Foto atas : Lori jenis Volvo pemilik sebuah syarikat di Temerloh mengalami kerosakan seluruh bahagian kepala, dan gandar hadapan lori itu tercabut dalam kemalangan itu.
Pemandu lori balak warga Myanmar maut dalam kemalangan
LIPIS: Pemandu lori balak warga Myanmar maut dalam kemalangan yang berlaku di kawasan pembalakan Hutan Simpan Jelai, Sungai Koyan, dekat sini pada jam 4.00 petang pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor berkata, mangsa yang dikenali sebagai Along, berusia 40-an, pemengang kad UNHCR yang belum dikenalpasti dipercayai gagal mengendalikan lori dengan muatan balak ketika melalui satu selekoh serta menurun bukit.
“Kegagalan pemandu itu mengawal kenderaannya menyebabkan lori itu terbabas ke arah kanan jalan dan terjunam ke bawah gaung pada ketinggian kira-kira 20 meter.
“Akibat kemalangan itu, mangsa telah tersepit di bahagian pintu hadapan sebelah pemandu dan mengalami cedera parah pada bahagian kaki kanan dan lain-lain kecederaan menyebabkan telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.
Azli berkata, hasil siasatan awal mendapati punca kemalangan adalah dari kecuaian pemandu itu mengawal kenderaan.
“Lori jenis Volvo pemilik sebuah syarikat di Temerloh mengalami kerosakan seluruh bahagian kepala, dan gandar hadapan lori itu tercabut.
“Bedah siasat punca kematian akan dijalankan selepas keputusan ujian Covid-19 diperolehi,” katanya. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Seramai 18,680 pelajar telah diluluskan untuk menerima Bantuan Prihatin Pahang ( BPP) Kluster Siswa membabitkan peruntukan berjumlah RM 8.9 juta tahun ini.
Penyelaras Dewan Undangan Negeri Pulau Tawar, Haris Salleh Hamzah berkata, bagi Parlimen Jerantut seramai 1283 mahasiswa membabitkan belanja sebanyak RM 384,900.00.
Beliau berkata, insentif ini bertujuan untuk membantu meringankan sedikit sebanyak beban mahasiswa anak Pahang di IPTA dan IPTS menjalani kehidupanj di kampus.
“Serahan tersebut kepada pelajar anak Pahang yang memohon melaluai e-Mampan yang bermula pada 21 Jun sehigga 11 Julai lalu dan seramai 1,283 permohon telah berjaya terdiri daripada anak siswa daerah Jerantut.
“Kerajaan Pahang pimpinan Menteri Besar Pahang, Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail dalam usaha meringankan beban rakyat Pahang serta amalan konsep berkongsi rezeki berikutan kejayaan mengutip hasil lebih RM1 bilion dua tahun berturut-turut,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Penyerahan Bantuan Prihatin Pahang-Kluster Siswa Parlimen Jerantut di Pusat Latihan Teknologi Tinggi ( ADTEC) dekat sini, hari ini.
Katanya, berjumlah RM 42.4juta telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri Pahang yang memberi manfaat kepada rakvat negeri Pahang melalui Skim Bantuan Prihatin (SPB) ini.
“Daripada umlah ini, sebanyak RM14.767 juta diperuntukan untuk membantu anak-anak Negeri Pahang yang membabitkan semua peringkat Pendidikan.
“Bantuan ini adalah berkat dari kestabilan politik dan juga kestabilan ekonomi Negeri Pahang, dengan kestabilan kerajaan dan mampu memungut hasil sebanyak RM 1.018b sehingga Oktober 2023. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Penunggang motosikal maut bertembung dengan motosikal ditunggang remaja 17 tahun
LIPIS – Seorang penunggang motosikal berusia 51 tahun meninggal dunia dalam kemalangan yang turut melibatkan sebuah motosikal lain yang ditunggang oleh seorang ramaja di KM3, Jalan Sungai Koyan pada jam 5,20 petang, hari ini.
