Foto atas : Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan yang melibatkan 3 kenderaan telah berlaku di KM 19, Jalan Karak-Kuala Pilah pada jam 3.20 petang, semalam.
Penunggang maut dalam kemalangan yang turut melibatkan 3 kenderaan
BENTONG : Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan yang melibatkan 3 kenderaan telah berlaku di KM 19, Jalan Karak-Kuala Pilah pada jam 3.20 petang, hari ini
Mangsa yang maut, penunggang motosikal, Vivakanandan Segaran berusia 33 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar berkata, hasil siasatan awal pihak polis, berdasarkan kesan-kesan kerosakan mendapati kejadian berlaku dipercayai penunggang motosikal telah memotong kenderaan pelbagai guna (MPV) dan bertembung dengan pacuan empat roda.
“Mangsa telah tercampak dan menyebabkan kenderaan pacuan empat roda (4×4) yang dipandu oleh warga tempatan berusia 60 tahun telah hilang kawalan dan melanggar MPV tersebut yang dipandu oleh pemandu berusia 35 tahun.
“Pemandu kenderaan MPV dan pacuan empat roda tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987 menyebabkan kematian kerana memandu secara melulu dan merbahaya,” katanya.
Zaiham memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.
“Pihak polis menasihati semua pengguna jalan raya memandu kenderaan secara berhati-hati dan berhemah, pihak polis serta seluruh warga kerja Ibupejabat Polis Daerah Bbentong mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangs,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Sebahagian sukarelawan dan warga emas mengibarkan bendera sambil menyanyikan lagu Jalur Gemilang pada program Majlis Sambutan Merdeka, Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia, Semenyih, baru-baru ini.
Warga emas PJMM sambut hari kebangsaan
Warga emas yang disisih oleh ahli keluarga serta terdampar tanpa waris tetap bersemangat patriotik menyambut Hari Kebangsaan ke-66, baru-baru ini.
Empat puluh orang warga emas tersebut menyambut hari kebangsaan negara bersama sukarelawan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tetamu di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia (PJMM), Semenyih
Pengerusi PJMM, Azman Rasman, berkata, setiap tahun pusat itu tidak pernah lupa untuk mengadakan acara ini bagi memeriahkan sambutan kemerdekaan negara supaya semangat cintakan tanah air sentiasa segar dalam kalangan warga emas.
Katanya, walaupun ada antara warga emas terbabit makin kurang ingatan namun rakan-rakan mereka yang lain sentiasa mengingatkan pihak pengurusan supaya diadakan sambutan kemerdakaan negara di PJMM kerana tidak puas sekadar menonton menerusi televisyen sahaja.
“Selain itu ada sesetengah warga emas berkenaan sebelum dihantar atau menjadi penghuni di PJMM adalah kakitangan awam atau swasta yang ketika sihat dahulu pernah terbabit bersama-sama majikan dalam perarakan Sambutan Hari Kebangsaan.
“Apabila PJMM dapat memenuhi hasrat kami, warga emas terbabit berasa amat gembira serta terharu kerana dapat mengimbaukan kembali kenangan berarak bersama-sama rakan sepejabat seperti ketika diadakan di Dataran Merdeka dan tempat-tempat lain,” katanya.
Katanya, jika sebelum ini mereka berarak sambil memegang bendera Jalur Gemilang kira-kira 10 meter dari jalan utama ke PJMM bagaimanapun ia tidak dapat dilakukan berikutan ramai warga emas yang uzur.
Majlis itu didahulukan dengan bacaan doa kesihatan dan selamat serta tahlil arwah untuk ahli keluarga juga penghuni yang sudah meninggal dunia yang diketuai Pegawai Agama PJMM, dan kemudian diikuti dengan nyanyian lagu-lagu patriotik yang dimulakan dengan lagu Negaraku serta diakhiri dengan jamuan ringan.
Sementara itu Pengerusi Kelab Sukarelawan Hospital Kajang (KSHK), Ithnin Jufpri menzahirkan rasa kagum dengan pengurusan PJMM yang sentiasa gigih menyantuni warga emas di pusta itu dengan pelbagai aktiviti termasuk mengadakan sambutan kemerdekaan negara setiap tahun.
