NEYMAR, MBAPPÉ KEKAL MILIK PSG
PERBINCANGAN LANJUT KONTRAK DIMULAKAN
PARIS: Paris Saint-Germain (PSG) telah memulakan perbincangan melanjutkan kontrak beberapa pemain utama untuk mengharungi saingan Liga Perancis.
KYLIAN Mbappé menjadi rebutan pasukan terkenal
Sport.es melaporkan, Pengarah Sukan PSG, Leonardo de Araújo turut mengesahkan perkembangan tersebut menerusi wawancara khas di Paris, hari ini.
“Perbincangan telah dijalankan (dimulakan dengan Neymar). Ia berkaitan pemilihan masa yang tepat kerana kami tidak boleh meneruskan saingan tanpa Neymar.
“Neymar bukan satu-satunya pemain yang menyertai perbincangan, ia akan turut membabitkan Ángel Di María, Mbappé, Juan Bernat dan Julian Draxler,” kata Araújo.
NEYMAR dijangka terus kekal bersama PSG musim depan
Ia sekali gus merencatkan usaha Real Madrid untuk mendapatkan khidmat Mbappé bagi menguatkan skuad The Galacticos dalam saingan La Liga Sepanyol.
Mbappé menjadi idaman Real Madrid selepas merekodkan 124 gol menerusi 193 kali penampilan bersama PSG serta 16 gol ketika membantu skuad kebangsaan Perancis dalam 38 perlawanan.
Selain itu, perkembangan tersebut turut membantutkan rancangan Liverpool serta Barcelona yang dikatakan turut berminat untuk mendapatkan khidmat Mbappé.