BUTTERWORTH: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas hampir 28 tan daging kerbau sejuk beku selepas didapati menggunakan maklumat sijil halal yang mengelirukan.
Produk yang diimport dari India itu di rampas semasa pemeriksaan rutin agensi penguatkuasaan berkenaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini pukul 5.45 petang semalam.
GAMBAR HIASAN
Pengarah Maqis negeri, Noriah Dahlan berkata, pemeriksaan pihaknya mendapati maklumat sijil halal yang dikeluarkan dari negara pengeksport pada produk itu tidak tepat dan berbeza dengan maklumat label pada bungkusannya, lapor Utusan Online.
“Sehubungan itu, produk daging kerbau beku tanpa tulang yang dimuatkan di dalam 1,449 kotak seberat 27,998 kilogram (kg) dan dianggarkan bernilai RM427,691 tersebut disita untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LEPAS GIAN MAIN ‘PAI KAW’ DALAM SEMAK BELAKANG TOKONG
3 WANITA VIETNAM DAN 7 LELAKI TEMPATAN DITAHAN DALAM SERBUAN
LIPIS: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh menyebabkan sepuluh orang yang gian untuk bermain judi buah “pai kaw’, bermain judi tersebut di kawasan bersemak di belakang Tokong Shek Thien Kong, Kampung Baru Penjom, dekat sini petang semalam.
Mereka yang sedang asyik berjudi di dalam semak, terkejut dan terkedu apabila kegiatan mereka diintai oleh sepasukan polis dari daerah Lipis hasil maklumat orang ramai dan suspek cuba melarikan diri ke kawasan hutan berdekatan belakang tokong itu .
Peralatan judi dan wang pertaruhan yang dirampas, semalam.-Foto PDRM
Polis menahan tiga wanita warga Vietnam berusia antara 31 hingga 46 tahun dan tujuh lelaki tempatan berusia antara 38 hingga 73 tahun dalam kegiatan judi tersebut.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, walaupun mereka cuba melarikan diri menghala ke hutan berdekatan, tetapi kesemua mereka berjaya diberkas oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Lipis.
Semua suspek ditahan dalam serbuan oleh pasukan polis Lipis, semalam.
“Ketika serbuan dilakukan pada jam 6.20 petang di kawasan itu, mendapati, beberapa lelaki dan wanita sedang asyik bermain judi dengan menggunakan buah ‘pai kaw’.
“Kesemua suspek diberkas dan mereka diminta menunjukkan kad pengenalan diri masing-masing untuk pemeriksaan lanjut,” katanya kepada media.
Katanya, ketika pemeriksaan, mendapati di atas meja yang digunakan mereka, terdapat 32 buah ‘pai kaw’ bersama bekas, tiga buah dadu dan wang tunai berjumlah RM2,539 yang digunakan sebagai pertaruhan berjudi.
“Polis menahan suspek judi berkenaan serta semua peralatan berjudi termasuk buah ‘pai kaw’ dan beberapa bukti kes tersebut dan mereka akan disiasat di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
“Pegawai mengetuai Ops Dadu juga menjelaskan sebab tangkapan dan rampasan kepada kepada semua suspek dalam bahasa mudah difahami serta menerangkan hak-haknya yang diperuntukan di bawah Seksyen 28A Kanun Prosedur Jenayah (KPJ),” katanya.
Selain itu, kesemua suspek judi masing-masing turut dikompaun RM1,500 kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan penjarakan fizikal serta berkumpul mengikut Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2021.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Alor Setar: Sebelas individu dipercayai terbabit dengan kegiatan kongsi kelap Geng 35 ditahan polis di Kulim, semalam selepas video 15 orang berkumpul dalam rumah bagi sambutan Hari Bapa tular.
Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat dalam satu kenyataan, hari ini berkata, polis mengesan video berdurasi 44 saat itu di TikTok, 7 malam tadi menunjukkan lelaki memotong kek merah kuning berbentuk nombor 35
Beliau berkata, tangkapan dilakukan bermula 10 malam tadi secara berperingkat di daerah Kulim.
“Hasil risikan yang dilakukan mendapati kejadian berlaku di salah sebuah rumah suspek yang meraikan sambutan Hari Bapa.
“Kesemua individu berusia 25 hingga 61 tahun itu hanyalah kenalan yang turut serta dalam sambutan majlis itu.
“Bagaimanapun polis percaya kesemua yang ditahan itu mempunyai kaitan dengan kongsi Gelap Geng 35 dan beberapa rampasan seperti telefon bimbit serta cincin dibuat untuk membantu siasatan,” katanya.
Kamarul Zaman berkata, kesemua suspek dibawa ke mahkamah untuk tahanan reman.
“Dalam video itu juga, didapati 15 individu berkumpul dalam sebuah rumah tanpa penjarakan fizikal.