Mangsa yang meninggal dunia, Zahary Tazlan, seorang peladang, beralamat di Felda Sungai Koyan meninggal dunia di tempat kejadian setelah bertembung dengan sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang remaja berusia 17 tahun.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor berkata, kejadian itu berlaku apabila penunggang motosikal yang ditunggang seorang remaja 17 tahun yang turut membawa adiknya yang membonceng dalam perjalanan dari arah Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Koyan 3.
“Tiba di tempat kejadian, penunggang remaja itu dipercayai hilang kawalan semasa menurun bukit yang berselekoh dan masuk ke laluan bertentangan serta bertembung dengan motosikal yang ditunggang oleh mangsa yang maut.
“Penunggang remaja telah dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Koyan 3 untuk mendapatkan rawatan lanjut, manakala adiknya tidak mengalami kecederaan,” katanya.
Azli berkata, hasil siasatan awal mendapati punca kemalangan adalah dari kecuaian penunggang remaja yang gagal mengawal kenderaan.
“Penunggang motosikal meninggal dunia kira-kira jam 5.20 petang ketika menerima rawatan, punca kematian akan diketahui selepas bedah siasat Covid-19 diperolehi.
“Kemalangan disiasat dibawa Sek. 41 (1) APJ 1987,” katanya. SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas :Razak Daud (3 dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada Norhidayah yang bakal bertukar ke Felda Bukit Sagu, Kuantan.
Kakitangan Felda Jengka 24 bertukar diraikan
JERANTUT – Felda Jengka 24 mengadakan majlis makan malam bagi meraikan kakitangannya yang bertukar ke Felda Bukit Sagu 2 di Kuantan.
Kakitangan tersebut, Norhidayah Omar yang merupakan pembantu pembangunan masyarakat, Pembangunan Komuniti dan Sosial akan bertugas di tempat kerja baru bermula 28 Oktober ini.
Pengerusi Biro Sosial Gabungan Ketua-Ketua Peneroka Felda Wilayah Jengka, Razak Daud berkata, sebagai penjawat awam Felda, pertukaran itu boleh memberikan pengalaman dan pembelajaran baharu kepada setiap kakitangan terlibat.
“Semenangnya penjawat awam dilatih untuk tidak tetap di satu-satu tempat. Ia bukan berlaku di sini sahaja malah seluruh agensi kerajaan ketika ini.
“Mereka boleh ditukarkan ke mana sahaja mengikut arahan tugas,” katanya di sini semalam yang diadakan di Nada Café, Bandar Pusat Jengka di sini.
Razak yang juga Ketua Peneroka Felda Jengka 24 mengucapkan terima kasih kepada Norhidayah sepanjang tempoh berkhidmat di tanah rancangan terbabit.
“Selain mengeratkan silaturahim, majlis itu turut menghargai sumbangan Norhidayah ketika berkhidmat di Felda Jengka 24,” katanya. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pahang kutip hasil lebih satu bilion berturut-turut
LIPIS : Kerajaan Pahang berjaya memungut hasil kerajaan melebihi RM 1 bilion buat kali kedua berturut-turut tahun ini.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan kutipan sebanyak RM 1.018 bilion berjaya diperolehi tahun ini buat kali kedua.
Katanya, kutipan hasil tahun lalu (2022 ) berjaya dikutip sebanyak RM1.037 bilion melebihi sasaran yang ditetapkan sebelum Bajet Pahang 2022 iaitu RM1.036 bilion.
“Alhamdulillah, kutipan hasil kerajaan negeri Pahang pada hari ini telah mencecah RM1.018 bilion.
“Saya ucapkan kepada semua pihak terutamanya kepada Setiausaha Kerajaan Pahang, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang dan semua pegawai daerah serta agensi negeri dan Persekutuan yang berusaha dengan sepenuhnya bagi mencapai kutipan ini terutamanya menerusi Karnival Tanah Pahang 2023”.
Beliau berkata demikian di Majlis Penutupan Karnival Tanah Pahang 2023 yang diadakan di Dewan Jubli Sultan Haji Ahmad Shah, dekat sini, hari ini.
