PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memburu individu yang melanggar Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) dengan mendaftar masuk ke premis perniagaan ketika pengawasan.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, tindakan menahan individu terbabit akan dilakukan di premis dan rumah berpandukan aplikasi MySejahtera.
DATUK SERI HAMZAH ZAINUDIN / MENTERI DALAM NEGERI
Jelasnya, apabila memasuki fasa ebdemik yang penting pada kita adalah mereka yang sebenarnya sepatutnya tidak keluar rumah sesiapa yang melanggar ini pada saya adalah mereka yang mezalimi kepada rakyat seluruh negara yang megikuti sop selama ini kita nak Bebas dari wabak ini kita mohon kod mereka supaya mematuhi apa yg di keluarkan mkn, kkm dari masa ke masa.
Katanya dalam Sidang Media Khas Menteri Dalam Negeri di Putrajaya pada Jumaat.
Tambah Hamzah, pemilik premis perniagaan yang didapati membenarkan individu HSO memasuki premis mereka juga akan diambil tindakan yang sama.
Jika individu itu tiada di premis berkenaan, (berdasarakan) bukti itu (daftar masuk MySejahtera) pihak polis akan terus pergi ke rumah seperti ditunjukkan dalam aplikasi terbabit.
Melalui Program HIDE, ujar Hamzah lagi, pihak berkuasa dapat mengesan jika berlakunya pelanggaran individu yang menjalani perintah kuarantin atau pengawasan di rumah.
Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan seramai 523 individu yang dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) dikesan mendaftar masuk ke premis perniagaan ketika tempoh kuarantin.
Daripada jumlah itu, sebanyak 18 peratus individu didapati telah mendaftar masuk ke premis pasaraya. SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Ahli perniagaan rugi lebih RM12,000 ditipu syarikat pinjaman wang tidak wujud
KUANTAN: Seorang ahli perniagaan kerugian RM12,930 selepas terpedaya dengan taktik digunakan syarikat pinjaman wang tidak berlesen menawarkan pinjaman mudah di internet.
Mangsa seorang wanita berusia 21 tahun mendakwa menemui maklumat mengenai syarikat itu ketika melayari internet di kediamannya di Bandar Jengka, dekat Maran, pada 19 September lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa menghubungi kakitangan syarikat berkenaan dikenali sebagai ‘Miss Anie’ untuk menyatakan hasratnya untuk membuat pinjaman berjumlah RM10,000.
“Suspek memaklumkan permohonan mangsa diluluskan dan meminta mangsa menghantar maklumat peribadi bagi tujuan pemprosesan pinjaman itu.
“Mangsa kemudiannya diminta membuat pembayaran bagi mempercepatkan proses kelulusan pinjaman dan suspek meminta mangsa memindahkan wang ke nombor akaun diberikan suspek,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.
Mohd Wazir berkata, mangsa membuat 13 kali transaksi pemindahan wang ke enam akaun diberikan suspek dengan jumlah keseluruhan RM13,930.
“Mangsa yang merasakan dirinya menjadi mangsa penipuan dan bimbang maklumat peribadinya disalahguna syarikat berkenaan, tampil membuat laporan polis pagi semalam di Balai Polis Sungai Jerik, Maran,” katanya.
Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang guru berusia 33 tahun mendakwa menjadi mangsa penipuan sindiket ‘parcel scam’.
Mohd Wazir berkata, mangsa mendakwa dihubungi kenalan dari media sosial Facebook melalui aplikasi Messenger pada Rabu lalu.
“Suspek mendakwa menetap di London dan mengirimkan bungkusan mengandungi barangan kenangan kepada mangsa sebagai tanda persahabatan.
“Pada jam 9 pagi semalam, mangsa menerima pesanan melalui aplikasi WhatsApp daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai wakil syarikat penghantaran dan memaklumkan bungkusan itu sudah sampai di pejabat Kastam Kuala Lumpur.
