikatakan turut membawa cangkul dan memecahkan cermin tingkap dan pintu rumahnya.
Malah, lelaki itu didakwa masuk rumah dan sempat mengambil air botol dalam peti ais sebelum keluar mengikut pintu belakang.
Ira berkata, ketika kejadian dia tinggal berseorangan di rumah dan sedang menonton televisyen di ruang tamu, manakala suaminya berkerja.
Ira Mangsa kejadian
Menurutnya, sebelum itu, dia menyedari lelaki itu berjalan mundar-mandir di hadapan kawasan rumahnya sambil mengheret sesuatu.
“Saya kemudian memeriksa dan mengunci semua pintu serta tingkap sebelum melihat lelaki itu membuka pagar sambil membawa cangkul.
“Saya terus menghubungi suami, jiran dan polis. Lelaki itu kemudian mengetuk dan menyuruh buka pintu, malah dia juga mengelilingi rumah hampir empat kali,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, lelaki itu kemudian bertindak agresif dengan merosakkan jaring di pintu jeriji dan memecahkan tingkap serta pintu kayu rumahnya.
“Melihat pintu sudah pecah dan terkopak saya terus melarikan diri ke dalam bilik dan mengunci serta menahan pintu dengan tiang besi penyangkut baju.
“Lelaki itu dapat masuk dalam rumah dan cuba menolak pintu bilik tetapi saya menahannya dari dalam. Dia kemudian keluar ikut pintu belakang dan sempat mengambil air botol dalam peti ais,” katanya yang mendakwa selak pintu rumahnya tercabut dipercayai kesan tolakkan kuat lapor ya kepada HARIAN METRO.
Ira berkata, suaminya pulang ke rumah dan mengejar lelaki itu dengan bantuan orang kampung sebelum lelaki itu pergi semula ke rumahnya dan melarikan motosikal suaminya.
GAMBAR IHSAN ORANG AWAM
“Saya rasa dia bukan mahu merompak kerana beg tangan di meja hadapan tidak di usik, malah lelaki itu tidak menyelongkar rumah,” katanya membuat laporan polis di Seri Manjung.
Jirannya, Mohamed Nor Mohamed Alwi, 70, berkata, dia melihat lelaki tidak dikenali itu berjalan di sekeliling rumah jirannya itu dengan memegang cangkul seperti sedang marah sebelum isterinya menghubungi polis.
“Selepas keluar dari rumah jiran, lelaki itu pergi ke rumah seorang lagi jiran dan mengetuk pintu rumah sebelum dia memasuki kawasan rumah saya dan mengetuk pintu jeriji yang berkunci.
“Ketika itu pintu kayu memang sudah terbuka dan saya dan isteri bertentangan mata dengan lelaki itu dan dia menanyakan nama tetapi kami yang panik hanya diam sebelum dia menyepak pasu bunga,” katanya.
Katanya, selepas itu mereka mendapat maklumat lelaki itu kemalangan di Taman Sejati dan sudah ditahan polis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pecah rumah di Taman Serdang dan suspek sudah ditahan semalam.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
STRATEGI APMM BERKESAN: TEKONG, PATI ROHINGYA BERJAYA DICEKUP
KLANG: Kecekapan Maritim Malaysia (APMM) mengatur strategi berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk empat pendatang asing tanpa izin (PATI) menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) yang baru keluar daripada kawasan semak berhampiran Pantai Morib di sini, semalam.
GAMBAR IHSAN APMM
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 malam, keempat-empat PATI itu serta seorang tekong darat warga tempatan berusia 10 hingga 23 tahun ditahan menerusi Ops Benteng.
Pengarah Maritim Malaysia (APMM) Selangor, Kepten Mohammad Rosli Kassim berkata, pihaknya terlebih dahulu mengesan sebuah bot pancung dipercayai dari Indonesia sedang menuju masuk ke Pantai Morib sebelum mengejar mereka, lapor KOSMO! ONLINE.
Katanya, bagaimanapun bot tersebut berjaya meloloskan diri apabila menghala ke hutan paya.
“Anggota peninjau darat kemudiannya terserempak sebelum menahan sebuah MPV jenis Perodua Alza berwarna kelabu dalam keadaan mencurigakan keluar dari kawasan semak berhampiran pantai itu.
“Pemeriksaan menemui tiga lelaki, seorang wanita serta seorang kanak-kanak perempuan dengan pakaian basah dan berlumpur daripada paras pinggang hingga ke kaki disyaki baharu mendarat di kawasan berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut beliau, hasil pemeriksaan lanjut mendapati empat daripada mereka adalah pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) dikeluarkan di Indonesia.
Kata Mohammad Rosli, seorang lagi adalah lelaki warga tempatan disyaki tekong darat yang bertanggungjawab membawa mereka masuk.
GAMBAR IHSAN APMM
“Hasil siasatan awal dipercayai PATI Rohingya itu telah mendarat di Acheh, Indonesia kira-kira dua bulan lalu sebelum bergerak menggunakan jalan darat yang diuruskan oleh orang tengah untuk dibawa ke Bagan Si Api-Api, Indonesia.
“Mereka kemudiannya diseludup keluar melalui jalan laut dengan menaiki bot pancung ke negeri ini,” jelasnya.
Mengulas lanjut, beliau menegaskan kesemua mereka yang ditahan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 serta Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!