PEMBUNUH BERSIRI YORKSHIRE RIPPER MATI
PEMBUNUH BERSIRI YORKSHIRE RIPPER MATI
LONDON: Pembunuh bersiri Britain paling terkenal, Yorkshire Ripper, Peter Sutcliffe, meninggal dunia hari ini pada usia 74 tahun, kata kerajaan.
Sutcliffe dihukum pada 1981 kerana membunuh 13 wanita dan cubaan membunuh tujuh yang lain di utara England selepas rentetan tindakan ganas yang masih terpahat pada ingatan umum.
Dia menerima 20 hukuman penjara seumur hidup dan diperintahkan menjalani hukuman penjara sekurang-kurangnya 30 tahun, tetapi pada 2010 seorang hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa dia tidak akan dibebaskan.
“Tahanan HMP Frankland, Peter Coonan (Sutcliffe) meninggal dunia di hospital pada 13 November, Parol dan pegawai percubaan telah diberitahu,” kata Kementerian Kehakiman dalam satu kenyataan.
Laporan AP memetik pemandu trak Sutcliffe, yang disahkan menderita sakit mental skizofrenia paranoid pada masa dia melakukan kejahatannya, telah menghabiskan masa menjalani hukumannya di sebuah pusat psikiatri keselamatan tinggi.
Namun, dia dipindahkan ke HMP Frankland, dekat Durham, timur laut England, selepas keadaan mentalnya dianggap cukup stabil.
Dia diserang sakit di penjara, kehilangan penglihatan di mata kirinya, dan mengalami keadaan kesihatan yang teruk termasuk masalah jantung dan diabetes yang berkaitan dengan ukuran badannya yang semakin membengkak.
Sutcliffe telah diuji positif untuk COVID-19 tetapi menurut laporan media Britain minggu ini, dia menolak rawatan.
Tidak ada sebab kematian yang diberikan.