SIBU – Misteri kehilangan seorang wanita tujuh bulan yang lalu akhirnya terjawab dengan penemuan beg tangan, kad pengenalan, rantai emas, wang tunai serta sebuah motosikal bersama tulang rangka manusia di dalam kawasan semak.
Nooranim Tahir, 47, ghaib tanpa berita telah dilaporkan hilang oleh suaminya pada 25 April tahun ini.
Utusan Borneo melaporkan Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Superintenden Collin Babat berkata penemuan di tepi Jalan Batu 8 Jalan Oya pagi tadi itu mungkin ada kaitan dengan kehilangan .
Menurut Collin, polis juga menemui kad pengenalan, rantai leher emas, wang kertas dan sebuah motosikal jenis Modenas MR2 di lokasi kejadian.
“Kita dapati nombor plat pendaftaran motosikal yang dinaiki mangsa adalah sepadan dengan laporan polis yang diterima ketika itu,” katanya.
Dalam laporan itu, mangsa dipercayai keluar dari rumah menaiki motosikal dari Kampung Jeriah bertujuan untuk berjumpa dengan suaminya di Jalan Kemuyang pada jam 8 malam 25 April lalu.
Polis masih menyiasat.
foto – Sarawak Update
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SAYA SUDAH MAAFKAN MEREKA SEMUA, KATA BAPA ZULFARHAN
Enam tertuduh yang merupakan bekas pelajar UPNM dijatuhi hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah menyebabkan kecederaan tanpa niat membunuh terhadap Zulfarhan Osman.
PETALING JAYA: Bapa kepada Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain sudah memaafkan enam orang tertuduh meskipun tiada permohonan maaf dibuat oleh mereka.
Zulkarnain Idros, 57, berkata, meskipun berat hati namun beliau tetap menghormati apa yang telah diputuskan oleh mahkamah hari ini.
Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain yang terbunuh (tengah) diapit oleh bapanya (kanan) dan ibunya (kiri)
“Keluarga tertuduh mahupun tertuduh langsung tidak datang berjumpa saya dan isteri untuk meminta maaf kepada kami. Seolah-olah seperti anak saya pula yang bersalah.
“Saya maafkan kesemua mereka,” katanya ketika sidang media di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas keputusan kes, lapor Kosmo.
Masih berduka dengan kehilangan anak sulungnya, Zulkarnain bagaimanapun berterima kasih kepada mahkamah yang telah menjatuhkan hukuman yang setimpal kepada semua tertuduh.
Sementara itu, Zulkarnain juga sempat mengingatkan masyarakat supaya menjauhi sifat membuli kerana ia akan memberi kesan kepada keluarga mangsa.
“Saya pesan kepada masyarakat supaya, jauhi sifat membuli kerana ia akan memberi kesan kepada keluarga.
“Saya kehilangan anak sulung saya, anak-anak kehilangan abang sulung serta idola mereka, sememangnya perkara seperti ini akan memberi kesan kepada saya dan keluarga seumur hidup kami,” katanya
Awal hari ini, media melaporkan enam tertuduh yang merupakan bekas pelajar UPNM dijatuhi hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah menyebabkan kecederaan tanpa niat membunuh terhadap Zulfarhan Osman.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
132 PENGEDAR DAN PENAGIH DADAH DIBERKAS DI LIMA DAERAH DI PAHANG
Foto atas, Ihsan IPD Lipis : Ramli Mohamed Yoosuf (berdiri, depan kiri) dengan dengan sebahagian daripada suspek pengedar dan penagih yang diberkas sempena Ops Sarang Khas kawasan Jelai di Balai Polis Sungai Koyan, Lipis hari ini.
LIPIS – 132 suspek pengedar dan penagih dadah diberkas oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, (BSJN) Polis Pahang dalam serbuan ke atas sarang dadah di lima buah daerah negeri ini sempena Ops Sarang Khas yang bermula pada 30 Oktober lalu.
Antara yang diberkas seorang bekas tentera dalam operasi serbuan yang dilakukan ke kawasan Felda dan rumah ke rumah di Lipis, Raub, Maran, Temerloh dan Jerantut yang membabitkan penahanan suspek lelaki berusia 20 tahun ke atas ketika sedang melakukan aktiviti jenayah dadah di beberapa sarang kawasan tersebut.
Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, operasi diadakan bertujuan untuk menggempur sarang pengedar dadah yang semakin berleluasa di daerah terbabit khususnya di kawasan Felda yang mempunyai ramai penagih yang telah dikenalpasti menerusi risikan dan maklumat orang ramai.
Ketua Polis Pahang, Ramli Mohamed Yoosuf (tengah) di sidang media mengenai tangkapan dadah sempena Ops Sarang Khas dan pelancaran Program Jihad Dadah kawasan Jelai di Balai Polis Sungai Koyan, Lipis hari ini.
