LIWAT KANAK-KANAK 12 TAHUN
LIWAT KANAK-KANAK 12 TAHUN
KUALA LUMPUR: Polis menahan peniaga kedai runcit kerana dipercayai meliwat kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun.
Menurut laporan BH Online, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata kejadian terkini berlaku di dalam tandas kedai runcit di Batu Caves yang dilihat ibu mangsa.
Beliau berkata, laporan dibuat oleh ibu kanak-kanak terbabit dan polis menahan lelaki itu, Selasa lalu.
“Susulan aduan yang diterima, polis menangkap suspek yang berusia 34 tahun yang juga seorang peniaga kedai runcit.
“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai meliwat kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun sejak Mac lalu dan kali terakhir dikatakan berlaku pada 29 Oktober lalu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, suspek kini direman selama tujuh hari sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.