JOHOR BAHRU – Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan tergantung di dalam rumahnya di Jalan Molek 2/8, Taman Molek, di sini hari ini.
Dalam kejadian pada kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa yang ditemui meninggal dunia berusia 44 tahun merupakan warga tempatan.
Difahamkan, mangsa ditemui dalam keadaan tergantung dengan wayar di ruang tamu rumah didiami nya, lapor KOSMO online.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
“Pusat Kawalan IPD Seri Alam menerima laporan berhubung penemuan seorang lelaki dewasa berusia 44 tahun mati dalam keadaan tergantung dengan wayar.
“Lelaki terbabit ditemui di ruang tamu rumahnya di Taman Molek dan punca kejadian masih dalam siasatan,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SUNGAI SIPUT: Polis membuka siasatan terhadap pemilik akaun Facebook (FB) Putra Yob berhubung sebaran berita palsu mengenai kononnya kejadian samun bersenjata oleh empat individu ke atas sebuah keluarga, berlaku di sini, sebagaimanapun video yang ditularkan di media sosial.
Polis membuka siasatan terhadap pemilik akaun Facebook (FB) Putra Yob berhubung sebaran berita palsu mengenai penularan video kononnya kejadian samun bersenjata oleh empat individu ke atas sebuah keluarga, berlaku di Sungai Siput. Foto tangkap layar Media Sosial.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahbudin berkata, tiada laporan polis diterima pihaknya berhubung kejadian samun terbabit di daerah ini, bahkan pemeriksaan sebaliknya mendapati insiden itu berlaku di New Delhi, India.
“Tiada kejadian berikut berlaku di sini (Sungai Siput). Kita tidak menerima sebarang laporan polis berkaitan kes rompakan bersenjata (seperti yang dimaksudkan).
“Pemilik FB itu sudah dikesan dan pihak polis akan rakam keterangan beliau,” katanya ketika dihubungi malam tadi.
Mohd Khaizam berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan atau Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyebabkan kegusaran awam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas video tular berbentuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu yang disertakan keterangan oleh pemilik FB terbabit yang mendakwa kejadian berlaku di Sungai Siput.
Video berdurasi dua minit dan 22 saat itu memaparkan empat individu menceroboh menerajah masuk ke sebuah rumah yang di dalamnya memperlihatkan terdapat tiga dipercayai sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak disamun.
Sumber: video media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SEBERANG PERAI – Seorang lelaki warga emas menikam isterinya dengan sebilah pisau sehingga mati sebelum menggantung diri dalam kejadian di rumah mereka di Taman Kimsar, Prai di sini hari ini.
Kejadian berkenaan disedari oleh anak lelaki pasangan itu berusia 28 tahun ketika pergi ke rumah berkenaan kira-kira pukul 3 petang apabila mendapati kedua-dua orang tuanya dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais berkata, pasangan itu dipercayai berselisih faham sebelum wanita tersebut disyaki ditikam oleh suaminya.
“Polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati wanita berusia 54 tahun itu dalam keadaan berlumuran darah di atas katil, manakala suaminya berusia 65 tahun ditemui mati tergantung di bahagian dapur.
“Siasatan lanjut mendapati tiga kesan tikaman pada dada, leher dan perut mangsa wanita, manakala sebilah pisau turut ditemui di dalam bilik tempat mayat wanita ditemui,” katanya kepada pemberita hari ini.
Rahimi berkata, siasatan mendapati kejadian berpunca dipercayai akibat perasaan cemburu dan perselisihan faham pasangan berkenaan, lapor KOSMO online.
Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya di sini bagi urusan bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JOHOR BAHRU, JOHOR: Penduduk sebuah penginapan kondominium di Tampoi, Johor Bahru gempar apabila kelibat ‘spiderman’ bebas bergerak dari satu tingkat ke tingkat lain dipercayai untuk mencuri.
Kejadian disedari penduduk kira-kira jam 4 petang semalam, sebelum beliau dapat ditahan pihak berkuasa kira-kira jam 4.30 petang semalam.
Dalam video yang diambil penduduk mendapati ‘spiderman’ berkenaan naik ke tingkat 14 dari luar kediaman hingga ke tingkat 18 sebelum turun semula ke tingkat 14.
