LAHORE: Seorang lelaki Pakistan hari ini didakwa sebagai suspek utama dalam kes rogol beramai-ramai terhadap seorang wanita di tepi jalan raya hingga mencetuskan tunjuk perasaan di seluruh negara.
Mangsa mengatakan dia dirogol di hadapan dua anaknya selepas keretanya kehabisan minyak berhampiran timur bandar Lahore bulan lalu.
Mahkamah Lahore memerintahkan Abid Ali Malhi, yang diberkas semalam, ditahan, menurut jurucakap ketua polis bandar itu.
Malhi juga mempunyai sekurang-kurangnya 10 kes lain yang didaftarkan oleh polis ke atasnya.
Protes terhadap serangan ke atas wanita terbabit meningkat selepas ketua polis Lahore menyalahkan mangsa dan mengatakan wanita itu seharusnya tidak memandu sendirian.
Kes itu mendorong Perdana Menteri, Imran Khan meminta pelaku seks digantung di depan umum atau dimandulkan secara kimia, suatu proses yang membabitkan penggunaan dadah untuk mengurangkan libido seseorang.
Pemerkosaan sangat sukar untuk diadili di Pakistan, di mana mangsa wanita sering difitnah dan diperlakukan sebagai warga negara kelas dua.
Suspek kedua, Shafqat Ali yang menurut polis mengaku melakukan jenayah itu, masih dalam tahanan.
Sumber: AFP
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BACHOK: Bayi lelaki berusia lapan bulan ditemui mati dalam keadaan menyayat hati, termasuk badan dilumur garam dipercayai dibunuh bapa kandung menggunakan objek tumpul dalam kejadian di Kampung Sungai Dua, Bachok, pagi tadi.
Kematian Wan Mohamad Afiq Wan Roslan dipercayai dilakukan bapa mangsa yang mengalami masalah gangguan mental.
Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Samsulmuddin Sulaiman berkata, pihaknya mengetahui kejadian selepas sepupu suspek berusia 50-an datang membuat aduan berhubung kematian bayi itu pada jam 11.30 pagi tadi.
Katanya, pengadu memaklumkan suspek menghubunginya supaya melihat keadaan anak tunggalnya dan sebaik tiba di rumah suspek, pengadu mendapati anak suspek sudah meninggal dunia dengan keadaan mencurigakan.
“Selepas mendapat laporan, polis menyerbu rumah suspek yang berkunci dari dalam dan bertindak memecah masuk rumah berkenaan.
“Sebaik berjaya masuk ke dalam rumah, kami menahan seorang lelaki dipercayai suspek dan membawa keluar seorang wanita dipercayai ibu mangsa berusia 32 tahun dalam keadaan trauma dan menangis. Hasil pemeriksaan menemui bungkusan guni berisi bayi itu yang disorokkan di bawah meja di bahagian dapur,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, hari ini.
Samsulmuddin berkata, hasil pemeriksaan ke atas bayi berkenaan, mendapati terdapat beberapa kesan lebam pada seluruh badan termasuk kesan lelasan di leher kiri dan kanan bayi berkenaan.
Katanya, pihaknya belum dapat memastikan sama ada kesan itu kesan cekik atau jerutan dan percaya mangsa meninggal dunia kurang tempoh 24 jam.
“Pemeriksaan awal pihak forensik tidak menemui kesan luka berdarah pada bayi berkenaan dan mendapati badan bayi itu turut dilumuri dengan garam kasar pada seluruh tubuh,” katanya.
Beliau berkata, kematian bayi itu dipercayai akibat objek tumpul dan tiada senjata ditemui di lokasi kejadian.
Katanya, daripada siasatan awal yang dijalankan suspek yang bekerja kampung didapati mengalami masalah mental sejak dua minggu kebelakangan ini.
“Hasil pemeriksaan awal juga mendapati terdapat kesan lebam dan calar di kedua-dua belah tangan kanan dan kiri si ibu dan dia dibawa mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bachok.