Menurutnya, walaupun menghadapi beberapa kekangan khusus mendapatkan dana bagi menampung kos operasi namun mereka sentiasa peka dengan peristiwa penting sejarah negara yang secara tidak langsung mengukuhkan semangat cintakan tanah air dalam kalangan warga emas.
“Ada antara warga emas ini pula mampu mengingati sejarah kegemilangan negara mencapai kemerdekaan yang ketika itu mereka dalam usia remaja selain kesusahan kehidupan bersama ibu bapa pada zaman komunis.
“Walaupun tahun ini (2023) tidak dapat dibuat perarakan di atas jalan menuju ke PJMM mereka menunjukkan semangat patriotik apabila bersama-sama mengalunkan lagu Negaraku dan sebagainya,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LPT 1 dekat Lanchang mendap, pengguna berhati-hati.
TEMERLOH : Kejadian jalan mendap di Kilometer 118.2 sehingga Kilometer 117.8 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) menghala ke Bentong telah berlaku rekahan di bahagian kiri jalan dan menyebabkan penghadang besi jalan senget.
Rekahan sepanjang kira-kira 400 meter menyaksikan jaluran rekahan jelas kelihatan.
Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mazlan Hassan berkata, pengguna laluan itu dinasihatkan berhati-hati dan sentiasa mengikut setiap tanda amaran yang diletakkan oleh pihak terbabit petang ini.
“Kini laluan kontra telah dibuka bagi memudahkan orang ramai ke Kuala Lumpur selain menggelakkan berlaku kesesakan lalulintas yang lebih teruk.
“Difahamkan pihak ANIH sedang memantau tempat kejadian dan kenderaan bergerak lancar,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pelajar sekolah tunggang motosikal maut, pembonceng cedera parah
TEMERLOH – Seorang pelajar sekolah lelaki maut dalam kemalangan di KM 142 Jalan Kuala Lumpur – Kuantan berdekatan Taman Neetas pada jam 4.55 petang, hari ini.
Pelajar tersebut berusia 18 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC meninggal di tempat kejadian, manakala pembonceng perempuan berusia 18 tahun cedera parah dan dibawa ke hospital oleh orang awam.
Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mazlan Hassan berkata, kemalangan berlaku semasa kedua-dua kenderaan yang terlibat dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Kuala Lumpur.
“Apabila sampai di tempat kejadian, sebuah lori telah berhenti untuk masuk ke simpang sebelah kanan tiba-tiba telah dirempuh oleh motosikal tersebut.
“Penunggang motosikal itu telah merempuh bucu kiri belakang lori dan mengakibatkan perlanggaran tersebut penunggang meninggal dunia ditempat kejadian manakala pembonceng mengalami cedera parah dan dibawa ke hospital oleh orang awam,” katanya.
Katanya, sistem jalan lurus, dua lorong dua hala, terdapat garisan putih berkembar sebagai pembahagi laluan dan keadaan cuaca baik tidak hujan serta permukaan jalan kering.
“Bedah siasat akan dijalankan selepas keputusan ujian Covid-19 diperolehi. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987.
“Pemandu lori berusia 57 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas ; Sebuah kereta yang mengalami kerosakan setelah melanggar dapur gas yang berada di atas jalan di LPT1.
Dua kenderaan rosak langgar dapur gas atas jalan LPT1
TEMERLOH : Dua buah kenderaan mengalami kerosakan apabila melanggar dapur gas yang berada di atas jalan dalam kejadian di Kilometer 116.7, Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) menghala ke Kuantan yang berlaku pada jam 11.00 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Polis (ACP) , Mazlan Hassan berkata, pemandu dua buah kenderaan berusia 30 dan 38 tahun dalam perjalanan menuju ke Kuantan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan akibat perlanggaran objek itu.
Dapur yang berada di atas jalan dilanggar kereta
“Ketika tiba di tempat kejadian, pemandu kenderaan yang di hadapan, iaitu Toyota Vios tidak sempat menggelak dan terus melanggar dapur gas itu .
