Pemandu wanita maut dalam kemalangan di Jalan Jerantut- Temerloh.
JERANTUT : Seorang wanita berusia 60 tahun maut dan seorang lelaki dewasa cedera dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Jerantut- Temerloh pada jam 9.23 pagi ini.
Komandan Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh, Khairul Azzahar Karim berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kembara nombor pendaftaran WGF 3322 telah bertembung dengan sebuah kereta jenis Hyundai Santa Fe (WD 4317A).
“Terdapat seorang mangsa wanita yang memandu Perodua Kembara tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan.
“Manakala, pemandu sebuah lagi kereta mengalami kecederaan,” katanya.
Katanya, anggota pasukan bomba melakukan kerja mengeluarkan mangsa wanita yang tersepit menggunakan peralatan penyelamat khas dan mangsa yang cedera diberi rawatan awal dan dihantar ke hospital.
“Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN – Seorang lelaki dari Pandamaran , Pelabuhan Klang dikhuatiri lemas di Pantai Sepat Menara A, dekat sini pada jam 9.50 pagi ini
Lelaki itu, Khoo Kim Chai berusia 36 tahun diberi bantuan awal kecemasan kepada mangsa lemas itu sementara menunggu ambulan tiba.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pekan, Kapt (PA) Ahmad Azmi Hanafiah melaporkan, anggota penyelamat pantai mendapat laporan mengenai kes lemas pada jam 9.50 pagi.
“Anggota penyelamat pantai membuat bantuan awal pernafasan CPR kepada mangsa lemas sementara menunggu ambulan sampai dan kemudian pegawai perubatan yang tiba turut melakukan CPR kepada mangsa.
“Mangsa masih tidak sedarkan diri terus dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk rawatan lanjut,” katanya.
Katanya, operasi tamat pada jam 10.31 pagi. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Abdul Rahman selepas membuat aduan polis di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Lipis yang disertai kira-kira 100 orang kepimpinan UMNO Lipis dan penyokong, hari ini
Kesal tuduhan jahat terbabit Langkah Dubai – Abdul Rahman
LIPIS : Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad kesal dengan penularan sebuah klip video yang bermotifkan tuduhan jahat yang sengaja diada-adakan untuk menimbulkan polemik serta tidak bertanggungjawab ingin mencetuskan kegelisahan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Lipis dan Ketua Umno Bahagian Lipis, berkata, dalam klip video itu turut menyebut nama beliau sebagai salah seorang yang terbabit dalam ‘Langkah Dubai’ untuk menumbangkan Kerajaan perpaduan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya menyelar klip video tersebut yang disebarkan oleh satu akaun Youtube milik Halim Romli mendakwa saya berada di Dubai sebagai percubaan untuk menghadap Yang Di Pertuan Agong bagi menjatuhkan kerajaan perpaduan.
“Sedangkan dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini, saya sebagai Ahli Parlimen di sini, berada di tanah air khususnya di kawasan parlimen ini untuk memenuhi program dan menyantuni masyarakat di sini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas membuat aduan polis di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Lipis yang disertai kira-kira 100 orang kepimpinan UMNO Lipis dan penyokong, hari ini
Rahman berkata, walaupun di penghujung tahun, beliau tetap bersedia memberi khidmat kepada masyarakat dan sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga di kawasan Lipis kerana bimbang berlakunya banjir di sini.
“Tohmahan dan fitnah jahat terhadap pemimpin Barisan Nasional ini tidak seharusnya berlaku ketika kerajaan perpaduan kini mempunyai 2/3 majoriti dan merupakan sebuah kerajaan yang kuat dan stabil.
“Tuduhan seperti ini sangat berbahaya kerana situasi ini boleh mengganggu gugat kestabilan ekonomi dan memberi kesan kepada pelaburan asing dan sekaligus akan menjejaskan peluang perkerjaan khusus untuk orang muda, “ katanya.
Katanya, bagi memastikan kejadian seperti ini tidak berulang dan demi membersihkan namanya, tindakan undang-undang yang bersesuaian akan diambil terhadap Halim Romli Channel yang telah menggunakan media sosial sebagai medium hasutan.- SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Datuk Seri Dr Mohd Naim Mokhtar (3 dari kiri) menyampaikan sumbangan itu melibatkan 29 KIR di daerah Jerantut di Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut, semalam.
165 KIR mangsa banjir terima bantuan Program Rahmah Madani.
JERANTUT : Sebanyak 156 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terbabit dengan banjir baru-baru ini di dua daerah di negeri ini menerima sumbangan Program Rahmah Madani, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), semalam.
Menteri tersebut, Datuk Seri Dr Mohd Naim Mokhtar berkata sumbangan itu melibatkan 29 KIR di daerah Jerantut dan 127 KIR di Raub dengan perbelanjaan keseluruhan berjumlah sebanyak RM58,340.
