3 KLUSTER BAHARU DIKESAN
SEMUA DILAPORKAN DI SABAH
PUTRAJAYA: Sebanyak tiga kluster baharu COVID-19 dilaporkan hari ini membabitkan Kluster Karamunting di Sandakan, Kluster Saga di Kota Kinabalu dan Kluster Haven di Lahad Datu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes indeks bagi Kluster Karamunting dikenal pasti hasil saringan individu bergejala pada 15 Oktober lalu dan dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent.
“Saringan kontak rapat berhasil mengesan sebanyak 20 lagi kes positif COVID-19. Semua kes terbabit dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah Kompleks Sukan Sandakan dan Dewan Rafflesia Sandakan.
“Hingga kini, seramai 30 individu disaring yang mana 21 daripadanya disahkan positif,” katanya dalam sidang media dipetik dari BH Online.