“Manakala pemandu Honda Civic yang berada di belakang turut terlanggar dapur gas tersebut sehingga objek itu terpelanting ke lorong kecemasan. Bagaimapaun tiada sebarang kejadian kecederaan dilaporkan,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh di sini hari ini.
Katanya, pengendali LPT1, ANIH Berhad telah dimaklumkan mengenai aduan yang dibuat oleh kedua-dua pemandu tersebut.
“Kereta Toyota Vios mengalami kerosakan, iaitu pecah bahagian bumper depan, bonet depan, lampu depan, cermin besar termasuk beg udara, manakala kereta Honda Civic dilaporkan mengalami kerosakan yang sama iaitu pecah di bahagian bumper depan dan lampu hadapan.
“Difahamkan sebuah lagi kenderaan yang terlibat dalam kejadian yang sama, tetapi pihak polis sehingga ini belum menerima laporan mangsa ketiga,” katanya.
Katanya, pengguna di LPT1 diharap mematuhi peraturan had laju dan memperlahan kenderaan khususnya waktu malam, kelajuan yang rendah memungkinkan objek yang berada di atas jalan raya dapat dilihat seterusnya dapat mengawal kenderaan.
“Pengguna dan pengendali membawa muatan diminta memastikan mengikat barangan dengan kemas agar tidak terjatuh ke atas jalan raya yang boleh membahayakan nyawa manusia termasuk harta benda, iaitu membabitkan kerosakan kenderaan,” katanya.- SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
5,000 banjiri Padang Bolasepak Jerantut pada Ambang Merdeka
Kira-kira 5,000 orang hadir untuk menyaksikan pelbagai persembahan menjelang detik 12 malam dalam program Malam Ambang Merdeka ke-66 yang diadakan di Padang Bolasepak Daerah Jerantut dibanjiri, semalam.
Persembahan itu yang diadakan di tengah padang bolasepak turut menunjukkan semangat jati diri dan kekeluargaan yang hadir bersama keluarga masing-masing yang berbilang kaum.
Pelbagai persembahan diadakan pada sambutan Malam Ambang Merdeka ke-66 diadakan di Padang Bolasepak Jerantut.
Menariknya, selepas bacaan doa menyambut kemerdekaan oleh Imam Besar Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut, Mohd Fakri Hamzah disusuli dengan laungan merdeka sebanyak 7 kali yang bergema dan persembahan bunga api selama kira-kira 15 minit mewarnai angkasa di bandar ini.
Seorang pengunjung yang hadir, Anis Huda Amir yang balik bercuti sempena cuti sekolah mengambil peluang bersama keluarga dengan membentang tikar dan duduk santai bersama hadirin lain.
“Seronok melihat gelagat kanak-kanak kecil yang turut menggerakkan badan mengikuti muzik yang ditarikan oleh penari kebudayaan.
“Meriah dan bersemangat apabila melaungkan tujuh kali Merdeka bersama-sama,” katanya.
Seorang pengunjung, Saguna Sinnathamby berkata, pelbagai persembahan tradisional dan seni mempertahankan diri turut diadakan.
“Persembahan pegendangan pelbagai kaum turut diadakan termasuk tarian sewiag dan nyanyian nasyid serta Qasidah.
“Bagus juga, sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, kita dapat mengenali banyak kesenian yang dipersembahkan,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Laluan utama yang sering ditenggelami air apabila berlaku hujan lebat berterusan di Felda Jengka 24.
Penduduk Jengka 24 merayu kerajaan membina jambatan di laluan yang ditenggelami air
JERANTUT – Penduduk Felda Jengka 24 memohon pihak kerajaan meninggikan paras jalan untuk menggelak berlaku laluan utama di situ ditenggelami air setiap kali hujan lepas yang berterusan.
Setiap kali hujan lebat berlaku, banjir kilat kerap berlaku menyebabkan semu jenis kenderaan tidak boleh melalui tempat berkenaan kerana arus sangat deras sedalam kira-kira 2 meter.