Katanya, kejayaan ini merupakan tahun kedua berturut-turut negeri Pahang memperoleh kutipan melebihi RM1 bilion.
“Semoga Negeri Pahang terus kekal stabil dan makmur demi kesejahteraan dan keharmonian bersama dengan sokongan penuh rakyat negeri ini.
“Pencapaian ini dianggap pencapaian yang membanggakan negeri ini kerana buat kali kedua berjaya mencapai kutipan hasil melebihi RM1 bilion,” katanya.
Wan Rosdy berkata, pencapaian itu sekali gus meletakkan Pahang “duduk sama rendah, berdiri sama tinggi” dengan negeri-negeri maju yang lain seperti Johor dan Selangor.
“Statistik ini menggambarkan keyakinan para pelabur, terhadap potensi serta kestabilan yang ada di negeri ini,” katanya. – SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Ahmad (tengah) dan Azmi Hassan (dua dari kiri) pada Program Perangi Aedes di tapak pasar malam, Taman Seri Putera, Banting, Selangor , baru-baru ini.
Penduduk perangi Aedes setiap bulan
BANTING – Penduduk Taman Seri Putera, Banting, Selangor memberi sokongan padu kepada Program Perangi Aedes yang diadakan setiap bulan di tapak pasar malam taman berkenaan bermula 10 September lalu.
Bagi memastikan keberkesanan program itu, Pasukan Combi Taman diwujudkan dengan dipengerusikan oleh Azmi Hassan supaya dapat bergerak aktif melakukan pelbagai aktiviti banteras penularan demam denggi.
Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Jalan Tilapia, taman itu, Ahmad Jantan, berkata dia bersama ahli jawatankuasa KRT memberi kerjasama sepenuhnya bagi membantu pasukan Combi Taman menjayakan program yang disusun.
Kakitangan jabatan kesihatan turut mengedarkan risalah mengenai bahaya pembiakan nyamuk aedes yang menjadi punca demam denggi di tapak pasar malam itu.
Menurutnya, sokongan yang diberikan itu menarik perhatian KRT Jalan Seluang yang dipengerusikan Ihsan Yusof dan beberapa ahli jawatankuasa KRT lain untuk sama turun padang dalam aktiviti yang dilaksanakan sekitar tapak pasar malam serta taman berkenaan.
“Kami sepakat berasaskan misi ‘Taman bersih rakyat sehat’ supaya menjadi kenyataan dan dapat menjadi contoh kepada KRT atau ahli jawatankuasa penduduk di taman perumahan khasnya sekitar Banting,” katanya.
Sementara itu Azmi, berkata pada program di tapak pasar malam itu lebih 150 risalah mengenai bahaya nyamuk Aedes yang menjadi punca demam denggi di satu-satu kawasan terutama perumahan yang mempunyai kepadatan penduduk.
Menurutnya, di samping risalah pasukan Combi Taman turut mengedarkan ubat jentik-jentik untuk dimanfaatkan penduduk dengan memasukkannya ke dalam bekas atau tempat yang menakung air sebagai salah satu cara membasmi pembiakan nyamuk Aedes.
Sehubungan itu, beliau berharap penduduk sentiasa memberi perhatian sewajarnya terhadap pembersihan sekitar halaman rumah dengan menghapuskan barangan yang menjadi tempat air bertakung seperti tayar kenderaan, botol air, pasu bunga dan saluran longkang atau bumbung rumah.
Tambahnya, pada program di tapak pasar malam berkenaan ahli pasukan Combi Taman serta dibantu ahli jawatankuasa KRT turut memberi penerangan kepada penduduk yang hadir untuk membeli-belah mengenai langkah membenteras nyamuk Aedes.
Katanya, penduduk juga diberikan penerangan langkah keselamatan yang perlukan diambil apabila mengalami demam yang berlarutan supaya segera mendapatkan rawatan di hospital sebeluim keadaan menjadi lebih buruk.
“Dengan aktiviti yang dibuat, pengedaran risalah serta penghapusan tempat pembiakan nyamuk Aades, kami yakin program ini mencapai matlamat yang dikehendaki selain memastikan taman ini bebas daripada nyamuk Aedes.
