Calon Pulau Tawar, Nazri Ngah berjaya membawa RM636 juta demi kesejahteraan rakyat
Penyandang dan calon Dewan Undangan Negeri (N11) Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah telah berjaya membawa peruntukan sebanyak RM 636 juta bagi pembangunan di daerah Jerantut.
Datuk Nazri Ngah (kanan sekali) bersama Tan Sri Rozali Ismail (2 dari kanan) dan Calon Parlimen Jerantut, Datuk Zukarmi Abu Bakar selepas Pelancaran Kelab Permotoran Strorm Rider Junior Peringkat Negeri Pahang di Felda Jengka 12 hari ini .
Beliau sebagai seorang exco kerajaan negeri sebelum ini tidak mengabaikan kebajikan dan kesejahteraan penduduk kawasan DUN Pulau Tawar dan Parlimen Jerantut.
Satu peruntukan dianggap projek mega ialah pembinaan menyambungkan jalan dari Kampung Mat Daling, Ulu Tembeling ke Kampung Pasir Raja, Dungun, Terengganu, dalam projek Fasa 3B melibatkan RM 402 juta.
Siapnya jalan tersebut, penduduk di kawasan Jerantut dan berdekatan mempunyai jalan alternatif ke Terengganu dalam masa yang singkat.
Selain merapatkan tali persaudaraan antara penduduk Kampung Gusai dan Mat Daling dengan penduduk kampung Raja, Dungun, jalan perhubungan itu dijangka meningkatkan ekonomi penduduk setempat untuk memasarkan hasil pertanian masing-masing.
Beliau turut berjaya memperolehi peruntukan projek penggantian paip dari Bukit Rang ke Bukit Nikmat sepanjang kira-kira 15 km dalam kawasan DUN Pulau Tawar sebanyak RM 15 juta bagi kesejahteraan penduduk di kawasan itu yang kerap terputus bekalan air kerana saluran paip lama sering bocor.
Projek naiktaraf Loji rawatan Air (LRA) Damak dalam kawasan DUN Damak sebanyak RM60 juta turut diperolehi dan memberi manfaat kepada penduduk kawasan Damak, Ulu Cheka dan sekitarnya.
Penduduk di kawasan DUN Tahan, khususnya pengguna laluan jalan ke Kampung Bantal Seberang ke kampung Gusai tidak terkecuali menerima limpahan sebanyak RM159 juta, pembinaan laluan itu akan merapatkan masyarakat setempat yang terpisah dengan sungai.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PAKS- Komitmen KPLB lonjak pembangunan dan penglibatan komuniti desa
PUTRAJAYA – 39 buah kampung dari dua kategori iaitu kampung tradisional dan Rumah Panjang serta tiga (3) buah kampung Orang Asli dipilih sebagai pemenang Pertandingan Aspirasi Kampung Sejahtera (PAKS) anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun (3 dari kiri).-Foto KPLB
Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun berkata, PAKS yang menawarkan nilai hadiah dan insentif hampir RM1 juta ini dilaksanakan oleh KPLB sebagai pengiktirafan kepada kampung yang berjaya menzahirkan Aspirasi Kampung Sejahtera.
“Aspirasi ini merangkumi sembilan kriteria iaitu infrastruktur lengkap, aktiviti ekonomi berimpak tinggi, modal insan berdaya maju dan tahap kesihatan yang baik, kebersihan dan keceriaan, keagamaan dan kerohanian, keselamatan, kepimpinan dan pentadbiran serta budaya inovasi.”
Katanya, objektif utama pertandingan adalah untuk menggerakkan komuniti kampung ke arah melahirkan masyarakat luar bandar yang proaktif dan berdaya saing menggunakan pendekatan ‘dari bawah ke atas’ atau bottom-up approach.
“Selain itu, pertandingan ini dilihat dapat mewujudkan pengurusan institusi pentadbiran peringkat kampung yang lebih cekap dan berkesan serta meningkatkan kualiti hidup bagi melahirkan masyarakat kampung yang berdaya saing, berinisiatif, berilmu, berdikari dan berdisiplin tinggi.
