Tinjauan mendapati lebih raya menghala ke Utara lengang
Tiada kenderaan yang sibuk untuk balik ke kampung, berikutan kes wabak Covid-19 yang semakin naik
Terbaik rakyat Malaysia ini adalah perkembangan yang terbaik mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – SAHIH
PLUS@E1&E2 : Trafik lengang di lebuh raya menghala Utara.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PARLIMEN MARAN SERAH 50 EKOR LEMBU KORBAN KEPADA FRONTLINER
MARAN: Lima puluh wakil daripada pelbagai pasukan keselamatan dan masjid di seluruh daerah Maran, Pahang menerima sumbangan lembu bagi ibadah korban berjumlah 250 ribu ringgit.
Sumbangan menerusi Pejabat Parlimen Maran itu diadakan secara pandu lalu dengan menyerahkan surat akad penyerahan kepada pihak penerima.
Menurut Ahli Parlimennya, Datuk Seri Dr Ismail Muttalib berkata, pengagihan tersebut dengan kerjasama Pejabat Agama Islam daerah Maran sebagai penghargaan terutama kepada barisan hadapan yang bertungkus lumus melaksanakan tugasan mereka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan.
“Kita telah menyumbang sebanyak 50 ekor lembu kepada masjid-masjid dan juga badan-badan sukarela frontliner yang banyak bertugas untuk orang ramai seperti polis, angkatan tentera, bomba, Rela, APM termasuk PKOB yang diteraju oleh pegawai daerah dan masjid masjid,” katanya.
Beliau yang juga Timbalan Menteri, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkata, penyerahan diadakan secara pandu lalu bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi semua pihak.
Beliau berkata demikian di pejabat agama islam daerah maran, pahang.
Umat islam di negara ini akan menyambut aidiladha pada 20 julai ini.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH – Siasatan akan dibuat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan memantau kenaikan harga telur di pasaran sejak beberapa hari lalu menjelang sambutan Hari Raya Haji.
Timbalan menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata, pihak kementerian telah menerima laporan mengenai kenaikan harga bahan mentah itu, mulai kelmarin.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kenaikan harga itu tidak dapat dielakkan berikutan banyak ladang ternakan ayam ditutup berikutan perintah kawalan pergerakan (PKP) menyebabkan penawaran berkurangan manakala permintaan terhadap bahan itu meningkat.
Dimaklumkan bahawa telur ada kenaikan harga dikatakan banyak ladang ayam tidak beroperasi, pihaknya akan pantau kenaikan tersebut dua tiga hari lepas, mendapat mesej dari sahabat mengatakan bahawa kenaikan harga telur dan diakui oleh pengeluar sendiri.
Tambah beliau, pihaknya memahami situasi yang terpaksa ditanggung peniaga namun tindakan tegas juga akan diambil sekiranya harga dinaikkan tidak munasabah.
Beliau berkata kepada pemberita dalam dan pemeriksaan harga barangan di Tunas Manja Mall, Temerloh, hari ini.
Menurutnya lagi, sebagai contoh harga telur di pasar raya tunas manja dua hari lepas bagi gred a ialah rm12.00 kini rm13.10, gred b rm10.80 ( 11.90 ), gred c rm10.20 kini berharga rm11.30.
Dalam pada itu beliau berkata, bekalan barangan keperluan menjelang hari raya aidil adha adalah mencukupi kecuali tepung gandum bersubsidi.
Malah, pemantauan turut dijalankan di pasar raya dan premis dengan kekuatan 2,263 pengawai penguatkuasaan kementerian tersebut digerakkan di seluruh negara.
Tegasnya, gerakan pemantauan itu bagi memastikan kedudukan bekalan dan harga barangan di pasaran mencukupi dan stabil.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
FELDA PERLU TAMBAHAN MASA UNTUK PENYELARASAN PINJAMAN PENEROKA
JERANTUT: FELDA perlu menimbang cadangan agar tempoh 14 hari untuk menandatangani perjanjian antara FELDA dan peneroka melalui inisiatif penyelarasan pinjaman peneroka dilanjutkan bagi memberi peluang mereka memahami isi kandungannya dengan lebih jelas.
