Tenaga pengajar ditipu RM23,514.70 tawaran kad Touch n Go
KUANTAN – Seorang tenaga pengajar vokasional terpedaya dengan iklan penjualan kad TNG NFC murah melalui laman sosial Facebook, semalam.
Mangsa berusia 55 tahun, berurusan dengan suspek kononnya menyamar sebagai ejen jualan kad tersebut.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kejadian penipuan melalui atas talian atau internet semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
Katanya, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Pahang telah menerima laporan polis dari daerah Jerantut berkenaan seorang mangsa telah mengalami kerugian sebanyak RM 23,514.70 kerana mempercayai tawaran TNG NFC Card murah pada 4 Januari 2023.
“Mangsa telah berminat dengan tawaran ‘Family Package’ iaitu empat keping kad TNG NFC bernilai RM32.00 dan telah menekan pautan yang diberikan melalui aplikasi WhatsApp.
“Mangsa telah mengisi maklumat akaun bank seperti username dan password untuk memproses pembayaran tetapi tidak berjaya. Kemudian mangsa mendapati wang dalam akaun telah lesap tanpa pengetahuannya, “katanya katanya melalui kenyatan media, hari ini.
Katanya, orang ramai diingatkan berhati-hati jangan mendedahkan sebarang butir-butir perbankan peribadi kepada pihak ketiga ataupun ke dalam sebarang aplikasi daripada pautan (link) yang meragukan.
“Saya nasihatkan orang ramai supaya tidak muat turun aplikasi yang tidak berkaitan serta jangan dedahkan butiran perbankan kepada pihak ketiga ataupun di dalam sebarang aplikasi daripada pautan yang mencurigakan,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN : Terlalu ghairah untuk mendapat pekerjaan, seorang pelajar politeknik berusia 19 tahun terperdaya dengan satu tawaran kerja sambilan ‘online’ sehingga mengalami kerugian sebanyak RM 57,488.00, pada 19 Disember 2022 lalu.
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Pahang telah menerima laporan polis berkaitan mangsa tersebut yang terperdaya dengan tawaran kerja sambilan secara atas talian (online) itu.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mangsa itu menyertai iklan mencari kerja di laman media sosial ‘Instagram’ di mana mangsa dikehendaki melabur modal terlebih dahulu dan mangsa dijanjikan menerima pulangan wang hasil dari pelaburan tersebut.
“Mangsa telah berurusan melalui aplikasi WhatsApp danTelegram dalam melaksanakan tugasan yang diberikan oleh suspek penipuan itu sehingga membuat lima kali transaksi pindahan wang ke lima akaun bank yang berlainan.
“Wang tersebut diperlukan kononnya bertujuan melabur dalam satu syarikat pelaburan yang tidak wujud,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.
Ramli berkata, mangsa telah menggunakan wang simpanan sendiri, meminjam daripada rakan dan menggunakan wang persaraan ayahnya yang merupakan seorang pesara guru.
“Dinasihat serta menegaskan agar masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan tawaran pekerjaan melalui laman media sosial tanpa usul periksa yang jelas.
“Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun yang diterima dipautan http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BANDAR PUSAT JENGKA : Tiga buah kedai yang terletak di No.3. Jalan Jengka 13, Bandar Pusat Jengka terbakar sepenuhnya dalam kejadian tersebut pada jam 5.00 pagi, hari ini.
Namun, kebakaran kedai separuh kekal berukuran 6 meter lebar dan panjang 12 meter itu tidak melibatkan kemalangan jiwa.
Anggota BBP melakukan operasi pemadaman.-Foto BBP Pahang.
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Jengka dengan 9 anggota bergegas ke tempat kejadian dan turut dibantu oleh 9 anggota BBP Temerloh dan 7 anggota BPP Kuala Krau.
Pegawai Operasi, Nor Dzaini Md Zin melaporkan, pasukan bomba melakukan operasi pemadaman dengan menggunakan 2 aliran hos sepanjang 60 meter, 3 nozle dan 2 aliran hos salur bantu mula air tangki pam jentera bomba.
Katanya, BBP turut menggunakan 4 jentera dalam operasi tersebut. Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Mohon laluan ke Kampung Gemunchur dinaiktaraf demi kemudahan penduduk
LIPIS – Penduduk Kampung Gemunchur mahu laluan ke kampung itu yang sering ditenggelami air sepanjang 150 meter setiap kali berlaku hujan lebat menyukarkan penduduk untuk berurusan seharian ke Kampung Mela atau ke bandar Lipis dan Jerantut.