Ketua Peneroka Felda Jengka 24, Razak Daud berkata, apabila laluan utama itu ditenggelami semua urusan harian ke bandar tergendala.
Laluan utama rosak selepas berlaku banjir semalam.
“Walaupun tiada rumah peneroka terlibat kerana beberapa rumah yang dimasuki air sebelum ini telah dipindahkan kira-kira 20 tahun lalu ke tempat baharu
“Semasa berlaku banjir besar beberapa tahun yang lepas di tempat sama, laluan ini ditenggelami air sedalam kira-kira 2 meter, bulan ini sahaja sudah dua kali laluan ini ditenggelami,” katanya.
Katanya, beliau sebagai Ketua Peneroka di situ sering dihujani pertanyaan dan desakan daripada penduduk setempat.
“Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pernah membersih dan mendalamkan sepanjang sungai di situ.
“Walaupun sungai pernah dibersih dan didalamkan, masih tidak menyelesaikan masalah laluan tersebut yang masih ditenggelami,” katanya.
Seorang penduduk, Zulmi Abdul Rahman berkata, dengan membina jambatan sudah tentu kedudukannya lebih tinggi dari aras air yang sering digenangi air di kawasan tersebut setiap berlaku hujan lebat.
“Diharap tindakan membina jambatan perlu dilakukan dengan segera bagi memudahkan penduduk di sini kerana dibimbangi jika berlaku kecemasan seperti kematian dan kemalangan ketika laluan itu terputus akan merumitkan.
“Penduduk di sini merayu agar pihak kerajaan membina sebuah jambatan agar laluan di situ boleh dilalui sekiranya berlaku hujan lebat berterusan.
Katanya, penduduk Felda berharap kerajaan MADANI boleh membantu dalam hal ini, mereka tidak pasti Ahli Parlimen dan ADUN Pulau Tawar dapat menyelesaikan masalah tersebut.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Affan pencipta muda lagu tema Hari Kebangsaan 2023
Muhammad Affan Mazlan, pencipta lagu ‘Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’ berjaya dipilih sebagai lagu tema Hari Kebangsaan Tahun 2023.
Muhammad Affan Mazlan lulusan diploma pada tahun 2020 dan ijazah sarjana muda (2023) dari Universiti Teknologi Mara (UITM) teruja menyertai pemilihan lagu tema Hari Kebangsaan 2023 yang dianjurkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk mencari lagu tema baharu tahun ini.
Muhammad Affan Mazlan, pencipta lagu ‘Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’
“Setelah mengetahui RTM mencari lagu tema yang baharu, saya terus mengolah dan mencipta lagu serta sesuaikan dengan menyuntik elemen-elemen moden yang segar agar mempunyai nilai komersil yang boleh diterima masyarakat.
“Setelah siap lagu ciptaan saya mengikut konsep tema dan menulis lirik yang bersesuai dengan tema tahun ini, saya terus menghantar lagu ciptaan kepada urusetia lagu Tema Hari Kebangsaan 2023,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, ciptaan lagunya banyak mendapat inspirasi dari karya Edry Abdul Halim dan Faizal Tahir serta sering melakukan eksperimen dalam penciptaan lagu daripada pencipta terkenal tanah air dan luar negara.
“Karya-karya muzik di negara kita sudah semakin banyak kepelbagaiannya, kualitinya sudah semakin hebat, tidak mustahil karya-karya tanah air boleh sebaris dengan karya hebat bertaraf dunia.
“Pada ketika ini saya sedang aktif mencipta lagu dan bekerja dalam industri secara ‘freelance’ dan ‘post production’ serta sedang bekerja dengan artis-artis tanah air.,” katanya.
Affan yang dilahirkan di Seremban dan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Haji Mohd Said, Seremban mula meminati bidang seni muzik sejak di bangku sekolah rendah dengan menyertai pelbagai pertandingan nyanyian dan keutamaan kepada lagu-lagu nasyid.
“Apabila berada di sekolah menengah, selain dengan nyanyian lagu-lagu nasyid, saya mula meneroka alat muzik dan bermain piano.