“Mayat bayi berkenaan dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu, untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sementara itu, ahli keluarga pasangan itu, Masitah Mohd Ragimi, 46 berkata, dia terkejut apabila mendapat berita kematian cucu saudaranya yang juga anak tunggal pasangan berkenaan.
Katanya, kali terakhir dia melawat pasangan itu di rumah mereka Rabu lalu kerana melawat suspek yang demam akibat sakit bisul.
“Setahu saya, suspek duduk elok (hidup baik) dengan isteri dan anaknya, kami pun tak pernah dengar mereka ada masalah, mangsa juga anak pertama hasil perkahwinan suspek dengan anak saudarasaya,” katanya.
Sumber: HMOnline
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lagi suspek yang dipercayai terbabit dengan kes pencemaran Sungai Batang Benar, yang menyebabkan gangguan bekalan air di Selangor, baru-baru ini, semalam
Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintendan Azrul Hisham Mohd Shaffie, berkata lelaki berusia 30 tahun itu ditahan kira-kira jam 12.30 pagi semalam, di Jalan Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, Kelantan.
Suspek ditahan sepasukan polis daripada Cawangan Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dibantu anggota JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai dan D9 JSJ IPK Kelantan.
“Suspek kini direman selama enam hari bermula semalam sehingga 17 Oktober depan.
“Kita juga membuat permohonan menyambung reman dua suspek yang ditahan sebelum ini Mahkamah Seremban dan reman ke atas mereka disambung selama lima hari sehingga 18 Oktober ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Terdahulu, media melaporkan dua suspek, masing-masing berusia 30 dan 40 tahun ditahan di Kota Bharu, Kelantan pada jam 12.45 tengah hari, Selasa lalu.
Kedua-dua suspek yang bekerja sebagai pemandu lori dan kelindan itu kemudian dibawa ke IPD Nilai dan direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan.
Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan
Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) sebelum ini memaklumkan, sejumlah bahan buangan dan bahan sebatian organik yang tersisa ditemukan di kawasan belukar di pinggir kawasan industri di Jalan Emas, Kawasan Perindustrian Nilai yang menjadi punca pencemaran di sungai berkenaan.
Akibat pencemaran itu, dua Loji Rawatan Air (LRA) di Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dihenti tugas mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual yang menjejaskan 309,687 akaun pengguna di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.
Sumber: BHOnline
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BATU GAJAH: Mayat wanita warga Indonesia dipercayai meninggal dunia semasa bersalin ditemukan bersama bayi lelaki yang masih bernyawa di sisinya, di sebuah pondok di Jalan Parit, Kampung Piandang, Pusing di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, mayat Yanti Abas, 35, bersama seorang bayi lelaki yang masih bernyawa ditemukan orang awam sebelum memaklumkannya kepada Balai Polis Pusing pada kira-kira 6.35 petang.
Katanya, semasa tiba di lokasi, polis menemukan mayat wanita itu yang ditutup menggunakan selimut dipercayai sudah lima jam meninggal dunia bersama bayi lelaki di sisinya dengan tali pusat serta uri yang telah dipotong.
“Pasukan forensik yang hadir di tempat kejadian tidak mengesan sebarang unsur jenayah di lokasi dan tubuh badan si mati. Dipercayai ada orang yang bersama si mati semasa dia bersalin,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Ahmad Adnan berkata, polis tidak menjumpai saksi di lokasi untuk membantu siasatan dan mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainon, Ipoh untuk bedah siasat esok bagi mengetahui punca kematian manakala bayi lelaki diserahkan kepada Hospital Batu Gajah bagi pemeriksaan lanjut.
Katanya, keputusan pemeriksaan saringan COVID-19 yang dijalankan ke atas mayat belum diperoleh dan polis memaklumkan kejadian itu kepada pihak kedutaan Indonesia serta Interpolbagi tujuan penghantaran pulang mayat ke negara asal.
Setakat ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR) namun siasatan lanjut masih diteruskan termasuk mengesan suami atau waris si mati, katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Polis memberkas tiga individu yang sebelum ini ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan judi dalam talian.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata ketiga-tiga individu itu akan direman, hari ini bagi membantu siasatan.
“Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan,” katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, BH melaporkan baki sembilan tahanan reman bagi membantu kes siasatan pengubahan wang haram oleh SPRM, termasuk dalang Macau Scam, dibebaskan dengan jaminan pada petang tadi.
Bagaimanapun, lapan daripada mereka kemudian ditahan semula JSJ Bukit Aman untuk membantu siasatan lanjut.
Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, mengesahkan penahanan 20 individu, termasuk lapan pegawai polis dan seorang warga China, selain akan membuat beberapa siri tangkapan lain.
Setakat ini, SPRM sudah membekukan lebih RM80 juta daripada 730 akaun bank dan menyita wang tunai RM5 juta.
Selain itu, SPRM merampas 23 kenderaan mewah pelbagai jenama serta motosikal berkuasa tinggi yang dipercayai dibeli hasil daripada aktiviti judi dalam talian tempatan.
Sindiket cuci wang itu dipercayai melaburkan wang daripada aktiviti kegiatan berkenaan ke dalam perniagaan dijalankan selebriti dan personaliti terkenal tanah air serta usahawan kosmetik tempatan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
DUNGUN: Polis menahan lima lelaki yang disyaki memperkosa murid Tahun Enam, di FELDA Ketengah Jaya, 29 September lalu.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, berkata suspek yang berusia 16 hingga 23 tahun itu ditahan awal pagi tadi susulan laporan dibuat mangsa.
Baharudin berkata, dalam kejadian jam 9 malam, 29 September lalu, mangsa dikatakan menunggang motosikal bersendirian untuk mengambil ibunya yang berniaga di pasar malam, tidak jauh dari rumah.
“Dalam perjalanan itu, mangsa ditahan dua suspek yang seorang daripadanya dikenali mangsa, sebelum mengajaknya ke tempat yang sunyi.
“Sebaik tiba di tempat tersorok dalam ladang sawit, mangsa yang pelik dengan perbuatan suspek cuba menghubungi seseorang untuk meminta tolong, namun telefon bimbit mangsa dirampas,” katanya.
Katanya, mangsa dirogol oleh kedua-dua suspek sebelum tiga lagi rakan suspek datang dan turut merogol mangsa.
“Semua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun untuk siasatan lanjut, sementara mangsa dirawat di Hospital Dungun.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 375(b) Kanun Keseksaan,” katanya.
Sumber: BHOnline
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KLANG: Lelaki yang memakai gelang merah jambu di stesen minyak di Bukit Tinggi, dekat sini yang tular di media sosial sudah diberkas, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli ketika dihubungi mengesahkan penangkapan itu.
“Suspek ditangkap jam 8 malam tadi di kawasan Klang. Siasatan mendapati suspek bekerja sebagai jurutera di Sabah dan pulang ke Semenanjung pada 3 Oktober lalu.
“Siasatan masih diteruskan, kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan,” katanya.
Semalam, media melaporkan polis sudah mengenalpasti suspek lelaki tempatan yang berumur 30 tahun itu.
Shamsul Amar dalam kenyataannya semalam berkata, pihaknya akan membuat tangkapan sebaik mendapat pengesahan status suspek bebas COVID-19 daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang.
Rakaman video berdurasi 1 minit 4 saat itu,menunjukkan insiden tegur-menegur antara seorang petugas kesihatan wanita dengan lelaki terbabit
Lelaki terbabit ditegur kerana keluar dari kuarantin malah menyebabkan orang ramai takut untuk menghampiri stesen minyak terbabit apabila melihat gelang merah jambu dipakainya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
GEORGETOWN: Seramai 42 individu ditahan polis kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika berhibur, meraikan sambutan hari jadi di sebuah inap desa dekat Batu Ferringhi di sini, malam tadi.
Mereka diperiksa dalam Op Pemantauan dan Pematuhan SOP PKPP oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dalam pemeriksaan selepas jam 10 malam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 34 lelaki dan lapan perempuan, yang berusia antara 20 hingga 40 tahun.
