RAUB: Nilaikan betapa kurang ajar! Kita harap lepas ni operasi sebegini akan disertai oleh Angkatan Tentera Malaysia.
Tanam durian di tanah bukan milik mereka seluas101 hektar di Hutan Simpan Kekal, mereka menceroboh, tetapi bertindak seperti tanah mereka sendiri!
Difahamkan 17 orang telah ditahan hari ini untuk membuat siasatan di Balai Polis Daerah Raub.
Kami harap Menteri Besar Pahang serta Kerajaan Negeri Pahang terus konsisten bertegas dalam menangani isu ini untuk tidak sewenang-wenang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.-SAHIH.
Lapor I ❤️ Pahang
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pasir Puteh: Satu mayat reput dan berkecai yang belum diketahui jantina dijumpai oleh penduduk kampung berhampiran kebun di Bukit Yong, di sini, semalam.
Timbalan Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah berkata, berdasarkan laporan, penduduk terhidu bau busuk ketika melalui jalan ke kebun di lokasi tersebut sebelum bertindak mencari punca bau itu lalu terjumpa mayat yang sudah reput dan berkecai kira-kira 6.30 petang.
“Susulan penemuan itu satu laporan polis telah dibuat sebelum sepasukan anggota dari Balai Polis Bukit Yong bergegas ke lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Ketika ditanya mengenai dakwaan yang tular mengatakan mayat tersebut dikerat lapan, Abdullah berkata, perkara tersebut belum dapat disahkan dan pihaknya masih menjalankan siasatan.
“Apa yang kita tahu mayat sudah reput dan kemungkinan dimakan oleh haiwan liar. Sehingga kini sepasukan anggota daripada Bahagian Forensik masih menjalankan siasatan di tempat penemuan mayat itu, lapor Bernama.
“Segala maklumat akan dimaklumkan kemudian termasuk status mayat dan jantina,” katanya dan menambah polis juga tidak menerima sebarang laporan orang hilang di kawasan berkenaan, setakat ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TERBANG PERANCIS DAFTAR ANAK SEKOLAH IBU MENTUA TIRI NORA DANISH TERUK DIKECAM
KUALA LUMPUR – Ibu mentua tiri pelakon Nora Danish iaitu Datin Seri Haflin Saiful baru-baru ini ada memuat naik foto dan video di laman Instagram dimana dia dikatakan berlepas ke Perancis. Difahamkan, tujuan isteri kepada Datuk Seri Nazri Aziz itu ke sana adalah untuk mendaftarkan anaknya bersekolah disana.
Bagaimanapun, perkara itu menimbulkan rasa kurang senang netizen. Di laman Twitter, rata-rata netizen mengecam Haflin apatah lagi ramai rakyat kesusahan sehinggakan ada yang mendoakan agar pesawat yang dinaikinya terhempas.
Malah, netizen turut meluahkan rasa berang apabila mendakwa Haflin dapat travel ke luar negara atas alasan yang meragukan dan lebih menimbulkan kemarahan apabila memuat naik perjalanannya ke sana di media sosial.
Dalam pada itu, lebih menjadi perhatian Haflin memuat naik satu entry di Insta Story seolah menyindir kembali netizen yang menghentamnya.
“Kecam la orang yang Powerful, kita kan takde power.. Ada powderpuff je,” tulis nya, lapor artis Malaysia.
Namun, tidak dapat dipastikan sama ada Nazri Aziz turut sama dalam penerbangan dan setakat ini masih tiada penjelasan lanjut daripada Ahli Parlimen Padang Rengas itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG: Dua buah kilang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) 60 peratus pekerja yang sepatutnya berada di tempat kerja seperti ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dikompaun, di sini, semalam.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong dan pasukannya telah melakukan ‘Ops Patuh’ Bersepadu bersama pasukan sahabat, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Penguatkuasa Majlis Perbandaran Bentong dan Penguatkuasa Pejabat Kesihatan Bentong secara mengejut ke atas tiga buah kilang di daerah itu.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, tujuan utama operasi itu bagi memperkasakan tindakan penguatkuasaan pematuhan SOP di kilang dan asrama pekerja.
Zaiham turut memeriksa penggunaan aplikasi MySejahtera salah seorang pekerja di kilang tersebut, semalam.
“Selain itu, kilang yang beroperasi tanpa kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), tidak mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan pekerja yang bekerja melebihi 60 peratus.
“Hasil pemantauan ke atas tiga kilang di sini, mendapati sebanyak dua kilang gagal mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan dikenakan kompaun sebanyak RM10,000,” katanya.
Katanya, kilang-kilang itu melanggar SOP di bawah Peraturan 18(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit( PPPDPPB) (No. 4) 2021.