“Kami juga akan memberi kerjasama kepada pelbagai pihak yang ingin mengadakan program penghapusan nyamuk Aades dan sekali gus dapat membendung wabak demam denggi dengan berkesan di taman ini,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Lima belas buah rumah penduduk yang menghadapi masalah bekalan air di Kampung Kembir dan Kampung Tanah Pindah, Bukit Mat Daling dekat sini menarik nafas lega apabila PAS Kawasan Jerantut mengambil langkah proaktif membina telaga tiub dan memasang paip poly baru-baru ini.
Sebelum ini, penduduk kampung tersebut menggunakan sumber air bukit daripada hutan berdekatan, tetapi setelah pembukaan ladang tanaman komersial milik sebuah anak syarikat kerajaan negeri, sumber air terjejas dan tidak dapat menampung keperluan penduduk di situ.
Paip poly dipasang secara bergotong royong untuk menyalurkan air ke 15 buah rumah di kawasan Kampung Mat Daling.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin berkata, Pejabat Perkhidmatan DUN tersebut telah membina dua buah telaga tiub menerusi sumbangan orang ramai berikutan masalah kekurangan bekalan air bersih di dua buah kampung itu.
“Sejak sumber air bukit terjejas dan tercemar, penduduk kampung ini cuma bergantung kepada air hujan dan sungai selama lebih 10 tahun sebelum telaga tiup dibina di sini.
“Kami terpaksa mendapatkan dana daripada orang ramai dan dermawan untuk menyalurkan bekalan ke 15 buah rumah yang terbabit,” katanya di Kampung Kembir, Ulu Tembeling dekat sini hari ini.
Katanya, sumbangan tersebut dapat dikumpul sejumlah RM9,000 untuk membeli paip poly bagi menyambung bekalan air ke rumah yang diperoleh daripada telaga tiub yang dibina secara bergotong-royong menerusi tenaga sukarelawan Jabatan Amal Malaysia.
“Paip poly baharu diperlukan bagi menggantikan paip lama ke Kampung Kembir yang menyalurkan bekalan ke sini, manakala Kampung Tanah Pindah masih kekal dengan peralatan lama.
“Bagaimanapun, projek telaga tiub dan paip poly merupakan kemudahan sementara bagi menunggu pembinaan yang sama daripada kerajaan negeri sebanyak RM5 juta yang telah diluluskan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah baru-baru ini,” katanya.
Katanya, sehingga ini proses reka bentuk serta mengenalpasti jajaran baharu untuk pemasangan paip menerusi peruntukan tersebut hasil permohonan pejabat PAS DUN Tahan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk pada Persidangan Dewan Undangan Negeri penggal lalu.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
1,000 penduduk Felda Jengka 24 sambut Hari Merdeka dan Malaysia
JERANTUT – Kira-kira 1,000 penduduk Felda Jengka 24 meraikan program sempena Sambutan Hari Merdeka dan hari Malaysia, pada Sabtu.
Ketua Peneroka itu, Razak Daud berkata, selain pertandingan memasang bendera sempena Hari Kebangsaan, turut diadakan sukaneka antara blok di Felda itu.
Katanya, sambutan itu mendapat sambutan mengalakan dan Kerjasama antara penduduk, Majlis Belia Felda Malaysia, GPW, pengurusan Felda, ketua-ketua blok, semua ahli blok yang turut menjayakan program yang diadakan.
Penyelaras DUn Damak, Hari Salleh (2 dari kiri) dan Ketua Peneroka Felda Jengka 24, Razak Daud (kanan) .
“Paling melucukan acara sukaneka menjala di atas padang kerana ramai yang tidak mahir menjala dan terdapat jala tidak kembang dan tidak dapat ‘menangkap’ buah pinang.
“Namun, penyertaan semua penduduk di Jengka 24 berjaya menyatukan penduduk dan ikatan kekelurgaan yang erat,” katanya.
Katanya, selain itu tayangan wayang pacak filem Mat Kilau turut diadakan dan menggembalikan kenangan peneroka di awal penyertaan mereka ke Felda tersebut.