“Saya terus aktif dalam penciptaan serta belajar mengenai gubahan lagu dan susunan muzik untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan dalam bidang ini walaupun sudah memiliki diploma dan ijazah sarjana muda muzik dalam bidang penciptaan,” katanya.
Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail.
Sementara itu, Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail ketika dihubungi berkata, pada tahun ini buat julung kali RTM melakukan pencarian lagu tema daripada pencipta luar.
“Seramai 12 pencipta yang berpengalaman, antaranya Sharon Paul, JARI, Mohariz Yaakob, Nik Nizam, Is Wow dan beberapa orang pencipta lain turut menyertai dan menghantar lagu masing-masing.
“Pihak juri yang diketuai oleh saya sendiri, sebulat suara memilih lagu ciptaan Affan Mazlan seorang komposer muda lulusan UITM,” katanya.
Kataya, selepas meneliti lagu dan muziknya, pengubahsuaian lirik lagu dilakukan berdasarkan tema ‘Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” dilakukan.
“Manakala gubahan muzik orkestra lagu ciptaan Affan, digubah oleh saya dan dirakam oleh orkestra RTM serta dinyanyikan oleh penyanyi Khai Bahar dan Aina Abdul.
“Pendekatan moden selain melodi yang mesra pendengar ditampilkan oleh Affan adalah keutamaan dan kekuatan dalam menerbitkan lagu tema hari kebangsaan tahun ini,” katanya.
Mokhzani yang mencipta lagu tema hari kebangsaan bagi tahun 1995, 1996, 1997, 1998, 1999, 2000, 2020 dan 2021 berharap ramai lagi pencipta muda akan tampil dengan ciptaan masing-masing bukan sahaja lagu tema hari kebangsaan tetapi lagu-lagu komersil. – SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Laluan masuk ke penempatan Jengka 6 turut ditenggelami air hari ini.
Jengka 6 banjir , sebuah PPS dibuka
MARAN – Enam mangsa dari satu keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di Balai Raya Jengka 6, Mukim Chenor dekat sini pada jam 4.00 petang, hari ini
Ekoran hujan lebat berterusan bermula tengah malam sehingga tengah hari ini menyebabkan kawasan Felda Jengka 6 dinaiki air dan sebuah rumah dihuni sebuah keluarga terjejas.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Maran, Kapt (PA) Mohd Nor Azhar Yusof melaporkan, kejadian banjir tersebut berlaku kerana berlaku hujan lebat bermula kira-kira jam 12.30 pagi sehingga tengah hari ini.
“Sebuah rumah di kawasan itu dinaiki air dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.
“Walaupun hujan sudah berhenti, beberapa agensi terlibat masih mantau di kawasan terlibat dan menghantar bantuan keperluan asas bencana kepada mangsa,” katanya. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Anggota bomba memadamkan di bilik guru Sekolah Kebangsaan Jerantut Jaya yang berlaku 11.10 pagi hari ini.
Bilik guru SK Jerantut terbakar
JERANTUT- Tindakan pantas beberapa orang guru yang kebetulan berada di bilik guru ketika itu telah sempat menyelamatkan beberapa perkakasan komputer yang terletak di bilik guru dalam kejadian kebakaran di Sekolah Kebangsaan Jerantut Jaya, dekat sini pad ajam 11.10 pagi hari ini.
Ketua Unit Perhubungan Awam Bomba Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pegawai operasi, Shuaimi Mihamad melaporkan, setiba di tempat kejadian, mengesahkan berlaku kebakaran perkakasan komputer di bilik guru, kebakaran ini berjaya dipadamkan oleh kaki tangan sekolah tersebut dengan menggunakan alat pemadam api jenis debu kering.
“Seramai lapan orang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerantut bersama sebuah jentera pemadam bergegas ke tempat kejadian setelah menerima panggilan daripada pihak sekolah.
“Kejadian ini tidak melibatkan struktur bangunan sekolah, anggota bomba terus membuat pemeriksaan di tempat tersebut bagi memastikan keadaan selamat sebelum mereka bertolak pulang ke BBP Jerantut,” katanya di sini hari ini.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!