“Mangsa kemudiannya membuat dua kali pindahan wang berjumlah RM2,000 ke akaun diberikan lelaki berkenaan bagi urusan cukai dan pemeriksaan COVID-19,” katanya.
Mangsa menyedari ditipu selepas lelaki terbabit terus mengarahkan mangsa terus membuat pindahan wang untuk mendapatkan bungkusan berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Jengka, Maran. malam tadi.
Mohd Wazir berkata, kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
EMPAT DITANGKAP TIPU TAWAR PEKERJAAN SECARA ATAS TALIAN
BENTONG: Empat orang lelaki tempatan diberkas oleh pegawai dan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Bentong kerana melakukan penipuan tawaran pekerjaan kepada orang ramai pada jam 12.00 tengahari, semalam.
Sindiket itu terbongkar setelah tertangkapnya empat suspek kerana melakukan penipuan tawaran pekerjaan pembelian atas talian menggunakan platform e-dagang.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, anggota polis telah membuat serbuan dan tangkapan ke atas empat lelaki tersebut berusia antara 20 hingga 29 tahun di sebuah apartment yang terletak dekat sini.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar
Katanya, hasil siasatan awal mendapati kesemua suspek terlibat dengan sindiket penipuan tawaran pekerjaan dengan pembelian secara atas talian yang beroperasi sejak awal bulan ini.
“Modus operandi suspek adalah menawarkan peluang pekerjaan sampingan “easy money” kepada orang awam untuk menjadi ejen pembelian dalam talian pelbagai platform pembelian secara atas talian.
“Suspek mengunakan laman sesawang Facebook (FB) untuk mengiklankan tawaran pekerjaan itu untuk perhatian orang awam,”katanya.
Katanya, mangsa yang tertarik dengan tawaran pekerjaan itu akan menghubungi suspek melalui nombor telefon yang dipaparkan menggunakan aplikasi Whatsapp yang disediakan oleh suspek di ruangan iklan.
“Suspek juga akan memperdaya mangsa dengan menjanjikan pekerjaan, bayaran pendahuluan perlu dibuat oleh mangsa dan akan dikembalikan bersama komisyen pembelian bergantung kepada jumlah bayaran mangsa.
“Setelah mangsa membuat pembayaran ke dalam akaun yang diberikan oleh suspek, suspek akan menyekat nombor mangsa daripada menghubungi suspek semula,” katanya.
Zaiham berkata, semua yang ditangkap ditahan reman selama 2 hari bermula pada hari ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sekira disabitkan kesalahan, hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari 1 tahun dan tidak melebihi 10 tahun dan sebatan.
“Orang ramai supaya lebih berwaspada dengan sindiket tawaran pekerjaan yang sangat aktif ketika ini yang mengunakan platform media sosial,” katanya. –SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kota Bharu: Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, terhadap pertuduhan membakar pondok bit Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Jelawat dekat Bachok, dua minggu lalu.
Tertuduh, Mohd Zamri Mohd Zakariyah, 35, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan khianat dengan api dengan cara membakar pondok bit PDRM bertempat di pondok bit PDRM di Jelawat, Bachok, jam 2.20 pagi, 11 September 2021.
Atas kesalahan itu, lelaki berkenaan didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga denda.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fariz Abd Ghani dan tertuduh diwakili peguam bela, Syed Muhammad Syafiq Syed Abu Bakar dan Husni Mubarak.
Terdahulu, Fariz dalam pendakwaan menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan memohon satu tarikh untuk serahan dokumen.
Bagaimanapun, Syed Muhammad Syafiq memohon satu jumlah jaminan yang minimum kerana tertuduh yang masih bujang hanya bekerja sebagai buruh dengan gaji RM60 sehari.