Lima (5) aspek utama yang dinilai dalam pertandingan ini adalah tadbir urus berkesan, inovasi dan aspirasi, ekonomi berdaya saing, modal insan, kesihatan dan persekitaran serta prasana serta kemudahan masyarakat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Aspirasi Kampung Sejahtera di sini, hari ini.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, Setiausaha Tetap KPLB Sabah, Datuk Norlijah Danin, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPLB, Datuk Che Murad Sayang Ramjan dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam Pembangunan Wilayah Kesejahteraan Rakyat Negeri Kelantan, Mohd Huzaimy Che Hussin.
Jelas Ramlan, pertandingan ini juga antara usaha berterusan KPLB menuju ke arah wawasan yang dirumuskan dalam Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) iaitu “Luar Bandar yang Sejahtera, Inklusif, Mampan dan Holistik” menjelang tahun 2030.
“Dengan kerjasama strategik kementerian dan agensi berkaitan, kerajaan negeri, badan bukan kerajaan, syarikat korporat dan pihak berkepentingan lain, kampung yang dinobatkan sebagai pemenang diharapkan dapat menjadi mentor kepada kampung yang lain selain menjadi pemangkin semangat untuk sama-sama bergerak aktif dalam pembangunan sosio-ekonomi luar bandar.
“Setiap kampung pemenang akan menerima hadiah wang tunai mengikut kategori masing-masing yang boleh digunakan bagi pembangunan sosio-ekonomi kampung. Johan PAKS akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000, manakala Naib Johan menerima RM 20,000 dan RM10,000 bagi kampung yang meraih tempat ketiga,” katanya.
Kategori Khas Aspirasi turut dipertandingkan bagi mengiktiraf kampung yang berjaya menzahirkan aspirasi kampung sejahtera terbaik selari dengan Dasar Pembangunan Luar Bandar ke arah melahirkan masyarakat luar bandar yang sejahtera dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk sosial, ekonomi, budaya dan persekitaran.
Johan bagi kategori ini membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5,000, Naib Johan RM3,000 manakala tempat ketiga RM2,000.
Selain itu, pertandingan ini turut memberi pengiktirafan kepada Penggerak Terbaik dalam kalangan pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Lembaga Kemajuan Wilayah di atas komitmen yang ditunjukkan dalam membimbing kampung.
Seramai 14 pemenang bagi kategori ini menerima hadiah wang tunai berjumlah RM500 setiap seorang.
Secara keseluruhan, sebanyak 121 buah kampung termasuk 14 buah kampung Orang Asli menyertai pertandingan ini dengan RM1,000 diberikan sebagai insentif penyertaan kepada setiap kampung yang bertanding.
Untuk rekod, berdasarkan data sumber PlanMalaysia dan KPLB, ketika ini Malaysia mempunyai 28,303 kampung meliputi 19,447 kampung di Semenanjung Malaysia, 5,976 kampung di Sarawak, 2,853 kampung di Sabah dan 27 kampung di Labuan.
Daripada jumlah ini, 15,434 kampung adalah di bawah tadbir urus institusi pentadbiran Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Desa Lestari : Pahang Terima Peruntukan RM 15.5juta
LIPIS – Kementerian Pembangunan Luar Bandar, KPLB telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM15.5 juta bagi memanfaatkan 15 buah kampung di Pahang.
Dana ini bagi membolehkan projek daripada enam sektor ekonomi utama iaitu perkhidmatan, pelancongan, pertanian, penternakan, pembuatan dan peruncitan dilaksanakan dengan efisien.
Timbalan Menteri 1, Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata peruntukan di bawah Projek Desa Lestari itu sekaligus memberi manfaat kepada seramai 4,500 orang komuniti setempat dalam penyediaan peluang pekerjaan.
Manakala seramai 1,180 orang komuniti kampung termasuk Ketua Isi Rumah (KIR) menganggotai koperasi yang mampu memberikan pulangan dalam bentuk dividen kepada ahli-ahlinya.