Katanya, pemeriksaan di rumah itu telah menemukan dadah jenis ketamin seberat 1.40 gram.
“Ujian saringan air kencing mendapati empat daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine, manakala 17 daripada mereka mempunyai rekod dadah dan jenayah lampau.
“MBPP turut mengeluarkan kompaun kepada pemilik rumah itu kerana menjalankan perniagaan inap desa tanpa lesen,” katanya di sini, hari ini.
Selain dikompaun mengikut Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, empat daripadanya membabitkan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan satu lagi Seksyen 12(3) akta yang sama.
Mengulas lanjut, Soffian berkata, operasi terbabit turut memeriksa 16 gerai pasar malam dan didapati kesemuanya mematuhi SOP yang ditetapkan.
Daripada enam premis perniagaan yang diperiksa, sebanyak empat daripadanya dikenakan kompaun oleh KKM kerana tidak patuh SOP kebersihan.
“MBPP turut mengeluarkan satu lagi kompaun terhadap pemilik rumah kerana menjalankan perniagaan inap desa tanpa lesen.
“Pemilik premis yang menjalankan aktiviti inap desa perlu mendapatkan kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta tidak menjadikan premis sewaan mereka sebagai tempat hiburan persendirian sehingga menyukarkan penjarakan sosial atau mengganggu ketenteraman penghuni lain,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KLANG: Polis menahan seorang lelaki tempatan disyaki terbabit dalam kes samun dan cabul seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga dalam kejadian di Jalan Tok Sidang, Kampung Delek Kanan, di sini Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, tangkapan susulan maklumat dan laporan dibuat pada hari kejadian.
“Pada 9 Oktober lalu, jam 10.30 pagi sepasukan polis menahan suspek berusia 25 tahun, yang tidak bekerja di kawasan Klang.
“Polis turut merampas satu topi keledar MHR dan sebuah motosikal jenis Demak Evo dipercayai digunakan dalam kejadian samun dan cabul itu.
“Siasatan mendapati, suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau membabitkan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 379A Kanun Keseksaan, Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 279 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39 (6) Akta Senjata 1960 ,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Shamsul Amar berkata, siasatan kemudian polis menahan seorang lelaki warga Bangladesh, berusia 44 tahun, dan merampas dua iPhone 6S hari sama.
“Lelaki Bangladesh terbabit mengaku membeli telefon daripada suspek. Kedua-dua mereka mengaku terbabit dalam kes itu.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK),” katanya.
Dalam kejadian jam 9 malam, 6 Oktober lalu, katanya, ketika pengadu yang juga rakan mangsa menunggang motosikal, mereka ditahan suspek yang memakai topi keledar bervisor gelap, menaiki motosikal dan mengaku sebagai polis.
“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku di tepi jalan, suspek meminta ditunjukkan lesen dan menyuruh pengadu menelefon emaknya kononnya mahu membawa pengadu ke balai.
“Sebaik sahaja pengadu dan mangsa mengeluarkan iPhone 6S, suspek terus merampas dan meraba buah dada mangsa sebelum melarikan diri,” katanya.
BH Online
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Seramai 13 pegawai kanan polis dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung sindiket perjudian dalam talian dan pengubahan wang haram.
Sumber SPRM berkata dua daripada mereka adalah ketua jabatan dan timbalan ketua jabatan di sebuah kontinjen polis negeri, masing-masing berpangkat Asisten Komisioner.
“Tiga lagi pegawai kanan ialah ketua polis daerah yang dua daripada mereka berpangkat Asisten Komisioner manakala seorang lagi berpangkat Superintendan.
“Selain itu, lapan lagi pegawai polis dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan,” katanya kepada Bernama hari ini.
Semalam, Bernama melaporkan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Zamri Yahya berkata pihaknya memulakan siasatan dalaman melibatkan pelbagai aspek terhadap semua pegawai dan anggota yang ditahan.
Semua pegawai dan anggota polis terbabit disyaki menyalah guna kuasa dengan melindungi sindiket itu serta menerima habuan dalam bentuk wang dan lain-lain.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!