“Tiga orang diberkas dan akan disiasat di bawah Seksyen 39A (1) ADB kerana disyaki memiliki dadah jenis Syabu dan Heroin, manakala 21 orang lagi yang ditahan di bawah Seksyen 12 (2) ADB 1952 kerana disyaki memiliki dadah yang sama.
“Manakala 14 orang turut diberkas akan disiasat di bawah Seksyen 29B Akta Dadah berbahaya (ADB) 1952 kerana didapati terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah jenis Syabu dan heroin dan sekiranya disabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman gantung mandatori,” katanya dalam sidang media di Balai Polis Sungai Koyan dekat sini, hari ini.
.
Turut hadir, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Pahang, Superintendan Azmi Awang Lah dan Ketua Polis Lipis, Superintendan Azli Mohd. Noor.
Katanya, polis turut kerjasama dengan kerajaan negeri dan memilih kawasan Jelai, Lipis untuk pelancaran Program Jihad Dadah sebagai tindakan pemutihan bagi memastikan penyeludupan dadah dapat disekat di kawasan sempadan bagi negeri yang berdekatan dengan Pahang.
Sempena dengan pelancaran program tersebut, polis juga menjalankan Ops Sarang Khas dengan melibatkan operasi serbuan dan tangkapan yang sama dalam tempoh dua hari ini di Kampung Kuala Medang, Felda Sungai Koyan dan Kampung Tanjung Gahai.
Selanjutnya Ramli berkata, seramai 88 orang warga tempatan yang lain akan disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952 kerana positif dadah.
Beliau berkata, dadah yang telah dirampas sempena Ops Sarang Khas di lima buah daerah sehingga hari ini, iaitu dadah jenis heroin seberat 151.51 gram, Syabu (113.62 gram), Pil Kuda (23.85 gram), Pil Eramin 4 (4.5 gram), cecair Kodein (0.04 liter) dan air ketum (4.5 liter) membabitan keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM17,493.
“Kita juga turut menahan seramai enam orang yang disyaki memiliki cecair daun ketum dan akan disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Penjaja air didakwa pukul bapa sehingga cedera parah
Kota Bharu: Penjaja air didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menyebabkan cedera parah terhadap bapa kandungnya, 17 Oktober lalu.
Bagaimanapun, tertuduh, Mat Khairi Mohammad, 34, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan terhadap pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas bapanya, Mohammad Zakaria, 62, di sebuah rumah di Kampung Dusun Durian, dekat Bachok, jam 10 pagi, pada 17 Oktober lalu.
Kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.
Bagi kesalahan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan tertuduh boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan juga denda.
Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 326A Kanun Keseksaan pula, tertuduh boleh dipenjara dua kali ganda tempoh maksimum yang dikenakan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh kerana mangsa adalah ahli keluarga dan memohon tarikh untuk laporan perubatan.
Tertuduh merayu supaya mahkamah membenarkannya diikat jamin dan isterinya akan membayar wang jaminan itu,lapor HM online
Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 13 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki tidak berhati perut apabila memukul bapanya dengan kayu sehingga mangsa patah tangan hanya kerana dia tidak mendapat wang RM10 untuk membeli makanan.
Mangsa yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) terpaksa dirawat di Hospital Machang.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN- Seorang peminat pokok keladi hiasan ditipu sehingga terpaksa membayar lebih RM4,200 bagi mendapatkan tanaman itu yang dibeli pada harga RM140 secara dalam talian pada Ahad lalu.
Wanita berusia 36 tahun dan tidak bekerja itu tertarik dengan tanaman itu selepas melihat video iklannya melalui aplikasi Tiktok.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berminat untuk membelinya lalu berurusan dengan penjualnya melalui aplikasi Whatsapp.
Menurutnya, pada malam hari yang sama, mangsa telah membuat bayaran sebanyak RM140 secara dalam talian melalui akaun bank atas nama seorang wanita.
“Hari berikutnya, mangsa menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai wakil sebuah syarikat penghantaran meminta bayaran RM1,350.
“Bayaran itu dikatakan untuk kos penyemburan tanaman tersebut semasa penghantaran agar ia sentiasa berada dalam keadaan baik,” katanya melalui satu kenyataan pada Selasa.
Mengulas lanjut, Mohd Wazir berkata, mangsa akur dengan membuat bayaran seperti diminta secara berasingan melalui akaun bank atas nama individu berbeza pada hari yang sama.
“Pada petang hari itu, mangsa sekali lagi dihubungi dan diminta membuat bayaran RM2,750 untuk kos tambahan termasuk kos penjagaan pokok keladi hiasan itu semasa penghantaran,lapor sinar harian
“Tanpa sebarang curiga, mangsa membuat bayaran itu secara berasingan,” jelasnya.
