HUNGARY LAYAK KE EURO 2020
HUNGARY LAYAK KE PUSINGAN AKHIR EURO 2020
PARIS: Hungary bangkit daripada ketinggalan untuk mengejutkan Iceland 2-1 dan memastikan tempat ke Euro 2020.
Hungary dan Iceland bertemu pada peringkat kumpulan Euro 2016 di Perancis, seri 1-1 dan masing-masing berharap layak buat kali kedua berturut-turut ke pusingan akhir Kejohanan Eropah selepas menang play–off separuh akhir bulan lalu.
Iceland mendahului pada sebahagian besar permainan di Budapest dan tampak akan layak kali ketiga berturut-turut ke kejohanan utama selepas sepakan penjuru Gylfi Sigurdsson mengatasi Peter Gulacsi pada minit ke-11.
Bagaimanapun Hungary menyamakan kedudukan pada minit ke-88 apabila Loic Nego, pemain Hungary yang dilahirkan di Perancis, meledak gol selepas bola cuba dikeluarkan Kari Arnason sampai kepadanya.
Dan pasukan tuan rumah itu tidak perlu menunggu tambahan masa untuk mencipta kemenangan ketika sepakan rendah Dominik Szoboszlai menerjah ke penjuru bagi memastikan kemenangan 2-1 pada masa kecederaan.
Naib juara Piala Dunia dua kali kali, Hungary menamatkan kemarau gagal layak ke kejohanan utama selama 30 tahun apabila mereka beraksi pada Euro 2016 dan mara ke kelompok 16 terakhir seperti dilaporkan AFP.