BERSATU LEBIH MINAT POLITIK
TAK SERIUS TUMPU BELANJAWAN
KUALA LUMPUR: Penubuhan badan perhubungan negeri bagi Perikatan Nasional (PN) dan pelantikan Azmin Ali selaku pengarah pilihan raya PN bagaikan tidak disambut baik veteran Umno, Shahrir Samad.
Menurut laporan Malaysiakini, Shahrir sebaliknya mendakwa Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) lebih menumpukan isu politik berbanding menunjukkan minat terhadap perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat.
Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad
“BERSATU macam tidak berminat dengan perbahasan Bajet 2021. Lebih tumpu kepada politik.
“Belanjawan dan perbahasan di Dewan Rakyat macam dijadikan suatu untuk mengalih perhatian mereka yang serius membicarakan soal kelangsungan rakyat dan negara yang terancam oleh wabak COVID-19 sambil BERSATU dan PAS merancang mengukuhkan PN,” katanya dalam hantaran di Facebook rasminya hari ini.
Bersama hantaran itu adalah kenyataan media yang dikeluarkan Setiausaha agung PN, Hamzah Zainuddin.
Selain penubuhan badan perhubungan negeri, Hamzah memaklumkan pelantikan Azmin sebagai setiausaha agung PN dibuat oleh Majlis Tertinggi PN yang bermesyuarat pada 9 November 2020.
Mengulas lanjut, Shahrir berkata BERSATU tidak memberikan tumpuannya kepada Belanjawan 2021 kerana ia tidak menjamin kelangsungan parti itu.
“Tapi bersama PAS dalam PN, PPBM difikirkan lebih mampu survive another day dari mengharapkan kepada Belanjawan 2021 mendapat sokongan Dewan Rakyat.
“Tambah lagi Azmin Ali diterima juga oleh PAS untuk mengatur strategi politik pada PRU 15.
“Kan PAS pun hebat, mengakui akan ketokohan Azmin dan Hamzah,” katanya.