Generasi kedua yang juga Ketua Peneroka Felda Sungai Retang, Mohd Hafizan Umar, 43 berkata, tambahan masa adalah perlu bagi membolehkan peneroka menyemak jumlah besar hutang yang tercatat dalam penyata peneroka yang dimuat turun melalui e-portal.
Ketua Peneroka Felda Sungai Retang, Mohd Hafizan Umar
Katanya, ia perlu disemak oleh peneroka dan juga Jawatankuasa Tanam Semula (JTKS) di peringkat rancangan dan perlu disahkan bersama laporan kewangan JKTS.
” Ini bagi memastikan tiada kesalahan serta ketelusan nilai hutang dalam penyata yang dikeluarkan oleh FELDA.
“Saya ada menerima maklumbalas bahawa masih terdapat kesalahan di dalam penyata yang dikeluarkan oleh FELDA berakhir 31 Disember 2019, maka perlu ada tempoh masa yang sesuai untuk peneroka menelitinya, ” katanya.
Beliau berkata, tambahan hari itu perlu bagi memberi peluang kepada peneroka generasi pertama berbincang dengan anak-anak mereka yang kebanyakan berada di perantauan.
” Persetujuan inisiatif ini memerlukan perbincangan keluarga peneroka kerana ia dengan jelas melibatkan waris, sebagaimana termaktub dalam perjanjian yang ditetapkan oleh FELDA.
” Ramai peneroka menganggap tempoh masa 14 hari untuk mendapatkan persetujuan dilihat amat singkat dan terburu-buru dalam keadaan negara sedang menghadapi pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP),” katanya.
Beliau berkata, kesefahaman semua pihak penting terutamanya syarat yang telah dikeluarkan perlu difahami peneroka agar inisiatif yang baik ini dapat dilaksana dengan lancar dan bersifat menang -menang antara FELDA dan peneroka kerana ia telah lama ditunggu-tunggu oleh seluruh warga FELDA sejak sekian lama.
Ketua Peneroka Felda Jengka 24, Abdul Razak Daud, 60, berkata, kebanyakan peneroka setuju dengan syarat yang baru yang dikeluarkan oleh pihak FELDA kerana ianya lebih sistematik dan munasabah.
” Peneroka hendaklah mengambil peluang atas usaha kerajaan dan FELDA untuk membantu para peneroka dan ia adalah satu kerugian besar jika peneroka menolaknya.
Ketua Peneroka Felda Jengka 24, Abdul Razak Daud
” Inilah perjuangan kita selama ini dan yang ditunggu -tunggu supaya Felda menghapuskan sebahagian pinjaman peneroka dan hari ini kita amat bertuah kerajaan dan FELDA telah bersetuju melupuskan sebanyak 80%. hutang dengan FELDA,” katanya.
Abdul Razak berkata,perjanjian pelarasan pinjaman peneroka secara bersyarat antara FELDA dan peneroka dilihat bersifat adil kepada kedua-dua pihak.
Katanya peneroka masih dibenarkan mengurus kebun sendiri dengan syarat melaksanakan pengurusan kebun mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan amalan pertanian baik yang ditetapkan oleh FELDA serta perlu menghantar hasil sepenuhnya kepada FELDA.
Dalam pada itu, , Abdul Razak berkata tidak timbul isu peneroka terpaksa menyerahkan tanah bagi menikmati manfaat penghapusan pinjaman yang ditawarkan itu.
Katanya perjanjian tujuh muka surat itu hanya meminta persetujuan peneroka untuk menyerahkan pengurusan kebun di tanah rancangan bermula dari tarikh perjanjian.
“Ia bukan bermaksud tanah kami diambil seperti didakwa, Felda hanya menguruskan kebun sama seperti sebelum ini.