Penduduk termasuk pengusaha ternakan dan pekerja ladang memohon kerajaan menaiktaraf laluan itu dengan segera yang ditenggelami air sedalam tiga meter ketika musim tengkujuh.
Penduduk Kampung Gemuncur, Roslan Idris, 60, berkata, laluan berkenaan amat rendah dan mudah ditenggelami air Sungai Bunuh ketika musim tengkujuh yang melimpah yang datang daripada sebatang anak Sungai Jelai, iaitu Sungai Bunuh ketika hujan lebat selama beberapa hari ini.
“Penduduk sering merungut kerana sejak seminggu lalu laluan berkenaan ditenggelami air yang melimpah dan lebih membimbangkan penduduk, terdapat lubang besar di laluan berkenaan berikutan sebuah pembetung telah pecah akibat banjir dan tidak boleh dilalui kenderaan selepas air surut nanti.
“Itu adalah laluan utama penduduk di sini untuk membeli barangan dapur di kedai runcit di Kampung Mela dan terpaksa menggunakan bot gentian kaca untuk melalui kawasan itu dan kemudiannya menyeberangi Jambatan Gemuncur sebelum menaiki kenderaan,” katanya.
Katanya, sejak hujan berterusan kebelakangan ini, paras air Sungai Jelai yang naik menyebabkan air Sungai Bunuh turut naik sehingga laluan ini tenggelam dan tidak dapat dilalui kenderaan.
Seorang warga emas, Idris Bakar, 70, berkata, dia serta penduduk berharap kerajaan lebih cepat menaiktaraf kemudahan di situ sekurang-kurangnya paras laluan ditinggikan untuk mengelakkan limpahan air anak sungai.
“Penduduk di sini sudah biasa dengan keadaan ini, tetapi kita tidak mahu lagi berdepan kesukaran ini sambil berharap pihak berwajib menaiktaraf laluan ini.
“Ketika berlaku banjir dan terputus laluan berlaku, kami sukar keluar untuk keluar ke bandar kerana tidak boleh dilalui kenderaan sekiranya terdesak terpaksa menggunakan bot gentian kaca melalui kawasan yang ditenggelami air,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Seorang murid melakukan cubaan balingan bola boling.
Main boling di kaki lima sekolah cetus semangat murid SKMR, Segamat
SEGAMAT – Pemainan boling menjadi inspirasi cetusan membakar semangat bagi murid Tahun Satu hingga Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Melayu Raya (SKMR), Segamat, untuk memburu kecemerlangan dalam kurikulum.
Mohd Ali turut menunjukkan cara yang betul membuat balingan bola boling kepada murid.
Guru Besarnya, Mohd Ali Hadoon, berkata inspirasi itu yang sudah dilaksanakan sejak sebulan lalu selepas mesyuarat khas dengan guru mendapati sukan boling lebih diminati murid-murid untuk dipelajari selain berasa seronok apabila dapat bersaing dengan rakan.
Menurutnya, bagaimanapun untuk bermain boling khusus pada waktu rehat mereka mesti mencapai kecemerlangan dalam kurikulum bagi satu-satu subjek dan tidak kecuali menunjukkan aktif dalam pembabitan aktiviti kokurikulum.
Jelasnya, sebagai contoh bagi program panitia matematik, murid yang ingin bermain boling perlu menghafal sifir 7 hingga 12 dengan sempurna baru dapat peluang menyentuh boling dan beraksi untuk bersaing dengan rakan dengan diawasi serta dibimbing guru panitia berkenaan.
Beliau berkata, begitulah juga murid yang mencapai TP5 dalam subjek pelajaran yang dipelajari akan diberi peluang guru terbabit untuk bermain boling.
Katanya, semua murid yang cemerlang dan terpilih bermain boling hanya pada waktu rehat sahaja yang mengambil masa antara tiga dan lima minit yang dimainkan di tepi kaki lima dewan dan terbaharu beralih ke kaki lima depan makmal sekolah .
Mohd Ali Hadoon (belakang kiri) bersama-sama murid yang cemerlang dan berpeluang bermain boling pada waktu rehat dengan dibimbing guru subjek terbabit.
