Anak yatim Jengka 24 terima sumbangan wang dan keperluan sambut Ramadhan
Anak yatim Jengka 24 terima sumbangan wang dan keperluan sambut Ramadhan
JENGKA – Seramai 12 anak yatim dari FELDA Jengka 24 menerima sumbangan Tabung Anak Yatim FELDA berkenaan.
Idea penubuhan tabung itu datang daripada warga peneroka FELDA berkenaan bertujuan meringankan bebanan keluarga yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan.
Penyampaian sumbangan itu dilakukan Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud.
Razak yang juga Pengerusi Biro Sosial FELDA Wilayah Jengka berkata, kutipan tabung itu dibuat di masjid dalam kawasan FELDA Jengka 24.
“Tabung itu kita tempatkan dalam masjid di dalam kawasan FELDA ini bagi memudahkan orang ramai menyalurkan sumbangan mereka.
“Setiap kutipan dari tabung itu, kita akan kumpul dan bahagikan kepada semua anak yatim yang layak.
“Ini adalah hasil inisiatif kami secara bersama dan menunjukkan semangat muafakat antara warga peneroka di sini,” katanya.
Razak berkata, sudah menjadi tradisi setiap kali menjelang Ramadan, pihak masjid akan mengagihkan bantuan kepada anak yatim di kawasan FELDA berkenaan.
Turut hadir pada majlis penyampaian sumbangan itu adalah pemangku Pengerusi Masjid FELDA Jengka 24, imam lshak Gani dan imam Ghani Hussin, Pengerusi GPW FELDA Jengka 24, Rogayah Said dan setiausaha JKKR, Zulmi Abd Rahman.
Razak daud yang juga ketua peneroka Felda Jengka 24 merangkap Pengerusi Gabungan masjid wilayah Jengka berkata selain daripada sumbangan wang ada juga barangan lain seperti beras ,minyak masak ,gula ,tepung dan susu bagi menringankan beban apabila menyambut Ramadan .
Hadir sama setiausaha masjid, Suhaimi Asmuni dan barisan ahli jawatankuasa masjid FELDA Jengka 24.
Menurutnya lagi pada tahun lepas sumbangan hanya bernilai rm200 dan pada tahun ini meningkat kepada rm700 atas sumbangan warga Felda Jengka 24 dan di masa akan datang lebih ramai lagi yang akan menyumbang .
Rata anak yatim yang menerima bantuan sangat berterima kasih dan gembira kerana ia dapat membeli persiapan bulan puasa dan menyambut raya kelak .-SAHIH