“Saya amat memahami apabila berlaku peristiwa banjir sebegini, ia sedikit sebanyak telah menyebabkan berlakunya kerosakan rumah kediaman dan harta benda lain, justeru, sebagai hamba Allah hendaklah sentiasa redha setiap apa ujian yang menimpa, pada masa sama kita bersangka baik dengan setiap ketentuan Allah.
“Namun, kita sentasa berdoa agar Allah mengurniakan sesuatu imbalan ganti yang lebih baik atas ujian ini,” katanya.
Beliau berkata demikian di Majlis penyerahan sumbangan itu di Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut, hari ini.’
Katanya, mereka yang menerima ujian ini hendaklah sentiasa bersabar dan redha dengan apa yang berlaku bahawa semuanya ini adalah sebagai cara Allah SWT untuk mengangkat darjat seseorang hambaNya.
“Terima kasih kepada semua agensi Hal Ehwal Islam seperti JAKIM, YaPEIM, Tabung Haji, YADIM, Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah memberi sepenuh komitmen bagi menyahut seruan Perdana Menteri untuk turun padang menyantuni mangsa yang menerima musibah.
“Inilah konsep baik kepada seluruh warga iaitu saling tolong menolong dan berganding bahu dalam membantu masyarakat yang amat memerlukan pertolongan, mungkin hari ini adalah masanya kita membantu saudara kita, mungkin esok atau waktu akan datang mereka pula akan membantu kita,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Dua kenderaaan yang terlibat dalam kemalangan yang berlaku di Km30, Jalan Lipis-SUngai Koyan, Lipis
Dua beradik terbabit kemalangan, adik maut
LIPIS : Seorang ramaja Orang Asli meninggal dunia dan seorang cedera parah dalam kemalangan maut yang berlaku di KM 30, Jalan Lipis -Sungai Koyan berdekatan Kampung Sungai Ular, pada jam 8.30 malam semalam.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitendan Azli Mohd Noor berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan itu berlaku apabila pemandu kereta dari Sungai Koyan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Klinik Desa Kampung Bertang, Lipis.
“Apabila tiba di tempat kejadian, tiba-tiba motosikal yang datang dari arah bertentangan di tunggang oleh dua orang remaja Orang Asli dipercayai adik-berdik terbabas dan terbalik di laluan kereta.
“Pemandu kereta itu tidak sempat membrek kenderaannya lalu terlanggar dan menyeret motosikal itu,” katanya.
Menurut Azli, akibat kemalangan tersebut, Norsarizad Nordin (19) meninggal dunia di tempat kejadian manakala Norzarisal Nordin (20) cedera di dada dan kepala telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis oleh ambulan untuk dirawat, manakala pemandu kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Punca kejadian mendapati kemalangan berpunca dari penunggang motosikal gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan berlaku.
“Kes disiasat di bawah Sek. 41 (1) APJ 1987,” katanya.- SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Tiga penuntut institut pengajian tinggi (IPT) dan seorang pelajar sekolah menengah yang melakukan aksi ‘superman’ dengan menunggang secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Ahad lalu tidak mengaku salah di Mahkamah Temerloh, hari ini.
Empat penunggang ‘superman’ di Temerloh tidak mengaku salah.
TEMERLOH : Tiga penuntut institut pengajian tinggi (IPT) dan seorang pelajar sekolah menengah yang melakukan aksi ‘superman’ dengan menunggang secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Ahad lalu tidak mengaku salah, hari ini.
Tiga tertuduh penuntut IPT, Ammar Muizzuddin Abdul Aziz, 19, Wan Muhammad Syahmi Wan Zulkififli, 20, dan Mohamad Haiqal Mohd Hanafi, 22 tahun tidak mengaku salah di hadapan Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil di Mahkamah Temerloh.
Seorang lagi pesalah juvana adalah pelajar sebuah sekolah menengah di Temerloh berusia 15 tahun turut tidak mengaku salah.
Mengikut fakta pertuduhan, semua tertuduh didakwa menunggang motosikal secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya lain.
Kesalahan didakwa dilakukan kira-kira jam 6:30 petang, 24 Disember lalu di Kilometer 127 LPT1 arah timur, dekat sini.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sabit kesalahan boleh dipenjara hingga lima tahun dan denda hingga RM15,000.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khairunnisa Zaffar dan semua tertuduh diwakili Khairul Anuar Abu Hasan Ashaari.
Mahkamah menetapkan tiga penuntut IPT diikat jamin RM3,000 seorang dan pesalah juvana turut dikenakan ikat jamin sebanyak RM 1,500. Sebutan semula kes dan lantikan akan diadakan pada 6 Februari tahun depan.- SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH – Polis Temerloh sedang mengesan sekumpulan penunggang motosikal yang menunjukkan aksi menunggang yang berbahaya seperti ‘Superman’ sehingga menyebabkan kemalangan antara mereka berdekatan susur Hentian Rawat dan Rehat Temerloh di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) seperti dalam video tular.