“Inspirasi ini ternyata berjaya memupuk budaya dan memotivasikan murid untuk rajin mentalaah serta mengulang kaji pelajaran selain bersaing dalam kelas dengan rakan untuk menjadi yang terbaik supaya dapat bermain boling.
“Cetusan idea ini juga turut menjadi pendorong kepada mereka untuk rajin hadir ke sekolah setiap hari selain mendapat pujian serta sokongan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKMR yang turut menganggap langkah berkenaan menceriakan suasana setiap pagi,” katanya.
Mohd Ali berkata, kejayaan inspirasi itu juga adalah hasil jalinan usaha sama antara SKMR dengan pengusaha pusat boling daerah berkenaan yang diketuai pengurusnya, Roslan Md Isa apabila bersedia membekalkan pin dan bola boling terpakai secara percuma.
Menurutnya, SKMR berasa terhutang budi dan berbangga dengan kesudian Roslan memberi kerjasama sebagai tanda keprihatinan beliau untuk membantu pihak sekolah menyuntik kecemerlangan pendidikan murid di kawasan pedalaman.
Beliau berkata, Unit Kokurikulum SKMR turut mengambil langkah yang sama apabila menetapkan murid mempunyai rekod terbanyak sijil penglibatan dalam aktiviti kokurikulum.
“Usaha yang dilakukan oleh guru terbabit terbukti berjaya memotivasikan murid untuk tekun dalam pelajaran selain bersemangat bersaing dengan rakan serta hadir ke sekolah setiap hari.
“Boling juga menunjukkan sukan yang digemari ramai termasuk dalam kalangan murid sekolah rendah malah mereka berasa teruja apabila dapat bermain secara percuma bersama rakan-rakan selepas belajar dalam kelas,”katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN – Pakatan Harapan (PH) Pahang telah bermesyuarat hari ini telah mencapai persetujuan sebulat suara untuk memberi sokongan secara rasmi untuk membentuk kerajaan Pahang bersama dengan Barisan Nasional (BN).
Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Pengerusi PH Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari, PH yang mempunyai 8 kerusi bergabung dengan BN yang memenangi 16 kerusi dan membentuk kerajaan negeri dan telah mendapat majoriti mudah.
“Kami berharap kerajaan Negeri Pahang yang baru pasca PRU15 dapat dibentuk demi menjamin pentadbiran kerajaan negeri berjalan dengan lancar untuk kepentingan rakyat,” katanya melalui kenyataan petang ini.
Sebelum ini, Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah menyatakan bersetuju untuk kerjasama dengan BN Pahang, tetapi perlu menunggu keputusan rasmi daripada pimpinan (PH) pusat.
Pada PRU-15, BN memperoleh 16 kerusi manakala PH memperoleh lapan kerusi dengan enam daripadanya datang dari DAP, manakala Perikatan Nasional (PN) mendapat 17 kerusi.
Gabungan dua parti terbabit diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri kerana selepas keputusan PRU-15, menyaksikan tiada parti yang memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri.
Namun, proses pengundian bagi DUN Tioman hanya akan diadakan pada 7 Disember ini ekoran kematian calon PN di situ Md Yunus Ramli, 61, pada 3.30 pagi pada hari pengundian PRU-15.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Ketua Peneroka Felda Jengka 24, berterima kasih kepada semua jentera parti Barisan Nasional di Pusat Daerah mengundi (PDM) di Felda itu yang telah bertungkus lumus menjalan kerja dengan baik dan ikhlas.
Ketua peneroka itu, Razak Daud berkata, terima kasih sokongan dan bertungkus lumus kerja siang dan malam dan rezeki tidak memihak kepada BN pada Pilihan raya Umum (PRU) ke-15 yang baru selesai diadakan pada 19 November.
Salah seorang jentera parti di Felda Jengka 24
“Kita reda dengan kententuan Allah, ada hikmah yang kita tidak tahu di sebalik kekalahan ini tanpa menyalahkan orang lain.
“Walaupun kalah, kita perlu menyusun semula kekuatan parti untuk masa-masa akan datang, walaupun terasa amat pahit dan sangat sedih dengan kekalahan ini,” katanya.
Katanya, semoga perlu tabah kerana telah bertungkus lumus menjalan kerja dalam kempen, hanya Allah jua yang membalas jasabaik semua.