“Lelaki itu juga menanggung seorang ayah yang sudah berusia dan keluarganya juga turut hadir pada hari ini. Jaminan ini, anak guam saya tidak akan lari dan akan hadir pada tarikh sebutan semula kes,” katanya, lapor HM online
Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Oktober sebagai tarikh sebutan semula kes serta serahan dokumen.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kuala Lumpur: Pengkhianat negara. Itu gelaran layak diberikan kepada lelaki dikenali sebagai Wan Besi yang bertanggungjawab menyusun penyeludupan keluar usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat dari Padang Besar, Perlis hingga ke Bangkok, Thailand.
Sumber memberitahu Skuad Khas Harian Metro bahawa hasil siasatan baharu dilakukan pihak berkuasa mendapati Wan Besi adalah dalang atau watak utama pembolosan Nur Sajat dari Malaysia ke Thailand.
Memperincikan maklumat terkini hasil siasatan itu selepas pendedahan eksklusif Harian Metro sejak Isnin lalu, sumber memaklumkan, terdapat individu tertentu iaitu seorang lelaki yang juga berkaitan dengan Wan Besi membawa Nur Sajat dengan menaiki kenderaan memulakan perjalanan dari banglonya di Petaling Jaya pada minggu pertama Mac lalu.
“Sebaik tiba di Padang Besar, Wan Besi dengan bantuan konconya menyeludup Nur Sajat ke dalam gerabak kereta api sebelum melepasi sempadan negara.
“Wan Besi ini kita percaya mempunyai dua kerakyatan dan dialah yang membawa Nur Sajat ke kondominium mewah di Bangkok,” katanya.
Ditanya kos perbelanjaan sebenar untuk membawa keluar Nur Sajat dari Malaysia, sumber itu memaklumkan, RM20,000 dikenakan Wan Besi kepada usahawan kosmetik itu untuk membawanya keluar dari Padang Besar, Perlis hinggalah ke Bangkok.
“Wang ini dibahagikan Wan Besi dengan pihak tertentu di kawasan Padang Besar yang bersubahat dengannya,” katanya yang mendedahkan maklumat terkini siasatan dilakukan pihak berkuasa bagaimana Nur Sajat boleh lolos dengan mudah ke negara gajah putih itu.
Menurutnya, pihaknya juga percaya ada bayaran lain yang dikenakan kumpulan itu untuk membawa Nur Sajat dari Lembah Klang ke Padang Besar, Perlis dan siasatan sedang dilakukan mengenainya.
Mengulas lanjut, sumber itu berkata, Wan Besi sememangnya aktif dalam kegiatan penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand terutama di Padang Besar, Perlis dan menjadikan laluan utama penyeludupan keluarnya adalah di kawasan KTMB.
Katanya, Wan Besi pernah ditahan tiga kali oleh polis membabitkan kes penyeludupan ketum dan terbaharu kes tembakan di sempadan yang menyebabkan kematian anggota Pasukan Gerakan Am.
“Laluan pagar KTMB juga sering menjadi laluan utama rakyat Thailand membolosi sempadan negara. Selain itu, kita juga percaya ada aktivis tertentu yang membantu menasihati Nur Sajat untuk memohon kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan berpindah ke Australia.
“Aktivis ini memberi nasihat berkaitan human right dan prosedur berhijrah ke Australia dengan alasan Nur Sajat menerima banyak ugutan bunuh dan lain-lain ugutan di Malaysia,” katanya.
Harian Metro kelmarin melaporkan misteri ‘kehilangan’ usahawan Nur Sajat kini terjawab apabila dia ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu hasil maklumat pihak berkuasa Malaysia.
Pendedahan eksklusif Harian Metro semalam turut mendedahkan bahawa Nur Sajat kini dikenali dengan nama Bella selain ‘berlagak’ dengan kad pelarian UNHCR yang dikeluarkan pejabat badan itu di Bangkok.
Untuk rekod, Nur Sajat ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok bersama seorang lelaki warga Thailand yang juga berperwatakan wanita ketika serbuan pihak imigresen pada jam 6 petang waktu Thailand.
