Penduduk Taman Inderapura gotong royong bersih surau menjelang Ramadan
JERANTUT – Penduduk dan Jemaah Surau Al-Huda, Taman Inderapura, Jerantut bergotong royong membersih bahagian dalam dan luar surau itu sebagai persiapan menjelang bulan Ramadan yahg bakal disambut tidak lama lagi, hari ini.
Pengerusi Surau Al-Huda, Mahmud Ahmad berkata, selain gotong royong itu dilakukan sebagai persiapan menjelang bulan puasa ini, sekali gus solat Terawih di hari pertama di bulan Ramadan ini sebagai ‘merasmikan’ penggunaan surau buat kali pertama selepas dinaiktaraf sejak November tahun lalu.
Penduduk Taman Inderapura, Jerantut bergotong royong membersihkan kawasan luar surau hari ini.
Katanya, selain itu pihak surau berterima kasih kepada penderma dan penyumbang melalui akaun Surau Al-Huda untuk membeli kelengkapan seperti karpet seluas kira-kira 350 meter persegi.
“Wang sumbangan itu turut digunakan untuk membeli kelengkapan perabot dan tabir pembahagi antara jemaah lelaki dan wanita di dalam surau ini.
“Kariah surau taman perumahan ini dianggarkan kira-kira 500 buah rumah telah menggunakan bangunan surau lama yang berusia kira-kira 25 tahun,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Hasrat sambut hari jadi di Gunung Tahan tidak kesampaian
JERANTUT – Wanita pendaki gunung , Zahalita Othman (52) yang meninggal dunia di Gunung Reskit pada jam 7.30 pagi, 6 Februari lalu berhasrat menyambut hari jadinya di Gunung Tahan pada hari yang sama tidak kesampaian.
Rakannya, Nor Azilah Nandiran (45), berkata, tiga minggu sebelum pergi mengikuti program pendakian Gunung Tahan, Kuala Tahan pada 1 Februari, arwah ada menyatakan rindu kepada arwah emaknya.
“Saya nyatakan kepada dia (arwah) perkara itu memang menjadi lumrah, saya atau sesiapapun akan rindu juga kepada arwah emak.
“Selain itu, perancangan arwah untuk menyambut hari jadi ke-52 di Gunung Tahan, menarik, “ katanya ketika dihubungi.
Jenazah siap dimandi dan dikapankan di Hospital Tengku Ampuan Afzan sebelum dibawa ke Felda Sungai Mas, Kota Tinggi, petang semalam
Nor Azilah berkata, arwah ada menyatakan perasaannya untuk mendaki ke Kuala Tahan kali ini seperti ada perasaan yang agak berlainan dan pelik.
“Arwah turut menyatakan hasrat menyertai pendakian gunung tersebut sebagai persiapan mental dan fizikal untuk mendaki Gunung Kinabalu.
“Sebelum ke Gunung Tahan, arwah turut merancang mendaki Gunung Kinabalu tahun ini sebagai aktiviti terakhir sebelum bersara dan turut mempelawa saya,” katanya.
Katanya, dia kurang gembira keputusan arwah mendaki kali ini kerana keputusan itu dibuat secara tiba-tiba, tetapi tidak dapat menghalangnya.
“Saya hanya berpesan kepada seorang rakan wanita saya (Anas Nabila) salah seorang yang menyertai kumpulan pendakian itu agar menjaga arwah, seperti dia (Anas) menjaga saya kalau mendaki bersama sebelum bertolak ke Kuala Tahan.
Di Kota Tinggi, jenazah Zahalita Othman yang meninggal dunia akibat sesak nafas ketika ekspedisi mendaki di Gunung Reskit, Kuala Tahan, Pahang, Selasa lalu, dikebumikan di Felda Sungai mas, Kota Tinggi, pada jam 2 pagi tadi.
Ahli keluarga, penduduk setempat dan kenalan rapat Allahyarham antara yang hadir di tanah perkuburan itu bagi memberikan penghormatan terakhir buatnya.
Terdahulu, jenazah disembahyangkan di rumah keluarganya di Felda itu selepas tiba kira-kira jam 1.15 pagi dari Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang.