Beliau, tidak cukup dengan itu, suspek meminta lagi RM2,000 namun mangsa tidak membayarkan setelah timbul curiga dan syak dia telah ditipu.
“Mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan pada Isnin dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.
Dalam pada itu, Mohd Wazir berkata, pihaknya kini sedang mengesan dua pemilik akaun bank yang digunakan dalam kes itu termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ANGGOTA TENTERA DAN RAKAN DITUDUH MEMBUNUH SEORANG LELAKI
TAIPING: Seorang anggota tentera dan rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taiping hari ini atas tuduhan membunuh seorang lelaki dalam kejadian dua minggu lalu.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Mohd Hafidz Ibrahim, 34 tahun, seorang pegawai waran, dan Muhammad Ahmad Md Yusoff, 31, peniaga, selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Nur Farah Syahidah Mohd Noh.
Kedua-dua mereka didakwa secara bersama telah melakukan bunuh menyebabkan kematian terhadap Mohd Zaki Md Aluwee, 42 tahun, di hutan bebas, jarak lebih kurang 60 meter daripada Jalan Kubu Gajah – Lenggong antara jam 5.30 petang dan 10.50 malam, 10 Oktober lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 9 Disember depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Roslan Mohd Suki manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. Sebelum ini media melaporkan seorang pesara tentera ditemui maut dengan sembilan kesan tikaman di badannya di kawasan semak di Bukit Sumpitan dekat Selama.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ISKANDAR PUTERI – Polis memberkas empat lelaki kerana menyamun seorang guru wanita di Jalan Pulai 2, Kangkar Pulai pada 9 Oktober lalu.
Semua suspek yang berusia 23 hingga 36 tahun itu memecah masuk rumah keluarga guru sekolah rendah itu pada jam 2.45 pagi.
Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, tangkapan itu dilakukan susulan laporan polis diterima menerusi panggilan MERS daripada mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an.
“Semasa kejadian mangsa yang masih bujang seorang diri di rumah sebelum didatangi lima lelaki berkulit gelap bersenjatakan parang lalu mengikat kaki dan tangannya menggunakan sarung bantal.
“Kumpulan lelaki itu didakwa melarikan pelbagai barangan termasuk beberapa kamera, lensa dan pelbagai aksesori kamera dipercayai milik kakak ipar mangsa yang bekerja di Singapura. Mangsa mendakwa kerugian RM70,000 akibat kejadian itu,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, di sini hari ini.
Bertindak atas maklumat, pada jam 3.30 petang hingga 10 malam sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Iskandar Puteri melakukan serbuan dan tangkapan di dua lokasi berbeza.
Serbuan pertama di hadapan restoran Jalan Mutiara Mas 1/2, Taman Mutiara Mas, Skudai dan pihaknya berjaya menahan dua lelaki serta merampas kereta Honda Accord bernombor pendaftaran JTQ1263 serta anak kunci dan alat kawalan jauh.
Menurutnya, serbuan kedua di sekitar Taman Universiti, Skudai, pihaknya menahan dua lelaki serta merampas pelbagai barangan dipercayai hasil jenayah samun.
Antaranya, tiga beg jenama Nsmo, empat lensa kamera Canon, tiga unit kamera Canon, dua unit lampu flash tanpa wayar, dua unit bateri, dua unit adapter, sebuah speedlite transmitter camera jenis Canon, satu unit lampu flash Witstro jenama Nsmo, satu unit flash point dan satu unit bulb flash jenama Nsmo.
“Polis turut merampas satu unit pemutar skru, satu unit pemotong besi, dua bilah parang panjang dan empat pasang sarung tangan kain. Tiga daripada suspek yang ditahan mempunyai rekod lampau.
“Seorang daripadanya mempunyai 24 rekod melibatkan kes jenayah dan penyalahgunaan dadah, manakala dua lagi mempunyai rekod lampau, iaitu masing-masing lapan dan satu.
Selain itu, dua daripada mereka turut positif dadah jenis methamphetamine.
Dzulkhairi berkata, siasatan awal mendapati kumpulan berkenaan baru diwujudkan dan tangkapan itu dipercayai dapat menyelesaikan beberapa kes samun di sekitar kawasan berkenaan kebelakangan ini,lapor HM online
Beliau berkata, kumpulan berkenaan dipercayai memilih kediaman mangsa secara rawak dengan beranggapan rumah berkenaan tidak berpenghuni.
Menurutnya, mangsa tidak dicederakan dalam kejadian itu dan dalam keadaan selamat.
Katanya, polis berjaya mengesan kumpulan itu menerusi siasatan dan intipan termasuk berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah plaza tol di Gelang Patah di sini.