Pada 9 September lalu, atas kesalahan itu, Nur Sajat didakwa di mahkamah namun dia dibebaskan keesokannya dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan.
Nur Sajat kini diarahkan melaporkan diri ke Ibu Pejabat Imigresen Thailand setiap 14 hari dan ketika ditahan, dia yang kini sudah menjadi pemegang kad pelarian UNHCR mendakwa mahu berpindah ke Australia selepas diburu pihak berkuasa Malaysia dan diugut bunuh kerana umum keluar daripada Islam.
Skuad Khas Harian Metro turut mendedahkan bagaimana penyamaran dilakukan usahawan kosmetik itu yang mengenakan purdah dan niqab serta membayar RM20,000 kepada seorang lelaki untuk diseludup keluar dari Malaysia. Lelaki terbabit dilaporkan berjaya menyeludup keluar Nur Sajat menggunakan gerabak kereta api di Padang Besar, Perlis sebelum diserahkan kepada lelaki lain sebaik mereka tiba di Hat Yai, Thailand, lapor HM online
Nur Sajat kemudian dibawa lelaki itu ke Bangkok dan menjadikan sebuah kondominium mewah di kota raya berkenaan sebagai pusat persembunyian sehinggalah dia ditahan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
255 ekor pelbagai spesies Tarantula dirampas dan pelbagai spesies terkawal
PULAU PINANG – Jabatan PERHILITAN Pulau Pinang telah menjalankan satu pemeriksaan penguatkuasaan ke atas sebuah premis di sekitar daerah Georgetown, Pulau Pinang pada 3 September 2021.
Hasil pemeriksaan telah berjaya merampas sebanyak 255 ekor pelbagai spesies Tarantula, 10 ekor Asian Forest Scorpion, 10 ekor ular Ball Python, 8 ekor spesies mantis, 6 ekor spesies Long-tailed Chinchilla, 4 ekor pelbagai spesies katak, 1 ekor burung Umbrella Cockatoo dan 1 ekor burung Moluccan Cockatoo yang disimpan tanpa sebarang dokumen yang sah oleh Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia.
Melalui pemeriksaan penguatkuasaan ini, seorang suspek berusia 28 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.
Dua laporan polis telah dibuat di Balai Polis Jelutong, Pulau Pinang dan kesemua barang rampasan telah dibawa ke Jabatan PERHILITAN Pulau Pinang untuk tindakan selanjutnya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Seorang anggota polis berpangkat Koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan, hari ini, kerana didakwa menerima suapan pada Disember tahun lalu.
Tertuduh, Mohamed Syaffiq Mohammed Sidek, 32 tahun, didakwa melakukan kesalahan itu pada 25 Disember 2020, amtara jam 1 petang hingga 2 petang di Balai Polis Kuantan.
Dia didakwa menerima RM700 daripada seorang lelaki bagi melepaskan seorang suspek yang terbabit dalam kes memiliki air ketum.
Pendakwaan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dilakukan Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM, Siti Sarah Zainal Abiddin di hadapan Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain.
Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi.
Tertuduh yang kini digantung kerja merayu agar mahkamah menetapkan jumlah ikat jamin yang rendah memandangkan dia perlu menanggung isteri dan dua anak berusia tiga dan tujuh tahun serta menjaga ibunya yang uzur.
Timbalan Pendakwa Raya memohon mahkamah menetapkan RM10,000 bagi ikat jamin, namun Hakim membenarkan rayuan tertuduh dan memutuskan kadar ikat jamin RM7,000 sementara menunggu tarikh sebutan semula kes pada 25 Oktober ini.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam kemudiannya membayar ikat jamin ditetapkan mahkamah itu.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Seorang pesara tentera mendakwa kerugian RM16,000 selepas menjadi mangsa penipuan anak saudaranya dan seorang lelaki dipercayai menyamar sebagai pegawai polis.