“Ianya jelas melanggar Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPP) 2021 dan laporan polis dibuat sejurus selepas itu, lapor HM online.
“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan 10(1) PPDPP 2021,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
POLIS BURU PENGHANTAR MAKANAN BELASAH PEMANDU LORI
Shah Alam: Beberapa penghantar makanan diburu susulan insiden pergaduhan dan memukul seorang lelaki selepas berlaku kemalangan di Jalan Persiaran Setia Perdana, Setia Alam, semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kemalangan pada 5.30 petang itu membabitkan penunggang motosikal yang juga penghantar makanan dengan sebuah lori.
Katanya, penunggang itu mengalami patah tangan kanan dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
“Siasatan mendapati pergaduhan terjadi antara sekumpulan lelaki yang juga penghantar makanan dengan pemandu lori terbabit.
“Kecederaan dialami pemandu itu belum dipastikan dan kita dimaklumkan dia akan hadir pada tengah hari ini untuk buat laporan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Terdahulu, Baharudin berkata, pihaknya sudah menahan dua penghantar makanan berumur 20 tahun dan 25 tahun di sekitar Shah Alam bagi membantu siasatan kes pergaduhan itu, semalam.
“Usaha untuk mengesan suspek lain sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 147/427 Kanun Keseksaan,” katanya.
Menurutnya, siasatan juga dibuat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kes kemalangan.
Beliau menasihati masyarakat supaya tidak mengambil tindakan melulu dalam apa jua situasi yang boleh menyebabkan berlaku pelanggaran undang-undang, lapor HM online.
Sebelum ini tular di media sosial, video yang menunjukkan sekumpulan penghantar makanan memukul pemandu selepas berlaku kemalangan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Bayan Lepas: Polis menahan lelaki berusia 19 tahun bagi membantu siasatan berhubung video tular mengenai tindakan memberi minuman keras kepada bayi di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, suspek ditahan di sekitar Teluk Bahang, pada jam 1.30 petang.
Katanya, siasatan mendapati lelaki berkenaan mempunyai 14 rekod jenayah lampau.
“Dia juga adalah orang dalam pengawasan polis (OPP) di kawasan berkenaan.
“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Balik Pulau esok bagi permohonan reman untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Kamarul Rizal berkata, mangsa berusia sembilan bulan kini berada dalam keadaan sihat namun dibawa ke hospital bagi pemeriksaan lanjut.
“Kejadian itu didapati berlaku pada Mac lalu di rumah sewa suspek di Kampung Telok Awak, Teluk Bahan, lapor HM online
“Video berkenaan dipercayai dirakam rakan suspek dan ketika itu bayi lelaki berkenaan baru berusia lima bulan,” katanya lagi.
Terdahulu tular satu rakaman video berdurasi 30 saat di media sosial menunjukkan lelaki memberi minuman keras kepada seorang bayi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Saujana Utama, 21 Jun 2021 – Bertindak di atas maklumat orang awam, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah dan Balai Polis Saujana Utama telah menjalankan Operasi Khas Samseng Jalanan di sekitar Jalan Bukit Cherakah petang semalam.
Bermula pada jam 4 petang dan tamat pada jam 12 tengah malam, seramai 5 Pegawai Kanan Polis dan 28 Pegawai Rendah Polis terlibat dalam operasi tersebut.
Sepanjang operasi, seramai 58 orang dan 51 motosikal telah diperiksa manakala sebanyak 218 keping saman telah dikeluarkan di atas pelbagai kesalahan jalan raya, lapor Polis Daerah sgbuloh.
Selain itu, sebanyak 14 buah motosikal telah disita di atas kesalahan tiada lesen, LKM dan ubah suai motosikal. Manakala 26 kompaun dikeluarkan di atas kesalahan pelanggaran Prosedur Operasi Standard Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Sepang: Pengasuh taska mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan mendera seorang kanak-kanak perempuan di Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di sebuah hospital di Serdang pada 8 Jun lalu.
Nur Fatin Nabila Azmi, 23, didakwa dengan sengaja melakukan penderaan kepada kanak-kanak berumur setahun lapan bulan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa.
Pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Noor Hisham Ahmad Jaafar.
Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mengikut pertuduhan, kejadian dilaporkan berlaku jam 10.30 pagi di sebuah pusat taska di kediaman kakitangan Hospital Serdang, Jalan Puchong, Kajang.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Aiza Ali Raman menawarkan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berhampiran pada setiap awal bulan serta tidak mengganggu mangsa, lapor Bernama.
Hakim Noor Hisham membenarkan ikat jamin dikurangkan kepada RM10,000 dengan mengambil kira faktor tanggungan tertuduh yang mempunyai ibu bapa uzur dan menghidap penyakit kritikal.
Mahkamah menetapkan 26 Julai tarikh sebutan semula kes.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
IPOH – Seorang wanita warga emas berusia 75 tahun cedera pada leher setelah diragut seorang lelaki di rumahnya di Batu 9, Chemor di sini semalam.