“Saya dan jawatankuasa PDM memohon maaf sekiranya terdapat silap dan salah dalam tempoh berkempen tersebut,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Datuk Nazri (kiri), Datuk Zukarmi (2 dari kiri), Fasal Jamlus (2 dari kanan) dan Faezah Ishak (kanan sekali)
JERANTUT – Selamat pulang ke Jerantut dan terima kasih kerana menunaikan tanggungjawab untuk mengundi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 kali ini.
Ketua Umno Bahagian Jerantut dan juga Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah berharap kepada pengundi yang pulang ke kampung halaman (Jerantut) dan kepada pengundi muda buatlah pilihan yang terbaik untuk Barisan Nasional (BN) menerajui kembali pentadbiran negara dan negeri.
“Kepada pengundi DUN Damak, pilihlah calon BN, Fasal Jamlus, anak muda tempatan dari Damak yang pastinya boleh memberi perkhidmatan terbaik kepada semua.
Calon Parlimen Jerantut, Datuk Zukarmi Abu Bakar (kiri). Calon DUN Tahan, Faezah Ishak dan Calon DUN Damak, Fasal Jamlus (kanan)
“Begitu juga calon wanita muda DUN Tahan, Faezah Ishak, anak watan Felda Sungai Retang yang tahu keadaan tempatan dan memberi nilai tambah untuk berkhidmat lebih berkesan di kawasan DUNnya,” katanya.
Katanya, Calon Parlimen Jerantut (P081), Datuk Zukarmi Abu Bakar pula adalah anak Jerantut dan boleh memberi perkhidmatan yang terbaik serta mudah dihubungi kerana sentiasa ada di daerah ini.
“Zukarmi seperti penyandang dua penggal sebelum ini, Datuk Ahmad Nazlan, sangat disenangi oleh penduduk dalam parlimen ini kerana mudah ditemui.
“Oleh itu, pilihlah Datuk Zukarmi untuk meneruskan legasi ahli parlimen tempatan buat penggal ketiga,” katanya.
Katanya, selepas menunaikan pembuangan undi, selamat pulang ke tempat bertugas masing-masing dengan selamat.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pastikan BN/ Umno teraju negara demi kemakmuran dan kesejahteraan
JERANTUT – Veteran Umno Jerantut tidak berganjak untuk menyokong Calon Barisan Nasional (BN) di ketiga-tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar, Damak dan Tahan termasuk Parlimen Jerantut.
Salah seorang veteran Umno, Norzari Yahya berkata, berkat kekuatan Umno dan BN selama memerintah sebelum ini, telah menunjukkan satu perkembangan pentadbiran yang kukuh dan tersusun.
“Kestabilan politik tanah air yang ditunjangi Umno memainkan peranan yang sangat besar dalam menentukan halatuju negara dan meletakkan negara di landasan yang betul.
“Perjalanan itu terencat ketika berlaku PRU pada tahun 2018 dan hikmah itu menunjukkan pentadbiran BN/Umno yang terbaik,” katanya.
Beliau berkata semasa Majlis ‘Hi-Tea’ bersama Veteran Umno di Pulau Tawar yang turut dihadiri Calon DUN Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah.
Katanya, sebagai pemilih yang bijak jangan tolak calon BN/Umno di PRU ke-15 ini demi kemakmuran dan kesejahteraan negara dan rakyat.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Datuk Nazri (kanan sekali) di majlis ramah mesra di Jengka 12, semalam.
JERANTUT – Calon DUN Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah melawat kerja-kerja Pembinaan Rumah Rakyat Pahang (RRP) kepada Keluarga mangsa rumah terbakar di Felda Jengka 9, semalam.
Datuk Nazri melawat rumah mangsa terbakar di Felda Jengka 9.
Pengerusi Sosial Felda Wilayah Jengka, Razak Daud berkata, keprihatinan penyandang DUN Pulau tawar memang ditagih oleh penduduk di kawasan ini.
“Beliau kerap mengunjungi penduduk dalam kawasan DUN sekiranya dimaklumkan berkaitan kejadian rumah terbakar, banjir malah berlaku kematian.
“Tokoh sebegini wajar dipilih demi kesejahteraan dan kebajikan penduduk dan pengundi di sini,” katanya.
Katanya, sejak beliau (Nazri) menyandang Dun Pulau tawar pada 2018, beliau tidak pernah alfa dengan tanggunjawabnya terhadap rakyat dan kepercayaan turut diberi oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dengan melantiknya sebagai Exco.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!