“Kalau kami perlu serah tanah, pengurusan Felda tidak pun meminta geran sebagai cagaran hapus hutang,” katanya. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Terdapat keluarga jiran datang melawat pesakit ini yang hanya terbaring di rumah setelah semakin tenat selain siasatan mendapati ada anaknya pulang dari Johor untuk menziarah.
kes indeks kluster ini merupakan seorang lelaki tempatan berumur 77 tahun yang ada sejarah penyakit darah tinggi dan masalah jantung itu diziarahi anak-anaknya dari luar Pahang.
Individu tersebut mula menunjukkan gejala sejak 29 Jun sebelum disahkan positif Covid-19 pada 3 Julai sebelum seramai 29 kes baharu wabak itu direkodkan di skim tanah berkenaan.
Semalam, beliau memaklumkan PKPD melibatkan Felda Lembah Klau di Mukim Gali, Daerah Raub di negeri itu dan Felda Maokil, Daerah Muar, Johor mulai esok sehingga 27 Julai ini.
Turut dilaksanakan PKPD serentak bermula lusa ini ialah dua lokaliti di Sabah iaitu PPR Lintas Sibuga, Bahagian Sandakan serta Kampung Telaga dan Kampung Pituru, Bahagian Kudat.
“Bagaimanapun, dua lagi lokaliti yang sudah dikenakan PKPD di Bahagian Tawau negeri itu akan ditamatkan antaranya Kampung Balung Cocos,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Sementara baki satu lagi lokaliti ujar beliau, iaitu di Kampung Jaya Baru, Daerah Kunak sudah pun berakhir PKPD pada hari ini iaitu lima hari jauh lebih awal daripada yang dijadualkan.
Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula, Ismail Sabri memaklumkan, hanya dua lokaliti yang dikenakan PKPD juga akan tamat esok iaitu PPR Pantai Ria dan Taman Bukit Angkasa.
Tidak ketinggalan turut berakhir esok ialah Kampung Kubang Jela, Manir di Daerah Kuala Terengganu, Terengganu selepas genap tempoh 14 hari dikenakan PKPD sejak 1 Julai lepas.
Namun PKPD di Taman Merbau Utama, Mukim Bukit Jawa, Selinsing, Jajahan Pasir Puteh, Kelantan ditamatkan empat hari lebih awal iaitu esok setelah dilaksanakan sejak 21 Jun lalu-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ditamatkan di lima lokaliti di Sabah serta dua lokaliti di Pahang yang mula pada 28 JUN hingga 11 Julai ditamatkan, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Lukut – Balai Polis Lukut ditutup sementara bermula hari ini akibat penularan COVID-19 dalam kalangan anggotanya.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, notis penutupan bermula jam 10.30 pagi hari ini.
Balai Polis Lukut beri notis penutupan sementara bermula 10 Julai hingga 16 Julai ini oleh Pejabat Kesihatan Daerah Port Dickson berikutan tiga anggota Balai Polis Lukut positif COVID-19 selain untuk proses sanitasi.
Susulan itu, semua proses pentadbiran serta lain-lain dihentikan sementara.
Orang ramai yang perlu berurusan dengan Balai Polis Lukut dalam tempoh ini diminta ke Balai Polis Port Dickson atau balai polis berhampiran.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi bilik gerakan IPD Port Dickson di talian 06-6462999 atau 06-6472222.
Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson Polis Daerah Port Dickson-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PENEROKA FELDA WILAYAH JENGKA SAMBUT BAIK, PELUPUSAN, SEBAHAGIAN PINJAMAN
JERANTUT: Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melupuskan sebahagian pinjaman peneroka, cukup bermakna kepada peneroka di Wilayah Jengka khususnya dan seluruh negara amnya.
Pengumuman yang dinanti nantikan selama ini dianggap sebagai berita gembira dan hadiah terbaik untuk peneroka khususnya peneroka generasi pertama dan kedua pada Hari Peneroka tahun ini.
Exco Jawatankuasa Kemajuan, Keselamatan Rancangan (JKKR) Wilayah Jengka, Razak Daud , 60, berkata, ini adalah berita yang amat dinantikan oleh 14,957 peneroka dari 37 buah rancangan di Felda Wilayah Jengka.