“Dari sudut pencapaian pula sejumlah RM 9.5 juta telah berjaya dijana oleh 15 buah kampung terbabit, Kampung Sri Makmur, Pekan, Pahang antara kampung yang meraih pendapatan tertinggi sebanyak RM 3.7 juta sejak 2015 sehingga 2021 dengan purata pendapatan setahun adalah sebanyak RM 528,000”
Tambahnya, Pahang adalah negeri kedua tertinggi menerima peruntukan di bawah Program Desa Lestari dalam usaha kerajaan merapatkan juang sosio ekonomi antara bandar dan luar bandar.
Beliau berkata demikian ketika berucap dan merasmikan Program Cakna Komuniti di sini pada hari ini
Tambah beliau, kerajaan amat berbangga dengan pencapaian yang diperolehi oleh setiap kampung di bawah program Desa Lestari ini sekaligus membuktikan bahawa KPLB senantiasa menyalurkan peruntukan yang diterima dalam belanjawan setiap tahun untuk peningkatan sosio-ekonomi masyarakat luar bandar.
“Selain ekonomi, tumpuan utama KPLB adalah merapatkan jurang digital di luar bandar. Bagaimanapun, ia tidak mudah dilakukan segera memandangkan topografi luar bandar yang pelbagai selain terdapat halangan dan cabaran lain seperti akses ke kawasan luar bandar dan prasarana yang kurang sempurna seperti bandar.
Sehubungan itu, koperasi yang telah menyertai program desa lestari berpeluang mendigitalkan perniagaan dan memasarkan produk secara dalam talian melalui Program Desamall@KPLB dengan kerjasama platform terkemuka seperti Shopee, Lazada dan sebagainya.
KPLB sedang berbincang dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOM) serta agensinya iaitu Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dalam memastikan Projek Jendela di bawah K-KKOM dapat diperluaskan ke kawasan luar bandar. Ini adalah bagi memastikan capaian internet diperluaskan agar hasrat mendigitalkan usahawan luar bandar dapat direalisasikan.
Abdul Rahman turut menjelaskan, KPLB juga telah melengkapkan 191 buah Pusat Komuniti Desa dengan akses internet yang pantas bagi kegunaan masyarakat luar bandar dalam pelbagai urusan sekaligus mampu menjimatkan masa dan tenaga untuk menyelesaikan urusan secara konvensional.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LIPIS – Seorang pemandu lori treler maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 25 , Jalan Kampung Budu ke Kampung Tualang Padang berdekatan Benta di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi hari ini, Chu Chuan Shuang yang berusia 35 tahun beralamat Kampung Sri Parit Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan akibat mengalami kecederaan di bahagian kepala dan muka.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, ketika kemalangan itu, lori treler jenis Hino bernombor NBW 5188 dipandu oleh seorang lelaki Cina dipercayai dalam perjalanan dari negeri Selangor menuju ke Gua Musang, Kelantan untuk menghantar minyak ke lombong kuari.
“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa berkenaan dipercayai memandu menuruni bukit dan tiba-tiba lori treler tersebut hilang kawalan dan terbalik ke sebelah kanan jalan menghala ke arah Kampung Budu, Benta.
“Akibat kemalangan tersebut, sebahagian badan mangsa telah tersepit di bahagian pintu tempat duduk pemandu dan disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Hospital Lipis,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Azli, hasil siasatan polis mendapati punca kemalangan disebabkan oleh kecuaian pemandu sendiri yang gagal mengawal kenderaan sehingga kenderaan yang dipandunya telah hilang kawalan dan terbabas sendiri.
Anggota bomba memeriksa lori treler yang terbalik menyebabkan pemandu tersepit dan maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 25, Jalan Kampung Budu ke Kampung Tualang, dekat Benta, Lipis, Pahang hari ini. – FOTO /IHSAN IPD LIPIS
“Bedah siasat akan dijalankan selepas menjalani ujian Covid-19 dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Azli berkata, lori treler berkenaan mengalami kerosakan pada bahagian bumper depan pecah dan pintu bahagian duduk pemandu kemek.