Kejadian pada pukul 11.30 pagi itu berlaku ketika mangsa sedang memasak dan didatangi suspek berusia 29 tahun yang bertanya sama ada wanita berkenaan mengenalinya atau tidak.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, mangsa mengakui pernah melihat lelaki itu ketika suspek datang ke rumahnya untuk memotong rumput beberapa bulan lepas, lapor KOSMO online.
“Semasa sedang berbual, mangsa telah masuk ke dapur dan suspek yang mengekori dari belakang telah merentap rantai emas dipakai wanita itu yang dianggar bernilai RM2,000.
“Mangsa tidak sempat untuk mengambil apa-apa tindakan kerana lelaki itu terus melarikan diri melalui pintu hadapan,” katanya di sini hari ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
EMPAT SUSPEK BEREHAT DI PONDOK KEBUN GETAH DISERBU POLIS
LIPIS : Empat orang lelaki Melayu berusia antara 21 hingga 47 tahun diserbu polis ketika mereka sedang berehat di sebuah pondok di dalam kebun getah di Kampung Atong, berdekatan Jeransang, Lipis hari ini.
Anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) di sini telah menjumpai sebuah beg kecil berwarna biru mengandungi 15 peket plastik lutsinar yang diisi dadah jenis heroin seberat 70.57 gram dalam serbuan itu dilakukan pada jam 7.00 pagi.
Ketua Polis Lipis, Suprintenden Azli Mohd Nor berkata, polis juga merampas 10 peket plastik lutsinar yang mengandungi dadah jenis syabu seberat 41.46 gram dan sebatang straw plastik berangkai yang diisi 18 biji pil berwarna kemerahan disyaki dadah jenis Yaba (pil kuda) seberat 4.48 gram.
Ketua Polis Lipis, Suprintenden Azli Mohd Nor
Beliau berkata, berdasarkan rekod jenayah lampau berkaitan dadah, suspek yang berusia 21 tahun mempunyai tiga kes, suspek kedua berusia 40 tahun (9 kes), suspek ketiga berusia 47 tahun (3 kes) dan suspek keempat berusia 33 tahun (6 kes).
“Rampasan ketiga jenis dadah berkenaan keseluruhannya bernilai RM6,860, manakala keempat suspek ini disahkan positif dadah methamphetamine. Suspek tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah berbahaya (ADB), 1952, Seksyen 39A (2) ADB 1952, Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952.
“Keempat suspek itu telah menjalani ujian saringan COVID-19 di Hospital Lipis dan didapati bebas sebarang jangkitan seterusnya diserahkan kepada Pegawai Penyiasat kes untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Azli berkata, semua suspek berkenan juga telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) di bawah penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh serta gagal mematuhi Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2021,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KOTA KINABALU: Seorang wanita yang didakwa mengugut anggota polis di Sekatan Jalan Raya (SJR) di Jalan Kepayan, di sini, baru-baru ini, akan direman selama dua hari bagi membantu siasatan lanjut.
Wanita berusia 34 tahun itu ditahan dirumahnya di salah sebuah kondominium di Jalan Lintas, di sini, kira-kira jam 11.20 pagi, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, ketika ditahan, polis turut merampas pakaian yang dipakai wanita itu dalam kejadian berkenaan bersama telefon bimbit, kad pendaftaran kereta dan kunci kenderaan.
Katanya, polis turut mengambil tiga lagi telefon pintar milik anggota polis yang bertugas bagi membantu siasatan lanjut.
“Ketika insiden itu, polis mengeluarkan saman terhadap wanita terbabit atas kesalahan cukai jalan dan insurans kenderaan tamat tempoh.
“Bagaimanapun berlaku kekecohan sehingga wanita terbabit mengeluarkan kenyataan ugutan, seperti ‘kau siapa mau saman saya, nasib kau lelaki, kalau perempuan saya kasi telanjang kau dan rungkup kau’,” katanya pada sidang media di pejabatnya hari ini.
Mohd Zaidi berkata, pihaknya turut mengambil keterangan daripada seorang pegawai dan tujuh anggota serta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) untuk membantu siasatan lanjut.
Katanya, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan hasil siasatan yang lengkap akan diserahkan ke Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya.
“Siasatan kini sudah meliputi 80 peratus dan suspek juga memberikan kerjasama yang amat baik sejak ditahan,” katanya.
Sebelum ini, kejadian yang berlaku pada 1 Jun lalu itu mendapat perhatian ramai selepas rakaman yang memaparkan wanita terbabit berang dengan anggota polis tular di laman sosial dan aplikasi WhatsApp, lapor airtimes
Kejadian itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen termasuk ada yang mengecam tindakan wanita terbabit dan ada juga yang mahukan pendedahan sebenar punca kejadian berkenaan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!