Seorang penduduk ditemui berkata, lelaki berkenaan cuba memasuki rumahnya dan mengugut akan mencederakan kalau tidak membuka ‘sliding door’ dari beranda rumahnya.
“Kebetulan ‘sliding door’ rumah saya rosak, saya dan anak cuba menutupnya dari dalam manakala pencuri berkenaan cuba membuka dan mengugut beliau ada pistol.
“Manalah kita jangka pencuri boleh naik hingga ke tingkat tinggi dari beranda ke beranda Kondominium di sini,” katanya, lapor HM online.
Beliau berkata kejadian ini menyebabkan dia satu keluarga fobia kerana betul-betul berdepan situasi menakutkan, menghalang ‘sliding door’ dari dibuka dan diugut pencuri.
Sepasukan bomba yang dipanggil berjaya menahan pencuri berkenaan sebelum polis tiba dan di bawa ke balai polis berdekatan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BEKAS RATU CANTIK DISYAKI MABUK REMBUH SJR, TUMBUK POLIS
PETALING JAYA: Seorang bekas ratu cantik ditahan kerana menumbuk anggota polis selepas merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan awal pagi tadi.
Wanita berusia 28 tahun yang dipercayai mabuk itu, ditahan ketika dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Petaling Jaya bersama rakannya, kira-kira 3 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, setibanya di SJR Lebuhraya Persekutuan, wanita terbabit tidak memberhentikan kenderaan, sebaliknya terus merempuh sekatan.
Katanya, anggota kereta peronda polis segera mengejar dan menahan kenderaan suspek, tetapi wanita itu menumbuk anggota polis yang cuba menahannya.
“Turut cedera adalah rakannya akibat dipukul suspek yang dipercayai mabuk. Wanita berkenaan berjaya ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk tindakan lanjut,” katanya dipetik Harian Metro.
Beliau berkata, suspek itu direman dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 26 (2) Akta Polis, Seksyen 353 Kanun Keseksaan serta Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Machang: Polis mengesahkan mayat reput yang ditemukan di kawasan hutan simpan Ulu Sat, di Kampung Chekar, di sini, Jumaat lalu adalah wanita yang dipercayai mati dibunuh.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, ia berdasarkan hasil laporan bedah siasat yang dijalankan Ahad lalu.
Katanya, hasil bedah siasat juga mendapati mayat wanita berkenaan ditemui tidak berpakaian dan mengalami patah tulang rusuk serta tumit.
Namun, katanya, kepala mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Kita anggarkan mangsa yang berusia antara 20 hingga 30 tahun itu meninggal dunia sejak sebulan lalu dan tidak menolak kemungkinan mangsa mati di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di lokasi berkenaan.
“Pada awalnya, kita membuka kes berkenaan sebagai mati mengejut, namun selepas melihat hasil laporan bedah siasat, kes berkenaan ditukar kepada 302 Kanun Keseksaan.
“Kita juga percaya mayat mangsa berada di lokasi berkenaan dibawa oleh beberapa individu memandangkan perjalanan untuk sampai ke lokasi berkenaan dari laluan utama mengambil masa 45 minit dengan jalan yang agak teruk,” katanya pada sidang media selepas melawat lokasi kejadian, hari ini.
Abdullah berkata, sehingga kini pihaknya belum mengenalpasti identiti wanita berkenaan dan meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga supaya tampil membuat laporan polis.
“Setakat ini, kita menerima satu laporan polis yang dibuat di Balai Polis Ketereh pada 16 Jun lalu berhubung kehilangan seorang wanita yang juga orang kurang upaya (OKU) lembam berusia 20-an.
“Laporan itu dibuat oleh bapa saudara mangsa dan kita sudah menghantar sampel asid deoksiribonukleik (DNA) mangsa yang hilang dengan mayat wanita berkenaan.
“Proses berkenaan dijangka mengambil masa sehingga dua minggu sebelum laporan keluar,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan, mayat reput dan berkecai dijumpai penduduk kampung berhampiran kebun di Bukit Yong, lapor HM online
Berdasarkan laporan, penduduk terhidu bau busuk ketika melalui jalan ke kebun berkenaan sebelum bertindak mencari punca bau itu lalu terjumpa mayat yang sudah reput dan berkecai jam 6.30 petang.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUCHING: Rahsia seorang remaja yang menyamar sebagai seorang doktor terbongkar apabila dipercayai seorang rakan sekelas tertuduh ketika di belajar tingkatan dua pada 2016, mengenalinya semasa berada di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Stadium Kuching, pada 1 Julai lalu, kira-kira jam 3.00 petang.