Sementara itu, anak ketiga Allahyarham, Luqman Haziq Saharuddin, 25, mengakui masih terkejut dengan pemergian ibunya itu.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Razak Daud dipilih semula terajui Biro Sosial Wilayah Jengka
JERANTUT : Razak Daud dipilih semula sebagai Pengerusi Gabungan 37 Masjid Wilayah Jengka bagi sesi 2024-2026 yang diadakan baru-baru ini.
Beliau yang turut memegang jawatan Biro Sosial dan Exco Kawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan rancangan (JKKR) Wilayah Jengka
“Saya berterima kasih kepada pihak pengurusan Felda yang memberi kepercayaan kepada saya untuk terus memberi khidmat bakti kepada penduduk di sini.
“Terima kasih juga kepada Pengarah Felda, Tarmizi Lee yang banyak memberi kepercayaan kepada saya, saya berazam akan menjalankan tugas dengan baik,” katanya.
Beliau yang juga Ketua Peneroka Felda Jengka 24 berkata, semasa beliau bertugas bersama gabungan masjid Wilayah Jengka, Masjid Felda Jengka 19 muncul juara Masjid Contoh Peringkat Kebangsaan.
“Gabungan masjid wilayah Jengka banyak membantu Felda berkaitan kebajikan di 37 buah rancangan dengan mengadakan pelbagai program keagamaan.
“Selain itu, turut memberi bantuan kepada peneroka yang menghadapi bencana banjir, kebakaran, ribut dan bencana lain,” katanya.
Katanya, selain itu, Biro Sosial turut menghulurkan bantuan kepada pesakit penyakit kronik, bantuan kepada asnaf, mualaf Orang Asli yang berada di kampung tradisonal dalam Wilayah Jengka.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Sebuah pondok di Kebun Durian, Jalan Air Terjun, Chamang dekat sini pada jam 5.00 pagi, semalam.
Dua warga asing ditahan terlibat kes bunuh
BENTONG : Seorang warga asing berusia 26 tahun yang dipercayai membunuh rakan sekerjanya diberkas, manakala seorang lagi rakannya yang berusia 31 tahun yang cuba meloloskan diri turut berjaya ditangkap di sini.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitendan Zaiham Mohd kahar berkata, kejadian pembunuhan itu berlaku di sebuah Kebun Durian, Jalan Air Terjun, Chamang dekat sini pada jam 5.00 pagi, semalam.
Katanya, berdasarkan maklumat yang diterima daripada seorang lelaki warganegara tempatan berusia 40 tahun, Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong terus bergegas ke tempat kejadian.
“Hasil hasil siasatan awal mendapati seorang lelaki warganegara asing berusia 29 tahun ditemui mati dan mempunyai kesan cedera parah di beberapa bahagian anggota badan mangsa.
“Salah seorang dari suspek yang ditahan turut mempunyai beberapa kesan kecederaan dipercayai berpunca dari pergelutan yang berlaku, mangsa dan kedua-dua suspek adalah pekerja di kebun durian itu.
Zaiman berkata pihak polis telah berjaya merampas sebilah parang, sebilah pisau yang dipercayai telah digunakan oleh suspek.
“Pihak polis masih meneruskan siasatan untuk mengenalpasti punca kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Zaiham memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat BSJ, ASP Faizal Abdullah, di talian 012-483 4439 atau Pusat Kawalan Daerah (DCC) di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis berhampiran. – SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
292 peneroka bersyukur terima geran tanah selepas 40 tahun menunggu
JERANTUT – Seramai 292 bersyukur dan gembira menerima Suratan Hakmilik Tanah Felda setelah menunggu 40 tahun yang disampaikan oleh Menteri Besar Pahang, di Perkarangan Masjid Felda Jengka 24, semalam.
Wan Rosdy menyantuni salah seorang penerima Suratan Hakmilik Tanah Felda Jengka 24, semalam.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Kerajaan Negeri sudah melakukan yang terbaik untuk rakyat meliputi pelbagai bentuk pembangunan, inisiatif dan juga bantuan.
“Pemberian geran ini salah satu inisiatif kerajaan bagi membantu meningkatkan taraf hidup dan hak pegangan tanah kepada peneroka.
“Sehingga kini seramai 40,861 daripada 43,126 peneroka Felda di Negeri Pahang telah pun menerima Suratan Hakmilik, bakinya akan diberi selepas semua isu teknikal berkaitan tanah selesai,” katanya.