“Keempat-empat suspek ditahan reman sehingga bermula semalam hingga 26 Oktober bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. Polis masih memburu seorang lelaki dipercayai ahli Kumpulan berkenaan yang masih bebas,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Lelaki cedera parah dirempuh kenderaan pemandu mabuk
PORT DICKSON: Angkara pemandu mabuk, seorang lelaki cedera parah dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 26 Lebuh Raya Seremban-Port Dickson di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitenden Aidi Sham Mohamed berkata, dalam kejadian pada pukul 2.45 pagi itu seorang lelaki yang merupakan jurutera telah memandu kenderaan jenis pacuan empat roda Ford Fanger di bawah pengaruh alkohol.
“Siasatan awal mendapati, lelaki tersebut telah memandu secara melawan arus dari arah Port Dickson ke arah Seremban manakala dua buah kenderaan lain jenis Toyota Vios dan Proton Saga dari Seremban ke Port Dickson.
“Sampai di lokasi kejadian, dua buah kenderaan itu telah dilanggar oleh kereta Ford Ranger yang dipandu lelaki mabuk tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Jelas Aidi Sham, rempuhan itu menyebabkan seorang mangsa iaitu lelaki berusia 31 tahun yang memandu Proton Saga mengalami cedera parah patah peha kaki kanan.
“Suspek yang dipercayai memandu bawah pengaruh alkohol telah dibawa ke Balai Trafik Port Dickson bagi menjalani ujian saringan nafas dan bacaan ujian saringan.
“Mangsa yang cedera parah dirawat di Hospital Port Dickson,” katanya,lapor utusan online
Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 44 (1A) iaiti memandu dalam pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan pada pihak lain.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kuala Lumpur: Dua pemandu kenderaan yang memandu secara berbahaya di Jalan Kuching menghala ke Pusat Bandar ditahan polis semalam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, pihaknya terkesan satu video tular yang memaparkan aksi dua pemandu kenderaan memandu secara berbahaya jam 2.43 petang.
“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 22 Oktober lalu, jam 3.30 petang di Jalan Kuching menghala pusat bandar yang membabitkan dua kenderaan jenis Hyundai Elantra dan Perodua Myvi berwarna perak.
“Susulan itu, Unit Risikan dan Operasi JSPT Kuala Lumpur semalam berjaya mengesan kedua-dua pemandu kenderaan itu jam 10 malam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, dua pemandu kenderaan itu ditahan selepas memberi keterangan di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur.
“Ujian saringan air kencing yang dilakukan mendapati pemandu Perodua Myvi disahkan positif dadah jenis methamphetamine,lapor HM online
“Kedua-dua lelaki yang berusia 47 dan 33 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 42(1) APJ 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya manakala pemandu Perodua Myvi akan dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 kerana positif dadah,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Polis baru-baru ini menahan tiga individu yang dipercayai terlibat dalam penjualan vaksin Covid-19 secara haram di Klang, Selangor.
Difahamkan, pihak berkuasa belum memastikan apakah sindiket itu menjual vaksin atau plasebo, tetapi sumber pihak berkuasa menyatakan bahawa bahan yang mereka jual telah diberikan kepada pekerja sebuah kilang sekitar dua bulan yang lalu.
Sumber juga mendakwa bahawa dua daripada individu yang disyaki dalam kes itu adalah doktor.
Kegiatan yang didakwa itu terbongkar awal bulan ini ketika kilang itu menghantar pekerjanya untuk mendapatkan dos kedua vaksin Covid-19, dan bahawa pejabat kesihatan daerah Klang tidak mempunyai rekod suntikan pertama mereka.ADS
“(Pihak pengurusan) kilang mengatakan pekerjanya telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 mereka.
“Tetapi ketika mereka mendapatkan dos kedua, pemeriksaan oleh pihak kesihatan tidak menemukan rekod dos pertama mereka,” kata sumber yang mengetahui kes itu.
Seorang pegawai lain memberitahu Malaysiakini bahawa kejadian itu mendorong seorang pekerja kesihatan, yang berada di pusat vaksinasi di Selangor, untuk membuat laporan polis.
Polis kemudian melancarkan siasatan, yang membawa kepada penangkapan mereka. Ketiga-tiganya sejak itu dibebaskan dengan jaminan polis.
Ketua Polis Selangor, Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan masih sedang dijalankan.
Dia berkata pada ketika ini, kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang menetapkan kesalahan yang berkaitan dengan tindakan menipu.
Arjunaidi juga mengesahkan bahawa tiga suspek telah ditangkap berkaitan dengan kes itu, tetapi enggan mendedahkan identiti mereka, termasuk profesion mereka.
“Kami masih siasat. Masih belum ada kesimpulan,” kata Arjunaidi kepada Malaysiakini.
“Buat masa ini, kami menggunakan Seksyen 420 (Kanun Keseksaan) terlebih dahulu untuk menyiasat kes ini,” tambahnya.
Malaysiakini juga telah menghubungi Kementerian Kesihatan untuk mendapatkan komen.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!