Tertuduh telah melakukan kesalahan itu antara Januari hingga Julai tahun ini, dan menyamar sebagai pegawai perubatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) sebanyak 32 kali antara 15 Jun hingga 1 Julai lalu.
Ketika ditahan, polis turut merampas peralatan kedoktoran, pakaian kerja berwarna biru, serta pas kerja palsu dengan nama Dr Shah Hairil Izman.
Tertuduh, Shah Hairil Izman Dave, 20, dari Bandar Baru Semariang membuat pengakuan itu semasa prosiding yang dilakukan di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi pada Selasa.-Foto PDRM.
Tertuduh, Shah Hairil Izman Dave, 20, dari Bandar Baru Semariang membuat pengakuan itu semasa prosiding yang dilakukan di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi pada Selasa.
Bagaimanapun, Zubaidah dalam penghakimannya memutuskan agar tertuduh ditahan lanjut sehingga 17 Ogos. Mahkamah turut menetapkan tarikh 18 Ogos depan sebagai sebutan semula kes bagi mendengar laporan sosial tertuduh.
Syah Hairil dituduh di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda jika disabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh telah memperkenalkan dirinya sebagai Dr Shah Hairil, siswazah perubatan yang ditugaskan di hospital kerajaan di bahagian neurologi.
Dipetik Astro Awani
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Polis Pahang menasihatkan mana-mana pihak yang bercadang untuk menganjurkan perhimpunan atau tunjuk perasaan, susulan insiden di perkarangan Mahkamah Majistret Raub, semalam, tidak meneruskan rancangan mereka.
Ketua Polis negeri, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sebarang tindakan yang boleh mengganggu ketenteraman awam dan menimbulkan kegusaran orang ramai perlu dielak atau berdepan dengan tindakan berlandaskan peruntukan undang-undang.
“Jika ada ‘arguement’ perlu dilakukan mengikut (peruntukan) undang-undang, tidak ada guna jika kita (bertindak) seolah-olah mahu mengganggu ketenteraman awam dan kemudiannya dipalitkan pula dengan isu lain yang sensitif,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini, hari ini.
Mengulas mengenai penularan video membabitkan beberapa ahli politik yang dikatakan melakukan provokasi terhadap pegawai dan anggota polis ketika proses reman terhadap 18 pekebun durian di mahkamah itu semalam, Ramli berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan di peringkat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub dan IPK Pahang.
“Yang jelasnya telah berlaku beberapa kesalahan, kesalahan rentas daerah dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
“Daripada pemerhatian saya melalui video yang ditularkan semalam, tidak ada elemen (berhemah) sebaliknya ditengking herdik terhadap pegawai dan anggota polis yang menjalankan tugas.
“Walaubagaimanapun, saya bangga dengan tindakan mereka (pegawai dan anggota polis) kerana tidak melatah dengan provokasi dilakukan,” katanya.
Antara ahli Parlimen dilaporkan hadir di perkarangan Mahkamah Majistret Raub ketika proses reman terhadap kumpulan pekebun haram itu adalah ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, ahli Parlimen Bentong, Wong Tack dan ahli dewan undangan negeri (ADUN) Sungai Pelek, Selangor yang juga ahli jawatankuasa (AJK) DAP Kebangsaan, Ronnie Liu Tian Khiew.
Semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman dilaporkan berkata, siasatan terhadap Liu dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPPB) 2021.
Sementara itu, ditanya mengenai jumlah pegawai dan anggota polis Pahang yang terbabit untuk membantu proses penguatkuasaan dan menjaga ketenteraman awam susulan operasi memusnahkan kebun durian haram di Raub, Ramli berkata, jumlahnya adalah memadai bagi membantu pemantauan operasi terbabit.
Semalam, seramai 18 individu, termasuk seorang wanita disyaki pekebun haram ditahan kerana memasuki kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub tanpa kebenaran pada Ahad lalu, direman dua hari bagi membantu siasatan.
Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Raub Yusri Wanu Suki.