Beliau berkata demikian di majlis Penyampaian itu, Wan Rosdy turut menyampaikan Suratan Hakmilik Peneroka FELDA Jengka 24 kepada 292 peneroka yang melibatkan 14 Blok kawasan.
Katanya, diharapkan semua peneroka mempertahankan tanah masing-masing dan dijaga dengan baik.
“Selain itu, walaupun kerajaan negeri melakukan pelbagai usaha ke arah memajukan taraf hidup rakyat negeri ini, tetapi masih ada dalam kalangan rakyat yang terpengaruh dengan persepsi, fitnah dan tohmahan yang sengaja direka oleh sesetengah pihak untuk memburukkan dan menjatuhkan Kerajaan Negeri.
“Diharap rakyat negeri ini memberi kepercayaan kepada kepimpinan kerajaan negeri masa ini untuk terus menjana pembangunan dan meningkatkan ekonomi negeri,” katanya.
Ketua Peneroka Felda Jengka 24, Razak Daud
Sementara itu, Ketua Peneroka Felda Jengka 24, Razak Daud berkata, FELDA Jengka 24 telah dibuka pada tahun 1977 hingga 1978 dan kemasukan peneroka bermula pada tahun 1985 hingga 1986.
“Kami berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana menyelesaikan penantian kami selama 40 tahun.
“Saya bagi pihak peneroka di sini berterima kasih kepada Menteri Besar, Pengerusi Felda, Datuk Sabri Chik, Pengarah Felda dan Pengurus Felda.
Beliau juga berterima kasih kepada semua agensi kerajaan termasuk Pejabat daerah dan Tanah Jerantut, Jabatan Kerja Raya, Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut, Tenaga Nasional Berhad dan Pengurusan Air Pahang Berhad.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyantuni seorang peneroka Felda Jengka 24, semalam
Seramai 1,838 Generasi Felda terima STR Generasi Baharu.
JERANTUT – Seramai 1,838 orang peserta dari tujuh kawasan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar menerima Skim Tanah Rakyat (STR) Generasi Baharu FELDA yang disampaikan oleh Menteri Besar Pahang. di Perkarangan Masjid Felda Jengka 24, hari ini
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail telah menyampaikan peserta STR Generasi baharu dari tujuh kawasan iaitu dari FELDA Jengka 24 seramai 361 orang, FELDA Lepar Utara 3 (262 orang); FELDA Kota Gelanggi 1 (226 orang) dan FELDA Kota Gelanggi 2 (208 orang).
Wan Rosdy di Majlis Penyampaian Penyampaian Kelulusan Skim Tanah Rakyat (STR) Generasi Baharu FELDA dan Suratan Hak Milik Felda Jengka 24 Serta FELCRA Bukit Nikmat, semalam.
Turut menerima STR itu, Generasi Baharu FELDA Kota Gelanggi 4 (133 orang); FELDA Sungai Tekam (412 orang) dan FELDA Sungai Tekam Utara seramai 236 orang.
Wan Rosdy berkata, peserta STR menerima setiap lot berkeluasan 500 meter persegi sehingga maksimum 909.70 meter persegi.
“Kerajaan Negeri sudah melakukan yang terbaik untuk rakyat meliputi pelbagai bentuk pembangunan, inisiatif dan juga bantuan tetapi masih ada dalam kalangan rakyat yang terpengaruh dengan persepsi, fitnah dan tohmahan yang sengaja direka oleh sesetengah pihak untuk memburukkan dan menjatuhkan Kerajaan Negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian di Majlis Penyampaian Penyampaian Kelulusan Skim Tanah Rakyat (STR) Generasi Baharu FELDA dan Suratan Hak Milik Felda Jengka 24 Serta FELCRA Bukit Nikmat, hari ini.
Di majlis itu, Wan Rosdy turut menyampaikan Suratan Hakmilik Peneroka FELDA Jengka 24 kepada 292 peneroka yang melibatkan 14 Blok kawasan.
“Sehingga kini seramai 40,861 daripada 43,126 peneroka FELDA di Negeri Pahang telah pun menerima Suratan Hakmilik, bakinya peneroka yang belum menerima Suratan Hakmilik akan turut diberi selepas beberapa perkara teknikal yang perlu diselesaikan,” katanya.