Katanya, kemalangan berlaku di kawasan jalan selekoh, keadaan jalan berturap, sistem jalan satu lorong dua hala, garisan tengah berkembar dan menuruni bukit, manakala cuaca semasa kejadian cerah dan tidak hujan.
“Saya meminta semua pengguna jalan raya khususnya kenderaan berat supaya berhati-hati ketika melalui Jalan Negeri yang sempit dan berbukit termasuk kenderaan masing-masing perlu diselenggara dengan baik dan sempurna,” ujarnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari (N34) walaupun dianggap kerusi ‘heavy weight’ kerana disandang DAP sejak dua penggal lalu, namun BN yakin ruang untuk memberi saingan kepada calon parti lain tetap ada.
Calon BN kawasan itu, Datuk Amizar Abu Adam berkata, peluang yang terbuka untuk kerusi Ketari dalam pilihan raya kali ini, jadi sudah sampai masa untuk BN mengambil semula daripada DAP.
“Mereka (DAP) juga meletakkan calon dari luar Pahang di situ dan saya fikir pengundi boleh menilai (tindakan) dibuat DAP dalam pemilihan calon.
“Bagi saya, keputusan memilih calon luar secara tidak langsung menggambarkan seolah-olah parti itu menjadikan Ketari sebagai tempat ‘persinggahan’ saja,” katanya ketika ditemui di Kuantan.
Sebelum ini, kerusi DUN Ketari disandang Ketua Angkatan Muda Pakatan Harapan (PH), Young Syefura Othman.
Dia memenangi kerusi itu pada PRU13 dan PRU14 sebelum dicalonkan untuk kerusi parlimen Bentong dalam PRU15.
Dalam PRU14, Young Syefura memenangi kerusi DUN Ketari dengan jumlah majoriti 3,710, menewaskan calon daripada PAS dan BN.
Untuk PRU15, DAP meletakkan ahli jawatankuasa pusat parti itu, Thomas Su bagi mempertahankan kerusi berkenaan.
Ditanya mengenai jumlah terkini pengundi di kawasan itu pula, Amizar berkata, terdapat kira-kira 6,000 pengundi baru, termasuk mereka berusia 18 tahun.
“Pengundi baru berjumlah hampir 25,000 orang, pertambahan sekitar 19,000 pengundi, pengundi baru inilah yang sangat penting dalam menentukan kemenangan calon yang bertanding.
“Suasana dan sentimen untuk PRU15 dan PRU14 berbeza, jadi saya nampak BN mempunyai peluang untuk memberikan cabaran,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
RAUB : Seramai 83 orang dari 22 buah keluarga di Raub dan Lipis dipindahkan ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di kedua buah daerah itu selepas kediaman mereka dilanda banjir akibat hujan lebat.
Kejadian tersebut menyebabkan 14 kediaman di Kampung Batu Talam, Kampung Ulu Atok dan Kampung Jenud terjejas selepas limpahan air Sungai Batu Malim dan Sungai Semantan, di Raub, manakala 19 mangsa dari lapan buah keluarga di Kampung Lubuk Kulit, Lipis dipindahkan ke PPS yang dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Kulit.
Di Raub, Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah, Kapten (PA) Samasuddin Kambade berkata, seramai 19 orang mangsa daripada empat buah keluarga ditempatkan di PPS Balai Raya Batu Talam yang dibuka pada pukul 2 pagi.
“PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Atok yang dibuka pada pukul 4 pagi menempatkan seramai 45 orang mangsa dari 10 keluarga.
“Penduduk berkenaan diarahkan berpindah ke PPS tersebut berikutan kediaman mereka dimasuki air yang boleh menjejaskan keselamatan mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ujarnya, selain Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM), agensi lain turut membantu, iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
Sementara di Lipis, hujan lebat berterusan lebih tiga jam menyebabkan sekitar kawasan Mukim Telang dekat sini dilanda banjir kilat mulai pukul 1 pagi hari ini.
Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah, Kapten (PA) Mohd Nor Azhar Yusof berkata, akibat kejadian itu seramai 19 orang mangsa dari lapan keluarga di Kampung Lubuk Kulit dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Kulit.
“Mangsa terdiri daripada empat orang lelaki dewasa, wanita (4 orang), kanak-kanak lelaki (3 orang), kanak-kanak perempuan (3 orang) dan warga emas (6 orang).
“Banjir kilat di mukim tersebut dipercayai berpunca daripada hujan lebat tanpa henti sejak beberapa hari pada sebelah petang dan malam menyebabkan limpahan air Sungai Telang dan anak-anak sungai di kawasan Kampung Lubuk Kulit,” katanya dalam satu kenyataan di Lipis hari ini.
Menurut Mohd Nor Azhar, pihak APAM bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) turut membuat pemantauan di kawasan banjir serta melakukan pemantauan paras air di lokasi kejadian.
Ujarnya, walau bagaimanapun tiada berlaku kecederaan dan kemalangan yang dilaporkan setakat ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pada 03/11/2022 jam lebih kurang 0925 hrs EO BSPTD Lipis telah menerima maklumat, satu kemalangan maut melibatkan M/trailer terbabas sendiri di Tuala Padang ,1 mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian. IO,AIO dan jurugambar menghala ke tempat kejadian.
Laporan penuh akan menyusul.
I.O : Insp Azhar B Mat BSPTD Lipis
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG : Seorang lelaki warganegara tempatan berusia 30 tahun maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 69.7 Lebuh Raya Karak (hala ke Kuantan) dekat sini hari ini.
Dalam kejadian pada 2 November 2022, pukul 12.30 tengah hari, mangsa yang berjalan kaki telah dilanggar oleh sebuah lori tangki yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia 58 tahun.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, hasil sisatan polis mendapati lori tangki tersebut dari arah Raub dalam perjalanan ke Bahau, Negeri Sembilan.
“Setiba di tempat kejadian, seorang lelaki warganegara tempatan dipercayai tiba-tiba berjalan kaki di tengah jalan lalu dilanggar oleh lori tangki yang bergerak di lorong kiri jalan.
“Akibat kemalangan tersebut, mangsa yang tidak mempunyai pengenalan diri telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan akibat kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Zaiham, kes kemalangan itu akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Lori tangki yang melanggar seorang lelaki berusia 30 sehingga maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 69.7 Lebuh Raya Karak (hala ke Kuantan) berdekatan Bentong hari ini. – FOTO/IHSAN IPD BENTONG
Selanjutnya, beliau memohon kerjasama orang ramai yang melihat kejadian tersebut tampil membantu siasatan polis serta meminta sesiapa yang kehilangan ahli keluarga atau kenalan boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Gibil Rasiah menerusi talian 013- 8626806.
“Saya dan warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong mengucapkan salam takziah buat keluarga mangsa,” ujarnya.
Anggota perubatan Hospital Bentong berdekatan dengan mayat mangsa yang terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 69.7 Lebuh Raya Karak (hala ke Kuantan) berdekatan Bentong hari ini. – FOTO /IHSAN IPD BENTONG
Lori tangi yang melanggar seorang lelaki berusia 30 sehingga maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 69.7 Lebuh Raya Karak (hala ke Kuantan) berdekatan Bentong hari ini.
Anggota perubatan Hospital Bentong berdekatan dengan mayat mangsa yang terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 69.7 Lebuh Raya Karak (hala ke Kuantan) berdekatan Bentong hari ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
VIENNA, Ibu negara Austria dan salah satu dari sembilan negeri-negeri Austria dan mempunyai penduduk kira-kira sekitar 1.7 juta adalah pusat kebudayaan, ekonomian dan politik.