Mereka disiasat mengikut Seksyen 187 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 427 kanun sama kerana khianat, dan turut disiasat oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang mengikut Seksyen 47 Akta Perhutanan Negara 1984 kerana memasuki kawasan hutan simpan tanpa kebenaran.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PEKEBUN HARAM ROBOHKAN JAMBATAN, HALANG OPERASI JPNP
KUANTAN – Pekebun haram durian musang king didakwa telah merobohkan empat jambatan yang berada dalam kawasan penerokaan tanah haram di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub pada Isnin sebagai usaha menghalang tindakan penguatkuasaan dilaksanakan.
Ketua Penolong Pengarah (Penguat kuasa) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Nor Azirim Ahmad berkata, tindakan itu telah menyebabkan anggota penguat kuasa bersama agensi berkaitan tidak dapat meneruskan operasi.
Menurutnya, perbuatan itu menyebabkan pihak berkuasa terpaksa membaiki jambatan tersebut bagi membolehkan operasi memusnahkan kebun dapat dilaksanakan.
“Mereka (pekebun) dipercayai cuba melengahkan operasi kami dengan pelbagai helah termasuk meletakkan sebuah pacuan empat roda didakwa milik pekebun bagi menghalang laluan dengan membocorkan tayar.
“Jadi halangan yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab itu menyebabkan operasi musnah semalam (Isnin) tidak dapat diteruskan seperti dirancang,” katanya pada Selasa.
Nor Azirim menjelaskan, pihaknya terpaksa membaiki jambatan dengan cara mengangkat semula dua lantai simen jambatan yang dijatuhkan ke dalam anak sungai. Tambahnya, anggota terbabit juga terpaksa mengikat menggunakan tali dan mengangkat secara beramai-ramai.
“Operasi turut membabitkan kakitangan Unit Penguat kuasa JPNP Zon Pahang Barat dan Timur, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Balai Tranum.
“Saya difahamkan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara Kem Bukit Galing, Kuantan akan menyertai operasi musnah, kehadiran PGA lebih menjamin keselamatan mereka yang menjalankan tugas,” ujarnya, lapor Astro Awani
Sementara itu, beliau memaklumkan sepanjang operasi musnah itu, seramai 22 individu terdiri daripada pekerja dan pemilik kebun ditahan kerana kesalahan berada di dalam Hutan Simpan Batu Talam dan mereka didakwa di bawah Akta Perhutanan Negara 1984.
Nor Azirim berkata, pihaknya bertindak tegas dengan memusnahkan kebun durian musang king seluas kira-kira 101 hektar yang ditanam secara haram dalam Hutan Simpan Kekal Batu Talam.
“Difahamkan lebih 200 pokok durian musang king telah dimusnahkan pada Ahad. Masih terdapat banyak lagi pokok buah itu yang akan musnahkan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kuching: Dua lelaki, dengan seorang daripadanya dilihat mengacukan senapang ke arah individu dalam rakaman video yang tular di laman Facebook sejak kelmarin, ditahan polis semalam.
Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, kedua-dua suspek ditahan di sebuah rumah di Jalan Dato Muhd Musa, Samarahan, jam 5.30 petang.
Mereka ditahan dalam tempoh 24 jam selepas laporan mengenainya diterima.
Beliau berkata, sebaik ditahan, kedua-dua suspek yang berusia 19 dan 25 tahun itu kemudiannya mengaku mereka adalah individu yang membawa senapang dan parang di dalam video berkenaan.
“Susulan tangkapan, kami merampas selaras senapang patah jenis Winchester 12 Bore dan sebilah parang panjang daripada kedua-dua suspek.
“Turut dirampas pakaian yang kedua-duanya pakai dalam rakaman video itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di sini, hari ini.
Ahsmon berkata, hasil siasatan awal mendapati, kejadian yang berlaku di Tabuan Dayak berpunca apabila suspek tidak berpuas hati dengan majikan lamanya berkaitan hutang pinjaman kenderaan.
“Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenalpasti adakah individu yang merakam video itu adalah majikan lama suspek.
“Polis juga masih menyiasat siapa pemilik sebenar senapang berkenaan,” katanya, lapor HM online
Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah, Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 kerana membawa senjata tanpa permit di tempat awam dan Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana membawa senjata merbahaya di tempat awam.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!