Penerima Skim Tanah Rakyat Generasi Baharu, Sakinah Manaf
Seorang penerima STR Generasi Baharu, Sakinah Manaf (59), berkata dia bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan negeri yang cakna dengan golongan muda dengan meluluskan Skim Tanah Rakyat (STR) untuk Generasi Baharu, hari ini.
“Saya berterima kasih kepada bekas ADUN Pulau Tawar sebelum ini yang berusaha untuk mendapatkan lot tanah kediaman untuk generasi baharu Felda.
“Saya mewakili generasi baharu dari Felda Kota Gelanggi Satu seramai 226 orang akan menjaga lot tanah kediaman yang diterima dengan baik,” katanya di sini.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TM rugi RM1.2 juta, alat dalam peti kabinet Telekom dicuri
LIPIS : Kad cip dan alat komunikasi yang terdapat dalam 30 peti kabinet milik Syarikat Telekom Malaysia ( TM ) hilang dicuri oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitendan Azli Mohd Noor
Katanya, kejadian berlaku di sekitar Lipis, Sungai Ruan, Raub dan Bukit Tinggi, Bentong dan perbuatan khianat itu dilakukan anatara waktu siang pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan telah dilakukan sejak awal Disember 2023.
“Sebanyak 30 peti kabinet tersebut menjadi sasaran pencuri di kawasan terbabit menyebabkan pengguna internet di kawasan itu gagal mendapat capaian internet dan perkhidmatan telefon turut tergendala .
“Pihak teknikal TM memaklumkan setiap peti tersebut bernilai kira-kira RM40,000 perlu dipasang semula dengan alat baharu bagi meneruskan perkhidmatan telekomunikasi di kawasan terbabit,” katanya melalui kenyataan media hari ini.
Azli memohon orang ramai melaporkan dengan segera kepada pihak polis sekiranya terlihat sebarang aktiviti yang meragukan melibatkan cip elektronik pada peti kabinet milik Syarikat Telekom Malaysia khususnya di dalam daerah lipis.
“Jika terdapat sebarang maklumat berkenaan , sila hubungi pegawai penyiasat, Inspektor Amirul Aiman, nombor telefon: 017- 7093942 ) atau Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Ariffin, no telefon : 013-2996456,” katanya melalui kenyataan media hari ini.
Beliau menambah, orang ramai yang mengetahui ada maklumat itu boleh menghubungi terus ke Bilik Gerakan IPD Lipis, di talian 09- 3122222. – SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
2,000 penduduk berdepan bahaya lereng jalan utama runtuh
JERANTUT – Kira-kira 2,000 penduduk di dua taman perumahan di sini berdepan bahaya ketika berselisih dengan kenderaan berat di jalan masuk utama ke taman itu yang semakin sempit akibat lereng jalan itu runtuh.
ADUN Damak, Zuridan Mohd Daud bersama seorang penduduk Taman Saujana Utama melihat keadaan lereng yang semakin berbahaya.
Penduduk dua taman itu, Taman Saujana Putra dan Taman Saujana Utama menghadapi keadaan itu sejak dua tahun lalu ketika buat kali pertama lereng jalan masuk itu runtuh yang boleh meragut nyawa pengguna laluan berkenaan.
Seorang penduduk Taman Saujana Putra, Rosmadi Sulaiman (60) berkata, ketika melalui jalan itu perasaan ngeri menjelma terutama ketika kenderaan dari taman itu yang keluar ke jalan besar dan berselisih pula dengan kenderaan besar yang masuk ke stesen minyak di situ.
“Saya pernah menghadapi keadaan itu dan ketika saya berhenti untuk memberi laluan kepada kenderaan besar sebelah kanan, saya bimbang lereng bercuram pada ketinggian kira-kira 10 meter akan runtuh .
“Keadaan ini menimbulkan penduduk di situ tidak selesa dan takut kerana perkara yang tidak dijangka akan berlaku dan boleh meragut nyawa, lebih-lebih lagi ketika musim tengkujuh, ” katanya.
Katanya, melihat keadaan masa ini, kejadian runtuhan tebing itu akan terus berlaku kerana hujan lebat menghakis lereng jalan yang runtuh ini dan penduduk akan berdepan bahaya setiap kali melalui jalan itu dalam keadaan cuaca tidak menentu sekarang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Zuridan Mohd Daud yang turut melawat kawasan lereng bukit jalan tersebut berkata, kejadian lereng jalan yang runtuh itu berlaku sejak tahun 2022.