Vienna terletak di timur Austria dan dekat dengan sempadan Republik Czech, Slovakia dan Hungary. Pada 2001, pusat bandar raya ini telah diwartakan sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia Unesco dan dari segi kualiti hidup.
Selain itu ia turut dikenali sebagai Bandar Muzik kerana legasi muzikalnya, Vienna juga dikatakan sebagai “Bandar Impian” kerana ia merupakan tempat halaman kepada penganalisis psiko pertama dunia, Sigmund Freud.
Bandar Vienna menjadi tarikan pelancong dengan senibina bangunan yang indah.
Bandar ini pada asalnya didiami oleh puak Celt dan Roman sebelum ia bertukar menjadi kota Zaman Pertengahan dan Baroque serta menjadi ibu negara Empayar Austria-Hungary.
Ia menjadi terkenal kerana telah memainkan peranan penting sebagai pusat muzik terkemuka Eropah. Pusat bersejarah Vienna kaya dengan senibina menarik termasuk istana-istana Baroque dan taman-taman.
Muzik merupakan salah satu legasi di Vienna dan ramai tokoh muzik ternama termasuklah Wolfgang Amadeus Mozart, Joseph Haydn, Ludwig van Beethoven, Franz Schubert, Johannes Brahms, Gustav Mahler, Robert Stolz dan Arnold Schoenberg bekerja di sini.
Seorang tokoh muzik, Ludwig van Beethoven mengatakan beliau amat menyukai Vienna sehinggakan beliau ingin mati dan disemadikan di Vienna.
Seni dan budaya antara tradisi lama di Vienna termasuklah teater, opera, muzik klasik dan seni. Burgtheater merupakan salah satu tempat teater terbaik di dunia Jerman bersama Akademietheater. Volkstheater Wein dan Theater in der Josefstadt juga menikmati reputasi terbaik.
Vienna juga merupakan tempat kepada beberapa rumah opera termasuk Theater an der Wein, , Staatsoper, dan Volksoper. Konsert klasik dipersembahkan seperti Wiener Musikverein. Orkestranya pula dikenali serata dunia dengan konsert setahun sekali iaitu “Konsert Hari Tahun Baru”, dan juga Wiener Konzerthaus.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Datuk Seri Saifuddin Abdullah menghadiri Majlis Sambutan Hari Deepavali Perikatan Nasional peringkat negeri di sini hari ini.
BENTONG – Perikatan Nasional (PN) sudah ada calon Menteri Besar Pahang sekiranya dapat menawan negeri ini dalam Pilihan Raya Umum Ke15 (PRU15).
Datuk Seri Saifuddin Abdullah
Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menjelaskan calon yang dicadangkan itu mendapat persetujuan tiga parti gabungan dan akan diumumkan sebelum atau selepas PRU15 mengikut masa yang bersesuaian.
“PN sudah ada calon MB di kalangan tokoh kami, bagaimanapun, saya akan memaklumkan pada masa calon berkenaan pada masa yang bersesuaian, tetapi kami yakin perkara ini akan direalisasikan setelah PN memenangi PRU15 ini.
“Pakatan dan kerjasama untuk melantik calon MB termasuk pembahagian semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan dipertandingkan nanti dalam keadaan yang mesra dan masing-masing bersepakat dan bertekad untuk menawan negeri ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Deepavali Perikatan Nasional peringkat negeri di sini hari ini.
Katanya, PN sudah pun selesai pembahagian kerusi untuk calon yang bertanding pada PRU15, iaitu 14 Parlimen dan 42 DUN dan bagaimanapun bergantung kepada persetujuan pihak PN Pusat.
“Calon yang kita putuskan untuk bertanding di Pahang mempunyai kreadibiliti serta berkemampuan untuk mendekati pengundi seterusnya dapat memenangi kawasan berkenaan.
“Kita sudah bersiap siaga membuka semua pusat operasi untuk berkempen di setiap Parlimen dan DUN serta strategi bagi menggempur kubu Barisan Nasional selepas mengumumkan calon nanti,” katanya. – SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!