Kejadian itu dikatakan bermula 6 Julai lalu selepas mangsa dihubungi seorang lelaki melalui aplikasi WhatsApp memperkenalkan diri sebagai pegawai polis bernama ‘ASP Prakash’.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, suspek kemudiannya mengarahkan mangsa berurusan dengan seorang lelaki yang juga anak saudara mangsa bernama ‘Nuar’ untuk membebaskan anak mangsa yang ditahan polis.
“Suspek terbabit memperkenalkan diri sebagai pegawai polis iaitu ‘ASP Prakash’ dan membuat tawaran untuk membebaskan anak lelaki mangsa yang ditahan pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut atas kesalahan dadah melibatkan kes Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK).
“Suspek meminta mangsa berurusan dengan anak saudara mangsa yang kemudiannya meminta mangsa menyediakan sejumlah wang bagi urusan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Mangsa seterusnya mengarahkan isterinya membuat empat transaksi pemindahan wang berjumlah RM16,000 kepada ‘ASP Prakash’ melalui nombor akaun bank milik individu lain.
“Bagamanapun selepas selesai melakukan pemindahan wang itu, mangsa menerima panggilan daripada pihak Narkotik IPD Jerantut dan memaklumkan anaknya akan dihantar ke Penjara Simpang Renggam, Johor.
“Mangsa yang terkejut kerana sudah membuat bayaran untuk melepaskan anaknya. Tidak berpuas hati dengan kejadian itu, mangsa meminta anak saudaranya memulangkan semula wang terbabit, namun ‘Nuar’ gagal berbuat demikian.
“Pesara tentera berkenaan yang mengesyaki anak saudaranya bersubahat dengan ‘ASP Prakash’ tampil membuat laporan polis semalam untuk tindakan lanjut,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MELAKA – Akibat menanggung hutang ah long mencecah setengah juta, dua rakan bertindak membakar tiga buah kenderaan milik mereka untuk membuat tuntutan palsu insurans bernilai RM250,000, minggu lalu.
Taktik dua lelaki berusia 36 tahun itu dapat dihidu pihak polis sebelum diberkas di sekitar Bandar Melaka pada 13 dan 14 September lalu.
Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, suspek pertama membuat laporan pada 13 September mendakwa kereta jenis Bentley Continental GT(A) miliknya telah terbakar di Taman Datuk Tamby Chik Karim, Batu Berendam.
Polis kemudian menerima dua lagi laporan daripada individu lain mengenai kejadian kebakaran kereta jenis Ford Fiesta dan Hyundai Accent.
“Apabila polis pergi ke lokasi, kita dapati ada keraguan berhubung kejadian itu.
“Pengadu pertama ditahan pada pukul 5.30 petang pada hari sama manakala rakannya ditahan keesokkan harinya,” katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Sungai Udang, di sini, hari ini.
Kedua-dua suspek dipercayai telah membakar kenderaan itu untuk membuat tuntutan insurans dan merancangnya sejak tiga bulan lalu, lapor kosmo online
“Kes ini juga adalah yang pertama membabitkan modus operandi membakar kenderaan sendiri untuk membuat tuntutan insurans,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PERAK – Satu Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) yang telah dijalankan di sebuah premis terletak di daerah Sungai Siput, Perak telah berjaya merampas 3 ekor burung Murai Batu, 2 ekor burung Scarlet Macaw, 1 ekor burung Blue & Gold Macaw, dan 1 ekor Hyacinth Macaw yang disimpan tanpa sebarang dokumen yang sah oleh Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia.
Operasi ini melibatkan seramai 12 orang anggota daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan PERHILITAN Negeri Perak.
Satu laporan polis telah dibuat mengenai operasi ini dan kesemua barang rampasan telah dibawa ke Jabatan PERHILITAN Daerah Sungai Siput, Perak untuk tindakan selanjutnya.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!