Manakala pemeriksaan individu yang bekerja di kilang tersebut, seramai sembilan warganegara tempatan dikompaun kerana tidak mengimbas aplikasi MySejahtera, kesemua mereka dikompaun di bawah Peraturan 18 (1) PPPDPPB (No. 4) 2021 dan kompaun sebanyak RM 1,500.00 setiap seorang.
Pekerja diperiksa penggunaan aplikasi MySejahtera dalam Ops Patuh SOP bersepadu, semalam
“Seramai sepuluh orang warganegara asing berusia di antara 20 tahun hingga 40 tahun ditangkap kerana gagal mengimbas aplikasi MySejahtera dan juga disiasat di bawah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63,”katanya.
Zaiham berkata, Ops Patuh itu akan terus dilaksanakan dan tindakan tegas akan diambil ke atas individu dan syarikat yang gagal mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. Pihak polis akan sentiasa memantau pematuhan SOP dengan kerjasama agensi lain. Sebarang maklumat berkaitan aktiviti yang bertentangan dengan SOP boleh disalurkan kepada IPD Bentongdi talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LANGAT – Perbuatan seorang penganggur memukul dan merosakkan kenderaan adiknya ketika dalam keadaan mabuk mengundang padah apabila mati dibelasah ahli keluarganya di rumah mereka di Ladang Baru Kelanang di sini semalam.
Kejadian tersebut terbongkar selepas polis menerima maklumat pukul 10.15 malam berhubung kematian lelaki berusia 30-an daripada pihak Hospital Banting.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, siasatan awal mendapati insiden tersebut bermula apabila mangsa telah datang ke rumah keluarganya dalam keadaan mabuk pukul 6.30 petang hari sama.
Katanya, mangsa kemudianya telah menganggu dan memukul beberapa ahli keluarganya.
“Kenderaan milik adiknya turut dirosakkan apabila cermin kereta dipecahkan menggunakan batu-bata.
“Ekoran itu, ahli keluarga yang berang dengan perlakuan tersebut kemudiannya bertindak memukul mangsa menggunakan kayu, kerusi dan batu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menambah, mangsa yang parah di kepala telah dibawa ke Hospital Banting sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.
Kata Ahmad Ridhwan, susulan itu pihaknya kemudiannya menahan 16 ahli keluarga mangsa berusia 17 hingga 60an bermula pukul 1 hingga 3 pagi tadi untuk siasatan lanjut. Ia termasuk ibu bapa, adik beradik dan saudara mara terdekat mangsa, lapor HM online
“Turut dirampas senjata kayu, batu dan kerusi yang digunakan semasa kejadian.
“Kes disiasat dibawah mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan,” jelasnya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392 Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan); KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214 Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
DUA MAJIKAN, 13 PEKERJA KILANG ELEKTRONIK DIKOMPAUN
Majikan dua buah kilang elektronik di Kawasan Perindustrian Parit Buntar dikompaun kerana gagal memastikan 13 pekerja mengimbas kod MySejahtera dalam Ops Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pada Jumaat.
PARIT BUNTAR – Majikan dua buah kilang elektronik di Kawasan Perindustrian Parit Buntar dikompaun kerana gagal memastikan 13 pekerja mengimbas kod MySejahtera dalam Ops Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, kompaun dikeluarkan dalam operasi dua jam membabitkan pihaknya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), dan Majlis Daerah Kerian (MDK) di kedua buah kilang yang beroperasi dalam satu kawasan yang sama.
Katanya, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua majikan dikompaun RM10,000 setiap seorang, kerana gagal dalam memastikan 13 pekerja mereka mengimbas kod MySejahtera, sebagaimana SOP yang telah diwartakan kerajaan.
Gambar Hiasan
“Sembilan pekerja warga tempatan dikompaun berjumlah RM13,500 kerana tidak mengimbas MySejahtera, manakala empat pekerja warganegara asing iaitu dua warganegara Myanmar dan dua warganegara Nepal ditahan, kerana permit kerja tamat tempoh,” katanya, lapor HM online.
Jelasnya, kompaun itu dikenakan di bawah Peraturan 17(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, manakala empat warganegara asing itu akan disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kajang: Berang ditegur memandu lawan arus dipercayai menjadi punca wanita warga emas bertindak mengacukan sabit dan cuba memukul seorang lelaki dalam kejadian di sebuah kawasan perumahan Taman Bukit Segar, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan daripada lelaki itu mendakwa berselisih faham dengan wanita berusia 66 tahun.
Menurutnya, kejadian berkenaan dikatakan tular di laman sosial Facebook.