Polis juga menggesa kesemua yang terlibat dalam aksi dan kemalangan itu menyerah diri segera ke Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang atau mana-mana balai polis berhampiran, lapor Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kemalangan maut, satu rentung dalam kemalangan jalan raya
PEKAN : Dua mangsa meninggal dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di Kampung Sungai Miang, dekat sini pada jam 8.20 malam, hari ini.
Komander operasi, Mohamad Faqrul Hakim melaporkan, kereta jenis Perodua Kancil tersebut dinaiki oleh seorang lelaki dan wanita yang datang dari arah Nenasi ke Pekan dan terlibat dalam kemalangan dengan lori treler.
“Mangsa lelaki dewasa yang memandu kereta tersebut tercampak keluar dari kenderaan dipandunya dan meninggal dunia dunia di tempat kejadian.
“Manakala seorang wanita dewasa meninggal dunia akibat terbakar di tempat kejadian,” katanya.
Katanya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan melakukan pemadaman menggunakan saluran paip dan jentera pam.
“Seramai 16 anggota bomba terlibat dalam operasi tersebut dan mendapatkan bantuan dari BBP Nenasi.
“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Beliau berkata demikian kepada media selepas Program Tanggung Jawab Sosial Korporat (CSR) Parlimen Lipis dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, dekat sini, semalam.
Daerah Lipis bakal ada kilang peralatan pertahanan antara terbesar terbesar di Asia
LIPIS: Bandar Pertahanan (Defence City) bakal dirasmikan pada 18 Januari 2024 di kawasan Kechau, Padang Tengku dekat sini, bakal menjadi kilang pembuatan kelengkapan pertahanan terbesar di Asia.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, kilang pembinaan kereta kebal, peluru dan beberapa kelengkapan pertahanan itu turut membuka peluang pekerjaan sehingga 2,000 pekerja apabila siap sepenuhnya dan dijangka antara terbesar di Asia.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, kilang pembinaan kereta kebal, peluru dan beberapa kelengkapan pertahanan itu turut membuka peluang pekerjaan sehingga 2,000 pekerja apabila siap sepenuhnya dan dijangka antara terbesar di Asia.
“Bandar Pertahanan ini bakal mewujudkan peluang pekerjaan berskala besar kepada 2,000 orang belia tempatan dan negeri ini amnya dalam bidang teknikal, pengurusan dan turut merancakkan ekonomi domestik dan meningkatkan pendapatan negara.
“Pembukaan kilang pembuatan peralatan dan pemasangan jentera berat untuk kegunaan pertahanan dan ketenteraan antara usaha Kerajaan Persekutuan memberikan kesejahteraan kepada rakyat serta pada masa yang sama mewujudkan pusat pertumbuhan (bandar) di luar bandar,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas Program Tanggung Jawab Sosial Korporat (CSR) Parlimen Lipis dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, dekat sini, semalam.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Lipis berkata, kilang tersebut akan dibina dalam tiga fasa dan setiap fasa berkeluasan 40 hektar dan fasa pertama akan mula dirasmikan pada 18 Januari 2024 dengan peruntukan keseluruhan hampir RM 2 bilion.
Katanya, Kawasan Kechau yang terletak kira-kira 35 kilometer dengan bandar Kuala Lipis merupakan kawasan strategik dipilih kerana kilang itu berdekatan dengan laluan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (CSR) yang telah siap dibina dan menghubungkan Lipis ke Bentong seterusnya ke Kuala Lumpur.
“Berkaitan tenaga kerja, ramai pekerja bahagian teknikal, pegawai atasan dan jurutera telah dihantar mengikuti latihan di negara Turkiye.
“Mereka yang dihantar mengikuti latihan di sana apabila pulang ke tanah air akan memberi latihan kepada pekerja lain berkaitan pembuatan dan juga aspek keselamatan,” katanya.
Katanya, kerajaan negeri Pahang di bawah kepimpinan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail turut menyokong dengan pembinaan kilang pembuatan kelengkapan pertahanan di Lipis turut menjana pertumbuhan desa dan bandar di negeri ini. – SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Remaja lelaki 14 tahun dikhuatiri lemas di tali air Indera Sempurna
KUANTAN : Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dikhuatiri lemas di kawasan tali air di Lorong Indera Sempurna 2, Perkampungan Indera Sempurna, dekat sini dan disedari berlaku kira-kira pada jam 4.00 petang, hari ini.
Penyelia operasi balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas, Kuantan, Razali Jusoh melaporkan mangsa tersebut dikhuatiri lemas semasa mandi bersama enam orang rakannya yang lain.
“Seramai 11 anggota memulakan operasi dengan membuat pencarian dan pemantauan di sekitar kawasan mangsa dikhuartiri lemas.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini dihentikan pada jam 8.00 malam dan pencarian akan dilakukan esuk pada jam 8.00 pagi esuk,” katanya.
Katanya 3 jentera seperti LFRT gantian , kenderaan pacuan empat roda dan RRV turut digunakan dalam operasi tersebut.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!