BUNYI HENTAK CERUCUK ECRL GANGGU PENDUDUK?
BUNYI HENTAK CERUCUK ECRL GANGGU PENDUDUK: DAKWA GANGGU KETENTERAMAN, ALAMI TEKANAN PERASAAN
MARAN: Gangguan bunyi melampau mengakibatkan seorang warga emas 61 tahun terpaksa dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS),Temerloh kerana mengalami tekanan perasaan dan turut bimbang bayi berusia 18 bulan mengalami gangguan yang sama.
Wakil penduduk, Zakiah Abd Aziz, 39, berkata, projek pembinaan jambatan projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang sejauh kira-kira 10 meter dari rumah kediaman dan kilang menyebabkan penduduk mengalami pencemaran bunyi keterlaluan dan gangguan debu sejak sebulan lalu.
“Kami bukan menolak pembangunan projak ECRL, tetapi projek ini telah mengakibatkan pencemaran bunyi yang dasyat kepada tiga keluarga dan pekerja sebuah kilang di Kampung Bak-Bak, di sini.
“Pencemaran bunyi yang sangat dasat mengganggu terutama ketika kerja menanam cerucuk yang boleh didengari kira-kira satu kilometer, apa lagi kami yang hanya 10.1 meter jaraknya dari tapak projek,”katanya kepada media hari ini.
Katanya, kerja projek dilaksanakan mulai jam 6.30 pagi sehingga 10.30 malam malah kadang-kala melebihi had waktu yang mengganggu kehidupan harian mereka.
“Ibu saya, Zauyah Ahmad,61, terpaksa mendapat rawatan di HOSHAS kerana tidak tahan dengan pencemaran bunyi melampau, saya bimbang kesan bunyi itu boleh menjejaskan kesihatan ahli keluarga termuda yang berusia 18 bulan,”katanya.
Beliau yang juga seorang usahawan Bee Herbs telah mengadu hal ini kepada beberapa pihak tertentu khususnya ketua projek itu bagi mencari mekanisme mengatasi masalah pencemaran bunyi sehingga sekarang tetapi tiada sebarang tindakan dilakukan.
Menurutnya, pihak pemaju ada meletakkan mesin pengesan bunyi pagi semalam yang kononnya untuk mengetahui skala pencemaran bunyi ketika kerja-kerja dilakukan oleh pekerja.
“Data yang mereka dapat mungkin boleh dimanupulasikan, kami mahu mesin pengesan pencemaran bunyi itu dipasang dan sentiasa dihidupkan semasa kerja-kerja menanam cerucuk dilakukan.
“Berikutan masalah ini tiada kata sebarang tindakan susulan, oleh itu saya telah mengguna khidmat peguam untuk mewakili keluarga kami bagi mendapatkan ganti rugi dan faedah daripada pencemaran bunyi terlampau yang mengganggu emosi kami sepanjang hari,“ katanya.
Katanya, selain itu kilang Bee Herbs Production yang diusahakan dalam kawasan berdekatan terpaksa ditutup sejak sebulan lalu kerana pekerja terganggu dan tidak tahan dengan bunyi hentakan cerucuk itu.
Zakiah berkata, masalah yang mereka alami akan berterusan sehingga lebih tiga tahun sehingga projek itu siap dan kemudian mengalami gangguan bunyi tren pula setiap kali melalui kawasan itu.
“Kami bimbang bakal mengalami gangguan pendengaran akibat bunyi bising dalam tempoh begitu lama terutama membabitkan golongan kanak-kanak dan warga emas, komplikasi itu mungkin bersifat sementara atau kekal menjejaskan kesan deria pendengaran,”katanya.
Sementara itu Pengetua Maahad Tarbiah Darul Hijrah Al-Islamiah Kampung Sungai Ling, Azizah Khatib Mat berkata, projek ECRL yang melalui maahad itu turut menyebabkan kesan debu yang teruk kepada penghuninya.
Katanya, lori yang berulang alik mengambil pasir sungai berhampiran dengan maahad itu meninggalkan kesan debu kepada bangunan berdekatan sekali gus menjejaskan kesihatan penghuni seperti batuk, sakit tekak dan mata.
jefry
December 31, 2020 @ 10:53 am
mana kerajaan mahu dengar. yg penting rm percent masuk poket mereka. rm rm rm rm yg mereka fikirkan. bila kita komen mereka akan tangkap
AGONG ZAHIR KESEDIHAN TIMPA PELAJAR MALAYSIA - SAHIH
January 2, 2021 @ 5:05 pm
[…] BUNYI HENTAK CERUCUK ECRL GANGGU PENDUDUK? […]
PENDUDUK TAK TAHAN BUNYI MELAMPAU PROJEK ECRL - SAHIH
January 2, 2021 @ 9:26 pm
[…] BUNYI HENTAK CERUCUK ECRL GANGGU PENDUDUK? Sahih – Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi! ELAK SEBARANG AKTIVITI DIPERSISIR PANTAI SAYA BUKAN PONDAN POLITIK […]