“Usaha membaikpulih jalan ini masih tiada nampak jalan penyelesaian, diharap perlu perlu diberi keutamaan, jangan berlaku ada kemalangan yang meragut nyawa dan kecederaan teruk baharu nak bertindak.
“Usaha membaikpulih lereng bukit setinggi kira-kira 10 meter (30 kaki) tersebut amat penting demi keselamatan orang ramai yang setiap hari keluar masuk ke taman perumahan dan premis berdekatan situ dan diharap kedua-dua pihak pemaju dua taman perumahan di sini jangan lepas tangan” katanya.- SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Surau Al-Huda, Taman Inderapura perlu dana RM50,000
JERANTUT – Surau Al-Huda, Taman Inderapura, dekat sini sedang dalam proses membaikpulih surau tersebut yang menelan belanja RM200,000 tetapi masih kekurangan dana sebanyak RM50,000.
Iman Surau Al-Huda, Abdul Aziz Salleh (kiri), Setiausaha Surau, Jamal Nasir (tengah) dan Pengerusi, Mahmud AHmad (kanan)
Pengerusi surau itu, Mahmud Ahmad berkata, surau itu yang memulakan proses membaikpulih pada awal November tahun lalu dan dijangka dapat digunakan sebelum bulan Ramadan ini.
“Proses membaikpulih dilakukan di bahagian bumbung surau dan sebahagian dinding termasuk pendawaian elektrik telah dilakukan.
“Proses pembinaan ini sudah mencapai kira-kira 80 peratus dan menjelang awal Ramadan sudah boleh digunakan oleh kira-kira 500 jemaah, ” katanya.
Setiausaha surau tersebut, Jamal Nasir berkata, sumbangan tambahan diperlukan sebanyak RM50,000 untuk tujuan kemasan dalaman seperti membeli karpet termasuk kain pemidang memisahkan Jemaah lelaki dan wanita.
Bahagian dalam surau 80 peratus hampir siap dan dijangka dapat digunakan menjelang bulan Ramadan ini.
“Selain itu, pembelian alat siaraya dan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) serta beberapa alatan perabot seperti rak turut diperlukan.
“Kepada penyumbang yang berhasrat untuk menyalurkan sumbangan, boleh salurkan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) bernombor : 06055020258842 – Surau Al-Huda,” katanya.
Katanya, penyumbang dan orang ramai boleh menghubungi :- Pengerusi, Mahmud Ahmad (013-9824904 atau Setiausaha, Jamal Nasir (013-9041532) untuk keterangan lanjut.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LIPIS – Seroang lelaki lelaki berpura-pura sebagai musafir singgah di masjid ditahan kerana mencuri duit tabung rumah masjid sejak awal bulan ini.
Superintendan Azli Mohd Noor
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima laporan kes kecurian tabung di Masjid Saidina Abu Bakar, Kampung Kuala Lanar, Kuala Lipis melibatkan kerugian RM150 semalam.
“Hasil maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Lipis berjaya membuat serbuan dan tangkapan pada jam 1.25 pagi tadi di hadapan sebuah rumah di Taman Fah Choon.
“Seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan bersama sebuah kereta Proton Waja berwarna Perak, serangkai anak kunci kereta berserta alat kawalan jauh, pakaian, topi, pisau pemotong, dua batang spanar dan dua batang spanar plug,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Katanya, penangkapan suspek itu merungkaikan penglibatannya dalam tiga kes curi tabung masjid di daerah Lipis dan dua di daerah Raub menggunakan kereta Proton Waja yang dicuri di Tapah pada 23 Disember lalu.
“Dengan tertangkapnya lelaki terbabit, Azli berkata, polis berjaya menyelesaikan lima kes pecah tabung masjid dan satu kes kecurian kenderaan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, “ katanya.
Katanya, suspek juga boleh dihukum penjara 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri kenderaan.
“Suspek bergerak aktif bermula awal Januari dengan mensasarkan masjid-masjid tepi jalan utama dengan berpura-pura sebagai musafir yang sedang berehat dalam masjid.
“Suspek melakukan jenayahnya pada waktu awal pagi sekitar jam 3 pagi hingga 11 pagi,” katanya. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!