“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila mangsa menegur wanita terbabit kerana memandu bertentangan di jalan sehala menyebabkan mengganggu pengguna yang lain di kawasan itu, lapor HM online
“Suspek kemudian keluar dan menunjukkan kad orang kurang upaya (OKU) sambil mengangkat tongkat diikat sabit serta cuba memukul mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari iniBeliau berkata, bertindak atas laporan polis menahan suspek pada hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan
Mohd Zaid meminta orang ramai yang melihat kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Ahmad Faizal Hassan di talian 019-7691924 atau 03-89114222.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kuala Langat: 16 sekeluarga ditahan selepas disyaki terbabit dalam kejadian membabitkan kematian seorang lelaki di Ladang Baru Kelanang di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, semua suspek yang berusia dalam lingkungan 17 tahun hingga 60-an itu ditahan antara jam 1 hingga 3 pagi semalam, di lokasi kejadian
Menurutnya, polis menahan ahli keluarga termasuk ibu bapa, adik-beradik dan saudara mara terdekat mangsa.
“Mereka yang terdiri daripada lapan perempuan dan lapan lelaki dewasa itu dipercayai berada di tempat kejadian ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Ahmad Ridhwan, kira-kira jam 10.15 malam tadi, Hospital Banting memaklumkan seorang pesakit yang dihantar oleh ambulans meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan hospital itu akibat kecederaan dipukul.
“Hasil siasatan mendapati si mati adalah seorang penganggur, berumur awal 30-an dari ladang berkenaan dan dipercayai dipukul oleh beberapa ahli keluarga iaitu ibu, ayah, adik-beradik dan saudara mara terdekat.
“Kejadian berlaku pada jam 6.30 petang di mana mangsa dalam keadaan mabuk datang ke rumah keluarganya di Ladang Baru Kelanang.
“Si mati mengganggu dan memukul beberapa ahli keluarga serta merosakkan kenderaan milik adiknya dengan memecahkan cermin kereta menggunakan batu-bata,” katanya, lapor HM online
Beliau berkata, akibat berang dengan sikap si mati, ahli keluarga bertindak memukul si mati menggunakan kayu, kerusi dan batu.
“Si mati yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dibawa oleh ambulans ke hospital sebelum meninggal dunia.
“Bertindak di atas maklumat itu, 16 ahli keluarga ditahan dan polis turut merampas senjata kayu, batu dan kerusi yang digunakan untuk mencederakan si mati di tempat kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JOHOR BAHRU: Seorang ibu dan anak lelakinya ditahan kerana memiliki 450 bungkus air ketum yang disimpan dalam tiga tong ais di rumah mereka di kawasan setinggan Kampung Melayu Pandan, di sini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 2 petang itu, seorang wanita berusia 38 tahun ditahan bersama anaknya yang berusia 20 tahun.
Katanya, serbuan yang dibuat oleh bahagian Siasatan Jenayah Narkotik JBS turut merampas satu plastik hitam mengandungi daun ketum seberat 23 kilogram (kg), dua periuk besar, sebuah tong gas dan dapur gas.
“Nilai keseluruhan rampasan air ketum sebanyak 564 liter, 23kg daun ketum serta perkakas memproses minuman itu adalah RM6,980. Siasatan masih lagi dijalankan bagi mengetahui penglibatan ibu dan anak ini dalam kegiatan menjual air ketum.
“Hasil ujian saringan awal mendapati suspek lelaki positif dadah jenis methamphetamine manakala semakan rekod lampau mendapati suspek wanita itu mempunyai lima kesalahan lampau bagi kes narkotik,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd. Padzli berkata, kedua-dua suspek ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini sehingga Jumaat untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
Jika disabit kesalahan, kedua-dua suspek boleh dipenjara tidak lebih empat tahun atau denda tidak lebih daripada RM10,000 atau kedua-duanya sekali, lapor KOSMO online
“Polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan jenayah boleh terus menghubungi talian hotline JBS di talian 07-2182323,” ujarnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Pemain bass kumpulan terkenal, Spider, Tony Iskandar menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 2.30 pagi pada Rabu.
Astro AWANI difahamkan Allahyarham meninggal dunia ketika sedang berehat di studio rakaman Luncai Emas milik seniman M. Nasir di Sungai Buloh.
Berita duka pemergian Tony turut dikongsi oleh pemain gitar kumpulan Exists, Along di akaun Instagram sekitar pukul 3.00 pagi, menurut Astro AWANI.
“Pergi lagi seorang sahabat aku. Al fatihah buatmu Tony. Semoga Allah Swt tempatkan mu dikalangan orang beriman. Amin,” tulis Along.
Selain Allayharham Tony, Spider yang merupakan antara band popular di Malaysia yang mendapat didikan dan asuhan M Nasir turut dianggotai oleh Tam (vokalis), Nafie (pemain gitar), Aie (pemain gitar) dan Is (pemain bass).
Antara lagu popular kumpulan Spider adalah Relaku Pujuk, Kasih Latifah, Laukku Cukup Masin dan Nazraku.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!