Sementara itu, Blok 9 menjuarai memasang bendera terbaik, manakala, tempat kedua dimenangi Blok 3 dan tempat ketiga Blok 4
Acara sukaneka acara tarik tali lelaki, dimenangi Blok 3 dan 4, naib johan dimenangi Blok 13 dan 14, tempat ketiga jatuh kepada Blok 7 dan 8.
Acara tarik tali wanita tidak kurang hebat dan turut dimenangi Kumpulan Wanita Blok 3,4 dan 11, tempat kedua pula dimenangi Blok 7, 8 dan 9 dan tempat ketiga dimenangi Blok 2, 5 dan 6.
Selain acara bolasepak, pentaque, lari 400 meter lelaki dan wanita termasuk acara kanak-kanak seperti melukis, pakaian beragam, hiasan basikal, tiup belon dan rebut gula-gula turut diadakan.
Penutupan rasmi program sukaneka disempurnakan oleh Penyelaras Dun Damak, haris Salleh Hamzah.–SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Haris (tengah) memotong kek sempena Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan Felda Padang Piol di Balairaya Felda Padang Piol, hari ini.
JERANTUT – Umno Bahagian Jerantut dan Maran akan memastikan gelombang hijau tidak sewenang-wenang menembusi kawasan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai yang bakal diadakan pada 7 Oktober ini.
Ketua Umno Bahagian Jerantut, Haris Salleh Hamzah berkata, Umno bahagiannya dan Maran diamanahkan sebagai Bahagian Angkat bagi Pusat Daerah mengundi (PDM) kawasan Felda Kemasul.
Katanya, gelombang hijau hanya sebagai permainan presepsi yang dimainkan melalui media kononnya menggambarkan kekuatan pihak pembangkang, Perikatan Nasional (PN).
“Kita tidak boleh menafikan mainan presepsi boleh memberi kesan positif kepada pihak kepada mereka.
“Namun, kesungguhan dan iltizam yang dilakukan Menteri Besar Pahang melalui keprihatinan beliau telah meluncurkan skim Bantuan Prihatin Pahang (BPP) yang disumbangkan kepada rakyat negeri ini seawal kelahiran sehingga di usia warga emas telah mendapat sambutan baik warga negeri ini,” katanya ketika ditemui di Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan Felda Padang Piol di Balairaya Felda Padang Piol, hari ini.
Katanya, sumbangan BPP sebagai salah satu faktor yang diharapkan untuk menjadi teras kepada sokongan rakyat.
“Kita bukan menjual presepsi malah kita adalah parti yang menjaga kebajikan rakyat dan direalisasikan.
“Persediaan awal telah dibuat termasuk penyelarasan bersama kepimpinan masyarakat setempat dan cawangan UMNO Felda Kemasul dalam usaha memperkasakan jentera pilihan raya bagi menghadapi PRK Pelangai kali ini,” katanya.
Haris berkata, melihat corak keluar mengundi yang agak rendah semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, jentera pilihan raya akan memastikan pengundi akan keluar awal beramai-ramai.
“Oleh yang demikian, jentera parti sedaya upaya mengenalpasti pengundi terutama pengundi putih dan mengharap agar mereka ini keluar mengundi bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN),” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
RAUB – Lima cedera dalam kemalangan yang melibatkan lori seberat 3 tan yang terbabas dan melanggar pokok kemudian terjatuh ke tebing sungai, berlaku di Jalan RTP Klau, dekat sini pada pada jam 2.30 petang, hari ini.
Pegawai operasi, Khairul Azmi Ibrahim melaporkan sebelum itu lori tersebut telah hilang kawalan dan terbabas terus melanggar pokok sebelum terjatuh ke tebing sungai.
“Terdapat 2 orang lelaki yang berada di dalam lori dan 3 pekerja berada di belakang lori tersebut termasuk seorang mangsa tersepit.
“Seramai 7 orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub telah bergegas ke tempat kejadian untuk membantu mangsa,” katanya.
Katanya, anggota bomba menggunakan alatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!