“Kita warga Felda memang sangat mengalukan langkah itu dan berterima kasih kepada Perdana Menteri dan Felda kerana melupuskan hutang peneroka sebanyak 80% iaitu RM 8.3 billion.
” Inilah saat yang di nantikan serta amat mengembirakan peneroka. Dengan pelupusan sebanyak 80% ini secara tidak langsung peneroka hanya perlu membayar 20% sahaja lagi,” katanya.
Beliau berkata, tidak secara langsung boleh menstabilkan pendapatan peneroka yang sebelum dibelenggu hutang terutamanya ketika harga kelapa sawit yang tidak menentu.
” Langkah ini memberi keceriaan kepada peneroka dan mula berasa lega daripada beban hutang yang terpaksa ditanggung selama ini apatah lagi ketika ini harga kelapa sawit juga amat baik.
” Justeru itu saya berharap golongan peneroka perlu berubah sikap dan pemikiran serta berazam menggunakan manafaat ini untuk mengembalikan kegemilangan Felda,” katanya.
Bagi peneroka Felda Jengka 24 Zulmi Abd Rahman , 62 menyifatkan pengumuman Perdana Menteri ini adalah hadiah besar Aidiladha tidak berapa lama lagi, walaupun terpaksa lagi beraya dalam suasana pandemik COVID 19.
Katanya, usaha kerajaan kini untuk menjadi Felda sebagai syarikat perladangan terulung di dunia, perlu disahut oleh generasi ketiga dan kempat peneroka kerana mereka yang bakal mewaris kelangsungan Felda di masa hadapan.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MANAKALA WARGANET FIKIR PEKERJA LARI DARIPADA SERBUAN SHAH ALAM: Pekerja sebuah kilang di Seksyen 22, di sini dikatakan melarikan diri daripada serbuan adalah tidak benar, sebaliknya situasi berkenaan berlaku disebabkan pekerja terbabit panik akibat bunyi siren sebagai amaran berlaku kebakaran, semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib berkata, kejadian disahkan berlaku antara jam 4.30 hingga 5.00 petang itu bukan kerana operasi atau serbuan daripada pihak penguatkuasa sebaliknya loceng amaran kebakaran yang dibunyikan.
Kelihatan pekerja memanjat pagar menyelamatkan diri disangka berlaku kebakaran di kilang itu.- Foto Media Sosial
“Siasatan awal mendapati berlaku kegagalan fungsi penggera kebakaran, dan difahamkan pihak syarikat dalam proses pemeriksaan sistem pendawaian, menyebabkan bunyi alat itu berbunyi menyebabkan ramai pekerja jadi panik dan lari keluar takut ada kejadian kebakaran.
“Kilang ini difahamkan baru sahaja beroperasi dan mengambil-alih daripada sebuah syarikat, memandangkan syarikat ini masih baru sebulan, ramai pekerja dan pengurusan belum di dedahkan dengan ‘fire drills’ ke tempat berhimpun penyelamatan,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Pada Selasa, tular di media sosial video memaparkan sekumpulan pekerja kilang memanjat pagar sebuah kilang. Warganet yang kebetulan melalui di situ memikirkan berlaku serbuan terhadap pekerja asing ke kilang tersebut menyebabkan pekerja kilang itu cuba melarikan diri.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
RAUB: Nilaikan betapa kurang ajar! Kita harap lepas ni operasi sebegini akan disertai oleh Angkatan Tentera Malaysia.
Tanam durian di tanah bukan milik mereka seluas101 hektar di Hutan Simpan Kekal, mereka menceroboh, tetapi bertindak seperti tanah mereka sendiri!
Difahamkan 17 orang telah ditahan hari ini untuk membuat siasatan di Balai Polis Daerah Raub.
Kami harap Menteri Besar Pahang serta Kerajaan Negeri Pahang terus konsisten bertegas dalam menangani isu ini untuk tidak sewenang-wenang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.-SAHIH.
Lapor I ❤️ Pahang
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!